You are on page 1of 11

Soalan 1 hingga Soalan 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Adik sering menanti kepulangan ibu di___________rumah.


A. anjung. C. mimbar
B. balai D. dapur

2. Ibu _________ bawang merah itu nipis-nipis sebelum menumisnya di dalam kuali.
A. memotong C. menghiris
B. mengetuk D. mencarik

3. Justin Lee yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu lebih selesa tinggal di________kerana udara
yang bersih dan suasana yang harmoni.
A. pecan C. dusun
B. kampong D. bandar

4. __________ tiba di rumah, Sabariah terus menanyakan surat panggilan temu duga yang
sepatut diterimanya semalam.
A. Sesampai-sampai C. Sejejak-jejak
B. Secepat-cepat D. Sebaik-baik

5. “____________ akan menghadap baginda sultan untuk menyembahkan persembahan daripada


Orang Kaya Baharom,” kata Laksamana kepada Bendahara.
A. Patik C. Tuanku
B. Hamba D. Beta

6. Penumpang yang turun __________ bas itu tertinggal beg pakaiannya di tempat menyimpan
barang.
A. daripada C. pada
B. dengan D. dari
7. Puan Kong sedang _________ padi di bendangnya
A. menanam C. menyemai
B. menyabit D. menabur

Soalan 8 hingga 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Bangunan tiga tingkat yang terletak di hadapan Graha maju itu ialah Pejabat Besar Pos
A B C
Seremban. Tiada kesalahan.

1
D

9. Para pelakon yang terlibat dalam pengambaran filem ”Dermawan” sedang berehat di bawah
A B C
pokok. Tiada kesalahan.
D

10. Kumar di antara pelajar yang dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas
A B C
pantun. Tiada kesalahan.
D

11. Kain-kain songket yang dipamerkan di dalam bilik pameran itu cantik-cantik belaka. Tiada
A B C
Kesalahan
D

12. Budin tidak sepantas seperti abangnya dalam acara 100 meter itu. Tiada Kesalahan.
A B C D
13. Sebuah kereta yang terbabas ke dalam gaung itu telah mengorbankan keempat orang
A B C
penumpang. Tiada kesalahan.
D

14. Buku latihan Bahasa Malaysialah yang paling banyak sekali dibeli oleh pelajar-
A B C
pelajar di sekolah ini. Tiada kesalahan.
D

Soalan 15 hingga soalan 17


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Separuh badannya lumpuh kerana penyakit angin ahmar yang dhidapinya.
II Perang saudara selama tujuh tahun itu telah menyebabkan ekonomi negaranya
lumpuh.
III Haji Sidek hendak memiliki sebuah kereta mewah lagi, walaupun kewangannya
semakin lumpuh.
IV ”Niat hatiku hendak belajar tidak akan lumpuh walaupun dia melarang aku,” kata
Dahlia.

2
A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja
B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja

16. I Jam di dinding itu tidak menunjukkan haluan yang betul.


II Mimpi buruk yang dialaminya malam tadi telah menjadi haluan kepadanya untuk
bertindak.
III Pemberian biasiswa dapat memberi haluan kepada pelajar-pelajar miskin
menyambung pelajaran.
IV Pemberontak itu berpecah belah kerana mereka telah kehilangan haluan dalam
perjuangan masing-masing.
A. I dan III sahaja C. II dan IV sahaja
B. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

17. I Ayah memotong pokok nangka itu dengan sebilah kapak.


II Ibu memarahi kakak yang memotong percakapannya dengan Mak Lijah.
III Kami bangun pagi-pagi untuk memotong getah di lereng bukit itu.
IV Majikan kami akan memotong cuti rehat pekerja-pekerja yang sering datang lewat.

A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja


B. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21


Sebahagian daripada ayat tersebut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda mengganggap
bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan
A, B atau C sebagai pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Kakak menyimbah pokok-pokok bunganya pada setiap petang.


A. Kakak menyiram
B. Kakak merenjis
C. Kakak menyembur
D. Kakak Menyimbah

19. Zamri tidak dapat menghadirkan majlis itu kerana bapanya sakit tenat.
A. tidak boleh hadiri
B. tidak dapat menghadiri
C. tidak boleh menghadirkan
D. tidak dapat menghadirkan

20. Asma adalah kesakitan yang ada kaitan rapat dengan keturunan.
A. Asma ialah pesakit

3
B. Asma adalah penyakit
C. Asma ialah penyakit
D. Asma adalah kesakitan

21. Ayah menghadiahkan saya sebuah basikal.


A. Ayah hadiahkan saya
B. Ayah hadiahi saya
C. Ayah menghadiahi saya
D. Ayah menghadiahkan saya

Soalan 22 hingga Soalan 24


Pilih ayat yang berlawan bagi perkataan yang bergaris.

22. Ahli bomba itu berjaya memadamkan api yang sedang marak.

A. kecewa C.hampa
B. gagal D.kalah

23. Harga pakaian yang dijual di butik itu sangat murah.

A. besar C.mahal
B. sedikit D.kecil

24. Suasana di pasar malam itu sungguh sunyi.

A. sepi C. bingit
B. bising D. cerah

Soalan 25 hingga Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.

25. I Gadis itu kelihatan bertambah ayu apabila memakai cocok sanggul.
II Ayah menasihati abang supaya tidak memilih-milih keja.
III ”Bungkusan itu tidak berat pun,” kata abang kepada adik.
IV Kita janganlah bersikap bena tak bena terhadap orang-orang susah.

A. II dan III
B. II dan IV
C. III dan Iv
D. II,III dan IV

4
26 I Walaupun tinggal di kawasan pendalaman, namun Jamilah rajin ke sekolah.
II Kami ternati-nantikan kepulangan ayah di laut semenjak semalam.
III Sesetengah kanak-kanak tidak gemar akan sayur.
IV Sudah hampir dua setengah jam saya menunggunya.

A. III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II,III dan IV sahaja
D. I,II,III dan IV

27. I Encik Halim orang yang tersibuk sekali di pejabatnya.


II Guru itu memperkatakan tentang letusan gunung berapi Merapi.
III Emak menggunakan secubit kain untuk mrnampal seluar ayah yang terkoyak.
IV Pada dinding rumahnya tergantung sekeping gambar pemandangan.

A. IV
B. II dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. I,II,III dan IV.

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa
di bawah ini.

28. Kawan-kawan Adila tidak menyenangi sikapnya yang tidak menentu, kadangkala baik dan
kadangkala sebaliknya. Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan sikap Adila
ialah

A. ada angin
B. air muka
C. atas angin
D. beri muka

29. Semasa melawat kwannya di hospital, Puan Wong membawa buah-buahan sebagai

A. buah fikiran

5
B. buah mulut
C. buah tangan
D. buah hati

30. Norman terpaksa menjadi doktor kerana membantu isterinya yang hendak bersalin secara
tiba-tiba dan tidak sempat dibawa ke klinik. Keadaan Norman di atas diibaratkan

A. bulat hati.
B. Bidan terjun.
C. Cepat tangan.
D. Cari akal.

Soalan 31 hingga 35
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cikgu Harun selesai membaca. Dia merenungi hadiah tersebut. “ Benar! Inilah hadiah
yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah-hadiah yang
mahal-mahal itu jika untuk bermuka-muka,” katanya, turut terharu apabila melihat
hadiah tersebut.
Cikgu Abdullah juga turut terharu membaca surat itu. “Cikgu Fatimah….,” kata
Guru Besar, “terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur dari murid cikgu. Saya rasa kita
patut membantunya.”
“Ramli itu murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia
memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa
bersih. Ramli tu, faham pula dengan keadaan hidupnya,” terang Cikgu Fatimah sambil
tersedu-sedu.
“Oh! Kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita,” tegas Cikgu
Abdullah.
“Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu,” Cikgu Fatimah melauhkan hasratnya
pula.
“Hm! Memang baik begitu. Sempena Hari Guru pada tahun ini sepatutnya
sesuatu kebajikan yang dapat kita lakukan. Saya berharap cikgu-cikgu yang lain juga
dapat lakukan sesuatu kepada murid-murid lain yang susah seperti murid Cikgu
Fatimah tu,” syor Cikgu Abdullah kepada guru-guru sekolahnya.
“Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Fatimah,” ujar Cikgu
Harun.
Guru-guru yang lain menggangguk-angguk.
“Cikgu Fatimah, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata
Cikgu Darus.
Cikgu Fatimah tersenyum.
Mereka bersalam-salaman.
Hari itu, Cikgu Fatimah pulang ke rumahnya dengan suatu tekad, mulai esok
Ramli akan menjadi anak angkatnya. Dia akan membantu pesekolahan Ramli. Dan
ulam pucuk gajus itu merupakan hadiah yang paling murni daripada hadiah lain
diterimanya hari itu.

(Dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru” karya Rejab F.1 dalam 6
Antologi Sehijau Warna Daun, DBP,2000)
31. Apakah hadiah yang diberikan oleh Ramli kepada Cikgu Fatimah?

A. Sayur-sayuran.
B. Barangan berharga.
C. Ulam pucuk gajus.
D. Ucapan Selamat Hari Guru.

32. Bagi Cikgu Harun, hadiah itu paling murni kerana _________________.

A. pemberinya seorang miskin.


B. merupakan pemberian yang ikhlas.
C. hadiah itu menjadi harapan setiap guru.
D. mengigatkan kepada makanan kegemarannya.

33. Cikgu Fatimah bercadang untuk menjadikan Ramli ___________________.

A. anak angkat.
B. adik angkat.
C. pelajar pilihan.
D. bagaikan anak sendiri.

34. Nilai yang berikut terdapat dalam petikan, kecuali ____________________.

A. kasih sayang.
B. tolong-menolong.
C. mengenang jasa.
D. mementingkan diri.

35 Apakah kesudahan cerita cerpen ini?

A. Cikgu Fatimah mendapat pucuk gajus daripada Ramli.


B. Cikgu Fatimah mengambil Ramli sebagai anak angkat.
C. Cikgu Fatimah membuka hadiah pemberian Ramli.
D. Cikgu Fatimah menerima sepucuk surat daripada Ramli.

7
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yan g berikutnya.

PANTUN KANAK- KANAK

Jangan gergaji pokok talas,


Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pokok kelapa;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.

(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,


Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

36. Rangkap pertama Pantun Kanak-kanak ialah ________________.

A. kita jangan bersikap malas.


B. Perlunya kita menjaga kesihatan.
C. Kita perlu makan apabila lapar.
D. Hendaklah membawa gergaji apabila ke hutan.

37. Maksud apa yang dapat jangan dilupakan ialah ________________.

A. mengingati apa yang guru ajar.


B. Ilmu yang diterima hendaklah diamalkan.
C. Jangan menyalahgunakan ilmu yang diterima.
D. Ilmu perlu dimafaatkan ke jalan yang benar.

8
38. Rangkap ketiga pantun di atas menjelaskan bahawa kita perlu _________________.

A. banyak berjasa.
B. berbakti kepada semua mansusia.
C. berbakti kepada kedua-dua orang tua kita.
D. sentiasa membalas jasa orang yang pernah menolong kita.

39. Bulan purnama datang menerpa dalam baris pertama rangkap kedua pantun ini ialah
contoh _________.

A. metafora
B. simile
C. personifikasi
D. sinkof

40 Penyataan di bawah merupakan mesej dalam Pantun Kanak-kanak, kecuali _________

A. ingat jasa guru


B. berusaha menuntut ilmu
C. menjaga kesihatan tubuh badan
D. berhati-hati menjalin persahabatan

Soalan 41 hingga Soalan 50


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong yang disediakan.

41. Encik Ahmad akan membaca ................ sebelum pergi ke pejabat untuk mengetahui
maklumat
terkini

A majalah C akhbar
B buku D majalah

42. Pan Kee Seng yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu lebih selesa tinggal di ............... kerana
udara
yang berih dan suasana yang harmoni.

A pekan C dusun

9
B kampung D bandar

43. .................. itu bersuara begitu nyaring sewaktu menyampaikan puisi ciptaan terbarunya.

A penggubah C penyanyi
B penyair D pencipta

44. Adik sering menanti kepulangan ibu di ...................... rumah.

A anjung C mimbar
B balai D dapur

45. Chong Ming menghayunkan buaian Catherine Sia dengan ..........................

A pantas C tinggi
B laju D kuat

46. Tasik ................... tepi pantai menjadi pilihan orang ramai bermain skuter air.

A dan C serta
B atau D tetapi

47. Kempen Hijaukan Bumi itu dilancarkan di Dataran Merdeka ......................... orang ramai
mencintai
keindahan alam sekitar.

A kalau C tatkala
B agar D sejak

48. Kong Xiao Hui dan Tiong Nyuk Siang berteduh di perhentian bas itu ............... menunggu
hujan
reda.

A sementara C walaupun
B kecuali D meskipun

49. Eric ketawa berdekah-dekah apabila melihat Liew Siaw Hui memakai baju secara ............

A terbangun C terpisah
B terbalik D terduduk

10
50. Kami segera pulang ke kampung ...................... diberitahu Tok Wan sakit.

A jika C setelah
B ketika D sebelum

11

You might also like