You are on page 1of 9

PERSOALAN DATIF (OBJEK TEPAT) DALAM BAHASA MELAYU

Berdasarkan Tatabahasa Dewan, objek langsung atau objek tepat ialah FN yang mengikuti secara
langsung sesuatu KK. Sebagai contoh:
1. a. Ali memberikan [Aminah] [sebuah buku]
b. Kakak menjahitkan [ibu] [sehelai baju]

2. a. Ali memberi [sebuah buku] kepada [Aminah]


b. Kakak menjahit [sehelai baju] untuk [ibu]
Menurut Tatabahasa Dewan, FN [Aminah] dan FN [ibu], dalam ayat 1a dan 1b ialah objek tepat
yang mengikuti KK masing-masing, iaitu KK [memberikan] dan KK [menjahitkan]. Sementara
FN [sebuah buku] dan FN [sehelai baju] pula ialah FN objek sipi (objek tak langsung).

Merujuk pada ayat di atas, KK yang terdapat dalam ayat 1(a) dan 1(b) di atas adalah jenis
Kata kerja transitif. Hal ini kerana, KK dalam ayat itu mempunyai kewujudan objek sesudah
kata namanya. Hal ini boleh ditunjukkan seperti dalam contoh berikut:
a. [Ali] [memberikan] [Aminah] [sebuah buku]
FNS FKT FN Objek
b. [Kakak] [menjahitkan] [ibu] [sehelai baju]
FNS FKT FN Objek

Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut juga, ayat yang merupakan ayat asal ialah ayat 2
atau dengan kata lain ayat 2 yang menerbitkan ayat 1. Keempat-empat ayat dia atas boleh
ditunjukkan melalui rajah pohon seperti di sebelah.
Komp”

Komp’ KKB” (A)

Komp N” KKB’

N’ KKB K”

N K’ N”

Ali K N’

Memberikan N

Aminah sebuah buku

Rajah pohon 1

Komp”

Komp’ KKB” (A)

Komp N” KKB’

N’ KKB K”

N K’ N”

Kakak K N’
Menjahitkan N

Ibu sehelai baju

Rajah pohon 2

Komp”

Komp’ KKB”

Komp N” KKB’

N’ KKB K’’

N K’ N” P”

Ali K N’ P’

Memberi N P

sebuah kepada
buku Aminah

Rajah pohon 3
Komp”

Komp’ KKB”

Komp N” KKB’

N’ KKB K”

N K’ N” P”

Kakak K N’ P’

menjahit N P

sehelai kepada
baju ibu

Rajah pohon 4

Berdasarkan kepada contoh ayat di sebelah juga, ayat 1 merupakan KK transitif. Jadi ini
menunjukkan tidak ada kewujudan objek tepat atau objek sipi dalam ayat tersebut. Tetapi bagi
ayat 2, ayat tersebut merupakan kata kerja dwitransitif. KK dwitransitif ialah KK yang
mempunyai kewujudan dua objek sesudah KK tersebut. Menurut Ramli Salleh (1996) KK
dwitransitif diikuti oleh objek tepat dan objek sipi.

Contoh: a. [Ali] [memberikan] [sebuah buku] [kepada] [Aminah]


FNS FK KKDT FN1 FP FN2
b. [kakak] [menjahit] [sehelai baju] [untuk] [ibu]
FNS FK KKDT FN1 FP FN2

FK dalam kedua-dua ayat tersebut mengandungi KKDT 'beri' dan 'jahit' yang diikuti oleh
dua subjek. FN 'sebuah buku' dan 'sehelai baju' (FN1) yang mengikuti kepala KKDT 'beri' dan
'jahit' ialah objek tepat. Manakala FN 'Aminah' dan 'ibu'(FN2) yang terkandung dalam FP
merupakan objek sipi. Menurut Ramli Salleh (1996), objek tepat ialah FN objek yang terletak
selepas KK, sementara objek sipi ialah FN yang berada dalam FP.

Berbalik kepada ayat di atas, satu bukti yang menunjukkan bahawa FN 'sebuah buku' dan
'sehelai baju' ialah objek tepat ialah FP iaitu 'kepada' dan 'untuk' lazimnya akan mengikuti FN
yang pertama sebagaimana dalam ayat di atas dan tidak boleh sebaliknya seperti dalam contoh di
bawah.
c. * Ali memberikan kepada Aminah sebuah buku.
d. * kakak menjahitkan untuk ibu sehelai baju.

KKDT 'beri' dan 'jahit' mesti diikuti oleh FN 'sebuah buku' dan 'sehelai baju' yang merupakan
objek tepat dan kemudian barulah diikuti oleh FP 'kepada' dan 'untuk' yang mengandungi objek
sipi tersebut.

Kesimpulannya, daripada ayat 1 dan 2, perbincangan di sini mengandaikan bahawa FN


'sebuah buku' dan 'sehelai baju' dalam ayat 2 adalah objek tepat kepada KKDT 'beri' dan 'jahit'.
Manakala kata 'Aminah' dan 'ibu' pula merupakan objek sipi. Dalam ayat 1 pula, objek tepatnya
hanya bertukar tempat dengan objek sipi.

Dalam teori kuasaan dan tambatan, semua rumus dinyatakan di bawah satu komponen
sahaja yang dikenali sebagai transformasi ubah alfa. Ubah alfa merupakan komponen
transformasi yang menjadi pengantara di antara stuktur dalam dan struktur luar. Secara khusus,
ubah alfa bermaksud menggerakkan, memindah, mengalih, mengantikan, dan mengubah apa
sahaja kategori maksimal atau kategori minimal ke suatu posisi lain dan setiap pergerakan itu
akan meninggalkan satu tikas atau bekas (t) di tempat asalnya. Kedudukan satu posisi baru di
mana suatu kategori itu diubah atau dipindahkan dikenali sebagai lokasi pendaratan.

Rumus gerakan alfa menyatakan bahawa sebarang kategori dalam mana-mana ayat boleh
dialihkan kemana-mana tempat dan ini selanjutnya menyimpulkan bahawa perkataan boleh hadir
dalam susunan apa pun di dalam sebarang ayat. Namun kita tahu bahawa ini adalah tidak benar.
Menurut Chomsky, jika kita tahu bahawa bahasa mempunyai rumus yang mengalihkan pelbagai
konstituen dari satu tempat di dalam ayat ke tempat lain, maka kita seharusnya menjangkakan
bahawa pada prinsipnya bahasa mengizinkan kita mempunyai sebarang konstituen dimana-mana;
dan jika secara praktiknya ini tidak benar, maka menjadi tugas ahli linguistik untuk mencari
prinsip yang menentukan mengapa mungkin dialih sesetengah konstituen sesuatu tempat, tetapi
tidak di tempat lain.

1. a. Ali memberi sebuah buku kepada Aminah (SD)


b. Ali memberikan Aminah sebuah buku. (SL)

2. a. Kakak menjahit sehelai baju untuk ibu. (SD)


b. Kakak menjahitkan ibu sehelai baju. (SL)

Berdasarkan contoh ayat-ayat di atas, mengikut teori Chomsky, hanya kategori maksimal
(x”) dan minimal (x) sahaja yang boleh mengalami transformasi ubah alfa. Hal ini boleh
ditunjukkan melalui kedua-dua ayat tersebut. Dalam ayat 1, ketegori maksimalnya adalah
[memberi sebuah buku], manakala bagi kategori minimalnya pula adalah [memberi]. Hal ini
boleh ditunjukkan seperti dalam gambarajah di bawah ini.

1. x”----- memberi sebuah buku = kategori maksimal

x’----- K = kategori pertengahan

x------ memberi = kategori minimal (kepala)

Dalam ayat 2 pula, kategori maksimalnya adalah [menjahit sehelai baju] dan kategori
minimalnya pula adalah [menjahit]. Hal ini boleh ditunjukkan seperti dalam gambarajah yang
berikut.
2. x’----- menjahit sehelai baju = kategori maksimal

x’----- K = kategori pertengahan

x------ menjahit = kategori minimal (kepala)

Selain itu, mengikut teori Chomsky juga, dalam prinsip ketiganya ada mengatakan
bahawa hanya frasa (x”) sahaja yang boleh berubah ke posisi penerang. Menurut teori ini,
penerang terdiri daripada kategori bukan leksikal. Kata bukan leksikal boleh terdiri daripada tiga
jenis kata iaitu kata bantu, penjodoh bilangan dan kata penguat. Penjodoh bilangan hadir
sebelum KN. Jadi dalam kedua-dua ayat tersebut frasa yang pada mulanya berada di sebelah kata
kerja pada stuktur dalaman telah berpindah ke posisi penerang pada struktur luaran. Berdasarkan
pada kedua-dua contoh di atas, penerang bagi kedua-dua ayat tersebut adalah [sebuah buku] bagi
ayat 1 dan [sehelai baju] bagi ayat 2.

Dalam teori ubah alfa ada mengatakan bahawa kuasaan leksikal berlaku apabila terdapat
satu kepala yang boleh menguasai suatu tikas tersebut dengan syarat kepala itu menguasai dan
menanda teta tikas itu dan juga kepala yang menguasai itu mesti berada lokal atau bersebelahan
dengan tikas yang dikuasainya. Lazimnya penguasa yang dominan ialah KK kerana KK
mempunyai posisi yang bersebelahan atau paling dekat dengan eleman yang dikuasainya. Selain
itu, KK juga mempunyai prioriti yang tinggi dalam konteks penandaan teta ( makna) berbanding
dengan kata lain. Lazimnya dalam teori teta yang menandainya adalah KK.

Jadi berdasarkan pada contoh ayat di sebelah dapatlah disimpulkan bahawa jenis
pemindahan Alfa yang berpindah adalah frasa [sebuah buku] untuk ayat 1 dan [sehelai baju]
untuk ayat 2. Hal ini kerana penguasa yang dominan adalah KK iaitu [memberi] untuk ayat 1 dan
[menjahit] untuk ayat 2 mempunyai posisi yang bersebelahan dengan tikas yang dikuasainya.
Berdasarkan kedua-dua ayat ini juga, jenis kuasaan yang berlaku adalah kuasaan leksikal. Hal ini
berlaku apabila terdapat satu kepala yang boleh menguasai satu tikas tersebut dan kepala yang
menguasainya adalah KK. Rajah di bawah menunjukkan cara pemindahan yang berlaku.
1. a. Ali memberi sebuah buku kepada Aminah. (SD)
b. Ali memberikan Aminah sebuah buku. (SL)
ti antesedan i

2. a. Kakak menjahit sehelai baju untuk ibu. (SD)


b. Kakak menjahitkan ibu sehelai baju. (SL)
ti antesedan i

Berdasarkan ayat di sebelah juga, FN dalam ayat 2 telah bertukar tempat dengan FN
dalam ayat 1. Mengikut teori TG, ayat 1 lahir daripada ayat 2. Kata preposisi yang hadir dalam
ayat 2 juga berbeza iaitu KP 'kepada' dalam 2 (a) dan 'untuk' dalam ayat 2 (b). Pertukaran ini
boleh dikatakan bahawa ayat 1 lahir daripada ayat 2 melalui Transformasi Datif. Transformasi
Datif adalah satu operasi yang memindahkan satu FN daripada satu kedudukan kepada
kedudukan yang lain dalam struktur ayat.

Berbalik pada perbincangan di atas, aturan kata dalam 2 mendasari aturan kata dalam 1.
Seperti yang tergambar dalam ayat 2, objek tepat dalam bahasa Melayu hadir terus selepas
KKDT, sementara objek sipi hadir dalam FP yang mempunyai kepala kata preposisi 'kepada'
atau 'untuk'. Pasangan ayat 1 dan 2 berbeza sebagai akibat pengaplikasian rumus datif yang
menaikkan objek sipi kepada kedudukan objek tepat. Di samping rumus sintaksis pemindahan
FN dan pengguguran KP, sejenis rumus morfologi turut terlibat. Rumus ini melibatkan
pengimbuhan akhiran benefaktif kepada KK.

Benefaktif atau 'aplikatif' dalam erti kata Marantz (1984) adalah imbuhan yang
diimbuhkan kepada KK dalam binaan datif. Pengimbuhan ini akan membuatkan FN yang bukan
objek tepat menjadi objek tepat. Apa yang berlaku dalam ayat 1 dan 2 ialah, imbuhan -kan
disamping menukarkan makna KK, menjadikan KK tersebut sebagai KK transitif. Di samping
perbezaan dari segi morfologi, KK yang ditransitifkan ini, berbanding dengan KK biasa yang
mengsubkategorisasikan objek tepat dan objek sipi, tidak boleh melalui rumus datif.

Sebagai kesimpulan, hasil daripada pengaplikasian rumus datif, pasangan 1 dan 2 berbeza
dalam tiga aspek. Pertama, imbuhan jenis benefaktif 0 hadir pada KK dalam ayat 1. kedua, KP
'kepada' dan 'untuk' hadir dalam ayat 2 dan tidak dalam ayat 1, dan ketiga, objek preposisi hadir
terus pada kedudukan pasca KK dalam ayat 1, sementara FP yang sepadan hadir di sebelah
kanan objek tepat dalam ayat 2. Hal ini menunjukkan rumus datif dalam bahasa Melayu boleh
dinyatakan sebagai akibat rumus morfologi pengimbuhan benefaktif kepada KK. Dengan kata
lain, imbuhan benefaktif kepada KK memerlukan pertukaran tempat antara FN dengan satu FN
lain dan juga pengguguran KP seperti yang ditunjukkan dalam contoh ayat 1 dan 2.

You might also like