You are on page 1of 6

Peluang Hidup Mewah Mengikut Syarak Hanya dari Rumah!

NEP gagal! Ini bukan lagi rahsia di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum Dasar
Ekonomi Baru hanya mengkayakan sejumlah kecil meleis di Malaysia. NEP hanya
mengkayakan mereka yang berdarah cap keris atau darah cap anak raja. Jika darah
kamu cap rakyat biasa jangan harap lah kekayaan mega akan menjadi hak milik kamu.

Oleh kerana itu kami di Syarikat Obie Al Muslimun Lamb Syawarma Sdn Bhd
menjemput saudara-saudari semuslim untuk melabur didalam syarikat 100% halal
mengikut syara’ dan mengikut sunnah nabi.

Nabi SAW pernah ditanya;

"Apakah pekerjaan yang paling baik di sisi Allah? Baginda menjawab:


"Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap jual-
beli/perniagaan yang mabrur (yang diredhai Allah)." (Riwayat Imam Ahmad
dan at-Thabrani daripada Abu Burdah r.a)

TEKNOLOGI YOKTO!

Kami menjalankan aktiviti menjual mesin penapis berteknologi YOKTO yang diimport
khas dari Dubai. Sebelum ini saya yakin saudara sudari ada mendengar syarikat lain
menjual penapis air berteknologi NANO. Tahukah saudara yang teknologi ini sudah
ketinggalan zaman? Teknologi NANO yang kononnya canggih sebenarnya adalah
teknologi zaman 50-an! Tak percaya cakap saya? Lihat sendiri entry dari Wikipedia
tentang Nanotechnology disini.
Dalam dunia fizik, NANO ialah 10 kuasa negative sembilan. YOKTO ialah 10 kuasa
negatif dua puluh empat! Ianya sudah pasti lebih canggih , halus ,mapan , madani ,
tangkas dan terkini!

Selain daripada itu teknologi NANO ialah hasil buah fikiran seorang Professor Yahudi!
Ianya hak milik Negara haram Israel saudara-saudari sekalian. Jika anda melabur dalam
syarikat teknologi NANO anda semua memunyai saham dosa kerana membayar hak
Intellectual Property negara laknatullah tersebut!

Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, teknologi YOKTO adalah teknologi terkini dari
Dubai dan dipunyai 100% oleh United Arab Emirates. Tiada syubahah dalam
mengkayakan negara haram yahudi. Duit saudara saudari sekalian akan dikitar semula
untuk memajukan ummah.

APA PRODUK KAMI?

Penapis Al-Obie 5000 ialah penapis air terkini dan tercanggih dalam pasaran. Penapis
air edaran syarikat kami dapat menapis segala zarah halus yang ada didalam air, udara
dan angkasa. Ia juga boleh digunakan sebagai penapis mulut dan boleh menapis virus
H1N1.Teknologi YOKTO kami juga akan menghasilkan lebih banyak molekul oksigen
didalam air melalui proses "activated unilateral temperature action" atau "AUTA"
secara ringkas. Jika molekul air teknologi YOKTO dilihat dibawah kanta mikroskop,
saudara saudari boleh lihat zarahnya sama seperti air Zam Zam , air telaga nabi di
mekkah, air telaga Wali Songo dan air telaga Hassan Al Banna. Penapis Al-Obie
5000 boleh dimiliki saudara dengan harga pengenalanan RM 5500 sahaja. Ini adalah
amat murah kerana ianya terkini dan dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan
saudara saudari sekalian.
Selain daripada itu zarah air tapisan teknologi YOKTO berubah-rubah mengkiut niat kita
ketika meminumnya. Anda tidak perlu lagi mengambil ubat-ubatan mahal. Hanya minum
air tapisan YOKTO dan berdoa. Insya'allah penyakit saudara saudari akan pulih. Disini
sahaja kita dapat melihat penjimatan yang besar. RM5500 mungkin nampak mahal pada
zahirnya tapi jika dilihat sebagai pelaburan masa panjang ianya amat cukup berbaloi
sekali.

Dari testimonial pengguna-pengguna penapis kami, ada yang dulunya mengidap kanser
kini sudah sembuh. Ada yang mengidap mati pucuk kini sudah beranak 8. Tak kurang
juga yang dulunnya obese kini sudah kelihatan seperti The Rock.

TESTIMONIAL PENGGUNA

"Saya menggunakan produk ini sebagai kondom pakai buang, dan yakin, hanya benih
yang baik2 yang bakal menjadi doktor, peguam dan saintis sahaja akan keluar. Rempit,
dadah, troll dsbgnya telah tertapis dengan berjayanya dengan teknologi yakto" - Encik
Lati0s

"Saya sudah mengunakan penapis AL-OBIE 5000 untuk menapis air teh tarik
saya;Hasilnye, tanyelah bini saya...heheheh ( sambil menjeling manja-manja babi bini
disebelah)Sungguh puas hati kalah KOPI JANDA" - Encik Papaskizo

"Jika anda ingin menunaikan umrah secara cepat dan percuma, sertailah skim al-obie
5000. walaupun baru masuk sebulan, saya dan seluruh keluarga besar saya ditaja oleh
al-obie. ini juga termasuk dgn upah umrah sekali bagi sesiapa yg uzur atau sudah
meninggal. kami memang ikut trend buat umrah macam syarikat2 pesaing buat" - Encik
Danili

Di Dubai teknologi ini pada asalnya direka untuk menapis air laut menjadi air minuman.
Air laut Teluk Parsi dapat diminum terus dengan menggunakan penapis kami tanpa
perlu menggunakan mesin yang herganya berjuta-juta ringgit seperti yang digunakan
negara jiran kita Singapura.

“Habis kenapa Singapura tak mahu gunakan teknologi YOKTO?”

Saya ada jawapan untuk soalan ini. Singapura ego dengan teknologi NEWater mereka
sehingga tidak mahu membayar IP Rights untuk teknologi YOKTO. Mereka sanggup
kerugian berjuta dollar setahun asalkan tidak mengkayakan negara UAE saudara. Jadi
inilah tugas kita sebagai saudara seagama untuk menyokong teknologi rekaan saudara
kita! Ingatlah wahai saudara saudari yang umat Islam dulu peneraju bidang sains dan
teknologi. Tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al Farabi dan Al Jabbar mengubah dunia
dengan teori-teori hebat mereka. Sekarang tiba masanya untuk umat Islam bangkit
semula dan meneraju dunia sains.

INI BUKAN SKIM PIRAMID!

Saya yakin ada diantara saudara akan menuduh kami syarikat MLM Piramid yang
banyak dipasaran sekarang. Anda salah. Kami bukan syarikat penipu yang sanggup
menggelapkan duit saudara seagama semata-mata untuk kesenangan duniawi. Syarikat
kami berlandaskan prinsip “Islamic Geomatric Mudharabah System” (IGMS) yang
dipelopori seorang ekonomis Islam dari Jordan.

Konsepnya mudah. Ianya seperti rekaan geomatrik yang kerap saudara saudari lihat di
dinding-dinding masjid.

Corak yang kompleks ini sebenarnya boleh dibuat hanya dengan satu corak asas sperti
dibawah. Corak asas ini dipanggil “Qariah”
Qariah-qariah didalam sistem IGMS bergabung antara satu sama lain untuk
memakmurkan komuniti IGMS. Ini selaras dengan konsep Islam yakni saling bantu
membantu. Hasilnya Qariah kecil menghasilkan corak geomatrik gergasi yang boleh
diulangi sehingga infiniti! Bayangkanlah jumlah pendapatan saudara-saudari sekalian
kelak. Disamping mendapat pendapatan yang lumayan suadara saudari juga beribadat
kerana membantu saudara seagama. Pendek kata umat Islam juga yang untung diakhir
hari. Insya’allah

You might also like