You are on page 1of 32

DEFINISI

PERBEZAAN
Pendapatan Negara

• Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan


faktor yang diterima oleh sesebuah negara
untuk tempoh setahun. Ia meliputi sewa,
bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan
perusahaan persendirian.
Keluaran Negara

• Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang


akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sesebuah negara dalam tempoh satu tahun.
Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi
kegiatan ekonomi negara.
Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara

• Petunjuk taraf hidup rakyat.


• Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.
• Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi
kerajaan.
• Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi
kegiatan ekonomi negara.
• Memberikan gambaran tentang
• keadaan peluang pekerjaan
• cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran
• kadar pengangguran
• tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.
• Membolehkan unit perancang ekonomi
mengambil tindakan-tindakan susulan.
Guna Tenaga & Pengangguran
Guna Tenaga

• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat


dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.
• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang
sedang Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-
64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif
mencari pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah
dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka
tidak aktif bekerja atau aktif mencari kerja.
• Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh /
Jumlah Penduduk) x 100%
• Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga
Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga
Buruh Asal] x 100%
Guna Tenaga

• Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat


dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.
• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang
sedang mempunyai pekerjaan.
• Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang
digunakan secara produktif dalam
mengeluarkan output negara.
• Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta
orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
kerja, ini bermakna guna tenaga ialah
berjumlah 1 juta orang.
• Guna Tenaga = Tenaga Buruh − Jumlah
Penganggur
Pertambahan guna tenaga bererti

• Jumlah Penganggur menurun.


• Pendapatan Negara / Keluaran Negara
meningkat.
• Taraf Hidup rakyat meningkat dll.
• Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga
Buruh) x 100%
• Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna
Tenaga Baru − Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga
Asal] x 100%
Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

• Kadar pengangguran menurun.


• Pencapaian ekonomi semakin meningkat.
Pengangguran

• Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin


dan sanggup bekerja tetapi masih belum
mendapat pekerjaan.
• Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga
buruh yang sanggup bekerja tidak
mendapatkan pekerjaan.
Punca-punca pengangguran:

• Penggantian buruh dengan mesin.


• kemunduran industri.
• kemelesetan ekonomi dll.
Jumlah Penganggur

• Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh


yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan.
• Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta
orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur
adalah berjumlah 0.2 juta orang
Kadar Pengangguran
• Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah
tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan
berbanding jumlah tenaga buruh.
• Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2
juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta
orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah
16.7%.
• Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur /
Tenaga Buruh) x 100%
Penurunan kadar pengangguran bererti

• kadar guna tenaga meningkat


• pendapatan negara / keluaran negara meningkat
• pencapaian ekonomi meningkat.
• Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila
kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang.
Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar
pengangguran berbentuk pengangguran geseran
sahaja.
Definisi Inflasi

• Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi


barang dan perkhidmatan yang berlaku secara
menyeluruh dan berterusan.
• Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan
tingkat harga umum.
• Harga umum ialah harga purata semua barang
dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam
negara.
Punca-punca Inflasi:

• lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam


keadaan guna tenaga penuh.
• kenaikan kos pengeluaran.
• kenaikan harga import.
Kesan Inflasi terhadap ekonomi:

• Menaikkan harga barangan eksport.


• Penurunan kuasa beli wang.
• Penurunan taraf hidup masyarakat.
• Penurunan pendapatan benar individu.
• Meningkatkan kos hidup masyarakat.
Kadar Inflasi dan Indeks Harga

• Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat


harga umum.
• IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas
perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH
tahun baru = 105, kadar inflasi
= [(IH tahun baru − IH tahun asal) / IH tahun
asal] x 100%
= 5/100 x 100%
= 5%.
Imbangan Pembayaran
• Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang
merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran wang
antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat
untuk mengukur keadaan perdagangan luar negara.
• Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran
modal antara negara itu dengan negara lain dalam
setahun.
• Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa +
Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan
Pertumbuhan Ekonomi

• Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi


berbentuk fizikal seperti pertambahan keluaran barang dan
perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan
pembangunan ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk
mengukur prestasi pembangunan negara.
• Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan
ekonomi yang menyebabkan pertambahan keluaran (KDNK
benar) dalam sesebuah ekonomi.
• KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan dalam sesebuah negara mengikut harga tetap
pada tahun asas.
• Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk
fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran barang
perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan
jumlah sekolah dll.
• Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru −
KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun asal] x
100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana
menunjukkan pertambahan output dalam negara
berkenaan) atau
• Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru − KNK
benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x 100% (cara
pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk
pertambahan output di luar negara)
Pertumbuhan Kebajikan

• Kenaikan taraf hidup masyarakat.


• Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar
meningkat (apabila pertambahan Pendapatan Negara
benar melebihi pertambahan penduduk).
• PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam
sesebuah negara mengikut harga tetap pada tahun
asas.
• Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru −
PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun asal] x 100%
MATLAMAT DASAR EKONOMI
MALAYSIA
Tiga matlamat dasar makroekonomi negara
Malaysia ialah:
• Mencapai tingkat guna tenaga penuh
• Mencapai kestabilan tingkat harga umum
• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
• Memperbaik imbangan pembayaran
Mencapai tingkat guna tenaga penuh
• Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar pengangguran
kurang daripada 5%, iaitu hanya berlaku pengangguran geseran
sahaja dalam ekonomi.

• Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan meningkat kerana


faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.

• Keluaran negara meningkat dan berlaku peningkatan dalam


pertumbuhan ekonomi.

• Apabila guna tenaga penuh tercapai, KNK sebenar sama dengan


KNK potensi.
Mencapai kestabilan tingkat harga umum

• Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi


tidak menghadapi masalah kenaikan harga atau
kejatuhan harga kurang daripada 4%.

• Kuasa beli pengguna menjadi lebih stabil dan ini akan


meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat.

• Kegiatan ekonomi semakin meningkat disebabkan


inflasi yang terkawal dan berlaku kestabilan kadar
bunga di pasaran.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

• Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan


ekonomi semakin meningkat.

• Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan


mengurangkan pengangguran.

• Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan


masyarakat turut meningkat.
Memperbaik Imbangan Pembayaran

• Menambah rizab asing sesebuah negara.


• Pertambahan eksport dan pengurangan
import dapat memperbaik imbangan
pembayaran dan seterusnya meningkatkan
aset rizab bank pusat negara berkenaan.

You might also like