You are on page 1of 3

Rujukan kami : Bil(10) SMKDUAM 05/02/ 012

Rujukan Tuan :
Tarikh : 1 Julai 2010

Kepada:
Semua ibu /bapa /penjaga

Tuan / Puan,

Pemberitahuan : Program “A’inun – Nisa”

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakanprogram tersebut
yang melibatkan para pelajar perempuan beragama Islam.

2. Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah diri pelajar perempuan di samping menangani gejala
sosial yang kian berleluasa. Para pelajar akan menjalankan aktiviti berbentuk bengkel, ceramah, usrah dan
aktiviti lain yang bersesuaian di bawah seliaan guru-guru wanita.

3. Jadual pelaksaan adalah seperti di bawah:

Bil TINGKATAN MINGGU TEMPAT MASA

1 TING. 4 DAN 5 1 (JUMAAT) SURAU 12.30 – 1.30 PTG


SMKDUAM
2 TING. 1 ,2 & 3 4 (JUMAAT)

4. Pihak kami memohon kerjasama dari semua pihak ibu / bapa /penjaga supaya dapat memastikan pelajar
hadir dan terlibat dalam aktiviti yang dirancangkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


SMK DATUK UNDANG ABDUL MANAP
73100 JOHOL
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Kod Sekolah : NEE 1088 Tel : 06 - 4367216
Email : smkduam @ gmail.com Fax : 06 - 4369699

Rujukan kami : Bil(11) SMKDUAM 05/02/ 012


Rujukan Tuan :
Tarikh : 1 Julai 2010

Kepada:
Pengurus Tabung Haji,
Cawangan Kuala Pilah,
Bangunan Tabung Haji,
Lot No.234, Jalan Dato Undang Johol,
72000 Kuala Pilah

Tuan,

MEMOHON CERAMAH DAN BENGKEL HAJI

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah berminat untuk menjemput pihak tuan
untuk mengadakan Ceramah dan Bengkel Haji kepada pelajar Islam di sekolah ini.

2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 secara praktikalnya
untuk menjalani ibadah ini. Pihak kami berbesar hati sekiranya bengkel ini dapat dijalankan mengikut
ketetapan di bawah :

Tarikh : 13 Julai ( Selasa )


Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Padang SMKDUAM

.
3. Harapan kami semoga bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar secara optima. Kerjasama
dari pihak tuan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

_______________________
(Hjh. Aishah Binti Ashaari )
Pengetua Cemerlang
SMK Datuk Undang Abdul Manap

You might also like