You are on page 1of 20

Time and Space : The Wind Will 1

Carry Us

Running Head: Time and Space : The Wind Will Carry Us

Describe How the Film (The Wind Will Carry Us) Time and
Space Forms The Motion Emotion And Cognition Of Your
Cinematic Apperciation

Amir Zulfadli Bin Mohd. Khadari 2009419852

Program : CT 223

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Skrin

Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik

CTW 463 Cinematic Communication

Miss Maszalida Hamzah


Time and Space : The Wind Will 2
Carry Us

PENGENALAN

Masa seperti yang kita ketahui kitarannya adalah 24


jam sehari. Tetapi perjalanan yang berlaku sangat memberi
kesan kepada setiap individu. Seperti juga filem walaupun
durasinya tidak memenuhi kitaran harian hakiki namun
perjalanan durasi sesebuah filem mampu memberi rasa
kepada audien perjalanan yang melangkaui kitaran masa.
Tidak mempunyai ketetapan bahawa sesebuah filem itu mesti
disampaikan selari dengan masa dan tidak salah jika filem
menjadi mesin merentas masa kerana ianya cuba
menyampaikan mesej yang bervariasi kepada audien dan cuba
menggabungkan beberapa frasa ke dalam sebuah produk.
Walaupun limitasinya ada tetapi jika seseorang pengarah
dan penulis skrip bijak menggabungkan plot-plot yang ada
ianya boleh menjadi bahan kajian dan rujukan kepada
setiap individu dalam mengenali sesebuah bangsa kerana
filem mampu menjadi unsur nasionalis. Magisnya filem
kerana apabila bermulanya durasi kita seolah menjadi
pengembara memasuki alam yang dicipta. Mesej di dalamnya
adalah ruang yang memenuhi perkara utama. Contohnya
seseorang penulis itu mahu mengatakan tentang dadah di
dalam sesebuah filem, sudah tentulah ruang –ruang yang
dipenuhi oleh filem itu berkisarkan jenayah, pembunuhan,
gangsterisme dan pelbagai lagi. Ia menjadi pelengkap
kepada pokok utama agar keinginan dalam menyampaikan masa
proses penjualan dan perdagangan dadah itu lebih
bermakna. Ruang yang ada di dalam filem sebenarnya
membina pemikiran di bawah sedar kita supaya kita dan
selepas habisnya sesebuah filem itu ditayangkan kita akan
merasai kesannya dan lebih mempelajari tentang kehidupan.
Time and Space : The Wind Will 3
Carry Us

HASIL KAJIAN
Abbas Kiarostami adalah seorang pengarah yang
profilik dari Iran. Setiap daripada karyanya sentiasa
mendapat perhatian daripada pengkritik dan penggemar
filem seluruh dunia. Italian Neoralism dan French New
Wave adalah stail yang sering digunakan dalam kebanyakan
filemnya. Beliau sangat unik kerana seperti P.Ramlee
beliau adalah pengarah dan penulis bagi filem
terbitannya. Selain daripada itu beliau juga berkebolehan
sebagai pelukis, penyajak, pelukis grafik dan jurugambar.
Sering menerapkan nilai artistik budaya dan politik Iran
beliau, berjaya mengangkat isu ini ke mata dunia. Kajian
diteruskan mengenai filem The Wind Will Carry Us yang
diterbitkan pada tahun 1999. Berkisarkan tentang
kehidupan di Siah Dareh, sebuah daerah yang terdiri
daripada kelompok minoriti di Iran iaitu Kurdish, Abbas
mengutarakan pelbagai isu seperti telekomunikasi,
kehidupan dan kematian serta strata sosial. Masa yang
diberikan oleh Abbas sepenuhnya adalah berkisarkan
perjalanan kehidupan Siah Dareh apabila didatangi oleh
Behzad dan kawannya. Ruang yang memenuhi masa ini adalah
isu-isu yang telah diletakkan di atas. Akhirnya masa dan
ruang yang telah diberikan oleh Abbas telah mewujudkan
persepsi kepada audiens. Persepsi yang terhasil boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu motion iaitu pergerakan
yang berlaku sepanjang filem itu yang ditayangkan seperti
perubahan masa, watak dan rentak perjalanan cerita.
Manakala emosi adalah sifat semulajadi manusia apabila
kita melihat sesuatu dan Abbas seperti sedih, marah dan
gembira terhadap ruang dan masa yang diberikan dan
kognitif di mana perkara ini berkait rapat dengan diri
pengarah itu sendiri dan mengapa beliau memaparkan
perkara tersebut. Adakah ia berdasarkan pemerhatian dan
pembelajaran beliau sepanjang hidup. Semua elemen ini
Time and Space : The Wind Will 4
Carry Us

memainkan peranan yang penting kerana dari situ kita


boleh memahami mesej yang cuba disampaikan kerana
sesebuah filem mampu menjadi nasionalis sinema.

MENGAPA SIAH DAREH

“He was employed by Tehran Office Highway Patrol and


Traffic where he supervised road construction and
repairs. His concern with road and with traveling as a
cinematic trope and a philosophical topic which mark many
of his latter films dubbed by critic as “road movies” may
have it origins of his early experience” (Jeffrey, 2005).

Di awal pembukaan cerita 7 minit yang pertama Abbas


memberikan kehijauan pandangan kepada kita. Hijau seperti
yang kita ketahui adalah warna yang menenangkan. Menjadi
sifat Abbas itu sendiri yang suka kepada alam semulajadi
kerana beliau mempunyai nilai estetikanya yang
tersendiri. Perjalanan Behzad dan rakannya ke Siah Dareh
diselangi dengan perbincangan tentang kegusaran mereka
dlaam menuju ke kawasan ini. Pohon dijadikan petanda dan
akhirnya mereka berjaya menjumpai pohon yang berada di
atas sekali sebagai petanda bahawa mereka telah tiba di
kawasan ini. Serangkap puisi telah dibaca oleh
Behzad.”Near the three the wooden lane greener than the
dreams of god”. Perbincangan isu utopia dan dystopia
turut berlaku dan apabila mereka telah berjaya sampai di
kawasan Siah Dareh, mereka telah bertemu dengan Farzad
seorang budak kecil yang dianggap sebagai panduan kepada
mereka dalam memahami Siah Dareh. Penonton juga bakal
diperlihatkan sejauh mana pemikiran kanak-kanak kecil di
sini dan sudah pasti kita dapat mengetahui sejauh mana
pendididkan dan pemikiran orang dewasa yang telah
membentuk mereka. Masa yang awal ini telah diisi dengan
ruang supaya penonton benar-benar memahami situasi dan
latar belakang Siah Dareh sebelum mereka dibawa merentasi
Time and Space : The Wind Will 5
Carry Us

isu-isu yang lebih rumit dan persoalan yang bakal


diutarakan Abbas. Teknik-teknik yang digunakan Abbas
sebenarnya sangat berbeda dengan filem yang konvesional.
“Kiarostami’s cinema is a situated cinema in that films
generally emanate from the specific social worlds around
him or from his own encounters” (Jeffrey, 2005). Ia mampu
menjadi penarik kepada kita supaya terus menonton apa
yang ingin dipaparkaan supaya kelainan yang dihasilkan
tidak menjadi taboo untuk kita dalam menonton filem ini.

STRATA SOSIAL

Abbas sering mempersoalkan isu sosial di dalam


setiap filemnya. Isu patriarchy adalah perkara yang
berlaku di kebanyakan sistem sosial kehidupan. Iran tidak
terkecuali menerima tempelaknya. Babak di mana wanita tua
yang mengadu akan nasibnya ketika Behzad sedang minum teh
di kedainya. Wanita tua itu sudah berkali mengingatkan
kepada pemandu trak itu agar meletakkan kenderaannya jauh
daripada kawasan gerainya tetapi ianya tidak diendahkan.
Beliau juga mengadu akan nasibnya yang terpaksa bekerja
lebih daripada 3 kerja seharian dan ini dibetah oleh
suaminya kerana itu adalah kerja azali wanita dan beliau
tidak boleh menyangkal dan suaminya mempertahankan beliau
sepatutnya lebih penat kerana mencari rezeki. Beliau juga
kelihatan hairan setiap kali melihat wanita melakukan
pekerjaan termasuk di sawah dan wanita di tempat
tinggalnya yang terpaksa menguruskan rumah tangganya
walaupun telah melahirkan anak yang ke 10 terus melakukan
kerja rumah keesokan hari tanpa berehat. Namun babab di
kedai the itu adalah yang amat memberi kesan kepada saya:

Taj Dawlet: “What planet do you come from?” Behzad is


more bewildered by the woman’s question and lowers his
eyes slowly.
Time and Space : The Wind Will 6
Carry Us

Taj Dawlet: “Who serves tea to your father?”

Behzad looks like a child says: “My mother.”

Taj Dawlet: “Then why say you haven’t seen a lady serving
tea? Women have three jobs. Work during the day, serve
tea in the evening, and keep company at night…I don’t
mean your mother.”

Behzad feeling ashamed of himself and shocked by the


woman’s self-confident answers and cannot say anything
except “Thank you”.

Mengikut Classical Hollywood Narrative wanita sering


digambarkan sebagai golongan yang lemah dan sentiasa
tunduk kepada kemahuan lelaki namun ianya sangat berbeda
di dalam filem Iran amnya Abbbas khasnya. “I never
doubted that equal rights was the right direction. Most
reforms, most problems are complicated. But to me there
is nothing complicated about ordinary equality” (Alice,
1972). Laura Mulvey di dalam eseinya yang bertajuk Visual
Pleasure and Narrative Cinema turut menyentuh tentang hal
ini kerana beliau adalah feminism dalam mencapai
kesamarataan tetapi beliau tidak menekankan Iran
memandangkan Hollywood lebih mengutarakan aspek ini lalu
menjadikan wanita sebagai pleasure in looking dan sering
menjadikan diri lelaki sebagai voyeurism yang tegar.
Kesemua babak penting tadi menggambarkan nlai survival
yang tinggi oleh wanita Iran walaupn mereka tidak
mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

SISTEM PERHUBUNGAN

Sepanjang tempoh filem ini bergerak kita dapat


melihat ulangan babak di mana Behzad berulangkali
mendapat panggilan telefon dan akhirnya beliau terpaksa
menaiki puncak yang tertinggi bagi mendapatkan cakupan
Time and Space : The Wind Will 7
Carry Us

siaran komunikasi yang jelas. Babak ini diulang-ulang


banyak kali dan sebenarnya ianya disengajakan oleh Abbas.
Dari segi fizikalnya beliau mahu mengkritik Iran yang
masih gagal memberikan teknologi telekomunikasi yang baik
kepada setiap pelusuk daerah miliknya. Kesannya kita
dapat melihat masyarakat di sini seolah terasing daripada
perkembangan luar dan mereka tidak endah akan keperluan
sistem komunikasi. Jika sistem komunikasi wujud dan sudah
tentulah ia boleh membantu perhubungan di antara setiap
masyarakat. Behzad mengalami pelbagai kesukaran antaranya
beliau terpaksa berlegar-legar mencari susu dan
kemungkinan Youssef mungkin dapat diselamatkan apabila di
akhir babak tanah yang digali beliau runtuh. Kelihatan
Behzd terpaksa menuruni bukit dan memandu kenderannya di
sekitar kampung mendapatkan bantuan dan doktor pula
lambat tiba di tempat kejadian. Dari segi spiritual kita
dapat lihat bahawa ianya boleh disamakan apabila kita
mahu berkomunikasi dengan tuhan kita harus merendahkan
diri kita dan menanggap tuhan itu maha kuasa dan tinggi
dan kita harus berusaha agar mendapat rahmatNya. Samalah
seperti agama lain seperti Hindu dan Buddha, susunan anak
tangga yang beratus sehingga ke kemuncaknya di kebanyakan
kuil seperti di Angkor Wat dan Batu Caves menggambarkan
usaha kita dalam perjalanan menemui tuhan. “To best our
knowledge, there was no vioalation of historical truth.
We have a great responsibility. What ever we make will
become the truth the visual reality that the generation
will accept” (Marnie, 2007).

PERCEPTION

Persepsi adalah sifat psikologi yang normal ada pada


manusia. Manusia akan menafsirkan apa yang dilihatnya
berdasarkan pengalaman yang mereka lalui mahupun
pendidikan yang diterima. Jika kita melihat babak wanita
Time and Space : The Wind Will 8
Carry Us

di dalah sesebuah filem, beliau bergelumang dengan


jenayah tanpa melihat babak awal yang menerangkan mengapa
beliau bersifat sedemikian rupa sudah tentu persepsi kita
akan yakin bahawa beliau memang sedia jahat tetapi jika
kita memahami situasi yang berlaku sudah tentu kita tidak
akan memberi persepsi yang buruk. “On Bazin’s view,
filmic reality should not be considered apart from viewew
engagemennt” ” (Marnie, 2007). Terjadinya persepsi yang
berbeza di antara setiap manusia bukanlah satu kesalahan
yang besar namun ianya boleh dijadikan panduan untuk kita
menentukan yang ana benr dan salah. The Wind Will Carry
Us membawa persepsi kepada manusia seluruh dunia bukan
sahaja tentang Iran tetapi mempersoalkan isu kemanusiaan
dan sejauh mana manusia itu benar-benar bersedia dalam
melalui proses penontonan dan penerimaan. Seperti filem
Slumdong Millionaire di India filem itu dihalang daripada
ditayangkan kerana memberi imej buruk kepada mereka
tetapi itu adalah hakikat sebenar yang masih berlaku di
India sebagai panduan kiri dalam kita mengenali India
walapun filemnya banyak dipengaruhi unsur fantasi dan
dikenali sebagai negara berteknologi. Seperti Iran,
walaupun mereka mengamalkan mazhab yang berlainan
daripada kita, tetapi Abbas sengaja menyentuh sisi kecil
Iran yang jarang dilihat manusia di Iran itu sendiri
supaya mereka sedar akan kewujudan kelompok ini. Menurut
Marnie :

“The historian’s past is to present what actually


happened. The more purely and completely he achieves
this, the more perfectly has he solved his problem. A
simple presentation is at the same time the primary
indispensable condition of his work and the highest
achievement he will able to attain” (Marnie, 2007).
Time and Space : The Wind Will 9
Carry Us

MOTION

Jarang sekali kita babak di mana suasana malam


ditunjukkan. Ini disebabkan Bandar Siah Dareh adalah
berbeda dengan bandar lain kerana sumber ekonomi mereka
hanya wujud di waktu siang. Oleh kerana tiada proses
pembangunan yang berlaku penduduk terpaksa menerima
desakan keadaaan yang ada pada mereka. Babak di dalam
sesebuah filem bukan hanya dirakam sebagai pelengkap
kerana mahukan imej itu dipaparkan tetapi Abbas sengaja
menunjukkan ruang bagaimana jika kita menjadi vice versa
dan ditukarkan tempat mengalami ruang yang ada dan masa
yang mereka lalui. Jika kita melihat filem-filem aksi
mudahnya babak dan masa-masa tentu mampu memberi
ketegangan kepada kita membuatkan kita resah dan tidak
senang duduk menonton wayang. Terdapat juga babak yang
memberi maksud kepada kita bahawa apa yang mereka lakukan
adalah mesej sebenar yang cuba disampaikan. Daripada awal
lagi sebenarnya watak utama Behzad telah menunjukkan
realiti sebenar kedatangan beliau ke kampung Siah Dareh.
Niatnya pada mula mahu melihat ritual pengebumian seorang
wanita tua tetapi apabila dia memberitahu kepada Farzad
bahawa menyembunyikan identiti sebenar bahawa beliau
adalah seorang jurutera. Dikuatkan lagi dengan visual
babak dimana Behzad menjawab telefon daripada majikannnya
berulang kali dan diketahui oleh orang ramai bahawa hanya
dia seorang sahaja yang mempunyai telefon bimbit, oleh
itu dia meyakinkan Farzad kanak-kanak kecil itu supaya
mengatakan kepada penduduk kampung bahawa dia seorang
jurutera. Ini dilakukan supaya memudahkan tugasan beliau
sebenarnya yang cuba menyiasat ritual itu. Penduduk
kampung yang naïf mudah percaya tanpa menyiasat latar
belakang Behzad yang sebenarnya pengkaji dokumentari. Ada
dua sebab mengapa Behzad melakukan perkara ini,
pertamanya mengelakkan kesulitan daripada melakukan
Time and Space : The Wind Will 10
Carry Us

kajian lalu mengalihkan isu identiti kepada imej yang


lebih mudah dan dengan cara ini beliau dapat meyakinkan
kepada penduduk kampung agar persepsi mereka kepada
Behzad lebih terarah kepada isu komunikasi kerana mereka
berharap bahawa masalah liputan telefon bimbit amat
ketara bagi mereka. Mengapa isu penipuan identiti Behzad
menjadi taktik Abbas. Beliau mahu memberitahu secara
semiotik pemikiran masyarakat Siah Dareh tanpa perlu
menunjukkan kepada penonton. Dialog yang menuturkan
engineer berulangkali dituturkan oleh kebanyakan watak
bagi mengingatkan kepada penonton bahawa keyakinan kepada
mereka terhadap identiti Behzad masih berlaku. Dari segi
Mis En Scene yang digunakan adalah bersifat original
kerana beliau tidak perlu menokok tambah ruang-ruang yang
ada di filem itu. Setiap kali jika kita lihat babak di
dalam filem ini, latar belakangnya pasti akan ada rumah-
rumah mahupun kehijauan suasana alam sekitar. Abbas tidak
perlu menunjukkan ruang tempat tidur bilik Behzad sebagai
salah satu babak yang digunakan ketika berdialog. Cukup
dengan beliau duduk di luar rumah setiap pagi dan
bersembang dengan pemilik motel, Farzad mahupun penduduk
di sekitar kampung. Dari segi watak pula walaupun
terdapat pelbagai watak sebenarnya di tetapi Abbas
meminimakan kemunculan mereka kerana Abbas mementingkan
elemen penceritaan tanpa mahu menjadikan watak sebagai
penarik atau tumpuan utama kepada penonton. Mereka
berpegang kepada prinsip “less is more” yang
diperkenalkan oleh Ludwig Mies van der Rohe. Kita tahu
bahawa terdapat Behzad mempunyai beberapa orang rakan
tetapi mereka hanya muncul sebagai pendialog bukan
pelakon dua watak utama yang mengerakkan filem ini iaitu
Behzad dan Farzad. Pengarah meletakkan kedua-dua misi
utama yang ada pada watak ini. Behzad mahu menyiasat
upacara pengkebumian Mrs Malek yang bakal meninggal tidak
Time and Space : The Wind Will 11
Carry Us

lama lagi manakala Farzad lebih terarah kepada


pendidikan. Setiap kali babak Farzad muncul di layar
beliau pasti berbincang tentang sekolahnya, peperiksaan,
menjadi yang terbaik di sekolahnya dan mahu pergi ke
sekolah. Tiada ruang yang menunjukkan bahawa beliau
sedang pergi bermain dan bertemu dengan Behzad. Abbas
yakin tanpa perlu memvariasikan konflik setiap watak dan
fokus kepada satu aspek sahaja dan menggabungkan dengan
elemen persekitaran dan bermain dengan masa-masa beliau
berada di Siah Dareh sudah cukup untuk mengajak audiens
menghayati cerita ini.

EMOTION

Emosi adalah sifat manusia yang natural. Persepsi tidak


datang tanpa emosi. Contohnya jika kita melihat babak
mengenai kesusahan seorang ibu tunggal membesarkan
anaknya sudah tentulah persepsi yang hadir adalah kita
faham wanita itu menjalani kehidupan yang payah kerana
beliau terpaksa menanggung dan menyara keluarga dengan
kemampuannya sendiri akibat kematian suami. Maka emosi
yang lahir di situ adalah kita simpati dengan situasi
yang dihadapi. “Recognizing the structure of the emotion
systrem will help us to see the structure that film
making practice has developed to elicit emotional
responses dependably” (Greg, 2003). Abbas memberi
keadilan kepada kedua-dua jantina dalam menyuarakan emosi
Dari segi wanita pertama sekali kita dapat melihat bahawa
mereka masih gagal mencapai keadilan dalam hak demokrasi.
Wanita masih diangap kaum yang lemah dan sebarang
bantahan dari mereka pasti akan dibidas oleh lelaki.
Menjadi taboo bagi seorang wanita itu bergaul dengan
lelaki. Kita juga melihat bahawa remaja perempuan
dipersoalkan taraf pemikiran mereka kerana tidak ada
satupun babak yang menunjukkan mereka pergi ke sekolah
Time and Space : The Wind Will 12
Carry Us

dan ibu bapa mereka masih menekankan bahawa lelaki yang


paling layak menerima pendidikan. Lelaki seperti biasa
akan menjaga statusnya sebagai khalifah dan ketua
keluarga. Babak di mana wanita sedang memberi makan
kepada lelaki tua di tangga dan lelaki itu menolak untuk
mengambil makanan itu dan akhirnya memaksa wanita itu
untuk turun ke anak tangga yang lebih bawah dan barulah
lelaki tua itu bersetuju mengambil hidangannya. Babak
seterusnya di mana wanita adalah golongan yang mesti
dikorbankan dalam apa jua keadaan di mana Behzad sedang
berbincang dengan lelaki yang memakai baju putih selepas
beliau naik ke puncak bukit. Perbualan mereka dimulai
dengan “you an educated man and what do you think about
this ceremony”. Lelaki itu menyatakan bahawa ibunya telah
mempunyai dua garisan parut. Pertamanya disebabkan oleh
mengenang kematian adiknya dan yang kedua pengorbanan
kepada suaminya agar terus bekerja di kilang tanpa
diberhentikan. Di sini persoalan maruah diberikan dan
sejauh mana wanita itu dihargai di atas pengorbanan ke
atas keluarga ataupun kasih sayang kepada keluarga.
Lokasi sentiasa membantu emosi kepada penonton. Menjadi
satu kerugian jika lokasi yang dipilih tidak selari
dengan jalan cerita. Melihatkan permulaan filem kita
sudah menjangka apakah kitaran cerita yang bakal
disampaikan dan kita hanya menunggu untuk ianya
digabungkan dengan cerita. Bagi saya Abbas membuat
keputusan yang tepat apabila memilih Siah Dareh sebagai
lokasi. Bukan sebab elemen kehijaun yang ada tetapi ruang
yang memenuhi Siah Dareh itu telah membantu emosi
penonton. Jika Tehran dipilih maka beberapa konflik
mungkin tidak dapat dilaksanakan. Emosi kita juga ditebak
dengan beberapa isu-isu lain seperti komunikasi dan
pendidikan. Isu survival ini memberi perhatian
yangpenting kerana dua perkara ini sangat janggal jika
Time and Space : The Wind Will 13
Carry Us

terjadi pada zaman dunia hendak menuju era 20an dan filem
ini dirakam pada tahun 1999.

COGNITION

Isu dan cerita bukan datang dengan begitu sahaja.


Tim Burton meminati genre “dark horror” dan movement
German Expressionism kerana permasalahan yang berlaku
ketika di zaman kecilnya. Akira Kurosawa dengan budaya
Jepun, Zhang Yi Mou pula dengan budaya China dan Steven
Speilberg menyentuh isu holocoaust, perang, dan
pembunuhan berdasarkan fahaman Jewish. “Cognitive film
scholars, while sampling idea across disciplines, also
rely primarily on either the philosophy or the psychology
emotion” (Greg, 2003). Abbas Kiarostami dilahirkan di
Iran. “We should contemplate transforming this national
cinema into an international one... We should consider
what image of Iran and Iranians [we would like] to screen
to the world... We hope to turn the train that is Iran’s
cinema into an ocean-going ship that every cinema-goer
[throughout the world] can board.” (Tapper, 2002). Oleh
kerana pemikiran mereka telah dibentuk oleh Farabi Cinema
Foundation dan di Malaysia badan seperti ini dipanggil
FINAS, mereka menggunakan filem sebagai propaganda dalam
menyatukan masyarakat Iran dengan menggunakan filem. Oleh
kerana Iran begitu menghargai budaya mereka dan poetry
menjadi kewajipan kepada rakyat Iran dalam mempelajari
dan memahaminya disebabkan nilai yang diterapkan telah
membuatkan Abbas sering menggunakan elemen ini dan
diselitkan di dalam dialog. Abbas juga menggunakan sinema
sebagai satu bentuk escapism dalam menyampaikan pemikiran
dengan cara yang lebih mudah, terbuka dan senang difahami
ramai kerana kita tahu bahawa semenjak zaman perang dan
sebelum itu lagi filem telah digunakan sebagai
propaganda. “Propaganda is a pejorative term: applying it
Time and Space : The Wind Will 14
Carry Us

to an historical film implies disapproval and we do not


expect those who have their works so labeled to respond
positively” (Marnie, 2007). Bukan sahaja Abbas filem Iran
yang lain selepas tahun 1990 banyak menyentuh isu post
war, kanak-kanak, isu kemanusiaan, survival, dan budaya.
Filem yang mudah diterima ramai sebenarnya filem yang
mengutarakan isu yang dekat dengan mereka dan mudah
difahami. Inilah pendekatan yang digunakan oleh Abbas.
Islam sentiasa mengingatkan kepada kita tentang kehidupan
dan kematian serta alam yang bakal kita tempui selepas
kematian. Seterusnya kita ketahui bahawa mereka sangat
menghargai budaya dan sebab itulah puisi yang selari
dengan mesej cuba disampaikan telah diterapkan

DELEUZE AND DIFFERENCE AND REPETITION

Menurut kajian yang dilakukan oleh Deleuze Time Image


boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Habitual Time,
Memorial Time dan Futural Time. Paradigma kepada ketiga-
tiga aspek ini sering digunakan oleh Abbas dalam
menerobos ruang masa walaupun kita lihat filemnya selari
da tidak membawa kita kepada pelbagai frasa masa.

HABITUAL TIME

Habitual time adalah masa yang berkenaan sekarang dimana


cerita di dalam filem ini adalah kerana ia memberikan isu
sekarang iaitu isu Siah Dareh dan Kurdish. Perulangan
yang berlaku di dalam perlakuan sebenarnya menggambarkan
niat. Terdapat satu sifat yang ada pada Behzad yang
sentiasa berulang di dalam filem ini iaitu ketika beliau
hendak menjawab panggilan telefon beliau mesti pergi ke
kawasan pergunungan kerana pada waktu yang pertama beliau
Time and Space : The Wind Will 15
Carry Us

ingin mencari liputan agar mudah untuk berkomunikasi dan


dari beliau berulang kali pergi ke sana tetapi Abbas
tidak menunjukkan tujuannya pergi ke sana bukan hanya
untuk panggilan telefon, pengulangan beliau ke puncak
bukit pasti akan memberi satu input yang baru. Contohnya
yang pertama beliau mendapat tulang kaki manusia, kedua
beliau berjya bersembang dengan penggali lubang itu,
ketiga beliau dapat informasi di mana beliau boleh
mendapatkan susu dan seterusnya beliau mengetahui berada
di lokasi semasa penggali lubang itu di kambusi dengan
tanah dan nati di tempat kejadian. “For Deleuze, habit
also involves difference primarily because habit draws
something new from repetition – namely difference (in the
first instance understood as generality)" (Jack, 2004).

MEMORY

Memori adalah ingatan manusia yang menyimpan data tentang


sesuatu perkara. Seperti yang diperkatakan di dalam
kognitif, tanpa memori niat mahu mewujudkan perkara lepas
mungkin sukar untuk sesebuh filem. Abbas telah memandang
perkara lampau sepanjang di dalam hidupnya lalu cuba
untuk menjadikan isu di dalam The Wind Will Carry Us
relevan dengan masa sekarang. Babak yang memberikan makna
di dalam filem ini adalah di mana ketika Farzad dalam
perjalanan ke sekolah dan ditemani oleh Behzad dan Behzad
bertanya kenapa kawasan ini dinamakan Siah Darreh yang
membawa maksud Black Alley sedangkan kawasan ini
sebenarnya dipenuhi dengan bangunan yang putih dan bersih
tanpa ada campuran elemen-elemen lain di dalam kehidupan
seharian mereka. Farzad mengatakan bahawa nama itu telah
dipilih oleh golongan terdahulu dan mereka telah menerima
dan menggunakannya sekarang. Tetapi tidak menjadi satu
maslaah jika mereka mempunyai niat untuk menukarkannya.
Sama seperi ejaan Alor Setar yang ditukar ejaan kepada
Time and Space : The Wind Will 16
Carry Us

Alor Star kerana bagi kita, nama adalah persepsi awal


gambaran pertama kita terhadap sesuatu perkara. Behzad
lantas membacakan sebaris puisi “Once your rope of fate
is woven black…….” . Maksud kepada frasa itu memberi tahu
kepada tentang nasib yang telah dialami oleh puak Kurdish
adalah semenjak daripda dahulu lagi dan akibat peristiwa
lampau inilah yang telah memberikan impak kepada
kehidupan mereka sekarang. Rata-rata semua penduduk di
Siah Dareh mengerti akan maksud Siah Dareh itu sendiri
sebagai tanda protes ke atas ketidakadilan yang berlaku
pada mereka sekarang. Memori ke atas kejadian ini umpama
cerita yang wajib disampaikan dari generasi ke generasi
yang lain sebagai tanda peringatan kepada mereka.
“Deleuze suggests that there needs to be a second
synthesis of time that causes the present to pass, and
this, he argues, is the time of the past, or the time of
memory” (Jack, 2004).

FUTURAL TIME

Gabungan perkara lampau iaitu isu-isu yang telah berlaku


di Siah Dareh dan direpresentasi kepada sekarang iaitu di
dalam filem adalah membawa mesej untuk masa hadapan.
Seperti filem Sci Fi seperti filem Armageddon mereka
membincangkan tentang persediaan mereka jika di masa
hadapan meteor akan datang menghempas bumi. Hollywood
sebenarnya cuba menyampaikan mesej yang positif kepada
penonton seluruh dunia namun sebenarnya mereka memberikan
mesej ‘global zionism’ di mana mereka adalah kuasa besar
di dunia yang negara lain harus tunduk kepada mereka jika
mereka mahukan keselamatan dan keamanan. Abbas lebih
mementingkan nilai sensitiviti negaranya sendiri sebelum
beliau berani mempersoalkan isu global dan membuka pekung
di dada supaya Iran khasnya dan dunia amnya memberikan
Time and Space : The Wind Will 17
Carry Us

persepsi yang positif ke atas Siah Dareh dan tidak


menghukum mereka ke atas peristiwa lampau.

SPACE

Dinamiknya ruang kerana ianya boleh berubah mengikut


masa. Ini berikutan acuan masa di mana kehidupan di Siah
Dareh telah diberikan oleh Abbas lalu beliau meneroka isi
yang patut diberikan kepada audiens melalui isu-isu yang
patut disampaikan. Abbas berjaya menyentuh isu sosiologi
dan psikologi di dalam filem The Wind Will Carry Us.
Beliau menjadi protagonis di dalam filem itu kerana
beliau adalah individu yang menyelongkar rahsia Siah
Dareh satu persatu. Behzad di dalam filem itu jika kita
perhatikan adalah sebenarnya diri Abbas yang datang ke
satu kawasan itu kerana hendak menyiasat berkenaan majlis
kematian yang dilakukan oleh penduduk di sini namun hasil
yang terakhir input yang didapatinya bukan setakat itu
sahaja. Beliau berhadapan dengan pelbagai isu sejagat
yang memberi persoalan kepada dunia. Isu-isu yang
diwujudkan oleh Abbas bukan mistik atau mitos yang
diperkatakan tapi beliau memberikan kebenarannya sekali.
Wujudnya ruang ini adalah hasil daripada rasa
tanggungjawab Abbas dalam menyuarakan hasrat penduduk
Siah Dareh memandangkan mereka adalah The Black Alley.
Ujikaji yang dilakukan difilemkan dan ditayangkan dan
rata- rata telah mendapat perhatian dunia. Secara
automatiknya The Wind Will Carry Us berjaya menjadi
nasional sinema kerana ianya telah memenuhi 4 kriteria
yang telah diperkatakan oleh Andrew Higson. Pertamanya
dari segi textual stail, pengisian dimana ruang di dalam
filem ini dan tema. Keduanya adalah berdasarkan terma
ekonomi dimana filem ini telah diedarkan oleh badan
antarabangsa iaitu The New Yorker dan ianya mampu
menjelajah dunia dan tidak menjadi jagoan di negara
Time and Space : The Wind Will 18
Carry Us

sendiri. Ketiganya penerimaan audien di mana rata- rata


pengkritik filem di seluruh dunia telah memberikan komen
yang positif dan ianya tergolong di dalam 100 filem yang
wajib ditonton sebelum abad ke 20. Jonathan Rosenbaum dan
J. Hoberman adalah dua pengkritik filem yang terkenal di
Amerika dan mereka telah memberikan komen yang positif ke
atas The Wind Will Carry Us. Keempat dan yang terakhir
adlaah nilai budaya di mana penuh dengan pola kehidupan
mereka sehari-harian, sajak-sajak daripada pemuisi Iran
yang disamakan maksudnya dengan situasi di dalam filem
yang seterusnya menjadi kolektif pembelajaran budaya Siah
Dareh bukan sahaja kepada Iran tetapi dunia.
Time and Space : The Wind Will 19
Carry Us

KESIMPULAN

The Wind Will Carry Us. JIka kita faham maksudnya


angin itu adalah sebagai watak utama yang membawa kita
kepada sesuatu perkara. Ianya boleh ditransisikan kepada
banyak perkara berdasarkan isu yang dikemukakan oleh
Abbas. Mereka mahukan angin perubahan yang membawa
kehidupan mereka selari dengan kemajuan sejagat, Farzad
mahu menjadi penduduk Siah Dareh yang mampu menjadi angin
dalam merubah nasib Siah Dareh. Angin yang menjadi
perantaraan dalam menyampaikan mesej wanita yang mahukan
keadilan di dalam hidup mereka, angin yang walau apapun
yang terjadi kita satu hari akan membawa kita ke alam
kematian dan kehidupan yang abadi. Abbas telah menjadi
angin pertama yang membawa ruang-ruang ini ke dalam
konteks masa kehidupan di Siah Dareh seterusnya konteks
masa audien sewaktu menonton filem ini. Perjalanannya
wlalaupun linear tetapi kita dapat merasakan impak
daripada isu yang dinyatakan dan adakah ia patut wujud di
zaman sekarang. Spiritual yang diberikan Abbas di dalam
filemnya sebenar mendidik masyarakat supaya hidup ini
bukanlah sesuatu yang sentiasa boleh dirancang kerana
dalam perjalanan mencapai kepada apa yang telah dirancang
kita pasti akan berhadapan dengan sesuatu yang akan
berbeda. Niat awal mereka mahu merakamkan upacara
kematian wanita tua yang berumur 100 tahun tetapi apa
yang beliau dapat di akhirnya adalah kematian yang lain
pula iaitu penggali kubur yang telah mati dan wanita tua
itu masih kekal hidup. Dalam konteks nasionalis Abbas
memaparkan kepada dunia Siah Dareh adalah kawasan yang
tidak dijangka persekitarannya sebegitu sama seperti
Danny Boyle yang merakamkan Slumdog Millionaire di mana
tanpa filem itu kita masih hanyut dengan fantasi
Bollywood yang memaparkan kehidupan yang gembira dan kaya
raya tanpa mengambil isu survival minoriti
Time and Space : The Wind Will 20
Carry Us

BIBLIOGRAFI

BOOK

Andrew, U. 2005. In focus: Technology and culture the film reader.


New York: Routledge.

Greg, M. 2003. Film structure and the emotion system. United Kingdom:
Cambridge.

Jeffrey, G. 2005. Film analysis: A norton reader. New York Norton


Company.

Marnie, H. 2007. History goes to the movies: Studying history on


film. New York: Routledge.

Tapper R. (2002). The New Iranian Cinema: Politics, representation


and identity. London: IB Taurus.

INTERNET

Alice, P. (1972). The equal rights amendment.

Retrieved 20 April 2010, from

http://www.alicepaul.org/alicep3.htm

Jack, R. (2004). Derrida and deleuze on time, the future, and

politics.

Retrieved 20 April 2010, from

http://www.borderlands.net.au/vol3no1_2004/reynolds_time.htm

FILM

Abbas Kiarostami. (1999) The Wind Will Carry Us. Iran.

You might also like