You are on page 1of 3

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya ingin berkongsi maklumat dan bahan berkaitan KELAQ atau Kem Literasi Al-Qur
an yang kami laksanakan di sekolah kami. Kem Literasi Al-Quran di sekolah kami d
inamakan sebagai Kem Intervensi Literasi Al-Quran.
Jika sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di seluruh Negeri Kedah,
dipersilakan. Panduan asal adalah daripada kertas kerja KLAQ yang disediakan ole
h JAPIM. Siri 1 telah dilaksanakan dan terbukti ada peningkatan walaupun tak ban
yak. Siri seterusnya dalam proses. Setelah dimoderasi maka jadilah begini:
UNIT j-QAF, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MATSIRAT,
07100 LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
KERTAS PANDUAN PELAKSANAAN
KEM INTERVENSI LITERASI AL-QURAN
UNIT j-QAF SKPM 2008
1. Nama Program
Kem Intervensi Literasi Al-Quran
2. Konsep
Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran me
lalui pendekatan kaedah Iqra kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di s
ekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra 1 h
ingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan d
engan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.
3. Rasional
Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan muri
d-murid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra 1 hingga 3 supaya dapat
mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra 4 seterusnya meneruskan bacaan sela
njutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra dikhuatiri gagal mengikuti Kelas
Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem in
i melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan
kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.
4. Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaa
n Iqra 1,2 dan 3.
5. Tenaga Pembimbing
Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam ya
ng lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran.
Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.

6. Strategi Pelaksanaan
6.1 Tempoh Pelaksanaan
Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1
jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra 1 dan 2 man
akala 6 jam untuk Buku Iqra 3 Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri se
perti jadual di bawah:

BIL TAHUN KEM 1 KEM 2 KEM 3 CATATAN


1 Tahun 1 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
2 Tahun 2 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
3 Tahun 3 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
4 Tahun 4 Mac - April Jun - Julai Sep - Okt
6.2 Jawatankuasa Pelaksana
Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut
:
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : Penolong Kanan 1
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha : Pengerusi j-QAF/Ketua Panitia Pendidikan Islam
Pen. Setiausaha : Ust. Khairul Nisak Binti Abdullah (Penyelaras Tasmik)
Penyelaras : Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail (Guru j-QAF)
Pen. Penyelaras : Us. Bashir Auni Bin Md. Akhir (Guru j-QAF)
AJK : Semua Guru j-QAF dan GPI
6.3 Aliran Kerja Pelaksanaan
BIL PERKARA CATATAN
1 Pelantikan Pembimbing KLAQ
2 Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ
3 Pemilihan Murid KLAQ
4 Pelaksanaan KILAQ
5 Penyediaan Rekod
6 Penyediaan Analisa
7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi
8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem untuk Kem berikutn
ya
6.4 Modul Pelaksanaan
Modul pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA :
BUKU MUKASURAT BIL MS
BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09
BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12
BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11
BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15
BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10
JUMLAH 68
Catatan:
1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra yang dibekalkan oleh p
ihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra 4.
3. Peserta yang melepasi Iqra 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra 6
4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka sur
at semasa murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.
6.5 Rekod dan Pelaporan
Pihak JK Kem Intervensi Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapa
ian Iqra yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan
hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Kem Literasi Intervensi Al-Q
uran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyel
aras Kem Intervensi Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekir
anya diperlukan. Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran hendaklah menyediak
an Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang
dicadangkan.
7. Penutup
Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran ini aka
n berjaya. Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai
akan mampu dicapai. Bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama di
jinjing.
j-QAF SKPM GEMILANG TERBILANG
Disediakan oleh,
.
(NAMA GURU j-QAF)
Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran
SK Padang Matsirat, Langkawi.

Siapa-siapa berminat untuk dapatkan yang asal... sila emel kepada saya. myakhimi
zi@yahoo.com atau sms ke no: 019-5785596

You might also like