You are on page 1of 1

Atlantis

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Peta Atlantis oleh Athanasius Kircher, di tengah Lautan Atlantik. Daripada Mundus Subterraneus 1669,
diterbitkan di Amsterdam. Bahagian atas ialah selatan.

Atlantis (Yunani kuno: Ἀτλαντὶς νῆσος, "Pulau Atlas") adalah nama pulau legenda yang pertama kali
disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Purba Plato dalam dialognya Timaeus dan Critias.

Menurut Plato, pulau Atlantis yang terletak "melepasi tiang Hercules", merupakan kuasa marin yang
menakluk sebahagian besar Eropah Barat dan Afrika. Tidak lama selepas gagal menakluk Athens,
Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka
semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya
bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato
bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan
sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah.
Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti letupan Thera
atau perang Trojan, sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian
semasa seperti kemusnahan Helike pada 373 SM atau kegagalan Athenian menjajah Sicily pada tahun
415–413 SM.

Kemungkinan kewujupan Atlantis dibincangkan secara aktif dalam budaya klasik kuno, tetapi biasanya ia
ditolak dan kadang kala dipersendakan. Walaupun tidak diketahui semasa Zaman Pertengahan, kisah
Atlantis dijumpai kembali oleh golongan humanis pada permulaan zaman moden. Gambaran Plato
memberi inspirasi kepada beberapa penulis Renaisans bagi menghasilkan hasil kerja utopia, seperti
Francis Bacon's "New Atlantis". Atlantis kini menjadi sumber inspirasi penulisan moden, daripada cereka
sains kepada buku komik dan wayang.

atlantis sebuah pulau bertamadun wujud sebelum mesir dan cina. wujudnya 9000 s.m sebelum plato
dilahirkan.manusia-manusia di atlantis hidup aman damai dari sebarang bencana.pulau atlantis lenyap
dari muka bumi.bahagian bumi atlantis terdampar di beberapa benua.terdapat di kepulauan bahamas.
Namun begitu, sesetengah sarjana berpendapat bahawa pulau atlantis pernah wujud. mereka berpendapat
bahawa pulau atlantis tenggelam di bahagian asia, kerana sejarah yang pernah diceritakan oleh plato
mengatakan bahawa atlantis adalah sebuah pulau yang kaya dengan bijih timah dan emas, selain
penduduknya menanam tanaman seperti nenas dan pisang, yang kebanyakkanya berada di bahagian asia.

You might also like