You are on page 1of 3

TERHAD 1 3756/3

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 3756/3


PRINSIP PERAKAUNAN
TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4
Kertas 3
Ogos - September 2010

1. Kertas soalan ini mengandungi satu tugasan.

2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.

3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek
dan kriteria yang telah ditetapkan.

4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM (Tingkatan 4) dari bulan Ogos
hingga bulan September.

5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakan


untuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasan


dengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3756/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3756/3

TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4

1. Calon dikehendaki menyediakan Satu Set Akaun yang lengkap berdasarkan


dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan
perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat seperti:
1.1 Kedai perabot
1.2 Kedai alatan elektrik
1.3 Kedai komputer
1.3 Kedai pinggan mangkuk

2. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam penyediaan tugasan:


2.1 Jenis perniagaan – milikan tunggal
2.2 Status perniagaan – memulakan perniagaan
2.3 Tempoh urus niaga – 1 bulan tahun semasa

3. Urus niaga yang terlibat mestilah disokong dengan dokumen yang lengkap berdasarkan
perkara berikut:

Butiran Ringkasan Urus Niaga Bilangan


Urus Niaga
Bilangan Urus Niaga 40

Garis panduan urus niaga


i Catatan Permulaan 1

ii Komponen Kos Jualan - Belian kredit


- Belian tunai
9
- Pulangan belian
- Angkutan masuk, duti import,
upah belian, insurans belian

iii Komponen Jualan Bersih - Jualan kredit


- Jualan tunai 7
- Pulangan jualan

iv Komponen Pembayaran - Pemiutang


10
- Belanja

3756/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


TERHAD 3 3756/3

v Komponen Penerimaan - Penghutang


6
- Hasil

vi Perolehan Aset - Tunai


2
- Kredit

vii Catatan Kontra 2

viii Ambilan - Barang niaga


- Tunai / Bank
- Kegunaan sendiri 2
- Kegunaan perniagaan
- Tujuan promosi / derma

ix Pinjaman 1

x Stok akhir - Ditentukan berdasarkan baki


daripada buku stok

4. Maklumat berikut perlu diambil kira dalam urus niaga:


4.1 Peniaga menggunakan duit simpanan peribadi di bank RM50 000 untuk
menjalankan perniagaan.
4.2 Seorang pekerja diambil bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji bulanan
RM800.

5. Tugasan projek hendaklah dibuat menggunakan komputer.

6. Tugasan projek hendaklah dicetak dengan mematuhi perkara berikut:


6.1 Saiz kertas : A4
6.2 Saiz font : 12
6.3 Jenis font : Times New Roman
6.4 Dokumen perniagaan: Saiz font, jenis font dan jarak antara baris adalah mengikut
kesesuaian.

7. Calon diperuntukkan 8 minggu untuk menyiapkan tugasan (Ogos – September).

8. Hasil projek yang lengkap mesti dikemukakan oleh calon secara individu.

9. Setiap calon mesti mempamerkan kemahiran komunikasi sama ada dalam bentuk
pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaan tugasan projek.

TUGASAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3756/3 © 2010 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like