You are on page 1of 2

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7

Baru-baru ini, Sekolaha Menengah Kebangsaan Seksyen 7 (SMK S7), Shah Alam telah
mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan sempena Ulangtahun Kemerdekaan Ke-53. Sabutan yang
bertujuan memupuk semangat cinta akan negara kepada warga sekolah ini berjaya diadakan dengan
cemerlang. Sambutan yang diadakan pada pagi Sabtu 28 Ogos 2010 lalu telah disertai oleh seluruh
warga SMK S7 termasuk guru-guru dan para pelajar SMK S7 sesi pagi dan sesi petang yang turut
hadir untuk menyambuthari yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Segala
perancangan dan persiapan untuk sambutan dilakukan seminggu sebelum sambutan.

Tugasan untuk persiapan sambutan dibahagikan kepada empat kategori, iaitu sambutan,
persembahan, aturcara dan persiapan tempat. Dalam usaha untuk menjayakan sambutan tersubut,
guru-guru dan para pelajar bekerjasama membuat persiapan. Latihan persembahan diadakan selama
dua hari berturut-turut untuk memastikan acara berjalan dengan lancar pada hari sambutan.
Perhiasan dan persiapan pentas diadakan pada hari terakhir sebelum sambutan untuk memastikan
tiada sebarang kesilapan teknikal ketika acara sambutan sedang berlangsung. Guru-guru bertungkus
lumus mencari lagu patriotik untuk dimainkan pada hari sambutan kemerdekaan. Beberapa orang
pelajar dipilih untuk membantu guru menyusun kerusi untuk guru-guru dan tempat duduk tetamu
jemputan khas sempena hari sambutan itu. Walaupun tugas yang dilakukan sangat berat, namun
apabila dilakukan bersama pekerjaan tersebut menjadi mudah kerana berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.

Apabila jarum jam menunjuk kearah nombor lapan dan jarum minit menunjuk kearah
nombor enam pada jam sekolah menandakan waktu ketika itu adalah pukul 7.30 pagi para pelajar
telah pun berkumpul di dataran perhimpunan dikawal oleh pengawas sekolah dan guru-guru berada
di pintu hadapan sekolah menanti kedatangan tetamu jemputan. Tepat pada jam 8.05 pagi ketibaan
tetamu jemputan. Para guru mengambil tempat masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan
doa oleh wakil pelajar Muhammad Azim bin Kamil, Tingkatan 5 Gemilang Emas 3. Diteruskan dengan
bacaan ikrar oleh pelajar Tingkatan 5 Gemilang Emas 1, Subhan Sudarshan a/l Ganisen. Ucapan
dimulakan oleh GKMP Sejarah, Puan Raja Arbaiyah. Seterunya diikuti oleh ucapan puan Pengetua
yang turut merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan.

Acara teruskan dengan istiadat perbarisan badan beruniform yang membawa jalur gemilang,
diikuti dengan nyayian lagu negaraku dengan penuh bersemangat oleh para pelajar. Acara
dimeriahkan lagi dengan nyanyian kumpulan koir sekolah bertajuk 'Warisan' dan 'Si Baju Hijau' oleh
Zulkarnain. Persembahan kompang formasi pula mengambil tempat selepas itu. Sebelum sesi
pertama tamat, nyayian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia oleh pelajar sambil
mengibarkan jalur gemilang bersama guru-guru menaikkan rasa bangga dalam diri setiap warga.
Pelajar direhatkan sebelum bermulanya sesi kedua sambutan hari kemerdekaan selama sepuluh
minit. Pelajar bukan islam dibenarkan ke kantin untuk membeli makanan. Manakala, pelajar islam
yang berpusa di bulan Ramadan yang mulia ini, ditempatkan di dewan terbuka sekolah sementara
menunggu persiapan sesi kedua sambutan.
Sesi kedua sambutan dimulakan dengan lakonan oleh pelajar Tingkatan 4 Ekonomi 1 dengan
iringan guru Pendidikan Sivik dan Kewaraganegaraan , Datin Hjh. Mahidah. Datin Hjh. Mahidah turut
menyampai sebuah pantun direka sendiri yang bertajuk ‘Melaka’. Sambutan diteruskan dengan
persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid lelaki sekolah. Seterusnya, ialah peragaan pakaian-
pakaian tradisioanl dalam dan luar negara mengambil tempat. Persembahan wakil pelajar TingkataN
5 Gemilang Emas 5, Syafiqah dengan nyanyian lagu ‘Warisan’. ___

Suasana ketika itu, amat meriah. Pelejar seronok menyaksikan persembahan oleh rakan-
rakan mereka serta guru-guru yang terlibat. Sambutan hari kemerdekaan yang meriah buat
pengetua kami yang baru sahaja bertugas di sekolah kami pada awal tahun ini. Majlis berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah.__

Majlis diakhiri dengan sepatah dua kata oleh Ketua PIBG dan nyanyian lagu ‘Malaysiaku
Gemilang’ dan ‘ Tanggal 31’ yang diketuai oleh Guru-guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusian.

You might also like