You are on page 1of 9

Perbahasan Syara' Tentang Pusat Perlindungan Bayi (Baby

Hatch)

Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 6:37 PM | Category : Himpunan Artikel Ilmiah |

Perbahasan Tentang Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch)


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fellow MANHAL PMRAM

Pendahuluan

Bahagian ini akan membincangkan perbahasan yang berkaitan dengan penubuhan


Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch), dan saya membahagikan perbahasannya
kepada beberapa bab, iaitu :

1. Pengenalan Baby Hatch

2. Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

3. Beberapa Percanggahan Dengan Maqasid

4. Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

5. Kesimpulan

Kelima-lima perkara ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat dalam


perbahasan tentang Pusat Perlindungan Bayi ini. Perbahasan ini sekadar
membincangkan tentang Pusat Perlindungan Bayi secara umum, tanpa
mengaitkannya dengan mana-mana pertubuhan.

Pengenalan Baby Hatch

Pusat Perlindungan Bayi yang diperbahaskan di sini ialah sebuah pusat yang
memusatkan penjagaan bayi yang dibuang. Maka, bayi yang tidak diingini oleh ibu
mereka, akan dipusatkan di sini bagi mengelakkan terbuang.
Antara fungsi utama pusat ini ialah :

1. Bayi yang ditemui terbuang akan dipusatkan di bawah pusat penjagaan.

2. Ibu bapa tidak mampu menjaga anak mereka, juga dipusatkan di bawah pusat
penjagaan ini.

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Di sana, beberapa buah negara telah pun menubuhkan pusat ini, antaranya ialah :

1. Austria
2. Jerman
3. Republik Czech
4. Perancis
5. Jepun
6. Britain
7. Pakistan

(Sumber : en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch)

Contoh pertubuhan yang telah menubuhkan pusat ini di Malaysia seperti


OrphanCARE bertujuan memusatkan penjagaan di bawah satu kelolaan bagi bayi
yang dibuang yang telah dilancarkan perasmiannya oleh Sultanah Pahang, Sultanah
Kalsom, baru-baru ini.

(Sumber : Berita Harian, 31 Mei 2010)

Hubungkait Dengan Maqasid Syariah

Maqasid Syariah ialah matlamat atau tujuan penetapan syariat. Maka, syariat
digariskan untuk menjaga kepentingan manusia, iaitu menjaga 5 perkara yang
berkaitan dengan manusia. Iaitu :

1. Menjaga Agama atau pegangan manusia


2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia
3. Menjaga akal manusia
4. Menjaga keturunan manusia
5. Menjaga harta dan hak milik manusia

Secara umumnya, syariat digariskan sebagai kepentingan manusia (maslahat).


Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk


menjadi rahmat bagi sekalian alam (Surah al Anbiya’ : 107)

(Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, Mu’assasah ar Risalah, cet pertama, 2010,
hal. 289)

Imam Izzuddin Abdul Salam berkata :

Sesungguhnya Syariat itu semuanya adalah kepentingan, samada menolak


kerosakan, ataupun mendatangkan kepentingan.

(Izzuddin Abdul Salam, al Qawa’id, jilid 1, hal. 9)

1. Islam menjaga agama (maqasid pertama), iaitu menjaga pegangan manusia.


Maka, penubuhan pusat penjagaan bayi hendaklah tidak bercanggah dengan
maqasid ini, seperti penubuhan pusat penjagaan bayi sebagai satu rancangan
Kristianisasi. Perkara ini akan dihuraikan selepas ini. Insya Allah.

2. Islam menjaga nyawa (maqasid kedua), iaitu menjaga nyawa manusia. Bayi yang
dibiarkan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak dijaga. Maka, penubuhan
pusat penjagaan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek “nyawa”.

3. Islam menjaga keturunan manusia (maqasid ketiga), iaitu mengekalkan


kewujudan manusia di muka bumi. Bayi adalah generasi manusia yang perlu dijaga
dan diwujudkan. Maka penubuhan ini bertepatan dengan maqasid syariah dari aspek
“keturunan”.

Beberapa Perkara Yang Bercanggah Dengan Maqasid

Memang tidak dinafikan, penubuhan Pusat Perlindungan Bayi bertepatan dengan


maqasid syariah, tetapi, harus diperhatikan juga beberapa perkara yang bercanggah
dengan maqasid syariah, yang berkaitan dengan perbahasan ini. Iaitu :

1. Pemimpin Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud, sehingga menyebabkan


banyaknya berlaku pembuangan anak hasil zina. Maka pemimpin yang tidak
melaksanakan hudud, telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana
pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pimpinan.

(sumber : Dr Mustafa Khin, Dr Mustafa Bugho dan Syeikh Ali Syarbaji, Fiqh
Manhaji Ala Mazhabil Imam Syafie, cet. ke 8, Darul Qalam, 2007, jilid 3, ms 538)

2. Mereka Yang Membuang Anak

Mereka yang membuang anak, atau menggugurkan kandungan lebih daripada 4


bulan, hukumnya haram dan bercanggah dengan syariat. Perkara ini telah dijelaskan
di dalam Firman Allah SWT.

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah


diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan
dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa;
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)
Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah
kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang
tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh
syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu
memahaminya. (Surah al An’am : 151)
Daripada ayat ini, menjelaskan tentang pengharamannya ( Dr Wahbah Zuhaili, at
Tafsir al Munir, Fil Aqidah Wasy Syari’ah Wal Manhaj, cet. 9 Darul Fikr, jilid 4 ms
450-451).

3. Menyokong Pimpinan Yang Tidak Melaksanakan Hudud

Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak
melaksanakan Islam, juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak
melaksanakan hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan Firman Allah :

Maksudnya : dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al
Ma’idah : 44)

Di dalam ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan
perkataan “fasiq”. Jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu
kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan
kezaliman. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku


zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu,
sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian
(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan
(Surah Hud : 113)

4. Mereka Yang Bisu Daripada Menyatakan Kebenaran


Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan
hudud. Mereka ini juga telah bercanggah dengan syariat Islam, iaitu “mencegah
kemungkaran” adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami


turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. (Surah al Baqarah : 159)

5. Mereka Yang Menghalalkan Zina

Mereka yang menghalalkan zina dengan alasan-alasan tertentu, boleh menyebabkan


terkeluar akidah. Kerana telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah
SWT.

Maksudnya : Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka


sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (mereka
mempertuhankan) al Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan
melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang yang mereka sekutukan
(Surah at Taubah : 31)

(sumber : Kitab Syarah Showi Ala Jauharah Tauhid, Syeikh Ahmad bin
Muhammad al Maliki, cetakan ke 4, Darul Fikr Damsyik, tahqiq Dr Abdul Fattah
Bazzam, hal. 423)

6. Mereka Yang Berzina

Mereka yang berzina, juga bercanggah dengan syariat yang telah diharamkan oleh
Allah SWT. Firman Allah SWT :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
(Surah al Isra : 32)
Maka, jelas di sini bahawa Penubuhan Pusat Perlindungan Bayi adalah bertepatan
dengan syariat, yang merupakan keperluan manusia. Tetapi ia bukanlah jalan
penyelesaian untuk membenteras gejala zina. Bahkan terdapat kewajipan yang perlu
berbanding penubuhan pusat ini. Perkara ini akan diperjelaskan selepas ini.

Fiqh Muwazanat Dalam Perbahasan Ini

Setelah kita dibentangkan dengan persoalan tentang maqasid Syariah, di sini akan
melihat pula dari perspektif Fiqh Muwazanat, iaitu menimbang di antara maslahat
(kepentingan) dan mafsadah (kerosakan).

1. Secara umumnya, kepentingan menjaga nyawa seseorang lebih penting daripada


memikirkan kemungkinan zina lebih berleluasa disebabkan penubuhan pusat seperti
ini.

Ini kerana kepentingan itu dilihat lebih besar, berbanding kerosakan yang
mendatang. Maka, kita perlu mengutamakan kepentingan yang lebih besar,
berbanding kerosakan yang kecil.

2. Kerosakan yang kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dengan hukuman hudud.
Maka, melaksanakan hukuman hudud itu lebih utama berbanding menubuhkan
Pusat Perlindungan Bayi.

Ini kerana melaksanakan hudud itu adalah kepentingan yang lebih besar,
berbanding penubuhan pusat ini. Iaitu sekiranya bertembung di antara dua maslahat
(kepentingan), maka perlu diutamakan maslahat yang lebih utama.

3. Melantik pimpinan yang melaksanakan Islam adalah wajib, dan kepentingan yang
begitu besar dalam menjaga maslahat. Maka, memperjuangkan pimpinan yang akan
melaksanakan Islam dengan sebenar-benarnya, lebih besar dan utama berbanding
menubuhkan pusat ini.

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Iaitu, maslahat (kepentingan) melantik
pimpinan yang melaksanakan hukum Islam, lebih utama berbanding penubuhan
pusat ini. Tetapi, penubuhan pusat ini bukanlah bercanggah.
4. Mencegah maksiat adalah wajib. Maka, mencegah maksiat lebih besar, lebih
diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat “tidak
melaksanakan hukuman hudud” lebih wajib daripada mencegah maksiat berzina
atau buang anak. (bukan bermakna tidak mencegah maksiat kecil)

Maka, utamakan apa yang perlu diutamakan. Sepertimana yang telah disebutkan,
sekiranya bertembung di antara dua kerosakan, maka perlu dihapuskan kerosakan
yang lebih besar dahulu. Bukan bermakna membiarkan kerosakan yang sedikit.

5. Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dalam penubuhan Baby Hatch


ini, kita perlu menubuhkan pula Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam. Ini
kerana :

a) Menyelematkan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.

b) Menyelamatkan akidah dan pegangan bayi tersebut juga merupakan maqasid


syariah.

Maka, menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah organisasi Islam merupakan


kepentingan (maslahat) yang utama, selain daripada melantik pimpinan yang
melaksanakan Islam.

6. Penubuhan Baby Hatch ini adalah merupakan perkara yang “diperlukan segera”,
walaupun terdapat keutamaan yang lain. Maka, ia jangan dilewat-lewatkan. Ini
kerana perkara yang diperlukan segera walaupun terdapat keutamaan yang lebih,
maka perlu dilaksanakan perkara ini. Tidak perlulah menunggu pemimpin
melaksanakan Islam, barulah hendak menubuhkan Pusat ini.

(Sumber : Dr Majdi Hilali, Min Fiqhil Aulawiyat, cet. pertama Maktabah Darul
Andalus, 2008 dan Dr Yusof al Qaradhawi, Fi Fiqhil Aulawiyat, cet. kelapan,
Maktabah Wahbah, 2008)

Kesimpulan

Kesimpulan di sini ialah, keutamaan yang perlu diutamakan terlebih dahulu ialah :
1. Menubuhkan sistem gerakan dalam menaikkan pimpinan Islam. Sekiranya tiada
sistem, bagaimanakah pimpinan Islam tersebut boleh dinaikkan? Maka, inilah yang
dinamakan sebagai gerakan Islam. Maka, wajib bagi setiap individu muslim, untuk
bersama dengan gerakan ini, untuk mencegah kemungkaran dan meninggikan
Islam.

2. Melantik pimpinan yang melaksanakan sistem Islam adalah wajib. Maka, untuk
melantik pimpinan seperti ini memerlukan kepada sistem tadi. Ia diperlukan untuk
menyelesaikan masalah buang anak, dan memastikan maqasid syariah terpelihara.
Sekiranya pimpinan ini tidak melaksanakan Islam, kita perlu menggantikannya
dengan pimpinan lain.

3. Kemudian, barulah difikirkan untuk menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi yang


diperbahaskan di sini. Iaitu yang selari dengan maqasid syariah. Sekiranya
bercanggah, contohnya seperti Pusat Penjagaan Bayi yang berunsur Kristianisasi,
maka perlu ditubuhkan di bawah organisasi Islam.

Ketika ini, tindakan yang perlu diambil ialah :

1. Menggabungkan diri bersama gerakan Islam.

2. Memperjuangkan pimpinan yang melaksanakan Islam.

3. Mencegah kemungkaran dan menegak kemakrufan.

4. Menubuhkan Pusat Penjagaan Bayi di bawah Islam.

Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka lakukanlah ia
sekaligus. Iaitu melaksanakan keempat-empat perkara ini tanpa mengabaikan salah
satu darinya kerana keempat-empatnya adalah penting.

WaLlahua’lam

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil


Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

You might also like