You are on page 1of 28

http://www.arabmykrk.

com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

(SIRI EBOOK PERCUMA)

SOLAT TARAWIH DI MASJID-MASJID KERAJAAN NEGERI JOHOR

1. BILAL berdiri dan berseru untuk bersolat Tarawih dengan katanya:

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 1 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

ُ‫ْح َر ِح َمكـ ُ ُم هللا‬ ِ ‫صـَالَة َ التـ َّ َر‬


ِ ‫اوي‬
Artinya: Marilah bersolat Tarawih, semoga tuan-tuan sekalian dirahmati Allah.

Atau dia berseru dengan katanya:

ُ‫ْح أ َثـَابَكـ ُ ُم هللا‬ ِ ‫صـَالَة َ التـ َّ َر‬


ِ ‫اوي‬
Artinya: Marilah bersolat Tarawih, semoga tuan-tuan diberi pahala oleh Allah.

2. ORANG RAMAI menyambut seruan bilal itu dengan berkata serentak dengan
suara yang jelas.

‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
3. Sekalian yang hadir bersolat Tarawih.

PANDUAN:

Kaedah Ini dilakukan mulai malam pertama Ramadhan hingga malam yang kelima belas.

Surah yang baik dibaca selepas Surah Al-Fatihah di dalam Solat Tarawih ialah ayat-ayat pilihan
daripada satu-satu juzuk Al-Qur’an iaitu pada malam yang pertama dibaca juzuk yang
pertama, manakala pada malam kedua dibaca juzuk yang kedua, malam ketiga dibaca pula
juzuk yang ketiga. Demikianlah seterusnya hingga malam yang ketiga puluh, dibaca juzuk yang
ketiga puluh. Ini biasanya dilakukan oleh orang-orang yang hafaz Al-Qur’an.

Walau bagaimanapun, cara yang lebih mudah yang dilakukan oleh kebanyakan orang ialah
dengan membaca Surah At-Takathur (‫ر‬
ُ ‫التـَّـكـَـاثـُـ‬ ‫ )اَلـْـهـَـٰـ ُكـ ُم‬hingga ke Surah Al-Masad (ْ ‫تـَـبـَّـت‬
‫ـب‬
َّ َ ‫ب َوتـ‬
ٍ ‫ )يَـدآ أ َبـِـى لـَـ َهـ‬selepas Surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas (
‫ ) قــُـ ْل هُـ َو هللاُ أ ََحـ ٌد‬pada rakaat kedua.
Pada malam yang keenam belas hinggalah malam penghabisan Bulan Ramadhan pula,
terdapat dua cara:

I. Surah yang dibaca selepas Surah Al-Fatihah di dalam rakaat yang pertama ialah Surah Al-
Qadr (‫الـْـقـَـدْر‬ ‫)ِ إ ِنـَّـا أ َنـز َلـْـنـَـاهُ فـِـى لـَـيـْـلـَـ ِة‬.
Dibaca Surah At-Takathur (‫ر‬ ُ ‫ )اَلـْـهـَـٰـ ُكـ ُم التـَّـكـَـاثـُـ‬hingga ke Surah Al-Masad (‫تـَـبـَّـت ْ يَـدآ أ َبـِـى‬
‫ـب‬
َّ َ ‫ب َوتـ‬
ٍ ‫ )لـَـ َهـ‬selepas Surah Al-Fatihah pada rakaat kedua.
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 2 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

II. Surah yang dibaca selepas Surah Al-Fatihah di dalam rakaat yang pertama ialah Surah Al-Lail
(‫واللـَّــيـْـل ِ إ ِذ َا يَـغـْـشـَـى‬
َ ). Dibaca Surah Ad-Dhuha pada rakaat kedua, Surah Al-Insyirah /
Asy-Sarh pada rakaat ketiga, Surah At-Tin pada rakaat yang keempat. Demikianlah seterusnya
hingga hingga Surah Al-Masad (‫هـب‬َ ‫ )ٍ تـَـبـَّـت ْ يَـدآ أ َبـِـى لـَـ‬pada rakaat yang kedua puluh iaitu
dua puluh surah bagi dua puluh rakaat Solat Tarawih itu.

KETERANGAN LENGKAP:
Pada malam pertama Ramadhan hingga malam kelima belas:

Rakaat pertama:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah At-Takathur

(َ‫ إلخ أ‬...ُ‫)لـْ ٰهَكـ ُ ُم التـَّكـَاثـُر‬


Rakaat kedua:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ً فـَضـْالً ِّم َن هللاِ َونِ ْع َمة‬


ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ يَا َو‬، ُ‫ يَا تـ َ َّواب‬،ً ‫ َو َمغـْفِ َرة ً َو َرحْ َمة‬،


‫اس َع الـْ َمغـْفِ َر ِة‬
‫يَا أ َرْ َحمَ ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‬
BILAL membaca selawat:

‫ص ِّل َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰا ِل َسيِّ ِدنـَا مُ َح َّم ٍد‬
َ ‫اللـَّهُ َّم‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 3 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

Rakaat ketiga:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-‘Asr

ٍ ْ‫ان لـَفِى ُخسـ‬


(‫ إلخ‬...‫ـر‬ ِ ‫ إ َِّن‬.‫) َوالـْ َعصْ ِر‬
َ ‫اإلن َس‬

Rakaat keempat:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

،‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
َ ‫الـْبَ ْد ُر َسيِّ ُدنـَا ُم َح َّم ٌد‬
‫صلـُّوا َعلـ َ ْي ِه‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬
Rakaat kelima:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Lumazah

(‫ إلخ‬...‫) َو ْي ٌل لِكـ ُ ِّل هُ َم َز ٍة‬


Rakaat keenam:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ً فـَضـْالً ِّم َن هللاِ َونِ ْع َمة‬


Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 4 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ يَا َو‬، ُ‫ يَا تـ َ َّواب‬،ً ‫ َو َمغـْفِ َرة ً َو َرحْ َمة‬،


‫اس َع الـْ َمغـْفِ َر ِة‬
‫يَا أ َرْ َحمَ ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‬
BILAL membaca selawat:

‫ص ِّل َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰا ِل َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫اللـَّهُ َّم‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬
Rakaat ketujuh:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Fil

ِ ‫ك بـِأ َصْ حـ َ ٰـ‬


(‫ إلخ‬...ِ‫ب الـْفِيل‬ َ ُّ‫ْف فـ َ َع َل َرب‬
َ ‫)أ َلـ َ ْم تـ َ َر كـَي‬
Rakaat kelapan:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ أ‬،‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
ِّ ‫َ ِم ْي ُر الـْ ُم ْؤ ِمنِيْ َن َسيِّ ُدنـَا أ َبُوبَكـِْرن ِا‬
ُ‫لصدِّيْقِ تـ َ َرض َّْوا عَنـْه‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 5 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

ِ ‫ض َي هللاُ َعنـْهُ َونـَفـ َ َعنـ َا بـ ِ ِه فِى ال ِّدي ِْن َوال ُّدنـْيَا َو‬
‫اآلخ َر ِة‬ ِ ‫َر‬

Rakaat kesembilan:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Quraisy

( ِ‫ إلخ‬...ٍ‫ـف ُقـ َريْش‬


ِ ‫) ِإليلـ َ ٰـ‬
Rakaat kesepuluh:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ً فـَضـْالً ِّم َن هللاِ َونِ ْع َمة‬


ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ يَا َو‬، ُ‫ يَا تـ َ َّواب‬،ً ‫ َو َمغـْفِ َرة ً َو َرحْ َمة‬،


‫اس َع الـْ َمغـْفِ َر ِة‬
‫يَا أ َرْ َحمَ ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‬
BILAL membaca selawat:

‫ص ِّل َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰا ِل َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫اللـَّهُ َّم‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬

Rakaat kesebelas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ma`un

َ ‫)أ َ َر َءي‬
(‫ إلخ‬...ِ‫ْت الـ َّ ِذى يُكـ َ ِذ ّبُ بـِـالـ ِّديـن‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 6 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Rakaat kedua belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬

Selepas imam memberi salam kedua,


BILAL membaca:

‫ أ‬،‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
ِ ‫َ ِم ْي ُر الـْ ُم ْؤ ِمنِيْ َن َسيِّ ُدنـَا ُع َم ُر ابْنُ الـْ َخطـَّا‬
ُ‫ب تـ َ َرض َّْوا عَنـْه‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ض َي هللاُ َعنـْهُ َونـَفـ َ َعنـ َا بـ ِ ِه فِى ال ِّدي ِْن َوال ُّدنـْيَا َو‬
‫اآلخ َر ِة‬ ِ ‫َر‬
Rakaat ketiga belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Kauthar

(‫ إلخ‬...َ‫ك الـْكـ َ ْوثـَر‬


َ ‫)إ ِنـ َّآ أ َعْطـَيْنـ َ ٰـ‬
Rakaat keempat belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ً فـَضـْالً ِّم َن هللاِ َونِ ْع َمة‬


ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ يَا َو‬، ُ‫ يَا تـ َ َّواب‬،ً ‫ َو َمغـْفِ َرة ً َو َرحْ َمة‬،


‫اس َع الـْ َمغـْفِ َر ِة‬
‫يَا أ َرْ َحمَ ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 7 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
BILAL membaca selawat:

‫ص ِّل َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰا ِل َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫اللـَّهُ َّم‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬

Rakaat kelima belas:


Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Kafirun

((‫ إلخ‬...‫ون‬ ٰ ‫ُقـلْ يَآ أ َيُّهَا الـ‬


َ ‫ْكـ َفِ ُر‬
Rakaat keenam belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ أ‬،‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
ُ‫ان تـ َ َرض َّْوا عَنـْه‬ ُ ‫َ ِم ْي ُر الـْ ُم ْؤ ِمنِيْ َن َسيِّ ُدنـَا ُعثـْ َما‬
َ َّ ‫ن ابْنُ َعفـ‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ض َي هللاُ َعنـْهُ َونـَفـ َ َعنـ َا بـ ِ ِه فِى ال ِّدي ِْن َوال ُّدنـْيَا َو‬
‫اآلخ َر ِة‬ ِ ‫َر‬

Rakaat ketujuh belas:


Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah An Nasr

(‫ إلخ‬...ِ‫)إ ِذ َا َجآ َء نـَصْ ُرهللا‬


Rakaat kelapan belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 8 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ً فـَضـْالً ِّم َن هللاِ َونِ ْع َمة‬

ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

ِ ‫ يَا َو‬، ُ‫ يَا تـ َ َّواب‬،ً ‫ َو َمغـْفِ َرة ً َو َرحْ َمة‬،


‫اس َع الـْ َمغـْفِ َر ِة‬
‫يَا أ َرْ َحمَ ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‬
BILAL membaca selawat:

‫ص ِّل َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰا ِل َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫اللـَّهُ َّم‬
ORANG RAMAI menyambut dengan berkata:

‫ص ِّل َو َسلـ ِّ ْم َعلـ َ ْي ِه‬


َ ‫اللـَّهُ َّم‬
BILAL berseru memberitahu orang ramai bahawa Solat Tarawih hanya tinggal dua
rakaat sahaja lagi iaitu dengan berkata:

ُ‫ْح َر ِح َمكـ ُ ُم هللا‬


ِ ‫اخ ُر التـ َّ َرا ِِوي‬
ِ ‫َء‬
Artinya: Inilah penghabisan Tarawih kita, dengan harapan mudah-mudahan tuan-tuan
.dikurniakan rahmat oleh Allah

ORANG RAMAI menyambut seruan bilal itu dengan berkata:

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 9 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
Rakaat kesembilan belas:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Masad

ْ ‫)تـَب‬
ٍ َ‫َّت يَدَآ أ َبـِى لـَه‬
(‫ إلخ‬... َّ‫ب َوتـ َب‬
Rakaat kedua puluh:
Selepas membaca Surah Al-Fatihah, imam membaca Surah Al-Ikhlas

(‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Selepas imam memberi salam kedua,
BILAL membaca:

‫ أ‬،‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬
ُ ‫َ ِم ْي ُر الـْ ُم ْؤ ِمنِيْ َن َسيِّ ُدنـَا َعلِ ُّي اب‬
‫ْن أ َبـِى طـَالِبٍ تـ َ َرض َّْوا‬
ُ‫عَنـْه‬
ORANG RAMAI menyambut serentak dengan berkata:

ِ ‫ض َي هللاُ َعنـْهُ َونـَفـ َ َعنـ َا بـ ِ ِه فِى ال ِّدي ِْن َوال ُّدنـْيَا َو‬
‫اآلخ َر ِة‬ ِ ‫َر‬

4. BILAL TERUS MEMBACA DOA TARAWIH SEPERTI DI BAWAH:

َ ‫ص ِّل َعلـ َى َس ِيّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـ َى ٰالِ ِه َو‬


‫صحْ بـ ِ ِه‬ َ ‫اللـ َّهُ َّم‬
ُ‫ آ ِمي َْن يَا هللا‬،‫ َو َسلـ ِّ ْم‬.

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 10 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

‫ْب ُد َعآ ِء ال ّسَآئِلِي َْن‬


َ ‫اللـ َّهُ َّم يَا ُم ِجي‬،
‫اح َم الضـ ُّ َعفـ َآ ِء َوالـْيَتـ َ ٰـ َمى‬
ِ ‫ َو يَا َر‬،‫َو يَا َقـابـِ َل التـ َّآئِبـ ِي َْن‬
‫ َوالـْفـُقـ َ َرآ ِء َوالـْ َم َسا ِكي َْن‬.
‫ك أ َجْ َم ِعي َْن‬
َ ‫اللـ َّهُ َّم اجْ َعلـْنـَا ِم َن الـْ َمقـْب ُْولِي َْن ِعن ْـ َد‬.
ٌ‫احم‬ َ َّ ‫اللـ َّهُ َّم ارْ َح ْمنـ َا فـَإ ِنـ‬،
ِ ‫ك بـِنـ َا َر‬
َ َّ ‫ َوالَ تـ ُ َع ِذ ّبْنـَا فـَإ ِنـ‬.
ٌ‫ك َعلـَيْنـَا قـ َا ِدر‬
ْ ‫ف بـِنـَا فِ ْي َما َج َر‬
ُ‫ت بـِ ِه الـْ َمقـَا ِدْيِـِْر‬ ْ ُ ‫اللـ َّهُ َّم الـْطـ‬،
‫ك َع َّم ْن يَقـ ُْو ُل‬ ُ ‫ َوا ْع‬،‫ب َعلـَيْنـ َا َوالـْ َحَاضـ ِ ِري َْن‬
ِّ ‫ف َو َز‬ ْ ُ ‫َوتـ‬
‫ آ ِمي َْن‬،‫آ ِمي َْن‬.
َ ‫صلـ َّى هللاُ َعلـَى َسيّـِ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰالِ ِه َو‬
‫صحْ بـ ِ ِه‬ َ ‫َو‬
‫ َوالـْحَ ْم ُد لِلـ َّ ِه َربِّ الـْ َع ٰـلـ َ ِمي َْن‬،َ‫ َو َسلـَّم‬.
Artinya: Ya Allah, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan
keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Tuhan yang memperkenankan permohonan orang-orang yang memohon kepadaNya.
Ya Allah, Tuhan yang menerima taubat orang-orang yang mahu bertaubat.
Ya Allah, kasihanilah orang-orang yang daif dan miskin.
Ya Allah, jadikanlah kami sekalian yang hadir ini daripada golongan orang-orang yang diterima
olehMu.
Ya Allah, kasihanilah kami kerana sememangnya Dikau bersedia mengasihani.
Janganlah Engkau siksa kami kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa (untuk tidak menyiksa) kami.
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 11 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Ya Allah, berlemah lembutlah kepada kami dalam hal ehwal kami yang telah termaktub dalam qada’
qadarMu.
Terimalah taubat kami dan sekalian hadirin, ampuni dan sucikanlah dosa setiap orang yang berkata
aamiin, aamiiiiiin.
Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan
para sahabat baginda sekalian. Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam.

INGATAN:

Pada malam yang keenam belas hinggalah malam penghabisan daripada Bulan Ramadhan:

(Selepas Surah Al-Fatihah)


Rakaat pertama dan semua rakaat yang ganjil dibaca Surah Al-Qadr
(‫الـْـقـَـدْر‬
‫)ِ إ ِنـَّـا أ َنـز َلـْـنـَـاهُ فـِـى لـَـيـْـلـَـ ِة‬
Rakaat kedua Surah At-Takathur (‫ر‬ ُ ‫)اَلـْـهـَـٰـ ُكـ ُم التـَّـكـَـاثـُـ‬
Rakaat keempat Surah Al-‘Asr (‫سـان َ لـَـفِى خـُـسـْـر‬ ِ ‫ إ ِن‬.ِ ‫ـصـر‬
َ ‫َّاإلن‬ ْ ‫)ٍ َوالـْـ َع‬
Rakaat keenam Surah Al-Lumazah (‫مـز َ ٍة‬ َ ‫) َويـْـ ٌل لِـكـُـ ّل ِ هُـ َمـز َ ٍة لـّـُـ‬
Rakaat kelapan Surah Al-Fil (‫الـْـفِـيل‬ ‫ب‬
ِ ‫ـر كـَـيـْـفَ فـَـعـَـ َل َربـّـُـ َك بـِـأ َصـْـحـَـٰـ‬
َ َ ‫) أ َلـَـ ْم تـ‬
Rakaat kesepuluh Surah Quraisy (‫ـريـْـش‬
َ ُ ‫ف قــ‬
ِ ‫)ٍ ِإليـلـَـٰـ‬
Rakaat kedua belas Surah Al-Ma`un (‫ّب بـِـالـدِّيـن‬
ُ ‫)ِ أ ََر َءيـْـت َ الـَّـ ِذى يُـكـَـ ِذ‬
Rakaat keempat belas Surah Al-Kauthar (‫ـر‬ َ َ ‫ـوثــ‬ْ َ ‫)إ ِنـَّـآ أ َعـْـطـَـيـْـنـَــٰـ َك الـْـكـ‬
Rakaat keenam belas Surah Al-Kafirun (‫رون‬ ُ ‫)َ قــُـ ْل يـَـآ أ َيـّـُـهـَـا الـْـكـَـٰـفِـ‬
Rakaat kelapan belas Surah An Nasr (‫ـُح‬
‫)إ ِذ َا َجـآ َء نـَـصـْـ ُر هللاِ َوالـْـفـَـتـْ ٍُ ٍـ‬
Rakaat kedua puluh Surah Al-Masad (‫ـب‬ َّ َ ‫ب َوتـ‬ ٍ ‫)تـَـبـَّـت ْ يَـدآ أ َبـِـى لـَـ َهـ‬

5. Selepas Doa Tarawih tamat dibaca oleh bilal, beliau akan berseru untuk mendirikan SOLAT
WITIR pula.

BILAL MENYERU UNTUK SOLAT WITIR UNTUK MALAM PERTAMA HINGGA MALAM KELIMA BELAS
RAMADHAN:

ُ ‫صـَالَة َالـْ ِوتـْ ِر ٰا َجَركـ ُ ُم‬


‫هللا‬
Artinya: Marilah bersolat Witir semoga tuan-tuan diberi pahala oleh Allah.

BILAL MENYERU UNTUK SOLAT WITIR UNTUK MALAM KEENAM BELAS HINGGA MALAM TERAKHIR
RAMADHAN:
(Bilal hendaklah mengingatkan para jemaah berkenaan doa qunut)

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 12 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

ِ ‫الصيَام‬
ِّ ‫أ َ ْوتِرُوا َو َم ِّج ُدوا َو َعظـ ِّ ُموا َواقـْنـ ُتـُوا ِم ْن َش ْه ِر‬
ُ‫َر ِح َمكـ ُ ُم هللا‬
Artinya: Bersolat Witirlah kamu, muliakanlah dan besarkanlah Tuhan kamu serta bacalah
qunut pada malam bahagian terakhir Ramadhan, semoga Allah mengurniakan rahmat.

ORANG RAMAI menyambut seruan bilal itu dengan berkata:

‫آلإ ِلـ َ ٰـهَ إ ِالَّهللاُ ُم َح َّم ٌد َرس ُْو ُل هللاِ صـَلـَّى هللاُ َعلـ َ ْي ِه َو َسلـ َّ َم‬

Imam dan makmum bersolat Witir.

(Selepas Surah Al-Fatihah)


Rakaat pertama imam membaca Surah Al-a`laa

(‫ إلخ‬...‫ك األ َ ْعلـ َى‬


َ ِّ‫ح ا ْس َم َرب‬
ِ ِّ‫) َسب‬
Rakaat kedua imam membaca Surah Al-Kafirun

(‫ إلخ‬...‫ُون‬ ٰ ْ‫)قـ ُلْ يَآ أ َيُّهَا الـ‬


َ ‫كـ َفِر‬

Selepas imam memberi salam kedua,


6. BILAL berseru memberitahu orang ramai solat witir hanya tinggal satu rakaat sahaja lagi iaitu dengan
katanya:

ُ‫َركـْ َعة َالـْ ِوتـْ ِر َر ِح َمكُـمُ هللا‬


Artinya: Dirikanlah Solat Witir (SATU RAKAAT), semoga tuan-tuan dikurniakan rahmat oleh
Allah.

Imam dan makmum menyempurnakan Solat Sunat Witir SATU rakaat:


Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 13 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Selepas membaca Surah Al-Fatihah dalam solat yang hanya satu rakaat itu, imam membaca
tiga surah iaitu;

Mula-mula Surah Al-Ikhlas (‫ إلخ‬...‫)قـُلْ هُ َو هللاُ أ َ َح ٌد‬


Kemudian Surah Al-Falaq (‫ إلخ‬...ِ‫)قـُلْ أ َ ُعوذ ُبـ ِ َربِّ الـْفـَلـَق‬
Selepas itu Surah An-Nas ((‫ إلخ‬...ِ‫ُقـلْ أ َ ُعوذ ُ بـِ َربِّ النـ َّاس‬

7. Selesai Solat Witir,


IMAM membaca bersama ORANG RAMAI serentak beramai-ramai:

)3X( ِ‫ان الـْ َملِ ِك الـْقـُ ُّد ْوس‬


َ ‫ُس ْب َح‬
)3X(‫ح‬
ِ ‫َوالرُّ ْو‬ ‫ُسب ُّْو ٌح قـُ ُّد ْوسٌ َربُّنـ َا َو َربُّ الـْ َمالَئِكـ َ ِة‬
8. IMAM membaca DOA WITIR dan diaminkan oleh para MAKMUM.

ِ ‫ِ بـِسْم ِهللاِ الرَّحْ َم ٰـن ِالر‬


‫َّحيم‬
ِّ ‫الـْ َح ْم ُد لِلـ َّ ِه َر‬
‫ َح ْم ًدا كـَثِ ْي ًرا طـَيِّبًا ُمبَا َركـًا‬،‫ب الـْعـ َ ٰـلـ َ ِمي ْـ َن‬
‫ك‬َ َ ‫ يَا َربَّنـَّا لـ‬.ُ‫ َح ْم ًدا يُ َوافِى نِ َع َمهُ َويُكـَافِى ُء َم ِز ْي َده‬،‫فِ ْي ِه‬
.‫ك‬
َ ِ‫ك َو َع ِظيْم ِ سُلـْطَان‬ َ ِ‫الـْ َح ْم ُد كـ َ َما يَنـْبَ ِغى لِ َجالَل ِ َوجْ هـ‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 14 of 28
‫‪http://www.arabmykrk.com‬‬ ‫‪Ramadhan 1431H / Ogos 2010‬‬

‫صـلِّ َو َسلـِّ ْم َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـ َى ٰال ِ َسيِّ ِدنـَا‬
‫اللـ َّهُ ّمَ َ‬
‫ُم َح َّم ٍد‪.‬‬
‫ْت َعلـ َ ْي ِه يَا ذ َا الـْ َجالَل ِ‬
‫صلـ َّي َ‬ ‫صلـ َ ٰ َو تِ َ‬
‫ك الـَّتِى َ‬ ‫ضـ َل َ‬
‫أ َفـْ َ‬
‫اإلكـْ َرام ِ‪ ،‬يَا أ َرْ َح َم ال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‪،‬‬
‫َو ِ‬
‫ُـو ِل هللاِ‬
‫ب َرس ْ‬ ‫ك َوتـ َ َعالـَى َع ْ‬
‫ـن أ َصْ َحا ِ‬ ‫َو َرضِ َي هللاُ تـَبَا َر َ‬
‫أ َجْ َم ِعي َْن‪َ ،‬و َرضِ َي َعنـ َّا َو َوالِ ِد ْينـَا َو َج ِمي ِْع الـْ ُم ْسلِ ِمي َْن‪.‬‬
‫ضـ ْو َن‪،‬‬
‫ك فِى هَ ٰــ ِذ ِه اللـَّيْلـ َ ِة الـْ ُمتـ َ َعرِّ ُ‬ ‫إ ِٰلـ َهَنـ َا قـ َ ْد تـ َ َعر َ‬
‫َّض لـ َ َ‬
‫ك َو َم ْعر ُْوفِ َ‬
‫ك‬ ‫ص ُد ْو َن‪َ ،‬و َر ِغ َ‬
‫ب فِى ج ُْو ِد َ‬ ‫ك الـْقـ َا ِ‬
‫ص َد َ‬
‫َوقـ َ َ‬
‫ك فِى هَ ٰـ ِذ ِه اللـ َّيْلـ َ ِة َوكـُلِّ لـَيْلـَ ٍة ِم ْن لـَيَالِى‬
‫الطـَّالِبُوْ َن‪َ .‬ولـ َ َ‬
‫ان نـََفـا َحاتٌ َو َج َوائِ ُز َو َعطـَايَا تـَج ُْو ُد بـِهَا‬
‫ض َ‬ ‫َشه ِ‬
‫ْـر َر َم َ‬
‫َعلـ َى َم ْن تـَشـ َآ ُء ِم ْن ِعبَا ِد َ‬
‫ك‪ ،‬فـَاجْ َعلـْنـ َا اللـَّهُ َّم َو َوالِ ِديْنـَا‬
‫َوأ َْوالَ َدنـَا َوأ َْز َوا َجنـ َا َو َم َشائِخـَنـَا َو ُمعَلـ ِّمِي َْن َوأ َقـ َ ِ‬
‫اربَنـَا‬

‫)‪Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA‬‬ ‫‪Page 15 of 28‬‬


‫‪http://www.arabmykrk.com‬‬ ‫‪Ramadhan 1431H / Ogos 2010‬‬

‫ك‬ ‫َوأ َصْ َحابَنـَا َوالـْ ُم ْسلِ ِمي َْن أ َجْ َم ِعي َْن ِم َّم ْن َسبَقـ َ ْ‬
‫ت لـَهُ ِمنـْ َ‬
‫الـْ ِعنـ َايَة ُ‪.‬‬
‫ك كـ َ َما أ َ َمرْ تـَنـَا‪ ،‬فـَاسْتـ َجـِبْ ِمنـَّا كـ َ َما‬ ‫هَا نـ َحْ ُن نـ َ ْد ُع ْو َ‬
‫ك الَ تـ ُ ْخلِ ُ‬
‫ف الـْ ِم ْي َعا َد‪،‬‬ ‫َو َعـدتـَّنـَا‪ ،‬إ ِنـ َّ َ‬
‫ق الـْفـُرْ قـ َ ِ‬
‫ان‪َ ،‬و ُمنـْ ِز َل‬ ‫يَا أ َرْ َح َم ال َّر ِٰح ِمي َْن‪ .‬اللـَّهُ َّم فـَا ِر َ‬
‫ان‪.‬‬ ‫الـْقـُرْ َء ِ‬
‫ان بـِالـْ ِحكـْ َم ِة َوالـْبَيَ ِ‬
‫ان)‬
‫ار ِك اللـ َّهُ َّم لـَنـَا فِى شـَه ِْر َر َمضَ َ‬
‫(بَ ِ‬
‫(‪.dengan diikuti oleh MAKMUM )3X‬‬

‫‪َ ،‬وأ َ ِع ْدهُ اللـَّهُ َّم َعلـَيْنـَا ِسنِيْنَ بَعـْـ َد ِسـنِي َْن‬
‫‪َ ،‬وأ َ ْْع َوا ًما بَ ْع َد أ َ ْع َو ٍام‪َ ،‬علـَى َما تـ ُ ِحبُّهُ َوتـَرْ ضَاهُ‬
‫يَا أ َرْ َحمَال َّر ِٰحـ ِمـي َْن‪ .‬اللـَّهُ َّم إ َِّن لـ َ َ‬
‫ك فِى هَ ٰــ ِذ ِه اللـ َّيْلـَ ِة َوكـُلِّ‬
‫ان ُعتـَقـَا َء ِم َن النـ َّ ِ‬
‫ار‪،‬‬ ‫لـَيْلـ َ ٍة ِم ْن لـَيَالِى شـَـه ِ‬
‫ْـر َر َمضَ َ‬
‫فـ َاجْ َعلـْنـ َا اللـَّهُ َّم َو َوالِ ِديْنـَا َوأ َْوالَ َدنـَا َوأ َْز َوا َجنـَا‬

‫)‪Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA‬‬ ‫‪Page 16 of 28‬‬


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

‫َو َم َشائِ َخنـَا َو ُم َعلـ ِّ ِميْنـَا َوأ َقـ َا ِربَنـَا َوأ َصْ َحابَنـَا‬
‫ار‬ َ ِ‫اض ِِري َْن َو َوالِ ِديْهـِ ْم ِم ْن ُعـتـَقـ َائ‬
ِ َّ ‫ك ِم َن النـ‬ ِ ‫ َوالـْ َح‬.
ِ َّ ‫جرْ نـَا ِم َن النـ‬
)‫ار َسالِ ِمي َْن‬ ِ َ ‫(اللـ َّهُ َّم أ‬
.dengan diikuti oleh MAKMUM beramai-ramai secara serentak )3X(

.‫َوأ َ ْد ِخلـْنـَا َوإ ِيَّاهُ ُم الـْ َجنـَّة َ آ ِمنِـي َْن‬


.IMAM membaca MAKMUM mengaminkan

ُ ‫ك َعفـ ُ ٌّو تـ ُ ِحبُّ الـْ َعـفـْ َو فـَا ْع‬


)‫ف َعنـَّا‬ َ َّ ‫(اللـَّهُ َّم إ ِنـ‬
.IMAM dan sekalian MAKMUM membaca (2X)

ُ ‫ك َعفـ ُ ٌّو تـ ُ ِحبُّ الـْ َعفـْ َو فـ َا ْع‬


)ُ‫ف َعنـَّا يَا كـ َ ِريْم‬ َ َّ ‫(اللـَّهُ َّم إ ِنـ‬
.IMAM dan sekalian MAKMUM membaca (1X)

َ ‫صلـ َّى هللاُ َعلـَى َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد َو َعلـَى ٰالِ ِه َو‬
‫صحْ بـِ ِه‬ َ ‫َو‬
‫ َوالـْ َح ْم ُد لِلـ َّ ِه َربِّ الـْ َع ٰـلـ َ ِمي َْن‬،َ‫ َو َسـلـَّم‬.
Artinya: Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, pujian sebaik-baiknya, pujian yang
baik lagi diberkatkan, pujian menyempurnakan segala nikmatnya dan membalas limpah kurnianya.
Ya Allah wahai Tuhan kami, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian dengan setinggi-tinggi darjat rahmat
yang telah Engkau cucuri ke atas Baginda.
Ya Allah, Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Kami juga memohon apalah kiranya ya Allah, redailah sahabat-sahabat Rasulullah ‫صلى هللا عليه وسلم‬, ibu
bapa kami dan orang-orang Islam sekaliannya.
Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya beberapa orang yang berhajatkan kurniaanMu telah
berdatang sembah memohon kurnia ke hadratMu pada malam ini.
Beberapa orang yang sengaja datang menuju kepadaMu telah datang kepadaMu.

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 17 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Beberapa orang yang amat berkehendakkan limpah kemurahanMu telah datang berdoa memohon
limpah kurniaMu.
BagiMu ya Allah, pada malam ini dan juga pada malam-malam lainnya di sepanjang malam dalam
Bulan Ramadhan ini terdapat beberapa pengurniaan khusus yang Engkau sedia melimpahkannya
kepada sesiapa juga daripada hamba-hambaMu yang Engkau kehendaki.
Oleh yang demikian, jadikanlah kami, ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri atau suami-suami
kami, guru-guru atau orang-orang yang mengajar kami, kaum kerabat dan sahabat-sahabat kami dan
juga orang-orang Islam sekaliannya tergolong di kalangan orang-orang yang paling utama mendapat
pertolonganMu.
Ya Allah, inilah kami, kami bermohon sesuai dengan galakanMu agar kami selalu bermohon kepadaMu.
Perkenankanlah doa permohonan kami sesuai dengan janjiMu kepada kami kerana Engkau tidak pernah
memungkiri janji. Mohon limpah kurniaMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya Allah, Tuhan yang menerangkan kehendak-kehendak Al-Qur’an dan membezakan di antara yang
benar dengan yang batil. Tuhan yang menurunkan kitab Qur’an dengan
penuh pengetahuan dan jelas penerangannya.
(Berkatilah kami di sepanjang Bulan Ramadhan)
(3X) dengan diikuti oleh MAKMUM beramai-ramai secara serentak.
Temukanlah lagi bulan yang mulia ini beberapa kali dari tahun ke tahun menurut kehendak dan
keredaanMu. Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, bahawa sesungguhnya Engkau pada malam ini dan pada malam-malam
lainnya di sepanjang Bulan Ramadhan membebaskan beberapa ramai daripada penghuni neraka. Maka
kami memohon apalah kiranya Tuhan kami, jadikanlah kami, ibu bapa kami, anak-anak kami, suami-
suami atau isteri-isteri kami, guru-guru atau orang-orang yang mengajar kami, kaum kerabat dan
rakan taulan kami, sekalian para hadirin juga sekalian ibu bapa mereka tergolong di kalangan orang-
orang yang dilepaskan daripada azab neraka.
(Ya Allah, jauhkanlah kami dari neraka)
(3X) dengan diikuti oleh MAKMUM beramai-ramai secara serentak.
Masukkanlah kami dan sekalian orang-orang yang telah kami sebutkan tadi ke dalam
syurga dalam keadaan aman sentosa.

(Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni,
ampunilah kami)
.IMAM dan sekalian MAKMUM membaca (2X)
(Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni,
ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah)
.IMAM dan sekalian MAKMUM membaca (1X)
Cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan
para sahabat baginda sekalian. Segala pujian bagi Allah Tuhan pentadbir sekalian alam.

9. Sebaik tamat IMAM membaca doa, IMAM dan sekalian MAKMUM bersaingan
membaca:

،َ‫ أ َسْتـ َغـْفِ ُرهللا‬،ُ‫أ َ ْشهَ ُد أ َْن آلإ ِلـ َ ٰـه إ ِالَّ هللا‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 18 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

)3X( .ِ‫النـَّار‬ ‫ك ِم َن‬


َ ِ‫ك الـْ َجنـ َّة َ َوَنـَع ُْوذ ُبـ‬
َ ُ ‫نـَسْأ َلـ‬
Artinya: Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, aku memohon ampun
.kepada Allah, aku memohon surgaMu ya Allah dan aku berlindung daripada nerakaMu

)2X(‫عنـَّا‬
َ ُ ‫ك َعفـ ُ ٌّو تـ ُ ِحبُّ الـْ َعفـْ َو فـَا ْع‬
‫ف‬ َ َّ ‫اللـَّهُ َّم إ ِنـ‬
Artinya: Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka
.mengampuni, ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah

( ُ ‫ك َعفـ ُ ٌّو تـ ُ ِحبُّ الـْ َعفـْ َو فـَا ْع‬


.ُ‫ف َعنـَّا يَا كـ َ ِريْم‬ َ َّ ‫اللـَّهُ َّم إ ِنـ‬
)1X
Artinya: Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni,
.ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pemurah

:BILAL mengingatkan sekalian makmum supaya berniat puasa dengan katanya

ُ‫الصْوم ِ َر ِح َمكـ ُ ُم هللا‬


َّ ‫اِ ْعتـَقِ ُدوا َعلـَى‬
Artinya: “Tuan-tuan berniatlah puasa, mudah-mudahan Allah akan mengurniakan
”.rahmat kepada tuan-tuan

:ORANG RAMAI berniat puasa

‫ان َه ٰـ ِذ ِه‬
َ ‫ض‬َ ‫ص ْو َم غـ َ ٍد َع ْن أ َدَآ ِء فـَرْ ض ِشـَه ِْر َر َم‬ ُ ‫نـ َ َوي‬
َ ‫ْت‬
‫السَّنـَ ِة ِهللِ تـ َ َعالـَى‬
.Artinya: Sengaja aku puasa esok hari menunaikan fardu Bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

:IMAM meminta makmum membaca Surah Al-Fatihah dengan katanya

‫َعلـَى نِيـ َّ ِة الـْقـَب ُْول ِ َوإ ِلـَى َحضْ َر ِة ال َّرس ُْول ِ َسيِّ ِدنـَا ُم َح َّم ٍد‬
َ ‫َو َعلـَى ٰالِ ِه َوأ َصْ َحابـِ ِه الـْـ ِك َر ِام الـْفـَاتِ َحة‬
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 19 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Artinya: Dengan harapan niat tuan-tuan diterima Allah, dibacakan Fatihah ke hadrat junjungan Nabi
.Muhammad dan juga kepada keluarga serta sahabat-sahabat Baginda

IMAM dan sekalian MAKMUM bersaingan membaca Surah Al-Fatihah (1X)

10. Sebaik-baik tamat bacaan Surah Al-Fatihah, IMAM membaca doa penutup:

َ ْ‫ك أ َنـ‬
ْ‫ َوتـُب‬،‫ت السـ َِّميْ ُع الـْ َعلِ ْي ُم‬ َ َّ ‫َربَّنـَا تـَقـَـبَّلْ مِنـَّا إ ِنـ‬
‫ َد ْع َواهُ ْم‬،‫َّح ْي ُم‬
ِ ‫ت التـ َّ َّوابُ الر‬ َ ْ‫ك أ َنـ‬َ َّ ‫َعلـَيْنـَا يَا َم ْوالَنـَا إ ِنـ‬
‫ وَآ ِخ ُر‬،‫ك اللـَّهُـ َّم َوتـَ ِحيَّـتـ ُهُ ْم فِ ْيهَا َسالَ ٌم‬
َ َ ‫فِ ْيهَا ُس ْب َحانـ‬
ِّ ‫ن الـْ َح ْم ُد ِهللِ َر‬
‫ب الـْ َعٰـلـ َ ِمي َْن‬ ُ ‫ َد ْع َو‬.
ِ َ ‫اهـمْ أ‬
Bersurai atau berkumpul semula kerana bertadarus (membaca Al-Qur’an) dalam kaedah
seorang membaca dan yang lain menyemak secara bergilir-gilir.

Rujukan:

‫ لمباڬ ڤنربيتن جباتن اڬام جوهر‬.‫ ورد دان دعا‬.1980 .‫حاج جمال الدين هاشيم‬

‫ جباتن اڬام جوهر‬:‫ جوهر بهرو‬.‫ ڤندوان سمبهيڠ تراويح‬.١٩٩٩ .‫داتوء حاج نوح ڬادوت‬

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 20 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010

:NOTA TAMBAHAN

1. Lafaz Niat Solat Tarawih:

‫ح َركـْ َعتـ َ ْين ِ لِلـَِّه تـ َ َعالـَى‬


ِ ‫سنـ ََّة َ التـ ََّ َراو ِ ْي‬
ُ ‫صلـِّى‬
َ ُ‫أ‬
Niat di hati ketika lidah mengucapkan “Allahu akbar” dengan bersuara / Takbiratul ihram: “Sengaja saya
solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

:Lafaz Niat Solat Witir Dua Rakaat .2

‫سنـ ََّة َ الـْو ِتـْر ِ َركـْ َعتـ َ ْينـ ِ لِلـَّهِ تـ َ َعالـَى‬


ُ ‫صلـِّى‬
َ ُ‫أ‬
Niat di hati ketika lidah mengucapkan “Allahu akbar” dengan bersuara / Takbiratul ihram: “Sengaja saya
solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

:Lafaz Niat Solat Witir Satu Rakaat .3

‫سنـ ََّة َ الـْو ِتـْر ِ َركـْ َعة ًلِلـَّهِ تـ َ َعالـَىـ‬


ُ ‫صلـِّى‬
َ ُ‫أ‬
Niat di hati ketika lidah mengucapkan “Allahu akbar” dengan bersuara / Takbiratul ihram: “Sengaja saya
solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Sila tambah ‫إ ِ َما ًما‬ sekiranya anda menjadi imam, atau ‫َما ْ ُم ْو ًما‬ sekiranya anda menjadi
makmum

4. SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARA

Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat
Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut
oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).

Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan
dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau
sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada
hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 21 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
HlKMAH

Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini
dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud
berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan
selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang
sembahyang, khususnya orang yang berumur.

Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang
qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan
beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran
dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat
tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”.
Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah
ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

CARA

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza
antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan
bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan
rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman
Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)

Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat
al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat
tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail
tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang
minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan
Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab
r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a
dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun
menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)

Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan
kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan
kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut
kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga
20, itu hanyalah pilihan.

Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan
oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang
malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi
puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)(10).
Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 22 of 28
http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu
Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau
berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang
bacaan surah ini.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan
solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa,
jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-
banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan
imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi
ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah
Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)

Lafaz niat:

‫ح َركـْ َعتـ َ ْين ِ لِلـَِّه تـ َ َعالـَىـ‬


ِ ‫سنـ ََّة َ التـ ََّ َراو ِ ْي‬
ُ ‫صلـِّى‬
َ ُ‫أ‬
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan
sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)

Nota

(1) Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
(2) Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat NailulAutar, Juz 3, hlm 50.
(3) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 251; al-Jami’ al-Sahih, Juz 2, hlm 176; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49;
Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-
Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
(4) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
(5) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(6) Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
(7) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(8) al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
(9) Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
(10) Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.

(11) Quran, surah al-Ma’un (107), ayat 6.


(12) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.

Rujukan:

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 23 of 28


http://www.arabmykrk.com Ramadhan 1431H / Ogos 2010
1. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-
mart Business Point Sdn Bhd. m.s 37-41
2. Ad-Diyari.com

PETIKAN BERIKUT PULA SAYA BAWAKAN KHUSUS BUAT KAUM WANITA DARIPADA KELUARAN
TERKINI MAJALAH SOLUSI (ISU NO. 22 – OGOS 2010) BERKENAAN SOALAN TENTANG SOLAT
WANITA DI MASJID

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) Page 24 of 28


http://www.arabmykrk.com/ Sabtu, 26 Sya`ban 1431H bersamaan 7 hb.Ogos 2010

WANITA TIDAK DIGALAKKAN SOLAT DI MASJID?

Saya seorang ibu berumur 40-an dan amat gemar


menunaikan solat berjemaah di masjid. Sekarang saya
berada dalam dilema setelah mendengar kawan-kawan
mengatakan bahawa solat terbaik bagi wanita adalah di
rumah. Sila beri penjelasan masalah ini.

Jawapan:

Sesungguhnya tidak ada nas yang jelas menegah


wanita ke masjid, cuma ada nas yang memberitahu
bahawa solat di rumah adalah lebih baik.

Antara hadis yang dimaksudkan adalah sabda


Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jangan kamu
menegah kaum wanita ke masjid-masjid dan (solat
mereka) di rumah-rumah mereka adalah lebih baik."
(Riwayat Abu Daud no. 567)

Daripada Aisyah r.a.; katanya, "Sekiranya Rasulullah


s.a.w. menyaksikan para wanita apa yang kita lihat
sekarang ini tentu Baginda menegah mereka pergi ke
masjid sebagaimana Bani Israel menegah wanita-
wanitanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama sepakat menyatakan solat berjemaah


tidaklah wajib kepada kaum wanita. Perkara ini disebut
oleh al-Hafiz Ibn Hazm dalam kitabnya al-Muhalla. Malah
kita juga dapati sebahagian mereka menghukumkan
makruh bagi wanita untuk ke masjid, terutamanya
kepada gadis. Alasannya kerana bimbang berlakunya
fitnah.

Selain itu, para ulama sepakat menyatakan bahawa


tuntutan solat berjemaah kepada kaum wanita tidaklah
sama seperti kaum lelaki. Imam al-Nawawi berkata
dalam al-Majmu': "Terdapat beberapa perbezaan di
antara lelaki dan perempuan dalam hukum solat
berjemaah, antaranya ialah tuntutannya tidaklah sama
seperti yang dituntut kepada kaum lelaki."

Pendapat Ulama yang Menegah Wanita ke Masjid

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) page 25 of 28


http://www.arabmykrk.com/ Sabtu, 26 Sya`ban 1431H bersamaan 7 hb.Ogos 2010

Kebanyakan ulama yang berpegang kepada pendapat


menegah wanita hadir ke masjid adalah atas dasar
mengelakkan fitnah.

Antara mereka yang berpendapat sedemikian ialah


Imam Abu Hanifah, Imam Hanbali dan para ulama Syafi'i.
Para ulama Syafi'i dan Hanbali mengatakan bahawa
makruh bagi wanita yang cantik atau memiliki daya
tarikan, baik wanita muda atau tua, untuk pergi ke
masjid solat berjemaah bersama-sama kaum lelaki. Hal
ini kerana mereka sendiri adalah sumber fitnah dan lebih
baik dia solat di rumahnya.

Abu Hanifah mengatakan bahawa makruh bagi seorang


wanita yang masih muda menghadiri solat berjemaah
(masjid) secara mutlak kerana takutkan fitnah. Manakala
mazhab dalam kalangan para ulama mutakhir
menyatakan makruh wanita menghadiri solat jemaah
walaupun solat Jumaat secara mutlak, walaupun ia
seorang wanita tua. Ini berikutan rosaknya zaman dan
jelas kefasikannya.

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa solat di


rumah adalah lebih afdal bagi wanita berbanding di
masjid sepertimana yang disabdakan Nabi s.a.w. yang
bermaksud: "Dan rumah kediaman mereka adalah lebih
baik bagi mereka."

Ada kalangan ulama yang mengatakan bahawa jika


wanita solat di dalam bilik tidurnya, maka bertambahlah
sifat malunya.

Syarat-Syarat ke Masjid

Pada dasarnya tiada tegahan mutlak untuk menghadiri


ke aktiviti masjid terutama solat, namun dengan
beberapa syarat.

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa tidak


mengapa bagi seorang wanita yang sudah tua pergi ke
masjid untuk solat Subuh, Maghrib dan Isyak kerana
nafsu syahwat yang boleh menimbulkan fitnah adalah
pada waktu-waktu selain itu. Orang fasiq tidur pada
waktu subuh dan isyak dan mereka sibuk dengan makan
pada waktu maghrib.

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) page 26 of 28


http://www.arabmykrk.com/ Sabtu, 26 Sya`ban 1431H bersamaan 7 hb.Ogos 2010

Manakala para ulama Syafi'i dan Imam Hanbali


berpendapat bahawa dibolehkan bagi para wanita yang
tidak menarik untuk pergi ke masjid jika dia tidak
mengenakan wangi-wangian dengan syarat mendapat
keizinan suami masing-masing.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jangan kamu


menegah kaum wanita ke masjid-masjid namun (solat
mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik."

Dalam hadis lain disebut: "Apabila para wanita kamu


meminta izin pada waktu malam untuk ke masjid, maka
izinkanlah mereka." (Riwayat al-Jama'ah kecuali Ibn
Majah). laitu jika dipastikan aman daripada kerosakan
(fitnah).

Juga sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Janganlah


kamu melarang para wanita pergi ke masjid, sebaliknya
hendaklah mereka keluar tanpa memakai wangi-
wangian." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripada Abu
Hurairah)

Ummu Salamah r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah


s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik tempat
solat bagi wanita adalah di dalam rumahnya." (Riwayat
Ahmad, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu)

Rujukan:Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu


No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38.
Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Biodata Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani:


Dilahirkan di Kedah, mendapat pendidikan awal di
Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan
pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Menjadi guru

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) page 27 of 28


http://www.arabmykrk.com/ Sabtu, 26 Sya`ban 1431H bersamaan 7 hb.Ogos 2010

di Madrasah Tahfiz, Shah Aiam, dan kini sebagi pengasas


dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru, Kuala Lumpur.
Di samping itu sering mengisi undangan ceramah dalam
bidang Fiqah di sekitar Lembah Klang. Untuk
menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.

Salam Hormat;

(MYKRK)

Sabtu. 5 Ramadhan 1431 H bersamaan 14 hb.Ogos 2010

10.30 malam

Solat Tarawih Di Masjid Kerajaan Negeri Johor(EBOOK PERCUMA) page 28 of 28

You might also like