You are on page 1of 3

Dr Nawi Jusoh

Siri 1

Pada tahun 2006 penulis telah membuat kajian terhadap 365 orang para mualaf (
pelbagai bangsa dan agama, di Selangor ) tentang Mengapa Mereka Memeluk Islam.
Didapati ada 10 faktor (F) yang signifikan mengapa mereka itu memeluk Islam. 10F itu
mengikut urutannya F1: Kurniaan Islam, F2: Mukjizat Al-Quran, F3: Tidak Puashati
Terhadap Agama Asal, F4: Ingin Tahu Tentang Ketuhanan, F5: Peluang Dan Kemudahan,
F6: Persekitaran Yang Kondusif, F7: Pegangan Longgar Kepada Agama Asal, F8: Mencari
Ketenangan Jiwa, F9: Kesedaran Kepalsuan Dakyah Terhadap Islam dan F10: Faktor
Sejarah Dan Budayanya (Cina).

Daripada 10F itu, penulis klasifikasikannya kepada 2 aspek: Intrinsik (Dalaman) dan
Ekstrinsik (Luaran). Faktor (F) yang terlibat dengan Intrinsiknya ialah F1, F2, F3, F4, F7, F8
dan F9. Manakala Faktor (F) yang terlibat dengan Ekstrinsiknya pula ialah F5, F6 dan F10.

Sesungguhnya kedua-dua Aspek Faktor ini sangatlah berkait rapat di antara satu
sama lain; tetapi yang lebih pentingnya ialah aspek Intrinsik. Mereka yang pemilihannya
lebih memberatkan Aspek Intrinsik, bukan sahaja dapati tauhidnya lebih kuat malah mereka
ini sanggup dan berkeupayaan pula menjadi pendakwah Islamiah kepada kumpulannya
yang masih belum Islam.

Dalam penulisan kali ini penulis hanya akan menyentuh F2: Mukjizat Al-Quran,
sebab F2 ini lebih menyentuh pemikiran dan jiwa (peringkat Awalan) golongan terpelajar
bukan Islam untuk memeluk Islam sebelumnya meneliti F1 (Menyebabkan mereka Lebih
Kental Pegangan Tauhidnya).

Sesungguhnya Mukjizat Al-Quran (F2) itu amatlah besar sekali. Ramai golongan
terpelajar bukan Islam hari ini tertarik memeluk Islam kerana kekaguman terhadap Al-
Quran dalam mendahului kajian sains moden. Ada 10 bidang yang penting yang
mencakupi F2 ini iaitu: Astronomi, Geologi, Fizik, Oceanologi, Embriologi / Manusia,
berpasangan, Zoologi, Jumlah Perkataan Berlawan dan Fakta Sejarah.

Dalam penulisan ini penulis hanya memilih bidang Geologi. Bidang ini pun ada 5
perkara yang penting iaitu Penciptaan Bumi, Bentuk Bumi, Peratusan Bumi dengan Laut,
Bumi dengan gunung-ganang dan Bumi dengan Laut Dan Api. Dalam perkara Geologi ini
pula penulis khususkan hanya kepada 2 sahaja yang lebih mudah dijelaskan di sini iaitu
Peratusan Bumi dengan laut dan Bumi dengan Gunung-ganang.

Peratusan Bumi Dengan Laut

Kadar laut (air) dan tanah (daratan) mengikut kajian Commander Naval
Meteography Command 1020 Balch Blvd, Stennis Space Center, Mississippi 39529-500,
ialah sebanyak 71% air dan 29% daratan.Mengikut kajian sains seterusnya pula telah
membuktikan bahawa kadar peratus air meliputi dunia ini sebanyak 71.111% manakala
daratan pula ialah sebanyak 28.889%. Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan Al-
Quran?

Untuk ini, dijawab oleh satu penemuan kajian oleh Dr. Tariq Al-Suwaida (2002)
bahawa sebenarnya Al-Quran telah memberi jawapan secara penelitian bagi mereka yang
cuba menelitinya. Mengikut Dr. Tariq bahawa dalam Al-Quran telah menyebut laut
sebanyak 32 kali dan tanah sebanyak 13 kali. Beliau (Dr. Tariq) mengira secara matematik
mudah iaitu sepertimana berikut :
Laut + Tanah = 32 + 13 = 45
Oleh itu kadar peratusnya :
Laut : 32/45 X 100 = 71.111%
Tanah : 13/45 X 100 = 28.889%

Secara kasarnya ialah laut sebanyak 71% dan tanah 29%. Ini sangatlah
menakjubkan kerana ia membuktikan kebesaran Allah S.W.T yang mewahyukan Al-Quran
kepada Nabi Muhammad S.A.W yang tidak pandai membaca dan menulis kira-kira 1400
tahun dahulu wujud perkara yang ‘ajaib sebegini.

Bumi dan Gunung- Ganang.

Dr. Zaglool Al-Najjar, pemegang ijazah Ph.D dalam geologi dari Wales University
menjelaskan bahawa Al-Quran ada menyebut 49 versi yang berbeza tentang gunung.
Dalam satu daripada versi ini Al-Quran menyebut gunung sebagai pasak. Surah An-naba’
78 : 6-7 bermaksud ;
“Mengapa kamu ragu-ragukan tentang kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-
orang yang telah mati? Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai
hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?”

Para ahli sains kini mengakui bahawa gunung-ganang mempunyai pasaknya secara
tersendiri. Apa yang kita lihat atas permukaan ini ketinggiannya itu hanya sedikit sahaja jika
dibandingkan yang tertanam di dalam bumi. Contohnya kemuncak Gunung Everest
(gunung yang paling tinggi di dunia), ketinggian puncaknya di bumi cuma 9 km. tetapi yang
bahagian dalam bumi, batu gunung ini jauh lebih jauh terpacak ke dalam sehingga 125 km.

Sepertimana tiang khemah yang terpacak ke dalam bumi bagi menegakkan khemah
daripada diterbangkan oleh tiupan angin, begitulah juga fungsinya gunung ini terpacak
teguh sebagai paksi ke dalam bumi bagi menahan sebarang pergerakan tanah, air dan
juga plat yang menyaluti paksi atau pasak (teras) pada gunung berkenaan. Dengan ini,
kehidupan seperti tumbuhan, binatang dan manusia boleh berterusan hidup sepertimana
hari ini.

Di sinilah apabila diteliti, ia menggambarkan kebesaran Allah S.W.T. Firman-Nya


dalam Al-Quran, Surah Al-Hijr 15: 6, bermaksud : ‘Dan Dia mengadakan di bumi gunung-
ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia
mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang supaya kamu dapat sampai ke
matlamat yang kamu tuju,”

Begitulah juga terbukti lagi dengan Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran, Surah
Luqman 31:10 yang bermaksud:
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-
ganang (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu”.

Tegasnya Al-Quran yang telah diturunkan sejak 1400 tahun dahulu telah menyebut
tentang pasak gunung ini. Sekarang para saintis mengakui kebenarannya scara kajian
ilmiah.

Kekaguman atas kea’jaiban Al-Quran ini menjadi pendorong yang signifikan para
cendikiawan bukan Islam memeluk Islam.

******************************************************

Huraian F1-F10 ini selanjutnya silalah rujuk halaman web : 1dnj.com

******************************************************

You might also like