You are on page 1of 32

Kuliah 9

Model – Model Pengajaran

1
01. Model Pengajaran

• Fungsi utama model ialah;


 Memberi panduan kepada perancang mengajar dan
langkah-langkah mengajar.
 Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk
penyelia dan penyelidik.
 Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas
serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran
selanjutnya.

2
02. Model Pemprosesan Maklumat R.M. Gagne

• Dalam bukunya, R.M. Gagne mengemukakan teori


bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sst
proses pembelajaran.
• Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan
diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria
manusia.
• Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan
dan dihantar ke stor ingatan panjang dan bergerak
balas melalui sistem saraf.

3
• Pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor
ingatan jangka panjang penting kepada manusia dan
mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru
bagi memudahkan proses pembelajaran baru
berlaku.
• Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
yang disimpan dalam stor ingatan panjang apabila
memperkenalkan pengajaran baru bertujuan
memudahkan pembelajaran berlaku.

4
• Mengikut Gagne, terdapat lapan jenis pembelajaran yang
dikenal pasti iaitu dari peringkat mudah ke peringkat
kompleks;
a. Pembelajaran melalui isyarat (signal learning)
- Merupakan pembelajaran primitif.
- Misalnya, manusia melalui pengalaman, mempelajari
isyarat asap sebagai kebakaran dlln.
- Digolong dalam pembelajaran klasik yang dihurai oleh
Pavlov.
b. Pembelajaran Stimuli-tindakbalas (Stimulus-response
learning)
- Iaitu menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan
dirangsang dengan tindak balas individu bagi
menghasilkan perubahan tingkah lakunya.
5
- Misalnya guru menunjukkan sst benda yang konkrit, murid
menyebut namanya.
- Pembelajaran ini digolongkan dalam pembelajaran operan
spt disaran oleh Skinner.

c. Pembelajaran Melalui Rantaian (Chaining)


- Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran
stimuli-tindakbalas selepasnya.
- Berlaku dalam peringkat pembelajaran paling tinggi.
- Cth membina ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-
perkataan atau mensintesis beberapa kemahiran untuk
menjadikan kemahiran yang kompleks dan sebagainya.

6
d. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal (verbal
association)
- Merupakan asas pembelajaran bahasa.
- Mengaitkan nama orang dengan alamatnya atau
perkataan bahasa Inggeris dengan makna dalam b.
Melayu.

e. Pembelajaran Melalui Pelbagai Perbezaan


(Multiple discrimination)
- Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu
sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.
- Misalnya menyebut e, murid boleh menyebutnya
dalam pelbagai jenis bila dieja.

7
f. Pembelajaran Konsep (concept learning)
- Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep
dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri sama.
- Cth beg, buku, kereta dlln mewakili konsep benda.

g. Pembelajaran Prinsip (principle learning)


- Merujuk kepada pembelajaran perkataan dua atau
lebih konsep yang telah dipelajari.
- Misalnya, “air mengalir ke tempat yang rendah” ini
adalah prinsip.
- Dibentuk daripada beberapa perkataan yang
setiapnya mempunyai konsep sendiri.
- Konsep-konsep disusun mengikut urutan akan
menjadi prinsip dalam pembelajaran prinsip.
8
i. Pembelajaran Penyelesaian Masalah (Problem
Solving)
- Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir
iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan
menggunakan konsep dan prinsip yang telah
dipelajari.
- Misalnya, untuk menyelesaikan masalah
matematik, pelajar harus menggunakan simbo;
nombor (konsepP dan hukumnya atau teorem
(prinsip) yang berkaitan dengannya.

9
a. Model Ekspositori

• Bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.


• Merupakan penyampaian maklumat atau isi
kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-
murid dalam kelas.
• Penyampaian pengajaran melalui penerangan,
bercerita atau demonstrasi.
• Guru memberi penerangan terlebih dahulu. Untuk
menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip dan
teorem.
• Cara-cara penyampaiannya ialah;
> Menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea
dan konsep daripada buku teks.
10
 Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis
atau membina bentuk-bentuk geometri.
 Menerangkan masalah-masalah penyelesai masalah
berdasar kemahiran yang dipelajari.
 Menerangkan sesuatu konsep dengan abm.

Implikasi Model Pengajaran Ekspositori


- Sesuai untuk mengajar konsep atau kemahiran
sesuatu mata pelajaran.
- Guru menghurai konsep secara lisan sambil menulis
fakta bagi murid-murid memahaminya.
- Guru dapat menjimatkan masa ketika mengajar.
Kerana dapat menyampaikan semua maklumat dalam
masa yang singkat.

11
 Sesuai digunakan untuk menyampaikan pelajaran
dalam peringkat perkembangan saja. Jika keseluruhan
akan menjadi syarahan yang akan menjemukan.
 Kaedah berkesan untuk menyampaikan kemahiran,
konsep dan prinsip matematik, sains dan sebagainya.

ii. Model Resepsi Ausubel : Contoh Utama Model


Ekspositori
- David P.Ausubel mengatakan pembelajaran resepsi
lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan
penemuan.
- Menurutnya, pembelajaran resepsi satu-satunya
strategi pengajaran paling berkesan untuk
pembelajaran bermakna.

12
Ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi
iaitu;
i. Pelajar mempunyai sikap dan tujuan yang
positif terhadap aktiviti pembelajaran.
ii. Pengetahuan yang sedia ada dalam
struktur kognitif pelajar harus digunakan
untuk mengaitkannya dengan pelajaran
baru.
Beberapa faktor yang mengganggu
pembelajaran bermakna.
i. Perkembangan kognitif pelajar yang
rendah.
ii. Kurang motivasi
iii. Strategi pengajaran
13
• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Dalam P&P
 Rangsangan luar sangat penting untuk dikaitkan
dengan pengajaran.
 Cara guru mewujudkan peluang dan menyokong
pemprosesan maklumat pelajar menjadi asas kepada
pembelajaran dalam bilik darjah.
 Maklumas balas pelajar pada akhir pembelajaran
sangat penting kerana menjadi aras pemahaman
murid.
 Peneguhan berbentuk pujian/ penghargaan penting
diberi pada pelajar dalam usaha meningkat dan
mengekalkan minat mereka untuk belajar.

14
b. Model Inkuiri

Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan


jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau
masalah yang dikemukakan.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti
soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang
aktiviti, menjalankan kajian siasat dan membuat
rumusan untuk mendapat jawapan.
Terdapat empat jenis model ini iaitu;
i. Model Inkuiri Sains
ii. Model Inkuiri Sosial
iii. Model Inkuiri Jurisprudential
iv. Model Inkuiri Suchman
15
• Merupakan pendekatan yang memberi peluang
kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri
mengenai sst konsep/ benda.
• Guru memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus kepada pelajar
sehingga dapat membuat kesimpulan tentang apa
yang ingin guru sampaikan.
• Sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi
mengalakkan pelajar berfikir.
• Melibatkan proses penaakulan dan menggalakkan
pemikiran peringkat tinggi.
• Pelajar tidak diberitahu mengenai pembelajarannya,
tetapi berusaha sendiri mencari, meneliti dan
mempelajarinya.
16
• Melalui proses tersebut, baru pelajar dapat membuat
rumusan berkenaan dengan isi pengajaran gurunya.
• Pada masa sama, guru perlu memberi nasihat dan
tunjuk ajar memandangkan pelajar mungkin membuat
rumusan palsu.
• Misalnya, kajian dalam makmal pelajar perlu
mengikuti peraturan peraturan yang tepat kerana
kegagalan akan menyebabkan jawapan yang diterima
adalah salah.
• Justeru, setiap lagkah perlu ikut aturannya.
• Guru tidak digalak memberi definisi/ menerangkan isi
kepada pelajar, tetapi memberi bbrp soalan yang
membolehkan pelajar membuat deduksi tertentu.
• Pada akhir pengajaran, baru guru membuat rumusan.

17
• Beberapa prinsip dalam melaksanakan deduktif;
a. Oleh sebab pelajar membuat rumusan, penting bagi guru
menyediakan struktur pembelajaran yang akan dilalui oleh
pelajar.
b. Guru menyediakan soalan-soalan bagi mendorong murid
mencari jawapan.
c. Contoh-contoh yang diberi oleh guru mesti sesuai supaya
tidak wujud kekeliruan.
d. Guru perlu pelbagaikan aktiviti pembelajaran supaya dapat
menarik minat pelajar.
e. Bantuan guru sangat penting semasa pengajaran dan
pembelajaran.
f. Perlu mematuhi proses pemikiran induktif iaitu dpd
contoh khusus kepada kesimpulan umum.
18
i. Model Inkuiri Sains

Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan


ciri-ciri unsur sains.

Lima langkah aktiviti soal selidik iaitu;


a. Mengenal pasti masalah
b. Mencari maklumat
c. Membuat hipotesis
d. Menguji hipotesis
e. Membuat rumusan

19
• Model Inkuiri Sosial digunakan untuk mengkaji topik-
topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan
kemanusiaan.
• Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti
pemerhatian, temu bual atau soal selidik.
• Model Inkuiri Juris Prudential digunakan untuk
mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar
Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
• Dalam aktiviti p&p, ada dua jenis teknik inkuiri iaitu
inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.

20
• Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-
murid menjalankan kajian.
• Inkuiri terbuka , murid-murid tidak diberi sebarang
bimbingan.
• Kajian dijalankan oleh murid-murid sendiri.
• Sesuai untuk murid-murid di sekolah menengah dan
peringkat tinggi.

21
02. MODEL BEHAVIORAL
a. Pengajaran Langsung (Direct Instruction)
- Guru mengajar secara langsung dalam kelas.
- Mengajar, memberi latihan atau kerja yang
sama kepada semua murid dalam kelasnya.
- Melibatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seluruh kelas.
- Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah ;
i. Guru dapat menjimatkan masa dan tenaga.
ii. Ramai murid suka belajar bersama-sama.
iii. Murid yang belajar dalam kumpulan lebih
seronok dari yang belajar secara individu.

22
iv. Akan melibatkan semua murid menyertai aktiviti
pembelajaran yang sama. Murid bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah yang diberi.
v. Melatih murid bersifat sederhana dan mencontohi
rakan-rakan yang pintar.

23
• Kelemahan pengajaran ini ialah ;
i. Pengajaran menggunakan kaedah yang sama, tidak
dapat membantu mengembangkan potensi,
intelek, rohani dan sosial murid secara seimbang
dan menyeluruh.
ii. Melibatkan banyak aktiviti pengajaran guru,
pelajar menjadi pasif iaitu diam dan menerima
sahaja.
iii. Tidak memberi penilaian secara objektif. Iaitu
sst hasil kerja yang diusahakan bersama akan
dinilai dengan tahap yang sama.
iv. Tidak membolehkan guru memberi perhatian
kepada setiap individu dalam kelas.
v. Kurang sesuai kerana tahap kebolehan murid
adalah berbeza-beza.

24
b. Pembelajaran Masteri
 Berasal dari perkataan Inggeris “mastery”, bermaksud
‘menguasai’.
 Merupakan strategi dan pendekatan mengajar bertujuan
memastikan pelajar betul-betul menguasai sst isi pelajaran
dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih
tinggi.
 Telah lama dijalankan di negara kita.
 Dalam kelas dahulu, murid yang lemah akan ditahan
sehingga dapat kuasai apa yang sepatutnya dikuasai.
 Kemudian diganti dengan sistem kenaikan kelas secara
automatik spt sekarang.
 Prinsip dalam pendekatan masteri sama dengan yang
diamalkan dalam sistem pendidikan awal.
25
• Tujuannya supaya murid-murid benar-benar faham
dan kuasai sst tajuk sebelum didedahkan dengan
tajuk yang rumit.
• Memerlukan guru membuat persiapan yg rapi dan
teliti.
• Kerana dalam kelas terdapat pelbagai jenis pelajar.
• Pengajarannya berlandaskan kepercayaan bahawa
semua pelajar dilahirkan dengan keupayaan
memperoleh ilmu pengetahuan dan boleh menguasai
sst kemahiran yang diajar dengan sempurna dan baik
sekiranya diberi peluang melalui proses p&p yang
berkualiti dalam masa yang mencukupi.
• Elemen penting ialah penilaian pembelajaran.
• Guru bukan setakat mana pelajarnya menguasai sst
isi pelajar sebelum beralih ke peringkat lebih tinggi.

26
• Sekiranya terdapat kegagalan yang teruk, program
pemulihan segera perlu diadakan supaya sst
kegagalan itu dapat dibaiki.
• Aktiviti pengayaan perlu diberi kepada pelajar-
pelajar yang sudah menguasai kemahiran dengan
baik supaya mereka dapat meneguhkan ingatan dan
pemahaman pada tajuk-tajuk tertentu.

27
b. Pembelajaran Masteri :
 Personaliti Guru –> guru perlu komited, penyayang,
berasa yakin, pendorong, proaktif dan menyelesaikan
masalah.
 Gaya Pembelajaran Murid -> Pragmatis, imaginatif,
reflektif, praktis, lisan, visual, gerakan, Dunn& Dunn.
 Pelbagai Kecerdasan -> jenis kecerdasan mengikut
Gardner
 Bahan-bahan P&P -> Jenis, sumber, penggunaan dan
pengurusan.
 Kemahiran Berfikir -> reaktif, reflektif
 Nilai-nilai -> mengikut KBSM/ 16 nilai
 Elemen-elemen -> perkara-perkara yang timbul secara
berkala

28
 Pengurusan Kelas dan Aktiviti P&P -> Murid, aktiviti,
bahan masa, ujian, pemulihan dan pengayaan dan
Rekod.
 Perkara Lain -> 7 Kecerdasan, Patriotisme,
kemahiran keibubapaan dan keselamatan jalan raya.
 Kemahiran berfikir
 Kemahiran belajar

29
• Strategi P&P Pembelajaran Masteri
Ada 4 langkah iaitu ;
i. Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka
objektif pembelajaran secara eksplisit iaitu
berdasarkan hasil perlakuan murid-murid setelah
didedahkan kepada P&P. Objektifnya mengandungi
unsur-unsur boelh diukur.
ii. Ajarkan murid dengan kaedah dan teknik mengajar
berkesan dan bahan yang sesuai.
iii. Nilaikan hasil pembelajaran dengan ujian formatif
(diagnostik) dan ujian sumatif berdasarkan
objektif pelajaran dengan tujuan menentukan
tahap penguasaan dan pencapaian murid selepas
p&p.
30
iv. Laksanakan aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang
belum kuasai kemahiran sepenuhnya dan aktiviti
pengayaan untuk murid-murid yang sudah mencapai
objektif memuaskan.

31
Sekian dan terima kasih,

32

You might also like