You are on page 1of 16

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN LATIHAN


DAN KERJAYA BAGI PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM KALI KE-7

TARIKH : 16 APRIL 2010

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN SYURA


ARAS 9, KOMPLEKS D7
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PUTRAJAYA

KEHADIRAN

Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz - Pengerusi
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Y.Bhg. Prof. Zakaria bin Stapa


Dekan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Arifin bin Hj. Zainal


Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Puan Mahyon binti Talib


Pengarah Program Sivil,
Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan

Tuan Haji Paimuzi bin Yahya


Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

En. Rosli bin Bidin


Ketua Penolong Pengarah
Wakil Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tuan Haji Hanifudin bin Roslan


Pengarah
Institut Latihan dan Dakwah Selangor, (ILDAS)

Tuan Haji Abdul Latif bin Ibrahim


Pengarah
Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang

1
Tuan Haji Halid bin Sintol
Pengarah
Bahagian Dakwah, Jakim

Puan Fatimah binti Manja


Wakil Bahagian Undang-Undang, Jakim

En. Muzaffar bin Malek


Wakil Bahagian Kemajuan Islam , Jakim

En. Mustapha Abd. Kadir


Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jakim

Puan Hajjah Pauzaiyah binti Haron - Setiausaha


Pengarah
Bahagian Latihan, Jakim

TURUT HADIR

Y.M. Datin Raja Darul Ehsan binti Raja Arifin


KPP , Bahagian Latihan

Y. Bhg Dr. Nordin bin Ahmad


KPP, Bahagian Latihan

En. Sa’adi bin Awang


PP Bahagian Latihan

En. Radzi bin Kamaludin


PP Bahagian Latihan

URUS SETIA

Puan Zaharah binti Abas


PPK, Bahagian Latihan

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

Ketua Program
Program Kepimpinan Integrasi
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Pengarah
Bahagian Penyelidikan , Jakim

2
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Y.Bhg Dato‘ Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah


al-Fatihah. Seterusnya ucapan salam dan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir.

1.2 Y.Bhg Dato‘ Pengerusi seterusnya berkongsi maklumat senario


perjawatan terkini Jakim yang telah berkembang ke 16 agensi dari pelbagai
kementerian di mana warga Jakim yang kini berada di luar ibu pejabat
adalah seramai 1,354 orang.

1.3 Y.Bhg Dato‘ Pengerusi turut memaklumkan skim PHEI dari kumpulan
Pengurusan dan profesional Jakim juga turut berada di 6 buah negeri.
Kesemua kumpulan pegawai dari pelbagai gred tersebut memerlukan
pelbagai latihan dan kemahiran yang tertentu.

1.4 Seterusnya Y.Bhg Dato‘ Pengerusi menyatakan peranan yang besar


bagi jawatankuasa ini untuk memikirkan pembangunan latihan serta kerjaya
pegawai dalam skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

1.5 Y.Bhg Dato‘ Pengerusi juga turut memaklumkan bahawa Jakim


mempunyai pusat-pusat latihan dan pusat-pusat akademiknya yang
tersendiri yang perlu dibuat perancangan halatuju dan aktiviti-aktiviti di
pusat-pusat tersebut dan merancang supaya dapat ahli jawatankuasa ini
dapat melawat ke institusi tersebut dan memaklumkan penubuhan ILIM
Besut yang sudah beroperasi sejak 2 bulan yang lalu.

1.6 Seterusnya juga , Y. Bhg Dato‘ Pengerusi turut merakamkan ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA) di atas peluang latihan luar negara yang telah diberikan
kepada Jakim iaitu Kursus Khas PHEI di Muslim College, London dan
Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa di Mesir bagi
melahirkan pegawai Jakim yang berketerampilan. Y.Bhg Dato’ Pengerusi
turut memaklumkan bagi tahun 2010 Pihak JPA telah menambah bilangan
peserta daripada 9 orang kepada 11 orang bagi program di Muslim College
dan daripada 6 orang kepada 10 orang di Mesir.

1.7 Y. Bhg Dato‘ Pengerusi seterusnya memaklumkan bahawa Bahagian


Latihan, Jakim telah membangunkan modul baru seperti Modul Diploma
Pengurusan Islam (DPI), Modul Pengurusan Fatwa, Kurikulum Tahfizul
Quran wal Muamalat serta sedang membangun Modul Sijil Asas Muamalat.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Latihan dan Kerjaya Bagi


Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Kali ke-2/2009 disahkan tanpa pindaan.

3
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pelaksanaan Program Tafaqquh Fi al-Din

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Program Tafaqquh akan


diteruskan bagi sesi 2010 yang akan bermula pada bulan Mei ini.
Pemilihan seramai 15 orang peserta dari siri I dan siri II, serta
tambahan pegawai baru yang akan dipilih melalui ujian khas.
Subjeknya telah turut dikekalkan .Pensyarah yang terlibat adalah
Y.Bhg Dato’ Haji Hasyim bin Yahya, Y.Bhg S.S Dato’ Haji Hassan
bin Ahmad, Y.Bhg Dato’ Haji Salleh bin Ahmad dan Tuan Haji
Ghazali bin Toyib.
Tindakan : Makluman

3.2 Kandungan Pelan Latihan

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Pelan Latihan kepada


kumpulan sokongan sudah dibangunkan dan pemurnian kepada
pelan tersebut akan dilaksanakan pada Mei 2010.

Tindakan: Bahagian Latihan

3.3 Standard Kualiti Pengurusan Pusat Latihan dan Pusat


Akademik (SKPPL dan SKKPA)

3.3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa SKPPL dan SKPPA


telah pun siap dan akan dicetak selepas pelaksanaan pre test kali
kedua pada Julai 2010.
Tindakan : Bahagian Latihan

3.3.2 Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya


Standard Kualiti Pengurusan Pusat Akademik (SKPPA) dan
Standard Kualiti Pengurusan Pusat Latihan (SKPPL) dapat
dilancarkan semasa Mesyuarat SOM (Senior Officer Meeting
MABIMS) dan MABIMS pada 11- 14 Oktober 2010.

Tindakan : Bahagian Latihan

3.3.3 Mesyuarat seterusnya mengambil maklum bahawa program


pemantauan bagi SKPPL dan SKPPA akan dilaksanakan bermula
Julai 2010 dan perlantikan jawatankuasa pemantauan tersebut juga
pada Julai 2010.
Tindakan: Makluman

3.4 Penilaian Pra-Perlantikan Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal


Islam (PHEI)

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Jakim telah menjalankan


penyeliaan kepada pegawai lantikan baru PHEI berdasarkan borang
yang dikemukakan kepada penyelia masing-masing dan sebanyak
4
53 borang kajian telah diterima. Secara keseluruhan prestasi
pegawai Hal Ehwal Islam yang dilantik melalui Program Pusat
Penilaian Jakim (PPJ) adalah cemerlang.
Tindakan: Makluman

3.5 Mencari Peluang kursus Kepada Pegawai Hal Ehwal Islam

3.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Bahagian latihan


sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak Universiti of
Melbourne Australia sebelum mengadakan perbincangan lanjut
dengan pihak JPA.
Tindakan: Bahagian Latihan

3.5.2 Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya


Jakim turut mencari peluang latihan di Amerika Syarikat dan tidak
tertakluk kepada London dan Australia sahaja .

Tindakan : Bahagian Latihan

3.5.3 Mesyuarat mengambil perhatian dan bersetuju dengan


saranan wakil JPA supaya kursus tersebut dibuat secara selang seli
antara London dan Australia dan sekiranya program di Australia
hanya melibatkan bilangan peserta yang kecil, program tersebut
boleh dilaksanakan serentak bersama Muslim College.

Tindakan : Bahagian Latihan

3.6 Cadangan Pelaksanaan Training Need Analysis (TNA) di Jakim

Mesyuarat turut mengambil perhatian bahawa Jakim akan


melaksanakan Kursus kemahiran menganalisis keperluan latihan
(TNA) kepada pegawai Jakim yang dijangka pada Julai 2010.

Tindakan: Bahagian Latihan

3.6 C1/02/2009
Kertas Cadangan Mewujudkan Search Committee dan
Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning)

3.6.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa Jakim telah


mempunyai search committee dan seterusnya mengambil
perhatian akan cadangan supaya keanggotaannya turut melibatkan
Bahagian latihan sebagai ahli. BPSM telah meminda senarai ahli
Search Comittee untuk melibatkan Bahagian Pembangunan Insan
(Latihan).
Tindakan : Makluman

3.6.2 Mesyuarat mengambil maklum rangka pelan penggantian bagi


Jakim sedang dikemaskini agar selaras dengan pergerakan
perjawatan Jakim dalam tahun 2008 hingga 2009. Kertas Pelan
5
penggantian ini akan dibentangkan kepada Search Committee
JAKIM.
Tindakan : Makluman

3.6.3 Mesyuarat turut mengambil perhatian berkaitan peranan dan


bidang tugas Bahagian Sumber Manusia berkaitan perjawatan-
perjawatan yang terlibat perlu dikemaskini dari masa ke semasa.
BPSM Jakim memohon bahagian-bahagian supaya memaklumkan
urusetia pelan penggantian sebarang perubahan pada peranan dan
bidang tugas perjawatan yang berkaitan agar mudah bagi urusetia
menyelaras dan Search Comittee membuat keputusan. Perjawatan
yang dimaksudkan melibatkan perjawatan kritikal seperti ketua unit
ke atas. Manakala Bahagian Latihan pula akan berperanan dalam
menjayakan road-map latihan PHEI sahaja mengikut kesesuaian
pegawai.
Tindakan : Makluman

3.7 C2/02/2009
Kertas Cadangan Penyediaan Modul Pra Persaraan

3.7.1 Mesyuarat mengambil maklum modul kursus tersebut dalam


peringkat kajian rintis dan sedang meneliti modul-modul sedia ada
yang telah digubal untuk penambahbaikan mengikut keperluan
peserta.

3.7.2 Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya


kajian keperluan dilaksanakan sebelum modul digubal.

Tindakan : Bahagian Latihan

3.8 C3/02/2009
Kertas Cadangan Penetapan Bidang Dan Tajuk Pengajian
Berdasarkan Keperluan Jabatan Kepada Calon–Calon Hadiah
latihan Persekutuan (HLP)

3.8.1 Mesyuarat mengambil perhatian bahawa Bahagian Latihan


telah membuat analisa ringkas terhadap pegawai yang memiliki
Sarjana dan Ijazah Kehormat yang berkhidmat di Jakim bagi
mengetahui unjuran terhadap keperluan pakar dalam bidang-bidang
yang kritikal di Jakim. Bagi sesi 2010, Bahagian Latihan akan
menetapkan bidang pengajian dalam surat tawaran kepada calon
HLP.
Tindakan : Bahagian Latihan

6
3.9 M1/02/2009
Kertas Makluman Modul Diploma Pengurusan Islam (DPI)

3.9.1 Mesyuarat mengambil maklum akan perlaksanaan DPI oleh


ILIM dijangka berlangsung pada Julai 2010 bagi pegawai skim PHEI
yang baru dilantik. ILIM telah membuat persediaan untuk
pengambilan pertama seramai 40 orang peserta.
Tindakan : ILIM

3.9.2 Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa Jakim telah


bersetuju melaksanakan Kursus DPI secara post-service setelah
menerima nasihat daripada BPO, JPA. Ini bermakna skim perjawatan
Hal Ehwal Islam tidak perlu dipinda dan kursus boleh digunakan
sebagai syarat untuk pengesahan perkhidmatan mengikut syarat-
syarat lantikan berikut:

i) Perkara (5)- Pegawai Hal Ehwal Islam boleh


dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh
ketua perkhidmatan yang berkenaan.

ii) Perkara (7)(C)- Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41


yang dilantik adalah layak disahkan dalam
perkhidmatan apabila telah :-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus


peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan

(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Tindakan : Makluman

3.9.3 Mesyuarat turut mengambil maklum, peperiksaan


perkhidmatan yang diuruskan oleh Jakim telah diserapkan ke dalam
jadual DPI. Walau bagaimana pun peperiksaan perkhidmatan yang
diuruskan JPM masih ditetapkan oleh JPM jadualnya dan tidak boleh
dipinda.
Tindakan : Makluman

3.10 Kunjung Hormat ke JPA

Mesyuarat mengambil maklum Kunjung Hormat Y. Bhg Dato’


Ketua Pengarah, Jakim kepada Pengarah Bahagian Pembangunan
Modal Insan, JPA telah dijadualkan pada 27 April 2010 jam 9.00
pagi.
Tindakan : Makluman

7
4 PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN

4.1 C1/01/2010 : Kertas Cadangan Penetapan Bidang Pengajian


Kepakaran Calon-Calon Hadiah latihan Persekutuan (HLP)
Berdasarkan Keperluan Jabatan

4.1.1 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan kertas


cadangan Penetapan Bidang Pengajian Kepakaran Calon-calon HLP
berdasarkan keperluan Jabatan yang dibentangkan oleh Dr. Nordin
bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jakim.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa :

i) Bilangan pegawai Jakim yang memegang ijazah


Sarjana dan Doktor Falsafah ialah seramai 105 orang.
Daripada jumlah tersebut, 7 orang adalah pemegang
ijazah Doktor Falsafah, dan 98 orang adalah
pemegang ijazah sarjana. Dari kalangan pemegang
ijazah sarjana, seramai 59 orang memperolehi ijazah
semasa perkhidmatan, manakala 39 orang lagi telah
memiliki ijazah sarjana semasa lantikan.

ii) Pemegang ijazah sarjana melalui HLP menumpukan


pengajian mereka dalam bidang Syariah (12 orang),
Sains Pengurusan (12 orang), Dakwah (2 orang),
Undang-undang (5 orang), Kaunseling (3 orang),
Akidah dan Aliran Pemikiran (2 orang), Tamadun Islam
(2 orang), Antropologi & Sosiologi (1 orang),
Pendidikan (1 Orang), ICT (1 orang), dan Bahasa
(1 Orang).

iii) Pemegang ijazah sarjana semasa lantikan pula,


didapati bidang-bidang pilihan mereka adalah Syariah
(8 orang), Kaunseling (6 orang), Sains Pengurusan (4
orang), Akidah, Perbandingan Agama & Aliran
Pemikiran (4 orang ),Fiqh & Usul (3 orang),
Pengurusan Perniagaan (3 orang), Undang-undang
( 2 orang ),Pendidikan (2 orang), Al-Quran & Sunnah/
Hadith (2 orang), Komunikasi (2 orang), Antropologi &
Sosiologi (1 orang ), Dakwah (1 orang), Tamadun Islam
(1 orang ) dan ICT ( 1 Orang ).

iv) Manakala bagi Doktor Falsafah pula, bidang-bidang


pengajian mereka ialah Dakwah (3 orang), Syariah/
Ekonomi & Muamalat (1 orang), Pengurusan Halal (1
orang), Pengurusan Teknologi Maklumat (1 orang ) dan
Pengurusan Sumber Manusia (1orang )
Tindakan : Makluman
8
4.1.3 Mesyuarat juga mengambil maklum dan bersetuju keutamaan
bidang pengajian mengikut keperluan jabatan, terdapat tujuh bidang
yang dikenalpasti sebagai kritikal seperti :
i) Muamalat & Ekonomi Islam
ii) Qiraat
iii) Al-Quran, Tafsir dan Hadith
iv) Akidah
v) Fatwa
vi)Halal
vii)Falak
Tindakan : Bahagian Latihan

4.1.4 Mesyuarat mengambil perhatian akan pandangan supaya


memberi peluang-peluang laluan kenaikan pangkat atau kedudukan
yang bersesuaian kepada mereka yang telah menamatkan pengajian
bagi peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai tahap kepuasan
dalam bekerja.
Tindakan : Bahagian Sumber Manusia

4.1.5 Mesyuarat turut mengambil perhatian akan cadangan tangga


gaji yang berbeza bagi perlantikan pegawai baru yang telah pun
mempunyai sarjana atau Ijazah kehormat .

Tindakan : Bahagian Sumber Manusia

4.1.6 Mesyuarat juga turut mengambil perhatian akan cadangan


supaya dasar penempatan pegawai yang telah mengikuti HLP
tersebut hendaklah disesuaikan dengan bidang pengajiannya.

Tindakan : Bahagian Sumber Manusia

4.2 C2/01/2010 Kertas Cadangan Semakan Semula Syarat Kelayakan


Perlantikan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S 17

4.2.1 Mesyuarat mengambil maklum dengan Kertas Cadangan


Semakan Semula Syarat Kelayakan Perlantikan Pembantu Hal
Ehwal Islam Gred S 17 yang dibentangkan oleh Dr. Nordin bin
Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jakim.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Mesyuarat mengambil perhatian dan bersetuju dengan :

i) syarat kelayakan akademik serta mencadangkan


penambahan dalam bidang Tasawwur Islam.

ii) kelayakan minima ini telah memberi impak kepada


kualiti kepegawaian Pembantu Hal Ehwal Islam gred
S17 yang diberi tanggungjawab membantu urusan
yang berkaitan hal ehwal Islam di sesebuah organisasi.
9
iii) terdapat sebilangan kader post terutamanya di
kalangan Pembantu Hal Ehwal Islam gred S17 tidak
mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan
disebabkan kedangkalan ilmu dan pengalaman.

iv) Syarat lantikan Pembantu Syariah LS17 mendapat


kepujian dalam subjek Syariah Islamiah atau Al-Quran
dan As-Sunnah berbanding Pembantu Hal Ehwal Islam
Gred S17 yang hanya perlu mendapat kepujian dalam
pelajaran Agama Islam

v) Keperluan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 yang


lebih berpengetahuan dan berkeyakinan dalam bidang
agama.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju supaya


Bahagian Latihan merujuk kepada Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran mengenai kepastian subjek yang
dikategorikan dalam pendidikan Islam di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang ada
kelas aliran agama.
Tindakan : Bahagian Latihan

4.2.4 Mesyuarat juga mengambil perhatian dan bersetuju akan


cadangan supaya pegawai yang bergred S17 yang telah dilantik
diberi pendedahan latihan yang bersesuaian supaya mereka dapat
menjalankan tugas dengan baik.
Tindakan : Bahagian latihan /ILIM

4.3 C1/01/2010 Kertas Cadangan Pelaksanaan Pelan Operasi latihan


(Training Road Map) Pengurusan Hal Ehwal Islam di Jakim

4.3.1 Mesyuarat mengambil maklum dengan Kertas Cadangan


Pelaksanaan Pelan Operasi Latihan (Training Road Map)
Pengurusan Hal Ehwal Islam yang dibentangkan oleh Puan
Hajah Pauzaiyah binti Haron, Pengarah Bahagian latihan,
Jakim
Tindakan : Makluman

4.3.2 Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum tentang


cadangan supaya Jakim melaksanakan pelan Operasi latihan
(Training Road Map) Pengurusan Hal Ehwal Islam di Jakim
berdasarkan:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah


menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun
2006 juga telah menggariskan panduan bagi
10
mewujudkan search committee dan proses
pelaksanaan pelan Penggantian (Succession
Plannning) dalam melaksanakan pemilihan pegawai-
pegawai di Gred 48 dan ke atas bagi mengisi jawatan-
jawatan yang strategik di organisasi.

ii) Klasifikasi struktur latihan seperti :

a) Peringkat Pra Penempatan / Asas- kepada gred


S41 yang baru dilantik dan belum ditempatkan di
mana-mana jabatan atau penempatan adalah
diwajibkan mengikuti Diploma Pengurusan
Islam(DPI)
b) Peringkat Pertengahan 1 (Gred S41) - Dasar
latihan peringkat ini pula akan melibatkan
pembangunan kompetensi dan juga kemahiran
kepada PHEI yang berkhidmat 3-5 tahun.
c) Peringkat Pertengahan II- (Gred S44)
Latihan yang dilaksanakan ini adalah kepada
PHEI yang berkhidmat antara 5-10 tahun sebagai
pengukuhan dan peningkatan kompetensi dan
kemahiran.
d) Peringkat lanjutan -(Gred S48 dan Gred S52)
Dasar ini dilaksanakan kepada PHEI yang telah
berkhidmat selama 10-15 untuk memenuhi tahap
pengukuhan kompetensi.
e) Peringkat Pengurusan Tertinggi– (Gred S54 dan
ke Atas)- Latihan di peringkat ini adalah kepada
PHEI yang berkhidmat melebihi 15 tahun. Bentuk
latihanya bercirikan :
- mampu mengadakan perubahan dan
inovasi kepada jabatan
- berkemampuan mengeluarkan idea dan
pengetahuan yang ada kepada
penambahbaikan organisasi
- memantapkan tahap profesionalisme

Tindakan : Bahagian Latihan

4.3.3 Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya


Jakim turut mewujudkan jawatan pakar sebagaimana bidang
Pendidikan yang mempunyai guru pakar tetapi diletakan di
bawah pentadbiran yang lebih rendah Gred perjawatannya.

Tindakan : Bahagian Latihan/Bahagian Sumber Manusia

11
5 PEMBENTANGAN KERTAS MAKLUMAN
M1/01/2010 : Kertas Makluman Laporan Kursus Di Luar negara

5.1 Mesyuarat mengambil maklum akan Kertas Makluman Laporan Kursus


Di Luar Negara yang dibentangkan oleh Puan Hajah Pauzaiyah binti
Haron, Pengarah Bahagian latihan, Jakim.
Tindakan : Makluman

5.2 Mesyuarat mengambil maklum tentang laporan Kursus di luar negara


tersebut :

i) Kursus Khas PHEI di Muslim Collage

a) Kursus Khas di London merupakan kursus khas jangka


pendek yang dibiayai sepenuhnya oleh JPA dan dilaksanakan
oleh Muslim College, London. Kursus ini dimulakan pada
tahun 1989 dan sehingga kini seramai 201 orang pegawai
telah menyertainya.

b) Pada mulanya kurus ini dilaksanakan selama 6 bulan


untuk 2 siri yang pertama, 4 bulan bagi 4 siri, seterusnya 3
bulan sehingga kini. Peserta kursus ini bukan sahaja daripada
JAKIM tetapi juga dari pelbagai Jabatan/ agensi yang turut
ditawarkan sama ada menggunakan peruntukan JPA atau
agensi masing-masing antaranya Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM), Jabatan Agama Negeri-Negeri, YADIM,
KAGAT dan lain-lain.

c) Objektif kursus di London :


- Memperluaskan dan memperdalamkan pengetahuan
peserta dalam bidang tertentu dengan tujuan
untuk mempertingkatkan kemahiran dan
kecekapan kerja dalam tugas masing-masing.
- Memberikan pendedahan secara langsung kepada
perkembangan yang berlaku dalam masyarakat
barat khususnya dalam bidang sosial, keagamaan
dan kemajuan ilmu pengetahuan dengan tujuan
untuk memperluaskan pengalaman dan
memantapkan daya berfikir serta membuat
keputusan dengan tepat.
- Memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk
menambah keyakinan serta kemahiran
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dalam
persekitaran dan komuniti itu sendiri.

12
ii) Kursus Pengurusan Dakwah danPengendalian Fatwa di
Mesir

a) Kursus Pengurusan Dakwah dan Pengendalian Fatwa


di Mesir merupakan kursus jangka pendek (3 bulan) yang
dibiayai sepenuhnya oleh JPA dan dilaksanakan oleh
Universiti Al-Azhar, Mesir. Berdasarkan rekod Jabatan
seramai 62 orang pegawai telah megikuti kursus ini dari tahun
2002.

b) Peserta kursus ini bukan sahaja daripada JAKIM tetapi


juga dari pelbagai Jabatan/agensi yang turut di tawarkan
mengenainya sama ada menggunakan peruntukan JPA atau
agensi masing-masing, antaranya Jabatan Mufti, Jabatan
Agama Islam Negeri , YADIM, Institut Perbankan dan
Kewangan Islam dan lain-lain.

c) Objektif kursus di Mesir :


- Memberi pendedahan tentang tatacara
menggunakan dalil-dalil atau sumber hukum bagi
mencari jawapan dan penyelesaian hukum kepada
masalah semasa.
- Melahikan pegawai-pegawai yang arif dan mampu
beristinbat dan bristidlal untuk membahas dan
menyelesaikan masalah yang timbul dan dihadapi
oleh masyarakat.
- Membuat penyelidikan terhadap fatwa-fatwa yang
dikeluarkan oleh kerajaan Mesir melalui Darul Ifta’
dan ulama-ulama, Mesir khususnya yang berkaitan
dengan persoalan-persoalan semasa.
- Meningkatkan penggunaan Bahasa Arab.

Tindakan : Makluman

6. HAL-HAL LAIN

6.1 Kertas Cadangan Mesyuarat ini Dibawa Ke Mesyuarat


Pengurusan ,Jakim

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya kertas-


kertas cadangan tersebut di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Jakim
pada 26 April 2010.
Tindakan : Bahagian Latihan

13
6.2 Kursus Yang Bersesuaian Dengan Anggota MABIMS

Mesyuarat mengambil perhatian akan saranan supaya ILIM dapat


mengenalpasti beberapa kursus yang bersesuaian dengan anggota
negara MABIMS (Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-menteri Agama
Brunei,Indonesia,Malaysia dan Singapura) dan turut melibatkan
penyertaan mereka.
Tindakan : ILIM

6.3 Pengendalian Kursus di ILIM Dalam Bahasa Inggeris

Mesyuarat turut mengambil perhatian akan cadangan supaya


pensyarah-pensyarah di ILIM boleh mengendalikan program kursus di
dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : ILIM

6.4 Pembentangan Kertas Kerja Program Antarbangsa

Mesyuarat memutuskan juga supaya ILIM membentangkan kertas


kerja berkaitan program-program antarabangsa di ILIM dalam
mesyuarat Senior Officer Meeting MABIMS (SOM) dan MABIM.

Tindakan : ILIM

6.5 Latihan Bahasa Inggeris Bagi Tenaga Pengajar

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya tenaga


pengajar di ILIM mendapat latihan dan bimbingan kepakaran bahasa
Inggeris daripada British Council di Malaysia.
Tindakan : ILIM

6.6 Pengijazahan kakitangan Sokongan Jakim

Mesyuarat mengambil perhatian akan saranan supaya mengijazahkan


kakitangan sokongan Jakim

Tindakan : Bahagian Latihan / Bah. Sumber Manusia

6.7 Mohon Penurunan Kuasa

Mesyuarat mengambil perhatian akan saranan supaya Jakim


memohon penurunan kuasa yang lebih luas daripada JPA bagi
meningklatkan lagi kerjaya perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Tindakan : Bahagian Latihan / Bahagian Sumber Manusia

14
6.8 Elaun Mesyuarat

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya memberikan


elaun mesyuarat kepada ahli yang terlibat dalam mesyuarat ini.

Tindakan : Bahagian Latihan

6.9 Standard Kualiti Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya Jakim dapat


mewujudkan standard kualiti Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam
mengikut gred perkhidmatan.
Tindakan : Bahagian Latihan

6.10 Lawatan Ke Institusi Latihan

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya ILIM dapat


mengadakan lawatan ke institusi latihan di dalam dan luar negara
bagi memantapkan lagi pembangunan di ILIM.
Tindakan : ILIM

6.11 Kajian Keberkesanan Kursus Di Luar Negara

Mesyuarat mengambil perhatian akan cadangan supaya Jakim dapat


melaksanakan Kajian Keberkesanan Pegawai yang menghadiri Kurus
di Luar negara dan memohon kelulusan daripada JPM untuk
menggunakan peruntukan daripada Tabung Amanah, Jakim.

Tindakan : Bahagian Latihan

6.12 Laporan Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)

Mesyuarat mengambil perhatian dan memutuskan supaya


memasukkan laporan PTK dalam agenda yang akan datang

Tindakan : Bahagian Sumber Manusia

7. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari.

15
Disediakan Oleh:

............................. .
(ZAHARAH ABAS)

Disemak Oleh :

.........................................
(HAJAH PAUZAIYAH HARON)

Disahkan Oleh:

.....................................
(DATO’ HJ WAN MOHAMAD BIN DATO’ SYEIKH ABDUL AZIZ)

16

You might also like