You are on page 1of 20

Kesihatan dan kebersihan seks

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama
kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu
keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaangynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil


sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil
sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai disorders dapat affect faraj, termasuk kenser faraj dan penyakit yeast. Sila lihat
kesihatan vulvovaginal.

Douche (/duʃ/) ialah sebuah alat yang digunakan untuk memperkenalkan aliran air ke dalam
badan untuk tujuan perubatan serta kerbersihan, atau aliran air itu sendiri. Perkataan berkenaan
berasal daripada perkataan Perancis, di mana maksud utamanya ialah pancuran.

Perkataan berkenaan boleh merujuk kepada pembilasan sebarang rongga badan tetapi selalunya
digunakan merujuk kepada pengairan faraj, iaitu pembilasan faraj. Sebuah beg douche ialah
sebuah peralatan untuk melakukan douche: sebuah beg untuk menyimpan air atau bendalir yang
digunakan ketika mendouche (istilah bahasa Inggerisnya, douche bag juga boleh dijadikan suatu
ejekan). Bagi mengelakkan pemindahan bakteria usus ke dalam faraj, beg yang sama seharusnya

Sebuah picagari bebuli untuk faraj. Perhatikan lubang-lubang sisian berhampiran hujung
muncung (sekitar 1sm, atau 1/2 inci tebal).
"Picagari pancutan" ini seharusnya digunakan untuk mendouche sahaja, dengan menggantikan
muncung enema dengan muncung untuk faraj (ditunjukkan di kiri bawah). Muncung untuk faraj
adalah lebih panjang, tebal dan memiliki lubang-lubang sisian.

tidak dikan untuk douche faraj dan enema.

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan
sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks)
pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan
sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim
pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi
menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya
mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel
lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Cara

Ujian ini merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh
sel. Sel-sel ini diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di
makmal.

Keputusan

Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel
ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.
Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang
bahaya mendapat barah pangkal rahim.

Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal,
seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya
disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan
perlu dilakukan.

Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan
dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua
tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

Bagi wanita bujang dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani
dua pemeriksaan saja, iaitu ujian ultra bunyi dan barah payudara.
Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan
sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan
pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting
atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau
nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk
wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga
menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35
tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan
hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat
walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra
sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Cara pemeriksaan sendiri

Berdiri di hadapan cermin

 Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke
sisi kiri.
 Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan
menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz,
bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting
tersorot ke dalam.
 Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.
Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

 Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan
kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan
dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan,
bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian
payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan
meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba
rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

PENTING

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

 Sebarang gumpalan.
 Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
 Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
 Puting tersorot ke dalam.
 Terasa sakit pada payudara.

 Kehamilan adalah keadaan membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia
betina, termasuk manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku
kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih
dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara
kesemua kehamilan mamalia.

 Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan
kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita
mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio
(minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali
pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah
mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1
untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.

 Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak
secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk
memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester
pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi keguguran (kematian biasa embrio atau
fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula
dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang
insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan
berada di luar rahim ibu.
 Kehamilan adalah keadaan membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia
betina, termasuk manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku
kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih
dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara
kesemua kehamilan mamalia.

 Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan
kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita
mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio
(minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali
pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah
mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1
untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.

 Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak
secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk
memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester
pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi keguguran (kematian biasa embrio atau
fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula
dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang
insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan
berada di luar rahim ibu.

Garis masa bagi kehamilan biasa

Kehamilan biasanya dibahagikan kepada tiga tempoh, atau trimester, setiap sati selama tiga
bulan. Walaupun tiada peraturan yang khusus atau tetap (hard and fast rules), perbezaan ini
adalah berguna bagi menggambarkan perubahan yang belaku menurut perubahan masa.

Trimester pertama

Perbezaan pertumbuhan bayi antara 26 minggu dan 40 minggu mengandung.


Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan apabila embryo yang berkembang
melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. pregnancy is defined as beginning
when the developing embryo becomes implanted into the endometrial lining of a woman's
uterus. Dalam sesetengah kes bilamana kerumitan timbul, telur yang disenyawakan mungkin
melekat pada tiub falopian atau pada pangkal rahim, menyebabkan kehamilan estopik.
Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom (embrio) lekat,
sungguhpun adalah biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa (embrio) melekat.
Sesetengan wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak
membimbangkan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. Bahagian luar embrio membesar
dan membentuk placenta, bertujuan menerima zat melalui dinding uterine, atau endometrium.
Tali pusat pada bayi baru lahir terdiri daripada sisa sambungan kepada placenta. Bayi yang
membesar melalui pembesaran cepat dan pertukaran semsas proses pembentukan fetal.

Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya
pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini.

Trimester kedua

Bulan ke 4 hingga 6 kehamilan dikenali sebagai trimester kedua. Kebanyakan wanita rasa lebih
bertenaga dalam tempoh ini, dan mula menambah berat ketika simptom sakit pagi (morning
sickness) berkurangan dan akhirnya lenyap. Pergerakan pertama fetus dapat dirasai dan ia mulai
membentuk pada betuk yang dapat dikenali. Ini biasanya berlaku pada bulan keempat. Tembuni
(placenta) kini berfungsi sepenuhnya dan fetus mulai menghasilkan insulin dan kencing. Gigi
mulai terbentuk dalam gusi bayi dan organ pembiakan dapat dikenali, dan fetus dikenali sebagai
lelaki atau perempuan.

Trimester ketiga

Peningkatan berat terakhir berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat
ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh
menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi
semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk mandiri diliar rahim dengan peningkatan
fungsi otot, otak dan mata.
Ia pada masa ini bayi yang dilahirkan pramatang mampu hidup. Kegunaan teknologi perubatan
moden telah meningkatkan kemungkinan bayi pramatang terus hidup dan menolak sempadan
boleh hidup pada tarikh lebih awal berbanding tanpa bantuan. Sungguhpun dengan
perkembangan ini, kelahiran pramatang masih merupakan ancaman kepada fetus, dan mungkin
menyebabkan kesihatan lemah selepas ini, walaupun bayi terselamat.

Makanan dan pemakanan semasa hamil

Adalah lebih penting dari biasa bagi ibu yang mengandung untuk makan permakanan yang sihat.
Kecuali sekiranya dia mengalami masaalah kesihatan khusus (contoh., diabetes mellitus atau
edema) kebanyakan nasihat permakanan biasa: karbohidrat-lemak-protin seimbang, makan
pelbagai makanan termasuk keluaran tenusu dan beberapa buah dan sayuran setiap hari.
Bagaimanapun, sesetengah nasihat khas boleh diberikan:

Asid folik (= folates = Vitamin B9) amat diperlukan pada permulaan kehamilan, malah sebelum
persenyawaan. Asid folik diperlukan bagi menutup tiub saraf (neural tube). Ia dengan itu
menghalang spina bifida, kecacatan teruk pada bayi. Folate (dari folia, daun) banyak terdapat
dalam bayam (segar, dingin atau ditinkan), dan juga terdapat dalam sayuran hijau, salad,
tembikai, dan hummus. Di Amerika Syarikat, kebanyakan keluaran gandum (tepung, mee)
ditambah dengan asid folik.

Kalsium dan besi amat diperlukan oleh fetus yang cepat membesar. Wanita mengandung dengan
itu perlu makan keluaran tenusu (bagi kalsium) dan daging merah (bagi zat besi) sekiranya
mereka bukannya pemakan sayuran (vegetarian). Wanita seringkali diberikan pil zat besi,
disebabkan ramai wanita muda mendapat anemia lemah (kekurangan zat besi mendorong kepada
kekurangan sel darah merah). Kalsium hanya berkesan sekiranya wanita mempunyai cukup
vitamin D. Cara terbaik mendapatkan vitamin D adalah untuk berjemur setiap hari selama 10-15
minit. Ikan salmon dan ikan berlemak juga merupakan sumber vitamin D yang baik.

Fluorine membantu membina gigi yang kukuh, dengan menukar kristal kalsium semulajadi:
sekiranya air dan garam tidak mempunyai fluorine, adalah bijak bagi mengambil pil mini
fluorine pada penghujung kehamilan dan semasa penyusuan dada (tetapi awas dos tinggi adalah
beracun!). Di kebanyakan bandar Amerika, air minum ditambah dengan fluorine. Sesetengah
wanita mengandung mengalami edema, dan diberitahu untuk mengurangkan pengambilan
garam.

Lemak dari ikan salmon, trout, tuna, herring, sardine, dan mackerel mengandungi asid lemak
omega 3 (n-3) rantaian panjang yang diperlukan bagi membina membran neuron. Dengan itu
pengambilan ikan berlemak semasa mengandung membantu membina otak bayi dan retina.
Bagaimanapun, ikan besar seperti tuna dan ikan layaran (swordfish) mungkin mengandungi
terlalu banyak raksa beracun, dan seseorang perlu mengimbangi risiko dengan kebaikan: ikan 2
atau 3 kali seminggu kelihatannya memberi cukup lemak, tetapi tidak terlalu banyak raksa.

Bakteria merbahaya atau parasit mungkin mencemari makanan, terutamanya listeria dan
toxoplasma, agen toxoplasmosis. Untuk mengelakkan kedua bahaya, aturan kebersihan perlu
dipatuhi dengan ketat: basuh buah dan sayuran mentah dengan teliti; lebih masak bakinya,
daging dan daging proses; elakkan keju susu mentah (listeria); tukarkan tempat tidur kucing
setiap hari dan basuh tangan (toxoplasma); basuh peti sejuk dengan kerap menggunakan klorin
dicairkan (kemudian dibilas). Nasihat permakanan dan kebersihan dengan pautan kepada rencana
saintifik dan data kuantitatif:

Aspek perubatan tentang kehamilan


Rencana utama: Obstetrik

Ciri-ciri diagnostik: Pada wanita yang mempunyai kitaran haid tetap dan aktif secara seksual,
tempoh lewat beberapa hari atau minggu mencadangkan kehamilan; peningkatan B-hcG pada
sekitar 100,000 mIU/mL pada 10 minggu mengandung.

Kebaikan jagaan perubatan sebelum lahir (prenatal) telah diakui diseluruh dunia. Pelbagai
Vitamin dan makanan tambahan diakui sebagai baik semasa kehamilan. Pelbagaivitamin prenatal
seperti asid folik termasuk choline terdapat dari lecithin samaada mempunyai kelulusan kerajaan
atau kajian yang diterbitkan bagi menyokong kegunaannya. Asid Folik mengurangkan kelahiran
cacat. Choline sebelum kelahiran dihasilkan dari lecithin meningkatkan prestasi tikus dalam
ujian mental sepanjang kehidupan. [1] Asid lemak Omega 3 membantu perkembangan metal dan
penglihatan bayi dan juta baik bagi selepas kelahiran (postpartum). [2]

Persediaan Semasa Mengandung :.

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil


(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.

1. Mengesan penyakit tersembunyi


2. Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
3. Mengetahui jenis darah (blood group)
4. Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
5. Mengesan antigen dan antibodi ibu

Mengesan Penyakit Tersembuyi:

Hepatitis B

Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti
secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan
terus:

 Deman selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
 Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
 Mual, muntah-muntah dan cirit birit
 Kekuningan pada kulit atau mata
 Bengkak pada bahagian abdomen
 Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap

Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.
Cara ia merebak:

 Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus


 Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
 Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini

Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.

AIDS (HIV)

AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur).
AIDS ini berjangkit melalui melalui:

1. Hubungan seksual
2. Hubungan homoseksual
3. Berkongsi jarum suntikan
4. Pemindahan darah atau plasma

Gejala AIDS:

1. Berat badan menurun


2. Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
3. Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru

Rawatan:

Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau
pelalian ditemui untuk merawat AIDS.

SIFLIS

Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:

1. Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
2. Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
3. Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi

Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih
dan ada kalanya terasa sangat gatal.

Rawatan:

Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima
rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.

Mengesan Carrier-Status (Pembawa Penyakit)

Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus
daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu
kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang
penyakit ini daripada berjangkit.

Mengetahui Jenis Darah (Blood Group)


Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan
boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti
awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

Mengesan Masalah Yang Melibatkan Sel Darah (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)

Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai
contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:

1. Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
2. Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
3. Sering pitam
4. Pendarahan gusi dan lain-lain
5. Ibu sering demam dan tidak sihat

Rawatan:

Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat
pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.

Mengesan Antigen Dan Antibodi Dalam Darah

Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada
tubuh.

.: Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung :.

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan
dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk
memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang
membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada
masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy
Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan
4. Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
5. Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
1. Air kencing
2. Tekanan darah
3. Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid)
Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan
bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan
dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat
serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

.: Senaman Bagus Untuk Mental :.

Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko
masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa
senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir
dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta
pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan
dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak

Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan
mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan
dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan

Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap
penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin
perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk
meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress

William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan
marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan
senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular,
menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti
seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti
kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan
endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan
melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

.: Pemakanan :.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil
pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya

NASIHAT-NASIHAT PENTING SETELAH BERSALIN

1. Bayi perlu mula diberikan susu ibu sebaik sahaja dilahirkan. Semua ibu mampu
menyusukan bayinya sendiri.
2. Susu ibu ialah makanan yang paling sempurna bagi bayi terutama pada 6 bulan pertama.
Teruskan memberi susu ibu.kepada bayi seberapa lama yang boleh.

3. Ketika anak berumur 4-6 bulan, berikan makanan tambahan seperti . bubur
nasi bersama ikan, •sayur dan buah yang lembut dan ditapis. Tambahkan
kuantiti makanan secara beransur-ansur. Semasa anak berumur 7-9 bulan
beri ia makanan yang dilecek dan semasa 10-12 bulan makanan yang
dicincang.

4. Tentukan berat anak anda meningkat sewajarnya mengikut umur. Jika tidak, dapatkan nasihat
doktor5. Kebersihan diri akan menjamin kesihatan anak anda.

6. Lengkapkan imunisasi asas anak anda sebelum mencapai umur 1 tahun. Pastikan
dos tambahan diberi mengikut jadual.

7. Jangan beri anak-anak yang

mengidap cirit-birit sebarang


pil atau ubat kecuali diarah oleh
  kakitangan kesihatan. Mereka memerlukan lebih cecair dan
garam rehidrasi.
8. Datanglah ke klinik walaupun anak anda sihat untuk memastikan perkembangannya normal.

  

Penjagaan kesihatan semasa hamil


MENGAMALKAN cara pemakanan yang sihat beberapa bulan sebelum hamil berupaya
membantu ibu-ibu dan bayi dalam kandungan mendapat khasiat secukupnya.

Wanita hamil memerlukan nutrien yang mencukupi bagi memastikan kesihatan bayi dalam
kandungan tidak terjejas.

Adalah amat penting bagi wanita hamil mengambil makanan yang kaya dengan kalsium dan
folate pada setiap hari. Folate adalah sejenis vitamin B.

Pengambilan kalsium oleh ibu-ibu dapat membantu bayi dalam kandungan menerima
bekalan kalsium secara seimbang.

Sekiranya tubuh wanita terbabit tidak mengandungi kalsium yang mencukupi bayi yang
berada dalam kandungan akan mengambil kesemua kandungan zat tersebut.

Jika keadaan ini berterusan wanita itu akan mudah terdedah kepada risiko penyakit
osteoporosis apabila usianya mencecah 40 tahun ke atas

Selain kalsium dan folate, wanita yang merancang atau sedang hamil juga memerlukan zat
besi, vitamin B6 dan zink.

Katanya, zat besi membantu menambahkan sel darah merah dan berupaya mengelakkan
wanita hamil daripada cepat letih atau kelihatan pucat.

Wanita mengandung juga memerlukan Asid Lemak Perlu (EFA) bagi menyokong
pertumbuhan bayi dalam kandungan.

EFA tambahan akan disalurkan melalui plasenta terus kepada bayi kerana ia berupaya
membantu perkembangan otak bayi

Keperluan folate semasa mengandung ialah sebanyak 50 peratus lebih banyak berbanding
semasa seseorang wanita tidak hamil.

Keperluan folate akan bertambah secara mendadak semasa mengandung kerana ia


mempunyai fungsi khusus dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Malah bagi wanita yang kerap hamil, folate amat diperlukan dalam tubuh. Kekurangan folate
akan menyebabkan ibu yang mengandung sering letih dan terdedah kepada risiko anemia.

Ibu yang mengalami masalah anemia berisiko tinggi melahirkan bayi yang kurang berat
badan dan mudah terdedah kepada kemungkinan keguguran.

Selain masalah tersebut, bayi yang dilahirkan juga berisiko tinggi memperoleh kecacatan
saluran saraf (Neural Tube Defects - NTD).

Kecacatan saluran saraf merupakan masalah kecacatan sejak lahir yang serius dan ia
berlaku pada otak atau saraf tunjang.

Kecacatan saluran saraf seperti kecacatan otak boleh menyebabkan kematian bayi atau
masalah ketidakupayaan yang serius.

Kecacatan otak berpunca daripada kegagalan penutupan selaput otak semasa peringkat
awal perkembangan embrio bayi.

Oleh kerana selaput otak terbentuk semasa peringkat awal kehamilan, masalah kecacatan
pada bayi kemungkinan besar boleh berlaku sebelum wanita terbabit mengetahui dirinya
telah mengandung.

Bagi mengelakkan masalah NTD wanita yang berhasrat merancang kehamilan dinasihatkan
mengambil tambahan 400ug folate sehari kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko
kecacatan otak pada bayi.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, bagi setiap kelahiran pertama
terdapat seorang daripada 1,000 bayi (1:1,000) di dunia mengalami masalah NTD

Makanan untuk wanita hamil

Ibu-ibu mengandung digalakkan kerap mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana


pada peringkat akhir kehamilan, mereka biasanya akan mengalami masalah sembelit.

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan gentian untuk mencegah masalah


sembelit.

Wanita hamil juga digalakkan minum enam hingga lapan gelas sehari air kerana ia dapat
membantu masalah yang sama daripada berlaku.

Kombinasi makanan harian untuk wanita hamil berdasarkan piramid makanan adalah seperti
berikut:

- Nasi, mi, roti gandum dan bijirin (8 hingga 12 hidangan)


- Buah-buahan dan sayur-sayuran (3 hingga 5 hidangan)
- Ikan, daging ayam/itik, daging lembu dan kekacang (2 hingga 3 hidangan)
- Susu dan hasil tenusu (1 hingga 2 hidangan)
- Lemak, minyak, gula dan garam (jumlah yang kecil)
- Banyakkan minum air (sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari) terutamanya air biasa
atau jus buah dan sayur segar.

Wanita hamil perlu menjaga pemakanan mereka kerana ia penting untuk penambahan berat
badan semasa mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai penting untuk
pertumbuhan dan perkembangan fetus.

Purata pertambahan berat badan yang disyorkan oleh doktor ialah 10kg hingga 15kg.

Tempoh kehamilan bukan satu jangka waktu yang sesuai untuk mengamalkan diet kerana
tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada bayi dan juga wanita hamil.

Bahaya ketika mengandung

- Pengambilan alkohol berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami


kecacatan mental dan sistem saraf
- Merokok boleh menyebabkan kelahiran anak tidak cukup bulan, kurang berat badan,
kejadian pembentukan fetus tidak normal, keguguran dan kematian mengejut bayi. Masalah
ini bukan sahaja dikaitkan dengan ibu yang merokok tetapi juga kehadiran perokok lain
dalam sesebuah keluarga
- Pengambilan ubat tanpa preskripsi boleh mendatangkan kesan buruk ke atas fetus.
- Kafein terdapat dalam teh, koko, kopi, coklat dan makanan ringan. Jika diambil berlebihan,
ia boleh mendatangkan masalah fetus tidak normal atau kelahiran yang kurang berat
- Pemanis tiruan. Pengambilan sakarin tidak disyorkan semasa mengandung. Aspartam
mungkin boleh diambil tetapi hanya dalam kuantiti yang sederhana
- Jangan mengambil makanan yang tidak bersih.

Wanita hamil yang berhasrat untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dinasihatkan supaya
mendapatkan panduan daripada doktor terlebih dahulu.

Pemeriksaan doktor mengikut tempoh kehamilan perlu dilakukan bagi memastikan


kandungan tidak bermasalah.

Wanita hamil dinasihatkan supaya melakukan senaman bagi menguatkan belakang badan,
bahagian pelvis, otot perut dan buah dada.

Elakkan daripada menggunakan lif atau eskalator sebaliknya menggunakan tangga tetapi ia
perlulah mengikut kemampuan diri.

Pengambilan susu yang membekalkan folate tambahan, zat besi dan keperluan kalsium
seharian. Pengambilan dua gelas susu sehari bagus untuk ibu

PENDARAHAN

Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang
titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia
mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di
awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan
oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.

Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:

 Masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
 'Missed obortion' iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi
mengandung.
 Mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
 Mengandung kandungan anggur ( molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu
tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir
yang tidak berguna.

Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya
berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah
kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.

Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal.
Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak
boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan.

Keadaan ini dikenali sebagai 'cervical incompletence', boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim
tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini
akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.

PUCAT / ANEMIA

Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda
ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan
daripada biasa.

Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin
untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan
hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil
memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya,
kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.
Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi
masalah ini, siibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan
digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di
tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi
dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.

Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun
ibu yang masih terlalu muda ( usia 17 tahun kebawah ).

Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi
tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini,
biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan
janin selamat.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan.

Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu
meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna.

Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun
dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.

Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'.
Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah.
Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.

KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL

Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah
pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan
menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.

Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat
dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang
demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing
manis semasa hamil.

Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian. Sekiranya
tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI

Penyusuan inu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya :

 Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah
yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
 Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi
daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
 Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
 Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
 Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
 Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi,
tiada masalah menbancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada sushu yang sesuai.
 Memberikan bayi keselesaan dan ketengangan emosi yang diperlukannya.
 Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding
dengan cara penyusuan lain.

KEBAIKKAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK DIRI ANDA SENDIRI

Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya :

 Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh
mengelakkan anda daripada mengandung.
 Berita baik , Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
 Ia membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko.
 Ia mengurangkan risiko barah buat dada dan ovari.
 Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas
bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling
peka pada alam sekelilingnya.

Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna
kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi
keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi
bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi.

Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ke-3 dan ke-4. Bayi anda juga semakin besar dan anda
akan kenal tangisanya tatkala ia lapar.

Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan. Bila
sudah kenyang, dia akan tidur atau melepaskan punting. Susui bayi anda mengikut kehendaknya. Ini d
inamakan ‘penyusuan mengikut kehendak bayi’. Jangan risau, bekalan anda cukup untuk memenuhi
keperluan bayi.

Timbang bayi anda selalu. Berat badanya akan meningkat jika ia mendapat susu yang cukup.

TEKNIK TERBAIK UNTUK MENYUSUKAN BAYI

Ini bergantung pada citarasa dan pilihan anda sendiri kerana teknik penyusuan susu ibu adalah agak
tersendiri. Anda boleh menysus bayi sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. Apa yang anda perlu
ingat ialah kedua-dua ibu dan bayi mestilah SELESA.

Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, cara anda memegang bayi dan
bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya bila menetek.

 Kedudukan Badan
Pastikan anda selesa. Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan
kepala bayi di atas lengan ATAU duduk bersandar di atas kerusi.

Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sebingga susah ia mencapai punting untuk menyusu. Dan
janganlah terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.

Gunakan apa-apa pun untuk bersandar atau merehatkan kaki. Gunakan bantal, kusyen, atau bahan yang
lembut tapi kukuh (seperti hamparan atau selimut yang dilipat dan apa jua yang diperlukan untuk
merehatkan kaki anda) untuk menyokong anda dan bayi.

 Cara memegang bayi

- Bayi dipegang rapat dengan anda


- Bayi diampu dengan baik
- Bayi berhadapan dengan anda
- Mulut bayi berada di bawah punting bila anda bersedia untuk menyusunya
- Kepada, leher dan belakang bayi lurus

Pastikan lengan tangannya tidak mengganggu bila menyusu.

 Bagaimana bayi menyesuaikan mulut bila menetek


              
Pastikan bayi anda sendiri mencapai punting anda. Bila bayi mencapai punting anda pastikan :

- Mulutnya terbuka luas


- Bayi menghisap sebanyak mungkin bahagian perang (areola) di sekitar punting.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap
terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa
dinasihatkan supaya :-

Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran,

1 daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua
kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam
tempoh sehari.

2
Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan
hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin
memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan

3 susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia
berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan
mendapat makanan yang mencukupi.

Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau

4 susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap
makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu
makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.
BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?
Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang
berikut :-

2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama
khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.
4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak
setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan
vitamin C dan vitamin A yang tinggi.
4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada
kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan
lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat
dengan zat besi.
2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat
protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.
PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

You might also like