You are on page 1of 8

Abu Hurairah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman
Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
Hari Akhirat · Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
Kota Suci
Makkah · Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri · Aidiladha
Hukum
Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait · Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi · Syafie
Maliki · Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik · Haiwan · Seni
Takwim · Kanak-kanak
Demografi · Perayaan
Masjid · Dakwah · Falsafah
Sains · Wanita · Politik
Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19
tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah
diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama
Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Kehidupan Abu Hurairah
 2 Asal usul gelaran Abu Hurairah
 3 Era Nabi Muhammad
o 3.1 Kemasukan Abu Hurairah ke Islam
o 3.2 Abu Hurairah di Madinah
 4 Peribadi Abu Hurairah
 5 Kisah Abu Hurairah r.a mengawal gudang zakat
 6 Era Usman ibn Affan
 7 Era Ali ibn Abi Talib
 8 Kewafatan Abu Hurairah
 9 Warisan

 10 Pautan luar

[sunting] Kehidupan Abu Hurairah


Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah
dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti
Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari
membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia
karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari
kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai
ukuran kemuliaan.

Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bagian: untuk
membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ulang hadis. Dia dan
keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada . Abu
Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di
Madinah untuk pembantu-pembantunya.

Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain


bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah
r.a. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn
Sawa At-Tamimi.

Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gabenor Bahrain ketika
Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya kerana
Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika
pembicaraan, Abu Hurairah r.a. berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya
dari berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu
dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gabenor kembali, tapi Abu
Hurairah r.a. menolak.

Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut
memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mahu disebat; aku
tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar,"
katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang
memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.

Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan
hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar
khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah
baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis
palsu.

ْ
ِ َّ‫\ فَ ْليَتَبَوَّأ َم ْق َع َدهُ ِم ْن الن‬،‫ي ُمتَ َع ِّمدًا‬
‫ار‬ َّ َ‫ب َعل‬
َ ‫َم ْن َك َذ‬

Sesiapa berdusa terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan
tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/
31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/
231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804,
9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568,
13843, 16071, 16471, 16978]

[sunting] Asal usul gelaran Abu Hurairah


Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kuching.
Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia
ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching
yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah
S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..
[sunting] Era Nabi Muhammad
[sunting] Kemasukan Abu Hurairah ke Islam

Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada di Khaibar.

Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W.
berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah
menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta baginda
berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali,
mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua
kalimat syahadat.

Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W. memperluaskan Masjid Nabawi
ke arah barat dengan menambah ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut
terlibat dalam pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut mengangkat
batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W.
menolak seraya bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."

Abu Hurairah r.a. pernah tersilap menimbang makanan yang lazat sehinggakan dia
dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu Hurairah r.a.
gembira "Kerana Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah
merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.

Begitu cintanya kepada Rasulullah S.A.W. sehingga siapa pun yang dicintai,ia ikut
mencintainya. Misalnya,ia suka mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah
S.A.W.mencium kedua cucunya itu.

[sunting] Abu Hurairah di Madinah

Abu Hurairah r.a. berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja
menjadi buruh kasar bagi siapa yang memerlukannya Sering kali dia mengikatkan batu ke
perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat. Malah diceritakan bahawa dia pernah
berbaring berhampiran mimbar masjid sehinggakan orang menyangka dia kurang waras.
Apabila Rasullullah S.A.W. mendengarkan perkara tersebut, baginda menemui Abu
Hurairah r.a. yang menjelaskan bahawa dia berbuat sedemikian kerana lapar, lalu
Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya makanan. Asal usul gelaran Abu Hurairah

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kuching.
Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia
ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching
yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah
S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a..

[sunting] Peribadi Abu Hurairah


Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenal
sebagai salah seorang ahli shuffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu
dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W., sehingga baginda
selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan
yang hendak dibagikan.

Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di pinggir jalan tempat orang biasanya berlalu
lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia
minta dibacakan satu ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut,
memberiku pekerjaan," tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan
ayat, lantas berlalu.

Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a.. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah
r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar r.a.melakukan hal yang sama.

Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang berlalu. Nabi tersenyum. "Beliau
tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka saya dengan tepat," tutur
Abu Hurairah r.a..

"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.

"Labbaik, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"

Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati


semangkok susu. "Dari mana datangnya susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W.. Beliau
diberitahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.

"Ya Aba Hurairah!"

"Labbaik, Ya Rasulullah!"

"Tolong panggilkan ahli shuffah," kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu dibagikan
kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a.
mengabdi kepada Rasullullah S.A.W. , bergabung dengan ahli shuffah di pondok
masjid.

Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa
berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini
sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-

Terjemahannya :-

... sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan
mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara
aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir
di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa. (Al-Bukhari)

Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu
kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan
daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu Hurairah dikurniakan dengan daya
ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di
kalangan para sahabat.

[sunting] Kisah Abu Hurairah r.a mengawal gudang


zakat
Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W.
untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak
seseorang mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak
dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani
seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak
mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah


S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a.
menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.
Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu
melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada
Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan
membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan
sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu
menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu
menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan
tidak akan menggangguinya.

Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya
pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W.
yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang
diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu
adalah shaitan yang dilaknat.
[sunting] Era Usman ibn Affan
Apabila kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan r.a. dikepung pemberontak,
dalam peristiwa yang dikenali sebagai al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu
Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut.
Meski dalam keadaan siap untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang
pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.

[sunting] Era Ali ibn Abi Talib


Pada masa Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran
menjadi gabenor Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya,
Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah
Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gabenor Madinah setelah diusul
oleh Marwan ibn Hakam.

[sunting] Kewafatan Abu Hurairah


Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula dia mengembuskan nafas
terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a.
meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.

[sunting] Warisan
Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis,
oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang
diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di


sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar
yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah.
Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan
Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis.
Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa
Makanatuha halaman 273-283.

Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini
mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan
juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayah. Penolakannya menyandang jawatan
gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau
pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu
Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.

Antara menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.

You might also like