You are on page 1of 1

MANUSIA MENGGUNA 5%

OTAK SAHAJA
Kecemerlangan Otak yang Disalahgunakan
Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam
tubuh manusia. Malangnya, kapasiti otak yang mampu menjana pendapatan, kekayaan dan
kemakmuran itu tidak diterokai sepenuhnya. Minda kebanyakan manusia diselaputi kekaburan,
hasad, dengki, tamak, negatif, mengeluh, resah dan sebagainya yang menjerumus manusia itu
kearah kemusnahan.

Semua perlakuan tersebut merupakan doa dan tidak mengundang frekuensi positif, aura dan
kecemerlangan. Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau
aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang
anda lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan
untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.

Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Wahai
sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan
kembali kepada diri kamu.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr.
Abdul Hamid Salil Hamdan

Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk sedemikian itu. Fikir positif, tarik tenaga
(energy) yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri anda. Ia
adalah pekerjaan yang sangat mudah. Bukankah al-Quran telah memberi amaran kepada kita,
“Celakalah (azablah - Neraka Wail) bagi pengumpat dan pencela.” Al-Humazah: 1.

Petikan dari Ebook Frekuensi Kaya.

You might also like