You are on page 1of 9

 

35 Petua Pelajar Cemerlang Oleh Dato’ Dr Hj


Mohd Fadzilah Kamsah

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10 % apayang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca
surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.


o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan
yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan
kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum
guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum
tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas
riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar,
melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o jangan melihat buih
o jangan membaca nama pada batu nisan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe,tauhu dan lain-
lain
o banyakkan makan kismis,kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan
cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah
lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat
pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Sejarah Solat Lima Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk
membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat
nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini
merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat
tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan
asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika
baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi
Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala
Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan
itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.


Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di
tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4
kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.


Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu
telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT
semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu,
Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh
dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.


Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
TIPU DAYA SYAITAN TERHADAP
MANUSIA
Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara
menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah
akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku
harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan
mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita
masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan
mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini
untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai
amal berlainan.’

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan.
Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’
; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi
sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar
tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya,
penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang
lain).’

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana
dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang
yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah
kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik
kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar.
Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah
yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih
berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya
kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-
sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ;
Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat
tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak.
Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun
(yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan
pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal
engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika
berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah.
Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan
manusia.’

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia
mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat
kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak,
maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap
menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang
yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan
mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha
Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau
bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang
berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku
ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak
menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah
lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar
; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati
dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka,
melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana
kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak,
orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang
membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita
lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah
perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya
segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq
dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk
mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.

You might also like