You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8

PERSIARAN KEWAJIPAN, 47610 UEP SUBANG JAYA, SELANGOR


MINIT MESYUARAT PENITIA GEOGRAFI KALI PERTAMA 2010

Tarikh : 15 Januari 2010 (Jumaat)


Masa : 1.30 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

1. Pn. Tan Lan Lan (GKMP Kemanusiaan)


2. Pn. Lijah Binti Mohamed Mobeen (Ketua Panitia Geografi)
3. Cik Zubaidah Binti Azmi
4. Pn. Ngooi Wan Hsia
5. Pn. Durainee Binti Mokhatar
1.0 Ucapan Guru Kanan Kemanusian
1.1 Guru Kanan mengalu-alukan kehadiran semua ahli panitia dan mengucapkan terima kasih
atas kerjasama semua ahli panitia dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi
dan beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan mendapat 100 peratus ‘A’ dalam
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang lalu.
1.2 Beliau mengingatkan guru agar menyediakan minit curai apabila menghadiri sesuatu
mesyuarat, seminar, bengkel dan sebagainya. Guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat,
seminar, bengkel dan sebagainya digalakkan untuk mengadakan in house training. Bahan-
bahan kursus perlu diserahkan terlebih dahulu kepada pengetua.
1.3 Guru Kanan mengingatkan ahli panitia supaya menyediakan cadangan modul pengajaran
untuk tahun hadapan.
1.4 Guru Kanan mengingatkan agar latihan diberikan kepada pelajar perlulah mengikut tahap
yang sesuai.
1.5 Soalan peperiksaan perlulah diserahkan bersama skema jawapan yang lengkap dan JSU.
1.6 Ujian bulanan pada tahun 2010 akan diadakan sebanyak dua kali. Ujian yang pertama pada
bulan Mac dan ujian kedua pada bulan Julai. Masa ujian adalah selama 1 jam. Bentuk soalan
adalah tertakluk kepada Ketua Panitia. Kertas ujian bulanan tidak memerlukan “front cover”.
Bahagian tanda tangan disediakan, disemak dan disahkan juga tidak diperlukaN dalam
penyediaan kertas ujian. Guru Kanan menyarankan agar penyediaan soalan ujian dan
peperiksaan dapat dibuat lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
1.7 Guru Kanan mengingatkan semua ahli panitia tarikh penghantaran buku rekod kepada Guru
Kanan Mata Pelajaran adalah pada 22 Januari 2010.
1.8 Ahli penitia yang tidak dapat hadir ke mesyuarat penitia pada masa hadapan akan diminta
untuk memberikan surat tunjuk sebab.
2.0 Ucapan Ketua Penitia
2.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli paniatia dan tahniah
atas kejayaan mendapat 100 peratus ‘A’ dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2009 yang lalu.
2.2 Bagi sesi petang, seorang penggubal soalan akan membuat soalan bagi satu tingkatan
sahaja. Pn. Ngooi Wan Hsia akan menggubal soalan bagi tingkatan dua manakala Pn.
Dzurainee Mokhatar akan menggubal soalan bagi tingkatan satu sahaja. Penggubal soalan
bagi sesi pagi tertakluk kepada Ketua Panitia.
2.3 Ketua panitia mengingatkan bahawa ujian bulanan akan dibuat sebanyak dua kali. Masa
ujian adalah selama 1 jam. Format soalan merangkumi soalan objektif, subjektif serta
struktur.
2.4 Ketua Panitia mencadangan agar soalan ujian pada bulan Mac merangkumi topik kemahiran
geografi.
2.5 Pencerapan buku nota dan latihan pelajar akan dilakukan pada bulan April dan Julai.
Manakala pencerapan guru belum dimulakan lagi.
2.6 Ketua Panitia menggalakkan pelajar membeli buku latihan tambahan sekiranya mereka
berminat.
2.7 Minggu panitia adalah seperti yang telah ditetapkan.
2.8 Guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel dan sebagainya digalakkan
untuk mengadakan in house training. Bahan-bahan kursus perlu diserahkan terlebih dahulu
kepada pengetua.
2.9 Ketua Panitia mengingatkan semua ahli panitia terutama guru yang mengajar di tingkatan
satu agar menjadikan subjek geografi satu mata pelajaran yng menyeronokkan untuk
meningkatkan minat belajar para pelajar serta meningkatkan prestasi mata pelajaran
Geografi.
3.0 Penutup
3.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

You might also like