You are on page 1of 31

PENGENALAN

Tabiat merokok sudah lama sebati didalam masyarakat kini. Namun bilangan
perokok daripada pelbagai peringkat umur di Malaysia kian meningkat khasnya
dikalangan remaja sehinggakan menurut perangkaan yang dijalankan oleh kerajaan
hampir 40-50 orang remaja belajar merokok setiap hari. Adakah ini satu petanda yang
positif bagi masyarakat Malaysia? Ya, sememangnya ianya satu petanda yang sangat
positif bagi syarikat multinasional seperti Dunhill, Marlboro, kerana semakin ramailah
pelanggan tetap bagi barang dagangan mereka. Merokok sebagaimana yang kita
ketahui sememangnya langsung tiada faedah bahkan memudaratkan. Belum ada lagi
sebarang kajian yang dijalankan oleh para alim-cendiakawan tentang kebaikan rokok
malahan rata-rata daripada mereka-meraka ini mengklasifikasikan rokok sebagai
perosak kepada kesihatan. Tabiat tersebut hanya sekadar satu pembaziran yang nyata
malahan merupakan ancaman bagi nyawa. Ingat kita hidup didunia hanya sekali dan
nikmatilah sehidupan yang seketika itu dengan sebaiknya, bukan mensia-siakannya.
Kesan rokok bukan hanya sekadar memudaratkan perokok malahan orang
disekelilingnya juga bakal menerima impak negatif kesan daripada tabiat merokok
tersebut. Sekadar memberikan contoh, seseorang ibu yang mengandung yang juga
merupakan seorang perokok tegar. Kesan akibat buruk hasil daripada tabiat merokok
bukan hanya akan memudharatkan dirinya malahan juga anak yang dikandungnya!
Bukankah ini menyeksa anak namanya.
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000


kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis
kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi
kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus
kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan
25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke
hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan
penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara
mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung
kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Trend Merokok
Peringkat Global
 4 juta kematian pada tahun 2002 dijangka meningkat kepada 8.4 juta menjelang
tahun 2020.
 70% kematian berlaku di negara –negara membangun .
 Seorang bagi setiap 2 perokok akan mati akibat merokok
 Sekarang terdapat 1.2 bilion perokok dewasa (berumur lebih daripada 15 tahun)
 500 juta perokok hari ini akan mati akibat rokok

Peringkat kebangsaan
1. Setiap tahun,lebih 10,000 kematian di Malaysia adalah akibat merokok
.Bilangan ini jauh lebih tiggi daripada gabungan jumlah kematian
AIDS,tibi,malaria,pneumonia dan kemalangan jalan raya.Peyebab kematian
adalah penyakit jantung ,kanser,strok dan penyakit saluran pernafasan.
2. Pada tahun 1986,
• Kadar keseluruhan merokok:21.5%
• Anggaran bilangan perokok :2.6 juta
• Kadar perokok lelaki :40.9%
• Kadar perokok wanita :4.1%

3.Pada tahun 1996,

• Kadar keseluruhan merokok:21.5%


• Anggaran bilangan perokok :3.6 juta
• Kadar perokok lelaki :49.2%
• Kadar perokok wanita :3.5%
4.Remaja(berumur kurang daripada 15 tahun)pada tahun 1996,

• Kadar keseluruhan perokok remaja:16.9%


• Kadar perokok remaja lelaki:30.7%
• Kadar perokok remaja permpuan:4.8%

5.Remaja(berumur kurang daripada 15 tahun)pada tahun 1999,

• Kadar keseluruhan perokok remaja:18.2


• Kadar perokok remaja lelaki:29%
• Kadar perokok remaja perempuan/:8%

6.unjuran kadar perokok pada tahun 2020 (berasaskan model negaramaju)

• Kadar keseluruhan merokok:20%


• Anggaran bilangan perokok:4.6%
• Kadar perokok lelaki:30%
• Kadar perokok wanita:10%

Remaja bermasalah
Pada amnya,remaja adalah golongan paling banyak menghadapi konflik
perkembangan diri,keluarga dan masalah persekitaran .Keadaan ini menyebabkan
gangguan emosi yang kadang kala sukar diatasi.Gangguan emosi ini mendorong
remaja menggunakan dadah seperti nikotin bagi menenteramkan ataupun melupakan
masalah yang dihadapi.selain ingin mengurangkan tekanan emosi,remaja merokok
sebagai cara melarikan diri daripada kongkongan perasaan dan mendapat
perhatian.Keadaan ini selalunya timbul dalam keluarga yang bermasalah.
RAHSIA ROKOK

Rokok adalah satu-satunya produk pengguna yang membunuh sekiranya ia digunakan


seperti mana disyokor oleh pembuatanya.Kecangihan reka bentuk sebatang rokok
adalah hasil kajian rapi perbuatanya.Kajian ini bagi mengoptimumkan kemampuan
produk itu menyebab ketagihan dengan cara yang berkesan kepada pengguna
rokok.Rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia beracun,63 daripada terbukti
menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan.Antaranya adalah:

• Tar:Bahan pembuatan jalan raya yang berkesan menyebabakan


kanser,terutamanya pada paru-paru.
• Nikotina:Dadah yang menyebabkan ketagihan
• Karbon monoksida:Gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kereta.Gas ini boleh
menyebabkan kematian akibat kurang bekalan gas oksigen di dalam darah .
• Ammonia:pencuci lantai
• Arsenik:Racun semut
• Benzena:Penyebab kanser

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia
beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu
menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan
radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat
(acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga
(DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan
di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.
Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic
aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan
proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca
utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala
gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah
daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah
diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala
berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan
sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan
merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius
dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit
jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca
dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian
sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh
ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya
menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon
monoksida di dalam badan melebihi 60%.Apabila racun rokok itu memasuki tubuh
manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ
disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan,
paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,
sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-
racun itu dikeluarkan dari badan.
LAMPIRAN
Pengaruh ibu bapa

Model keseronokan yang digambarkan oleh ibu bapa mempengaruhi remaja bagi
mencubanya.Keinginan merokok timbul sejak mereka kanak-kanak lagi.Namun,ada
juga yang mula meniru tabiat ibu bapa merokok ketika masih kanak - kanak. Konflik
ini bertambah apabila mereka memasuki alam dewasa.Konflik dan keinginan remaja
hendak menjadi dewasa adalah punca mereka tertarik hendak merokok.

Pengaruh rakan-rakan

Pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang mendorong remaja cuba merokok.kumpulan
remaja juga merokok sebagai tanda mereka sudah dan melambangkan identiti
keremajaan mereka.Ada kumpulan remaja yang menggunakan rokok sebagai bahan
bersosial .Sekiranya seorang remaja ingin bergaul dalam kumpulan remaja yang
merokok, dia terpaksa merokok.Sekiranya dia menolak,dia akan disisihkan daripada
kumpulan itu.Mereka menghisap rokok secara terbuka bagi merancakkan perbualan
dan interaksi sesama sendiri.

Mengurangkan tekanan

Memang ada sebilangan remaja yang merokok akibat tekanan didalam kehidupan
mereka. Berkemungkinan kerana kurang mendapat kasih sayang, gagal didalam
pelajaran ataupun kehilangan kekasih. Jadi, untuk mendapatkan ketenangan, maka
mereka pun cuba untuk merokok dan terbukti rokok dapat memberikan sedikit
kelegaan. Tanpa berfikir akan keburukannya berpanjangan berbanding manfaatnya,
maka mereka pun menjadi seorang perokok.

Ingin mencuba

Kebanyakkan remaja memang daripada golongan yang suka mencuba. Tidak dinafikan
keinginan mencuba sesuatu yang baru merupakan tabiat remaja. Oleh sebab merokok
merupakan sesuatu yang baru pada mereka, hati mereka tertanya-tanya, apa
nikmatnya? Kenapa begitu ramai sekali manusia merokok dan apa keistimewaannya?
Begitu agaknya desir hati mereka. Jadi mereka ingin mencuba dan merasainya sendiri.
Mula-mula agak kaku juga, terbatuk-batuk, tapi akhirnya, menimbulkan ketagihan,
lantas mereka pun terus menjadikan rokok teman hidup mereka. Bagi remaja
yangbelum merokok dinasihatkan supaya jangan bermain dengan api. Anggaplah rokok
persis api. Ia membakar nyawa dan jiwa kita. Walaupun setakat cuba-cuba atau
peringkat suka-suka. Jangan sekali-kali mencubanya. Cuba ajukan soalan kepada
perokok-perokok tegar, bagaimana mereka bermula. Pastinya mereka menjawab
sekadar suka-suka sahaja, namun lihatlah hasilnya.

Mengekspresikannya kelakian

sebab perokok digambarkan dengan imej bergaya, lambang status, petanda kelelakian
pada lelaki yang bergaya. Lihat sahaja iklan-iklan rokok yang mempamerkan aksi
sebegitu. Mana ada iklan rokok yang mempamerkan orang miskin atau orang sakit
sebagai perokok. Semuanya menggambarkan perokok hidup kaya raya, handsome,
sihat dan macho. Jadi, remaja yang sememangnya tercari-cari ikutan atau idola dalam
hidup mereka akan mudah tertarik serta meniru seperti mana yang digambarkan
melalui iklan yang dilhat oleh mereka.
KESAN MEROKOK

Penampilan Diri

Terdapat banyak golongan remaja menganggap merokok dapat mengawal berat dan
bentuk badan mereka.Mereka tidak menyedari merokok mempunyai kesan
sampingan bukan sahaja ke atas kesihatan,malah ke atas penampilan diri
mereka.Mereka akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Penagihan dadah

Walaupun tidak semua pengguna rokok terlibat dengan pengambilan dadah jenis
lain,tetapi kebanyakan remaja yang terlibat dengan dadah seperti heroin selalunya
mengambil rokok sebagai dadah awalan.Selepas biasa dengan suasana penagihan
dadah nikotin ,mereka mula berjinak-jinak dengan dadah-dadah jenis lain.Pemilihan
dadah jenis lain selalunya berkait rapat dengan faktor penemuan dadah itu dalam
masyarakat dan juga faktor sosiobudaya masyarakat itu sendiri.

Ekonomi

Daripada segi ekonomi,remaja adalah tenaga penting bagi menggerakkan aktiviti


ekonomi terutama di negara –negara membangun .Namun ,sekiranya ramai di
antara mereka mengalami penyakit sampingan akibat merokok,ini akan menjejaskan
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara .Ini kerana,remaja yang ketagihan
dadah tidak dapat menerima pelajaran ataupun pekerjaan dengan baik kerana
kesihatan sering terganggu.

Masalah Kesihatan

Merokok mendatangkan masalah kesihatan yang serius.Secara tidak langsung,ia


menjejaskan prestasi remaja untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.Remaja
merokok biasanya lebih terdedah pada gangguan penyakit pernafasan seperti
batuk,bronchitis dan masalah gastrousus.Penggunaan rokok sejak remaja didpati
mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan risiko mendapat penyakit barah pada
peringkat umur muda.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling


Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut
bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap
rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan
memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap
rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan
melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan
pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang
boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan
dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah
menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri
dan akan memudaratkan organ berkaitan.Kesan ini, dalam jangka panjang, akan
menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati,
kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya
disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam
proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang
turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan
kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas
terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi
beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan
sampingan sesuatu ubat itu.

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"


T - Terpuji

A - Aktif dan Berstamina

K - Keterampilan

N - Nampak Ceria

A - Anda Sihat

K - Kecemerlangan Akademik
Kelebihan Tidak Merokok
 Risiko untuk mendapat kanser dan penyakit jantung
akan menurun.
 Keupayaan stamina akan bertambah baik
 Bernafas lebih segar
 Berasa lebih segar dan segak
 Lebih yakin diri
 Deria merasa dan menghidu lebih baik
 Jantung dan paru – paru menjadi lebih sihat
 Nafas tidak berbau
 Badan dan pakaian tidak berbau tengik
 Batuk akan berkurangan
 Lebih wang untuk digunakan bagi perkara berfaedah.
MELINDUNGI ORANG LAIN.

Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut juga menyedut asap
rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif.
Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan
dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini sama seperti mereka yang merokok.
Merokok secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak.

MENJADI TELADAN YANG BAIK.

Sekiranya anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau " role model "
kepada ahli keluarga anda khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih
cenderong untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka
merokok.

ANAK-ANAK LEBIH SIHAT.

Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang merokok adalah lebih kerap menghidapi
penyakit penyakit saluran pernafasan seperti pneumona, jangkitan telinga dan lain-lain.
Mereka juga lebih kerap mengalami gangguann iritasi pada mata, hidung dan tekak,
dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kahak.

MENINGKATKAN KECERGASAN.

Merokok menjejaskan kecergasan anda dan membuat anda cepat letih dan hilang
stamina ketika bersenam, berjogging, berjalan dan pergerakkan berat yang lain.

MENINGKATKAN DERIA RASA DAN HIDU.

Apabila anda berhenti merokok keupayaan deria untuk merasa dan menghidu akan
meningkat dan kembali pulih seperti sediakala sama ketika anda belum menjadi
perokok.

KULIT LEBIH SIHAT.


Merokok mengakibatkan kulit tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, oleh itu
sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya cepat
beruban, kulit tidak berseri dan cepat berkedut terutamanya di sekeliling mata dan
mulut.

NAFAS LEBIH SEGAR.

Nafas akan lebih segar dan tidak berbau busuk apabila anda berhenti merokok.

GIGI LEBIH PUTIH.

Merokok mengotorkan gigi anda. Ia menyebabkan gigi anda berwarna kuning berkarat
dan menjejaskan senyuman anda.

RAMBUT DAN PAKAIAN TIDAK BERBAU BUSUK.

Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Anda akan
dapat merasakan perbezaannya apabila anda berhenti merokok.

MEJIMATKAN WANG.

Perokok yang menghisap rokok sekotak (20 batang) dalam sehari boleh menjimatkan
wang lebih kurang RM 1500.00 setahun.

MELINDUNGI ALAM SEKITAR.

Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Rokok juga menyebabkan beberapa
kebakaran yang boleh dielakkan.

KESUBURAN MENINGKAT BAGI LELAKI.

Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan


pada sperma dari segi mobiliti atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga
bilangan sperma yang berkurangan.
Konklusi
Bagi remaja-remaja yang dihimpit masalah, janganlah memilih rokok
sebagai pelepas masalah anda. Jangan sesekali cuba menyelesaikan masalah dengan
masalah. Kelak, bahana permasalahan yang lebih besar akan menanti. Malah, masalah
yang mendatang itu lebih besar berbanding apa yang cuba diselesaikan. Rokok
sememangnya boleh mengundang masalah yang sangat besar. Percayalah, ia hanya
bersifat memberikan penyelesaian yang sementara dan singkat. Jangan kita tertipu.
Kepada remaja-remaja yang menghadapi pergolakan kehidupan, jangan jadikan rokok
sebagai teman penyelesai masalah, kalau boleh jadilah SXE(sekadar memberikan satu
jalan)macam Saudara Timmy SPOM(juga sekadar memberikan satu contoh!).
Bagi remaja yang kaya bahkan juga kepada orang miskin yang buat-buat
kaya, jangan membazirkan wang dengan membeli rokok. Sudahlah nyawa kita
dihakisnya, wang kita pula dikikisnya! Dan kepada si miskin, ingatlah harga senilai 1
sen sangat bernilai buat anda dan keluarga anda, jadi hargailah dengan sebaik
mungkin! Janganlah anda menambah lagi keparahan kewangan ekonomi anda.
Janganlah memburukkan lagi keadaan kewangan sehingga mendorong anda untuk
melakukan perkara-perkara tidak sepatutnya seperti mencuru akibat ketagihan kepada
bahana rokok. Kepada syarikat rokok harapnya, sesuatu langkah drastik perlu
dilakukan bagi menyekat kemaraan wira-wira baru didalam arena merokok. Jangan
hanya sekadar memikirkan keuntungan sehingga lupa akan nilai harga sebuah nyawa.
Kepada kerajaan, seharusnya langkah yang efektif difikirkan bagi mengatasi
masalah ini daripada berlarutan. Naikkanlah harga rokok setinggi-tingginya sehingga
setiap orang tidak lagi mampu untuk memiliki hatta sebatang rokok. Perbanyakkan
risalah-risalah mahupun penyebaran maklumat melalui media massa akan keburukan
rokok kepada masyarakat umum.
Kepada ibubapa, berhentilah merokok dan jadilah role-model yang baik bagi
anak-anak. Ini kerana anak-anak akan terikut-ikut perilaku apa yang ditunjukkan oleh
ibu bapa mereka. Pastinya anak-anak akan mempersoalkan kerelevanan kemarahan
ibubapa kerana anak-anak mereka menjadi perokok, sedangkan mereka sendiri adalah
perokok. Fikirkanlah!Kepada perokok tegar, usaha yang berterusan dan niat yang jitu
sewajarnya boleh menjadi pemangkin utama didalam usaha berhenti merokok. Dimana
ada kemahuan disitu ada jalan! Tolong katakan tak nak kepada rokok! Dengarlah
nasihat supaya tidak merokok. Pelbagai langkah boleh diusahakan bagi mengurangkan
tabiat merokok dikalangan kita namun samada ia berkesan ataupun tidak, semua
bergantung kepada usaha kita. Jika sayangkan nyawa, berusahalah untuk berhenti.
Tepuk dada(itupun kalau dada anda tidak sakit diamuk asap rokok) dan tanyalah
selera(sementara selera anda masih ada, sebelum sakit kronik seperti jantung dan
sebagainya menyerang anda!).
Penguatkuasaan Undang-
Undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak


berkenaan. Pihak berkenaan harus memberatkan hukuman. Selain itu, pihak tersebut
juga melakukan kempen-kempen kesedaran dan ceramah motivasi. Pihak tersebut juga
harus mengeluarkan nama-nama remaja yang melibatkan diri dalam kegiatan tersebut
sebagai senarai hitam. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi
teladan kepada generasi akan datang.

Peranan Ibu Bapa dan


Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
jalan hidup yang baik. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang
pentingnya menjaga kelakukan dan perangai serta menjaga maruah diri. Secara tidak
langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu
gejala merokok dalam kalangan remaja tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi
dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan
di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat
dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Peranan Masyarakat dan


Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif
terhadap gejala merokok yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya gejala merokok. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada
pelajar mengenai keburukan gejala merokok. Generasi muda perlu diterangkan dengan
mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap kedamaian negara. Kesedaran
seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan
tanggungjawab.

Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa
juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran
memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang gejala merokok dalam apa
bentuk rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa
juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen seperti “Tak Nak Merokok” kerana dengan
adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat
direalisasikan keberkesanannya.
Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin berrkongsi rasa kesyukuran saya kepada Tuhan yang
maha esa yang memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus moral
ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang menghulurkan bantuan semasa saya dalam proses menyiapkan kerja kursus
pendidikan moral ini. Terutamanya kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
dorongan dan sokongan padu kepada saya untuk meneruskan kerja kursus saya.
Seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pendidikan moral saya iaitu Encik Kamaludin bin Endol di mana beliau banyak memberI
panduan serta tunjuk ajar semasa saya menjalankan kerja kursus saya. Beliau amat
bersabar dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapakn kerja kursus
ini.Tidak lupa juga saya tentang rakan-rakan saya yang banyak menghulurkan bantuan
dan panduan semasa saya menjalankan kerja kursus ini. Sekali lagi saya ingin
mengucapakn jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam
proses menyiapkan kerja kursus ini.
Refleksi kendiri

Saya telah mendapat banyak pengajaran dan teladan semasa saya membuat kerja
kursus ini. Antara pengajaran yang saya perolehi ialah saya sedar bahawa masalah
merokok dalam kalangan remaja memberi banyak keburukan dan memudaratkan
akhlak dan menyebabkan masyarakat luar memandang rendah akan kita serta
tercemarnya maruah negara kita. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui apakah
punca-punca yang menyebabkan masalah merokok dalam kalangan remaja berlaku
seterusnya saya juga dapat mendiagnos tentang kesan-kesan buruk masalah ini.
Tambahan lagi, saya juga mengambil iktibar bahawa apakah implikasi kepada saya jika
saya terlibat dalam gejala merokok. Seterusnya saya juga sedar bahawa kesan-kesan
buruk gejala merokok ini mampu menjatuhkan nama baik keluarga kita dan ini sudah
tentu menyebabkan masyarakat luar akan memandang remeh tentang bangsa serta
ketamadunan negara kita.Oleh itu,kita seharusnya mengorak langkah-langkah
sewajarnya bagi mengatasi masalah merokok dalam kalangan remaja yang bakal
menerajui negara ini.
BIBLIOGRAFI

N.RAJENDRAN, EE AH MENG,PENDIDIKAN PERGURUAN

PENDIDIKAN MORAL(DINAMIKA GURU)

EE AH MENG,PENDIDIKAN MORAL UNTUK BAKAL GURU

ABDUL RAHMAN MD.AROFF,CHANG LEE HOON, PENDIDIKAN LONGMAN

PENDIDIKANMORAL

Website berita harian, usrak keluarga

SURAT KHABAR , BUKU-BUKU TEKS

SUMBER INTERNET
pengaruh ibu
bapa

terikut dengan pengaruh


iklan rakan -rakan

punca-
punca
remaja
merokok
ingin
mengurangkan
menunujuk-
ketekanan
nunjuk

ingin mencuba
pencuci lantai bahan radioaktif
ubat gegat (ammonia) (polonium-201)
(naphthalene)
Kandungan Berbahaya
Tar, Nikotin
Dalam Rokok (Fakta)
Karbon
Monoksida.
(hydrogen
cyanide)
(acetone)

racun serangga
(DDT),
racun anai-anai
(arsenic)
Faedah Berhenti Merokok

Hidup lebih lama

Dapat menghindari racun

Menjadi teladan yang baik


kepada anak-anak

Meningkatkan deria rasa dan bau

Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

Dapat melindungi diri, keluarga


dan orang lain daripada
bahaya merokok
Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh
yang sihat
INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN,
KUALA LIPIS,PAHANG

KERJA KURSUS PENDEK PENDIDIKAN MORAL


(BAHAYA MEROKOK)

NAMA : ARIVANANTHAN A/L RAJA MANICKAM

NO K.P : 900814 -07 -5145

NAMA PENSYARAH : EN.KAMALUDIN BIN ENDOL


Perlukan didikan
agama yang
lebih
Agensi sosial
Perlukan rakan perlu peka
sebaya yang baik dengan masalah
ini

Bimbingan dan
Penguatkuasaan
kaunseling
undang-undang
kepada orang
terhadap pelaku
bermasalah
Cara
mengatasi

Pendidikan
Perlukan
keselamatan
pendidikan
kepada kanak-
Moral
kanak

Institusi
pendidikan perlu Didikan keluarga
mainkan yang baik
peranan
PENDAHULUAN M/S

PENGENALAN GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA:

 TREND MEROKOK

 RAHSIA MEROKOK

 PUNCA-PUNCA REMAJA MEROKOK

 KESAN-KESAN REMAJA MEROKOK

 LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA MEROKOK

 KELEBIHAN TIDAK MEROKOK

PETA MINDA ( PUNCA,CARA MENGATASI,FAEDAH TIDAK MEROKOK,)

REFLEKSI KENDIRI

KONKLUSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

You might also like