You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Huruf atau aksara rumi juga disebut sebagai huruf Latin. Aksara Latin merupakan
sistem tulisan yang paling meluas digunakan di dunia pada hari ini. Istilah Rumi
berasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arab, yang
merujuk kepada empayar Rom pada zama dahulu. Istilah rumi yang digunakan itu
bermaksud abjad atau huruf yang digunakan oleh empayar Rom yang merupakan
pelopor bagi bahasa Latin.

Pada asasnya, abjad Rumi mengandungi 26 huruf yang bermula daripada A


hingga Z. Huruf-huruf ini digunakan dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian oleh
kebanyakan bahasa di dunia seperti Eropah, Amerika, Afrika, Kepulauan Pasifik,
dan Kepulauan Melayu. Setiap konsonan dalam Abjad Rumi disebut sama seperti
konsonan dalam bahasa Latin. Sejarah sistem ejaan Rumi baharu di Malaysia
bermula apabila terdapatnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan bahasa
Melayu selepas merdeka. Melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
pada tahun 1956, satu sitem ejaan Rumi Melayu telah dipersetujui bersama yang
dinamakan Sisten Ejaan Kongres.

Dalam perbahasan itu, telah dirumuskan empat dasar pengejaan bahasa


Melayu dengan Rumi iaitu yang pertama, ejaan di Malaysia dan Indonesia
hendaklah diseragamkan. Kedua, peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara
sistem fonologi diberika keutamaan dan fonem hendaklah digambarkan dengan satu
huruf sahaja. Seterusnya, pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang
sama dan seragam dan yang terakhir ialah kata-kata daripada bahasa asing
hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu.

1
2.0 SISTEM EJAAN

Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu
Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini
merupakan cetusan daripada penjanjian penyatuan ejaan rumi bagi bahasa Melayu
dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967.

Perancangan ejaan Rumi yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila


kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menggembleng usaha untuk membentuk
satu jawatankuasa ejaan yang diketuai R.J Wilkinson,Nazir Sekolah-sekolah ketika
itu pada tahun 1902 dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Ejaan R.J Wilkinson
ketika itu. Sistem ejaan ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah umum
di Tanah Melayu ketika itu.

Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi turut berlaku seiring dengan
perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, terutamanya apabila Maktab
Perguruan Sultan Idris (SITC) turut memperkembangkannya. Beberapa buah buku
tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem ejaan ‘Ejaan Sekolah’
yang berasaskan ejaan Wilkinson telah digunakan oleh pendidik di SITC.

Sistem Ejaan terkenal selepas Ejaan Wilkinson ialah Sistem Ejaan Rumi Za’aba
yang dihasilkan dari SITC juga. Sistem Ejaan Za’aba ini telah disusun dan
diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah
buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC yang semuanya
dikarang oleh Za’aba. Sistem Ejaan Za’aba telah digunakan sebagai Ejaan Sekolah
yang sebenar dan sebagai ejaan rasmi kerajaan sehingga digantikan dengan Sistem
Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunannya pada 16
Ogos, 1972.

Selain daripada ejaan Za’ba, semasa kependudukan Jepun di Tanah Melayu


antara tahun 1942 hingga 1945, penggunaan Ejaan Fajar Asia turut berkembang
pada masa itu. Sistem ini mempunyai perbezaan sedikit dengan ejaan Za’ba. Sistem
Ejaan Fajar Asia telah digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di

2
Singapura. Fajar Asia merupakan satu majalah dwimingguan untuk memajukan
kebudayaan dan kesenian dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad sendiri, bekas
pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan.

Tahun 1972 merupakan lembaran baharu kepada sistem ejaan Rumi bahasa
Melayu di Malaysia apabila Ejaan Rumi Baharu telah diasaskan. Sistem ini adalah
hasil daripada pemikiran-pemikiran yang matang serta berlandaskan kepada prinsip-
prinsip perancangan bahasa yang baik. Asas yang dibina Ejaan Rumi Baharu begitu
kukuh dan bersifat fleksibel kerana mencakupi bidang linguistik, ekonomi,
kesederhanaan, kejelasan dan taraf kesaksamaan yang tinggi dan lebih nyata lagi
berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu merupakan
perancangan pertama pada peringkat yang mempunyai perancangan data korpus.
Sehubungan dengan itu, Ejaan Rumi Baharu juga bersesuaian dengan keperluan
dua buah masyarakat bahasa yang berbeza latar belakang sosiolinguistik dan
sejarahnya. Oleh sebab itu, sistem ini diharapkan agar dapat diterima semua
peringkat masyarakat di Malaysia dan Indonesia.

3
3.0 KESELARASAN VOKAL

Keselarasan huruf vokaal bererti keselarasan atau kesesuaian dua hrurf vokal yang
membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di
suku kata praakhir dengan huruf vokal di suku kata akhir tertutup.

Aspek keselarasan vokal mengikut Arbakyah Hassan (2009) agak luas dan
mempengaruhi Sistem Ejaan Baru. Dalam sistem baharu ini, pemakaian huruf vokal
telah diselaraskan dan dikenali sebagai Sistem Keselarasan Vokal. Keselarasan
vokal menurut Habibah dan Hasnah (2010) ialah keselarasan atau kesesuaian dua
huruf vokal yang membentuk dua suku kata dasar. Pasangan dua suku kata tersebut
merupakan pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan huruf vokal
pada suku kata akhir yang tertutup.

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam bunyi vokal yang terhasil daripada alat
artikulasi manusia. Huruf-huruf yang melambangkannya ialah a, e, e, i, o dan u.
Keistimewaan yang terdapat dalam huruf vokal bahasa Melayu ialah pada huruf e.
Huruf e juga membentuk dua jenis bunyi vokal, iaitu vokal e taling dan e pepet.
Dahulunya, ketika Sistem Za’ba diguna pakai, vokal e taling ditandakan pada atas
huruf e, iaitu é untuk membezakan antara vokal e taling dan e pepet.

4
3.1 Pola Keselarasan Vokal

Menurut kepada Ismail Dahaman (1996) dan Yousof (2007), dalam ejaan Rumi
terkini, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Pola keselarasan huruf
vokal dianalisis berdasarkan dua suku kata, yang terdiri daripada suku kata praakhir
dan suku kata akhir tertutup. Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18
pola keselarasan huruf vokal iaitu,

Bil Praakhir Akhir tertutup Contoh perkataan


1 a a basah, katak, masalah
2 a i naik, daik, raih, sumbangsih
3 a u takut, raut, kerayung
4 e pepet a besar, jelas, tembelang
5 e pepet i betik, lebih, sembelih
6 e pepet u kerut, selut, kemelut
7 e taling a petah, dewan, belerang
8 e taling e taling beres, heret, selekeh
9 e taling o belok, elok, tempoh
10 i a biar, siar, saliran
11 i i pilih, kirim, belimbing
12 i u piuh, bisul, singgul
13 o a borak, tolak, terompah
14 o e taling boleh, toleh, borek
15 o o bodoh, sodok, bongkok
16 u a budak, pudar, ketupat
17 u i bugis, kulit, pulih
18 u u busuk, kurus, selubung

Jaduan 1.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal

4.0 ANALISIS POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

4.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal (a)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (a)


a–a a–i a–u
Adalah Di samping Agung
Malam Paling Lailatul
5
Amat Carilah Karut
Alam Ganjil Masuk
Atas Hadis
Gambarkan Mengalir
Qadar Kenabian
Abstrak Berhasil
Dapatkan Dinantikan
Agar
Ayat
Fajar
Dalam
Barakah
Banyak
Datang
Ramadan
Memancar
Hidayat
Kelihatan
Belahan
Selatan
Kebenarannya
Darjat
Sekadar
Mujahadah
Sangat

4.2 Pola Keselarasan Huruf Vokal (e pepet)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (e pepet)


e pepet – a e pepet – i e pepet - u
Permulaan Terbit Seluruh
Kesejahteraan Ketika Terus

6
Kehidupan Sedikit Menyebutkan
Renungkan Berhasil Menunjukkan
Pendapat Lebih Kerinduannya
Cerah Terakhir Sejuk
Sejak
Berabad
Telah
Memerhatikan
Sebenar
Kesan
Selatan
Jelas
Sekadar
Berkat

4.3 Pola Keselarasan Huruf Vokal (e taling)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (e taling)


e taling – a e taling – e taling e taling – o
- - -

4.4 Pola Keselarasan Huruf Vokal (i)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (i)


i–a i–i i-u
Melimpahkan Dipilih Lailatul
Limpahan Spiritual Kehidupan
Hidayat Spiritual
Kehidupan Menimbulkan
Indah Ritual
Bersifat
Spiritual
Tidak

7
Kelihatan
Kenikmatan
Inilah
Ritual

3.5 Pola Keselarasan Huruf Vokal (o)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (o)


o–a o – e taling o-o
Soal Boleh Pohon
Oleh

4.6 Pola Keselarasan Huruf Vokal (u)

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL (u)


u–a u–i u–u
Quran Musafir Nuzul
Tumbuhan Mungkin Seuruh
Umat Sungguh
Merupakan Turun
Tuhan Tumbuhan
Bulan Tunduk
Surah

8
5.0 TEKS UCAPAN PENGARAH

Terima kasih saudara pengerusi majlis.

Yang berusaha,

Tuan Haji Mohamed Isa Bin Khalid, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh,

Yang Berusaha,

Encik Sallehudin Bin Hussein, Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar Institut Pendidikan
Guru Ipoh,

Saudara Safwan Bin Mustafa, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah,

9
Jawatankuasa-jawatankuasa Perwakilan Pelajar, pelatih-pelatih guru, peserta-
peserta, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 

Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan pada petang yang meriah
lagi ceria ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini yang telah sudi menjemput
saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Olahraga Tahunan kali yang ke-25, peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Hadirin sekalian,

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan


olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak
bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan
minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid daripada pelbagai kaum
dan agama dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus
mengeratkan tali silaturahim dan muhibah. Aspek-aspek yang saya sebutkan ini
amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa,
membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu


membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas
pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu didorong
oleh latihan fizikal yang teratur di samping pemakanan yang teratur dan
seimbang.  Dengan latihan fizikal dan pemakanan yang teratur menjadikan
perjalanan darah yang teratur.  Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan
sentiasa cergas.  Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah
memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang
sentiasa berkembang akan meningkatkan daya fikir.  Daya fikir yang sentiasa
berkembang akan menjadikan pengalaman seseorang insan itu bertambah luas.

10
Selain itu, saya berharap para atlit yang terpilih untuk mewakili institut di
KAGUM dapat memberikan prestasi yang terbaik pada edisi yang akan datang.
Semoga prestasi yang dipamerkan kali ini, dapat dikekalkan pada kejohanan yang
akan datang.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada


Jawatankuasa Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga
Tahunan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dengan jayanya.  Kepada
para atlet yang mengambil bahagian yang meraih pingat kejohanan selepas ini saya
ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana
penyertaan anda sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan
kejayaan.

Harapan saya, dengan penganjuran kejohanan olahraga ini dapat melahirkan


atlet pelapis yang sentiasa mematuhi peraturan dan sentiasa bergiat aktif, sama ada
aspek akademik mahupun sukan. Sebagai sebuah institut pendidikan guru (IPG)
yang akan melahirkan guru-guru yang berkaliber dan berkualiti, kita seharusnya
persiapkan diri untuk menghadapi apa-apa jenis cabaran yang terdapat dalam
profesion perguruan ini.

 
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan
Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh Kali
ke-25 dengan rasminya.
 
Sekian, terima kasih.

11
6.0 RUMUSAN

Justifikasinya, Sistem Ejaan Rumi Baharu merupakan satu sistem yang mantap dan
mencakupi semua aspek. Sistem ini juga bersifat fleksibel dan bersesuaian dengan
latar sosiolinguistik sesuatu masyarakat.

Selain itu, Sistem Ejaan Rumi Baharu telah berjaya menyeragamkan ejaan
bahasa Melayu dan mengangkat martabatnya sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi. Sistem ini sangat sistematik terutamanya dari segi keselarasan vokal,
aturan pengejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa asing dan pengejaan istilah
khusus telah dinyatakan dengan jelas.

Pola keselarasan huruf vokal merupakan satu sistem keselarasan ejaan Rumi
yang memperbaiki ejaan Rumi lama. Terdapat 18 pola keselarasan vokal yang terdiri
daripada 10 yang kekal dan 8 yang telah diubah suai. Sistem ini telah saya
sesuaikan dengan penghasilan teks ucapan pengarah yang saya hasilkan.

Secara keseluruhannya, penyelidikan dan penelitian masih perlu diteruskan dari


semasa ke semasa bagi mengadakan kodifikasi dan penyelarasan semula mana-
mana aspek ejaan tertentu agar sesuai dengan perkembangan ilmu, kemajuan
12
linguistik dan bidang-bidang ulmu yang berkaita serta perkembangan bahasa secara
keseluruhannya.

7.0 BIBLIOGRAFI

Habibah Mohd. Samin, Hasnah Awang, 2010. Revisi Bahasa Melayu Akademik 1
untuk PPISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ismail Dahaman, 1996. Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 1997. Bahasa Kita Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Muhani Haji Abd. Ghani, 1987. Mengeja Ejaan Rumi Dengan Betul. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abd. Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
13
Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd. Nor, 2006. Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri, Mashudi Bahari, Juliliyana Mohd. Junid, 2007. Siri Pengajian dan
Pendidikan Utusan: Bahasa Melayu Rujukan Menengah. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Yousof @ Saat Md. Yassin, 2007. MPW 1113/2113: Bahasa Kebangsaan A. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Terbuka Malaysia.
LAMPIRAN

14

You might also like