You are on page 1of 10

Friday, August 24, 2007

Politik Wartawan Agendadaily

[Maaf jika tulisan kali ini agak panjang]

Oleh Amin Yatim

Apabila Mat Taib membuat laporan ke atas laman Malaysia-Today atas tuduhan terdapat komen-
komen pengunjung yang menghina sultan, Islam dan orang Melayu tentulah beliau tidak
menyangka bahawa isu terbabit akan meleret-leret sehingga menjadi seolah-olah kebakaran
hutan yang masih tiada sudahnya.

Namun apa yang beliau tidak sedar ialah beliau kini sudah menjadi bahan ketawa masyarakat
yang membaca dan yang mengetahui selok belok politik negara. Jika ada orang politik yang
menghina Sultan, Islam dan orang Melayu secara serentak atas kepentingan peribadi, maka tidak
ada manusia lain kecuali Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib.

Bayangkan seorang Menteri Besar telah kahwin lari di Selatan Thailand dengan Puteri Sultan
Selangor (Ku Yah) dan kemudiannya menafikan perkahwinan tersebut beberapa lama.

Apakah kisah Mat Taib kahwin lari dengan Puteri Sultan bukan satu penghinaan kepada institusi
Sultan, agama Islam dan orang Melayu? Menconteng arang di muka almarhum Sultan bukan
menghina Sultan?

Menyalahgunakan kelonggaran hukum kahwin luar kawasan dalam Islam untuk mengelakkan
Sultan dan isteri pertama beliau bukan menghina Islam?

Seorang Menteri Besar Melayu kahwin lari di Siam bukan menghina orang Melayu?

Mat Taib sebenarnya bukan sahaja tidak mempunyai moral untuk membuat laporan, malah
sepatutnya beliau perlu didakwa terlebih dahulu.
Kahwin lari boleh jejas institusi kekeluargaan Islam
Januari 14, 2010

KAHWIN lari, satu istilah yang biasa digunakan masyarakat Islam merujuk kepada pasangan
yang bernikah secara senyap di sempadan negara atau melalui sindiket di dalam negara sendiri.
Dewasa ini, fenomena itu nampaknya semakin menjadi-jadi.

Saya sebagai seorang bapa juga berasa amat bimbang dan mencadangkan pihak berwajib
memikirkannya secara serius. Antara penyebab utama kahwin lari adalah poligami, terlanjur
serta wali adhal (enggan).

Kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat memilih kahwin lari dengan harapan dapat
menyelesaikan masalah dengan cepat. Namun, sedarkah mereka sedang mencipta masalah baru
yang lebih besar terutama golongan wanita atau si isteri sendiri. Beberapa keburukan jelas
daripada kahwin lari dapat saya simpulkan seperti di bawah.

Meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam yang murni.

Islam sangat menggalakkan umatnya supaya melakukan proses perkahwinan secara teratur dan
beradab. Tidak pernah sekali pun kita membaca sirah Rasulullah SAW membenarkan para
sahabatnya kahwin lari bagi sebarang masalah dihadapi sekalipun, sebaliknya Baginda sendiri
yang akan mewakili sahabatnya bagi upacara peminangan dan selanjutnya.

Kita juga amat memahami bahawa meminang itu sunat muakkad dalam Mazhab Syafie.
Permohonan dengan penuh beradab untuk mengambil anak perempuan sesuatu keluarga dilihat
sangat sesuai dengan Islam sebagai agama yang murni lagi selamat.

Menghilangkan hak wali.

Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada anda? Saya sangat menyokong tindakan wali
(kebiasaannya bapa perempuan) memohon kepada Mahkamah Syariah perintah Mufarakah dan
sebagainya bagi memastikan anaknya benar-benar dinikahi secara bertepatan syarak.

Mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

Antara hikmah digalakkan perkahwinan dalam Islam adalah bagi mengembangkan silaturrahim
antara sesama Muslim. Semakin jauh kaitan kekeluargaan, semakin baik bagi tujuan itu.

Namun, kahwin lari berlaku sebaliknya. Bukannya mengembang silaturrahim malah bertambah
menguncup. Anak perempuan dan bapa akan bermusuhan apatah lagi menantu. Keluarga kedua-
dua pihak akan menyalahkan antara satu sama lain dan lebih parah lagi akan berlaku pergaduhan.
Inikah yang diimpikan daripada sebuah perkahwinan? Jelas sekali jawapannya tidak.

Pernikahan diragui.
Walaupun kahwin lari memenuhi rukun syarak akan diperakui sah, pernahkah kita terbaca atau
mengalami kisah seorang isteri mempunyai dua suami? Menantu berkahwin dengan mentua?
Isteri yang diceraikan tetapi masih dalam edah dinikahi?

Tahukah kita betapa longgarnya peraturan dan undang-undang pernikahan di negara jiran?
Tahukah kita, ada banyak sindiket yang tidak bertauliah berlumba-lumba mencari pasangan
untuk dinikahi? Pernikahan sebegini jelas menyebabkan statusnya diragui kesahihannya.

Sudah wujud banyak sindiket pernikahan di merata negeri Perak, Selangor, Wilayah
Persekutuan, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Mereka tidak mengira halal haram asalkan bayaran
diterima bagi pasangan yang terdesak. Tidak kurang juga sindiket yang menguruskan kahwin lari
secara sah di negara jiran.

Pernahkah kita mendengar kisah sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dan gagal
mengemukakan sebarang bukti pernikahan, datang seminggu kemudiannya membawa sijil nikah
negara sempadan? Saya bimbang dengan kawalan dan undang-undang yang longgar, sijil nikah
ini mudah diperoleh melalui sindiket tanpa melalui proses pernikahan sah mengikut hukum
syarak.

Sebagai cadangannya saya mengesyorkan panel penggubal undang-undang Mahkamah Syariah


melihat kembali enakmen yang perlu diperhalusi dan dibahaskan. Antara permasalahan ketara
adalah peraturan dan undang-undang poligami. Enakmen sedia ada dilihat sangat menyulitkan
pasangan bahkan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dipenuhi.

Contohnya peraturan memanggil isteri memberi keterangan, bakal isteri, bakal mentua dilihat
sangat membebankan, sedangkan mengikut hukum syarak, keterangan yang paling tinggi
darjatnya adalah keterangan saksi-saksi yang adil. Keterangan isteri hanyalah bayyinah
(penyokong) kepada keterangan syahadah (saksi).

Sebagai contoh, Mahkamah Syariah boleh menetapkan bakal suami yang ingin berpoligami
untuk membawa dua saksi yang adil bagi menyatakan kelayakannya untuk berpoligami.
Walaupun sering kali Mahkamah Syariah menafikan bersungguh-sungguh bergantung
keterangan isteri, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya bahkan kebiasaannya bukan poligami
yang berjaya, tetapi keruntuhan rumah tangga sedia ada. Akhirnya wanita teraniaya.

Memudahkan urusan permohonan pernikahan (khususnya permohonan poligami dan


pasangan bermasalah).

Memudahkan bukan bermaksud membiarkan semudah-mudahnya tetapi mencari jalan


memudahkan pasangan bukan menyulitkan mengikut hukum syarak.

Pernikahan juga tidak disulitkan dengan pelbagai bayaran dan hadiah yang membebankan.

Hantaran tidak dijadikan perlumbaan bagi tujuan kebanggaan dan prestij. Ikutilah saranan Nabi
SAW yang menggalakkan kita mempermudahkan urusan perkahwinan serta kenduri secara
sederhana.
Menutup pintu pengiktirafan perkahwinan tanpa permohonan dan kebenaran yang sah.

Pernikahan tanpa kebenaran tidak langsung diberi pengiktirafan dan tidak didaftarkan dengan
hanya pengecualian kes khas yang memerlukan tandatangan sokongan seseorang yang diyakini
dan dipercayai seperti Mufti atau Ketua Hakim Syariah negeri.

Dengan cara ini, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan masyarakat risiko kahwin lari serta
membendungnya. Dengan syarat permohonan dan kelulusan pernikahan secara sah (termasuk
poligami) hendaklah dipermudahkan.

Adakan kursus khas kepada suami yang ingin berpoligami serta isteri mengenai syarat dan
kelayakan serta tanggungjawab yang akan dipikul.

Kefahaman ini penting bagi orang yang benar-benar layak dan dapat membela wanita sebelum
mereka diberi kebenaran.

Diadakan kursus dan seminar undang-undang kekeluargaan Islam supaya masyarakat lebih
memahami peraturan dan undang-undang sedia ada terutama kepada pasangan bermasalah dan
wali adhal.

Perbincangan di kalangan alim ulama juga perlu bagi mencari kaedah paling sesuai bagi
membendung masalah ini berterusan dan melemahkan institusi kekeluargaan Islam di Malaysia.

Oleh Asyraf Ismail


Lari ikut ‘abang Jo'
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/16

GOMBAK: Godaan selain ilmu pengasih diamalkan seorang buruh binaan warga Indonesia
dipercayai menjadi punca seorang gadis, Norlaili Afizah, 19, termakan pujukan sehingga
sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga serta ibu yang sakit gara-gara diajak kahwin lari
di tanah seberang.

SAYU..Rokiah sebak membaca surat Norlaili sambil diperhatikan Mustapa.


LARI...Norlaili yang dilarikan buruh binaan warga Indonesia.
Difahamkan, kehilangan mangsa yang disifatkan ahli keluarga sebagai anak yang baik
mencetuskan tanda tanya berikutan mangsa amat patuh terhadap ibu bapa selain menjaga ibunya,
Rokiah Ratih 50, yang menderita penyakit di bahagian otak sejak 10 tahun lalu.

Abang mangsa, Mustapa Kamal Omar, 26, berkata, kehilangan adik kesayangannya itu bersama
seorang pemuda warga Indonesia bernama Sarjo cukup membuat mereka sekeluarga menderita,
apatah lagi bapa dan adik yang lain kerap menangis sejak Norlaili hilang Jumaat lalu.

Menurutnya, kehilangan Norlaili hanya disedari selepas adiknya itu tidak pulang ke rumah
mereka di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini sehingga jam 7.30 malam.

“Pada mulanya, adik saya itu hanya memberitahu ingin pergi ke rumah rakannya kira-kira jam
11.20 pagi, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini manakala telefon bimbit miliknya gagal
dihubungi.

“Saya dan ayah, Omar Mahmud, 55, berusaha mencarinya hingga ke Kampung Kemensah, Hulu
Klang berikutan ada maklumat mendakwa seorang lelaki Indonesia bernama Sarjo
bertanggungjawab melarikan adik saya,” katanya.

Namun usaha itu gagal sebelum mereka menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS)
memeranjatkan dihantar Norlaili yang memaklumkan berada di Johor Bahru dan dalam
perjalanan menaiki feri ke Indonesia.
“Melalui SMS berkenaan, Norlaili turut memberitahu ada meninggalkan surat dalam kotak pisau
yang disimpan dalam laci di dapur bagi memaklumkan pemergiannya.

“Berdasarkan surat berkenaan, Norlaili berulang kali meminta maaf kepada kami dan
memberitahu ingin ke Indonesia bersama ‘abang Jo’ untuk berkahwin di sana. Dia memberitahu
terpaksa kahwin lari kerana yakin hubungan mereka tidak direstui keluarga,” katanya.

Menurutnya, adiknya itu turut meminta ahli keluarga tidak bimbang dan berjanji akan pulang ke
Malaysia suatu hari nanti.

“Kandungan surat itu cukup menghiris hati kami sekeluarga yang selama ini amat
menyayanginya. Saya yakin ada ‘sesuatu’ yang dilakukan terhadap adik saya itu hingga
fikirannya dikawal dan sanggup melarikan diri. Saya yakin adik saya tidak sanggup melakukan
perbuatan itu kerana dia cukup manja dan tidak pernah membelakangkan keluarga dalam apa
perkara sekalipun.

“Norlaili anak keempat daripada lima beradik dan tidak pernah sesekali keluar malam dan kini
sedang menunggu tawaran bagi melanjutkan pelajaran ke Institut pengajian Tinggi Awam
(IPTA),” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati di sini.

Menurutnya, adiknya itu berkemungkinan dipikat seorang buruh binaan warga Indonesia yang
sebelum ini pernah bekerja di tapak pembinaan kondominium di seberang jalan rumah mereka
beberapa tahun lalu.

“Mungkin kesempatan itu diambil lelaki warga Indonesia itu untuk memikat adik saya yang
ketika itu cukup mentah,” katanya dengan linangan air mata.

Difahamkan, Norlaili kali terakhir dilihat keluar dari rumah membawa beg tangan dengan
memakai baju kemeja hitam-kuning berlengan panjang dan berseluar jeans serta bertudung
hitam.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya diminta menghubungi
mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 016-2690277.
Kahwin lari boleh jejas institusi kekeluargaan Islam
KAHWIN lari, satu istilah yang biasa digunakan masyarakat Islam merujuk kepada pasangan
yang bernikah secara senyap di sempadan negara atau melalui sindiket di dalam negara sendiri.
Dewasa ini, fenomena itu nampaknya semakin menjadi-jadi.

Saya sebagai seorang bapa juga berasa amat bimbang dan mencadangkan pihak berwajib
memikirkannya secara serius. Antara penyebab utama kahwin lari adalah poligami, terlanjur
serta wali adhal (enggan).

Kebanyakan pasangan mengambil jalan singkat memilih kahwin lari dengan harapan dapat
menyelesaikan masalah dengan cepat. Namun, sedarkah mereka sedang mencipta masalah baru
yang lebih besar terutama golongan wanita atau si isteri sendiri. Beberapa keburukan jelas
daripada kahwin lari dapat saya simpulkan seperti di bawah.

Meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam yang murni.

Islam sangat menggalakkan umatnya supaya melakukan proses perkahwinan secara teratur dan
beradab. Tidak pernah sekali pun kita membaca sirah Rasulullah SAW membenarkan para
sahabatnya kahwin lari bagi sebarang masalah dihadapi sekalipun, sebaliknya Baginda sendiri
yang akan mewakili sahabatnya bagi upacara peminangan dan selanjutnya.

Kita juga amat memahami bahawa meminang itu sunat muakkad dalam Mazhab Syafie.
Permohonan dengan penuh beradab untuk mengambil anak perempuan sesuatu keluarga dilihat
sangat sesuai dengan Islam sebagai agama yang murni lagi selamat.

Menghilangkan hak wali.

Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada anda? Saya sangat menyokong tindakan wali
(kebiasaannya bapa perempuan) memohon kepada Mahkamah Syariah perintah Mufarakah dan
sebagainya bagi memastikan anaknya benar-benar dinikahi secara bertepatan syarak.

Mengeruhkan hubungan kekeluargaan.

Antara hikmah digalakkan perkahwinan dalam Islam adalah bagi mengembangkan silaturrahim
antara sesama Muslim. Semakin jauh kaitan kekeluargaan, semakin baik bagi tujuan itu.

Namun, kahwin lari berlaku sebaliknya. Bukannya mengembang silaturrahim malah bertambah
menguncup. Anak perempuan dan bapa akan bermusuhan apatah lagi menantu. Keluarga kedua-
dua pihak akan menyalahkan antara satu sama lain dan lebih parah lagi akan berlaku pergaduhan.
Inikah yang diimpikan daripada sebuah perkahwinan? Jelas sekali jawapannya tidak.

Pernikahan diragui.
Walaupun kahwin lari memenuhi rukun syarak akan diperakui sah, pernahkah kita terbaca atau
mengalami kisah seorang isteri mempunyai dua suami? Menantu berkahwin dengan mentua?
Isteri yang diceraikan tetapi masih dalam edah dinikahi?

Tahukah kita betapa longgarnya peraturan dan undang-undang pernikahan di negara jiran?
Tahukah kita, ada banyak sindiket yang tidak bertauliah berlumba-lumba mencari pasangan
untuk dinikahi? Pernikahan sebegini jelas menyebabkan statusnya diragui kesahihannya.

Sudah wujud banyak sindiket pernikahan di merata negeri Perak, Selangor, Wilayah
Persekutuan, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Mereka tidak mengira halal haram asalkan bayaran
diterima bagi pasangan yang terdesak. Tidak kurang juga sindiket yang menguruskan kahwin lari
secara sah di negara jiran.

Pernahkah kita mendengar kisah sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dan gagal
mengemukakan sebarang bukti pernikahan, datang seminggu kemudiannya membawa sijil nikah
negara sempadan? Saya bimbang dengan kawalan dan undang-undang yang longgar, sijil nikah
ini mudah diperoleh melalui sindiket tanpa melalui proses pernikahan sah mengikut hukum
syarak.

Sebagai cadangannya saya mengesyorkan panel penggubal undang-undang Mahkamah Syariah


melihat kembali enakmen yang perlu diperhalusi dan dibahaskan. Antara permasalahan ketara
adalah peraturan dan undang-undang poligami. Enakmen sedia ada dilihat sangat menyulitkan
pasangan bahkan boleh dikatakan hampir mustahil untuk dipenuhi.

Contohnya peraturan memanggil isteri memberi keterangan, bakal isteri, bakal mentua dilihat
sangat membebankan, sedangkan mengikut hukum syarak, keterangan yang paling tinggi
darjatnya adalah keterangan saksi-saksi yang adil. Keterangan isteri hanyalah bayyinah
(penyokong) kepada keterangan syahadah (saksi).

Sebagai contoh, Mahkamah Syariah boleh menetapkan bakal suami yang ingin berpoligami
untuk membawa dua saksi yang adil bagi menyatakan kelayakannya untuk berpoligami.
Walaupun sering kali Mahkamah Syariah menafikan bersungguh-sungguh bergantung
keterangan isteri, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya bahkan kebiasaannya bukan poligami
yang berjaya, tetapi keruntuhan rumah tangga sedia ada. Akhirnya wanita teraniaya.

Memudahkan urusan permohonan pernikahan (khususnya permohonan poligami dan


pasangan bermasalah).

Memudahkan bukan bermaksud membiarkan semudah-mudahnya tetapi mencari jalan


memudahkan pasangan bukan menyulitkan mengikut hukum syarak.

Pernikahan juga tidak disulitkan dengan pelbagai bayaran dan hadiah yang membebankan.

Hantaran tidak dijadikan perlumbaan bagi tujuan kebanggaan dan prestij. Ikutilah saranan Nabi
SAW yang menggalakkan kita mempermudahkan urusan perkahwinan serta kenduri secara
sederhana.
Menutup pintu pengiktirafan perkahwinan tanpa permohonan dan kebenaran yang sah.

Pernikahan tanpa kebenaran tidak langsung diberi pengiktirafan dan tidak didaftarkan dengan
hanya pengecualian kes khas yang memerlukan tandatangan sokongan seseorang yang diyakini
dan dipercayai seperti Mufti atau Ketua Hakim Syariah negeri.

Dengan cara ini, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan masyarakat risiko kahwin lari serta
membendungnya. Dengan syarat permohonan dan kelulusan pernikahan secara sah (termasuk
poligami) hendaklah dipermudahkan.

Adakan kursus khas kepada suami yang ingin berpoligami serta isteri mengenai syarat dan
kelayakan serta tanggungjawab yang akan dipikul.

Kefahaman ini penting bagi orang yang benar-benar layak dan dapat membela wanita sebelum
mereka diberi kebenaran.

Diadakan kursus dan seminar undang-undang kekeluargaan Islam supaya masyarakat lebih
memahami peraturan dan undang-undang sedia ada terutama kepada pasangan bermasalah dan
wali adhal.

Perbincangan di kalangan alim ulama juga perlu bagi mencari kaedah paling sesuai bagi
membendung masalah ini berterusan dan melemahkan institusi kekeluargaan Islam di Malaysia.

Oleh Asyraf Ismail

Entri ini dikirim pada hari Khamis, 14 Januari 2010, 5:50 pm dan diletakkan dalam kategori Isu Rumahtangga,
Renungan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0. Anda boleh
meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.

You might also like