You are on page 1of 4

(a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M?

[6
markah]
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah
dengan pertolongan
pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang dipanggil
Revolusi
Abbaysiyah.
Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak
secara sulit.
Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara
terbuka.
Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w
) untuk
mendapatkan sokongan.
Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.
Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di
Khurasan dan Salamah
al-Khallal yang berpusat di Kufah.
Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani
Umaiyyah dan
mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.

(b ) Terangkan lima faktor yang membantu Kota Baghdad muncul sebagai pusat
kegiatan intelektual pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. [10 markah]
Faktor yang membolehkan Kota Baghdad muncul sebagai sebuah pusat
kegiatan intelektual
pada zaman Kerajaan Bani Abbasiah ialah Berlaku kegiatan bercorak ilmiah
yang pesat melalui
penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.
Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa dan sastera
yang serba boleh
serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik,
perubatan, seni
muzik dan falsafah.
Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah
Harun al-Rasyid iait
BaitulHikmah. Penubuhan Institusi ini juga telah membolehkan kota Baghdad
muncul sebagai
sebuah pusat kegiatan intelektual pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.
Institusi ini telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan
Al-Makmun.
Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memperterjemahkan karya falsafah
dan sains
terutamanya bahasa Yunani.
Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahas Yunani, Sanskrit dan
suriani telah
mengalakkanlagi perlkembangan intelektual pada waktu itu di kota Baghdad.
Kegiatan penulisan yang dilakukan adalah adalah mengikut tiga tahap iaitu :
Tahap pertama – mencatat segala idea atau percakapan, Tahapkedua –
mengumpulkan segala
idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammads.a.w ke dalam
sebuah buku.
Tahap ketika ialah Mengarang – ia dilakukan dengan teliti kerana segala yang
dicatatkan itu diatur
ke dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.
Golongan ulama juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya pada
tahun 761 Masihi,
ramai ulama telah mulamenyusun hadis dan menghasilkan Tulisan dalam bidang
fekah, tafsir,
sejarah dan sebagainya.
Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan
sahaja
memperterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya
yang
diterjemahkan ke dalambahasa Arab.
Mereka juga telahmembuat penambahan dan pembaharuan yang sangat tinggi
nilainya.

(c) Berdasarkan pencapaian kerajaan Islam, bagaimanakah generasi hari ini


dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pegetahuan yang terkemuka di dunia [4
markah]

Generasi hari ini dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu
pegetahuan yang terkemuka di dunia dengan menguasai menguasai bahasa
Inggeris dan bahasa lain yang penting di dunia.
Mereka juga perlu memperterjemahkan banyak buku ilmu pengetahuan
kepada bahasa melayu agar semua penduduk di Malaysia akan memperolehi
manfaat dari usaha tersebut.

Generasi hari ini juga perlu mempunyai kebolehan mengolah buku yang
diterjemahkan dengan menambahbaikan lagi terhadap buku yang diterjemah.

Generasi hari ini juga perlu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu
yang terdapat pada hari ini agar pengetahuan mereka tidak terbatas kepada
sesuatu ilmu sahaja

Mereka harus berani Meneroka bidang-bidang baru yang belum diterokai oleh
bangsa lain agar Negara kita berada di barisan depan di dalam bidang baru
tersebut.

Generasi hari ini juga perlu menghasilkan banyak karya-karya sendiri hasil
daripada penyelidikan yang berterusan

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pengetahuan semua


generasi hari ini perlu berfikiran terbuka dan mampu berfikir tentang sesuatu
pekara sera dapat manfaat ilmu tersebut kepada Negara.

You might also like