You are on page 1of 12

Abstrak

Dalam kertas kerja ini telah bangkitkan isu-isu yang menjadi faktor kepada berlakunya

kekangan dan batasan yang sering wujud semasa menjalankan sesuatu program latihan. Setelah

membuat penelitian dalam rujukan dan maklumat yang sedia ada maka kami telah mendapati

tiga isu utama yang menjadi faktor kepada berlakunya kekangan dan batasan dalam sesuatu

program latihan. Isu pertama adalah melibatkan kepada proses pembentukan latihan yang

merangkumi kepada persediaan , perlaksanaan dan juga penilaian latihan. Isu kedua adalah

melibatkan kepada pengoperasian sesuatu program latihan itu sendiri yang melibatkan kepada

jurulatih, pelatih, infranstruktur dan juga kos latihan. Isu seterusnya iaitu isu ketiga adalah dalam

segi pentadbiran dan juga polisi syarikat yang memainkan peranan bagi memberi sokongan

kepada sesuatu program latihan. Dalam kertas kerja ini turut diselitkan beberapa isu yang

dianggap remeh namun sebenarnya merupakan salah satu faktor kepada kekangan dan batasan

yang berlaku dalam perjalanan sesebuah program latihan.

1
Isu-isu yang Mejadi Faktor kepada Kekangan dan Batasan Dalam Sesuatu Program

Latihan.

Isu Pertama: Proses Pembentukan Program Latihan.

Proses pembentukan latihan merangkumi tiga proses utama iaitu:

1. Proses Persediaan

Dalam menjalankan proses pembentukan latihan perkara pertama adalah persediaan. Dalam

proses persediaan ini perkara yang perlu dititik berat adalah analisis tugas bagi memastikan

kemahiran apa yang perlu ada dalam menjalankan tugas dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh

perkerja untuk menjalankan sesuatu tugasan itu. Perkara kedua adalah analisis individu bagi

mengenalpasti tranibiliti dan juga kesediaan pelatih untuk memberikan penumpuaan sepenuhnya

kepada latihan yang akan dijalankan. Analisis organisasi adalah perkara yang ketiga yang perlu

di jalankan bagi memastikan kualiti dan juga kuantiti perkerja yang diperlukan dalam organisasi

pada masa akan datang.

Kekangan dan Batasan Dalam Proses Persediaan

Dalam proses untuk menjalankan analisis-analisis keperluan latihan yang ada dalam proses

persediaan perkara yang menjadi kekangan dan batasan adalah kerjasama semua.

Kebanyakkan pekerja di organisasi sangat sibuk menjalankan tugas maka mereka agak susah

untuk memberi kerjasama dalam proses untuk menjalankan analisi. Termasuklah pengurus

syarikat yang kadang-kadang mementingkan polisi dan juga kerahsiaan syarikat jadi ini

memberikan masalah bagi analisis ini dijalankan dengan berkesan. Batasan ini akan

menyebabkan keputusan analisis tidak tepat dan mempengaruhi pembentukan latihan kelak.

2
2. Proses Perlaksanaan Program Latihan

Seperti yang telah dipelajari setiap program latihan memerlukan satu reka bentuk yang

sistemetik bagi memastikan kesan dari pada latihan adalah ditahap yang maksimum dan

memberi kesan yang positif kepada setiap pelatih. Selain daripada itu reka bentuk latihan adalah

penting bagi memastikan penggunaan sumber yang efektif serta effisyen agar tidak berlakunya

pembaziran. Dalam mereka bentuk program latihan yang sistemetik tiga aspek penting yang

perlu dititik beratkan adalah:

1. Penekanan kepada ketepatan objektif latihan yang direka bentuk

2. Kesedian kakitangan yang akan menghadiri latihan

3. Prinsip pembelajaran yang akn di guna pakai

Kekangan dan Batasan dalam Proses Perlaksanaan

Jadi apa yang mungkin menjadi kekangan dan juga batasan dalam mereka bentuk

program latihan adalah apabila tiga aspek penting ini diabaikan, maka kekangan yang akan

berlaku adalah:

1. Pemilihan objektif yang tidak memenuhi kehendak latihan yang ingin dijalankan.

2. Peserta tidak bersedia dan mereka yang salah bagi menjalani latihan.

3. Pemilihan prinsip pembelajaran yang salah dan tidak menepati objektif latihan.

3. Prose Penilaian Latihan

Proses ini sangatlah penting bagi memastikan keberkesanan program latihan dan juga

objektif latihan tercapai atau tidak setelah program latihan itu dijalankan. Selain itu proses ini

akan menentukan program yang sama akan dijalankan dalam masa yang akan datang atau

digantikan dengan program latihan yang baru atau tidak dan mengenalpasti sama ada sumber

yang di bekalkan digunakan dengan tepat dan tidak berlaku pembaziran.

3
Kekangan dan Batasan Penilaian Latihan.

Kebanyakan pengurus program latihan ingin melihat program mereka adalah yang

terbaik dan kadang-kadang mereka akan memberikan keputusan yang terbaik ketika

memberikan penilaian kepada program latihan mereka dan ada juga sesetengan program latihan

tidak melakukan penilaian secara berterusan kepada bekas perlatih. Jadi masalah ini

memberikan permasalahan kepada keberkesanan program latihan yang akan datang.

Maka boleh di rumuskan disini proses mereka bentuk adalah sangat penting agar

program latihan ini memberikan kesan yang maksimum selepas program latihan ini selesai kelak.

Selain itu terdapat juga kekangan dan juga batasan lain dalam Isu Pembentukan program latihan

ini seperti:

Pemilihan Media atau Saluran Latihan yang Bersesuaian

Di dalam mendapatkan keberkesanan sesuatu program latihan media dan juga saluran perlulah

interaktif dan mampu untuk menarik minat para pelatih untuk belajar semasa program latihan

kelak.

Kekangan dan juga batasan yang sering berlaku dalam memilih media dan juga saluran adalah:

1. Penggunan media yang membosankan dan tidak berkesan

2. Saluran tidak sesuai bagi menyokong keberkesanan latihan

3. Kekurangan peralatan dan yang ada telah lapuk

Media dan saluran perlulah sesuai bagi memastikan latihan dapat dijalankan dengan lancar.

Pemilihan ini penting bagi membantu jurulatih memberi penyampaian yang berkesan dan tidak

membosankan para pelatih. Pemililihan saluran dan media yang interaktif ini memberikan kesan

yang positif kepada perubahan para pelatih selepas dari program latihan.

4
Pembelajaran Aktif

Apa yang di maksudkan dengan pembelajaran aktif adalah proses pembelajaran yang

memerlukan pelatih untuk turut serta dalam proses pebelajaran dan juga latihan. Maksudnya di

sini pelajar boleh menanyakan terus soalan jika tidak memahami sesuatu perkara itu.

Namun apa yang menjadi kekangan adalah pelajar kadang-kadang persikap pasif dan

tidak mahu turut serta dalam perbincangan dan juga latihan. Jurulatih juga kadang-kadang tidak

membenarkan pelatih untuk menyampaikan apa yang mereka rasa. Jadi ini menyebabkan

pembeljaran aktif tidak dapat berlaku dan menghalang dari berlakunya kesan latihan yang

maksimum. Maka pelatih yang tidak faham mengenai sesuatu perkara itu akan terus tidak faham

dan ketingglan dalan program latihan yang telah berlaku. aktif juga memberi kesan kepada

pelajar terhadap cara bagaimana pelajar memahami pelajaran tersebut

Komunikasi Berkesan

Didalam proses pembelajaran, sekiranya terdapat komunikasi yang effektif proses pembelajaran

tersebut akan berlaku dengan cepat dan pelajar akan dapat memahami material pengajaran yang

disampaikan. Jadi komunikasi berkesan dapat meningkatkan tahap pembelajaran.

5
Isu Kedua: Pengoperasian

Ini melibatkan perancangan, pentadbiran, pengurusan dan peruntukan dari segi wang

ringgit dari organisasi, kesemuanya adalah menjadi faktor yang penting dalam kejayaan

sesebuah program latihan yang dijalankan. Khususnya, kita mesti mempertimbangkan peranan

kumpulan jurulatih, pelatih, kakitangan, pelaksanaan, dan isu-isu dasar seperti kemudahan-

kemudahan , kos dan jadual pelaksanaan.

Kumpulan Jurulatih, Fasilitator dan Pelatih

Dalam sesuatu program latihan jurulatih, fasilitator dan pelajar adalah mereka yang

berkait rapat dan saling perlu memerlukan. Jadi pemilihan jurulatih, fasilitator dan pelatih adalah

sangat penting bagi mengatasi permasalahan yang mungkin berlaku ketika program latihan itu di

jalankan.. Dalam proses latihan di jalankan semua yang terlibat berganding bahu untuk

menyumbangkan dan menyampaikan kualiti yang dimiliki sesebuah program latihan ini,

keperluan untuk aktiviti merancang dan menyelaras kakitangan menjadi kepentingan.

Khususnya, kita perlu mentakrifkan tugas-tugas dua peranan utama iaitu jurulatih dan fasilitator.

Jurulatih

Jurulatih adalah mereka yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan satu

program latihan yang bersesuain. Jurulatih jugalah yang memberikan impak positif kepada

pelatih sesuatu program. seseorang jurulatih yang mantap mempunyai cirri-ciri berikut:

• mempunyai pengatahun dan juga kemahiran dalam bidang yang diajar

• mempunyai pengatahuan mengenai organisai yang dilatih

• mempunyai pengatahuan dan kemahiran dalam memberi latihan berkesan

• mempunyai kesedian dalam memberikan latihan

• mempunyai kemahiran dalam mepengaruhi pelatihnya

• mempunyai komitmen kepada latihan yang di berikan

6
• mempunyai kesungguhan dan juga keyakinan dalam menyampaikan pelajaran

• memahami objektif latihan yang ingin disampaikan

Jadi apabila berlaku kesilapan dalam memilih jurulatih, kekekangan seperti pembelajaran yang

tidak berkesan akan berlaku. Jurulatih yang salah akan memberikan kesan yang teruk kepada

proses latihan yang dijalankan.

Kekangan yang mungkin berlaku apabila jurulatih adalah salah:

1. Latihan tidak mencapai objektif yang telah di tetapkan

2. Pembelajaran tidak berkesan kepada pelatih

3. Pelatih menjadi bosan

Pelatih

Pelatih yang menyertai program latihan juga menjadi kekangan dan batasan kepada sesuatu

program latihan. apa yang di maksudkan di sini adalah pelatih perlu bersedia dan mempunyai

minat untuk menyertai latihan. Kadang-kadang pelatih ini tidak bersedia untuk berlatih kerana

mereka mempunyai komitment dan halangan lain seperti keluarga dan juga tugasan. Kadang-

kadang mereka tidak dapat memberikan tumpuan yang menyeluruh kepada pembelajaran yang

sedang dijalankan. Kekangan seumpama ini menyebabkan pelatih hilang tumpuan dan minat

terhadap latihan yang diberikan. Maka batasan ini perlulah diambil berat dengan memberikan

penerangan terperinci terhadap kepentingan latihan ini kepada mereka.

Infranstruktur dan Kelas.

Kelas yang selesa memberikan kesan yang positif dalam proses latihan. Pemilihan kelas

atau tempat belajar yang sesuai menjanjikan kesan kepada perubahan pengatahuan pelatih.

kekangan mungkin berlaku apabila kelas yang ada tidak bersesuaian dengan pembelajaran yang

disampaikan. kelas yang tidak mempunyai infranstruktur yang lengkap membantutkan proses

pembelajaran yang ingin disampaikan. ini memberikan kesan negative kepada pelatih kerana

7
mereka tidak merasa selesa dan jurulatih tidak dapat menyampaikan latihan dengan

sepenuhnya.

Kos Pengendalian Latihan

Peruntukan yang ada perlulah mencukupi bagi memastikan semua perkara dalam proses

pengoperasian ini dapat di jalankan dengan mantap. Sebagai contoh dengan adanya wang dan

peruntukan yang cukup maka jurulatih yang diupah semestinya dari mereka yang berpengalaman

dan memberikan kesan yang positif kepada perubahan pengatahuan dan kemahiran pelatih.

Selain dari itu peruntukan yang bersesuaian akan memberikan pentadbir latihan memilih kelas

yang sesuai dan juga alat bantuan mengajar yang lengkap bagi proses latihan dapat dijalankan

secara maksimum. Jika peruntukan tidak mencukupi maka ini memberikan kesan negative

kepada latihan dan batasan ini perlulah di selesaikan oleh pihak pentadbiran latihan.

8
Isu Ketiga: Polisi dan Isu Pentadbiran

Isu pentadbiran juga memberikan kesan kepada sesuatu latihan yang dijalankan

seseorang pengurus perlulah memberikan sokongan padu kepada latihan. Sokongan dalam segi

wang ringgit dan juga dari segi motivasi kepada pekerja mereka. Dari segi pentadbiran pula

sesuatu program latihan itu perlulah ditadbir dengan lancar dan ini akan membantu program

latihan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Kekangan dan Batasan yang berlaku dalam Isu Polisi dan Pentadbiran:

1. Program latihan tidak di sokong oleh pengurus.

2. Pengurus tidak mengiktiraf kemahiran yang dikuasai oleh para pekerja.

3. Polisi syarikat terlampau ketat dalam memberikan peruntukan latihan

4. Pengurus lebih mementingkan kepada keuntungan daripada keberkesanan latihan

5. Pengurus syarikat tidak memberikan sokongan kepada Bahagian Sumber Manusia

Jadi ini menjadi tanggungjawab kepada Bahagian Sumber Manusia untuk menerangkan

kepada pengurus syarikat mengenai progaram latihan ini. Maka ini akan memberikan

pendedahan kepada pengurus syarikat mengenai objektif latihan yang sememangnya akan

memberikan keuntungan kepada syarikat kelak. Sokongan pihak pengurusan terhadap program

latihan adalah amat penting kerana pihak pengurusan perlu tahu betapa pentingnya latihan ini

terhadap pembangunan kerjaya bagi pekerja dan seterusnya mencapai matlamat organisasi.

Pihak pengurusn perlu menberi penekanan dan sokongan tentang kepentingan menghadiri

program latihan kepada pekerja bagi menjalani program latihan yang dirancang di organisasi itu

sendiri. Penekanan juga harus diberikan kepada kandungan latihan kerana peyediaan

9
kandungan latihan perlu selaran dengan kerja yang dilakukan oleh pelatih. Apabila sokongan

daripada pihak pengurusan itu tinggi maka semakin banyak proses pemindahan dapat dilakukan

oleh pelatih itu dan mengaplikasikannya di ogranisasi di mana pelatih itu bekerja.

Faktor-faktor lain

Selain dari faktor-faktor utama di atas, terdapat juga faktor lain seperti penjadualan

program tersebut, objektif atau matlamat latihan yang tidak terperinci dan juga kawalan semasa

latihan tersebut. Dari segi penjadualan, program perlulah selaras dan mengikut peruntukan masa

yang telah ditetapkan jika tidak masa mungkin tidak cukup atau terlebih masa. Selain itu masa

peserta juga perlu selaras dengan masa program tersebut, jika tidak kemungkinan peserta tidak

dapat menghadiri program tersebut.

Sebelum sesuatu program latihan dijalankan, peserta perlu diberikan penerangan yang

terperinci mengenai objektif dan juga tujuan latihan tersebut. Jika tidak peserta akan hilang arah

dan mereka akan tidak dapat memberikan perhatian yang secukupnya dalam program tersebut.

Kawalan perlulah secukupnya untuk memastikan keselamatan peserta dan juga tiada peserta

akan lalai dalam perkara lain, kawalan disini bermaksud kawalan keselamatan dan juga kawalan

terhadap peserta itu sendiri supaya dapat memberikan sepenuh penumpuan terhadap program

latihan tersebut.

10
Kesimpulan

Selepas merujuk kempali kepada setiap isu yang di bangkitkan oleh penyelidikan ini, jadi

telah di dapati bahawa untuk menjadikan sesuatu program latihan itu lebih berkesan dan mantap

segala isu-isu ini perlu dititik beratkan.

Pihak pengurusan juga perlu mengiktirafkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki

oleh pelatih itu semasa menjalini latihan dan bukannya mengabaikan keblehan dan kemahiran

yang dipelajari oleh pelatih itu dan menganggapnya sebagai sia-sia. Pelatih itu juga dapat

berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dipelajarinya semasa menjalani

latihan tersebut kepada rakan sekerja yang lain dan seterusnya dapat bersama-sama

memajukan lagi organisasi.

Seterunya adalah sokongan rakan sekerja, pada kebiasaanya apabila seseorang pekerja

itu terpilih bagi menghadiri sesuatu program latihan, pastinya akan timbul perasaan

ketidakpuasan hati dikalangan rakan sekerja. Perkara yang seharusnya dilakukan adalah rakan

sekerja perlu memberi sokongan kepada pekerja itu bagi manjalani latihan dan seterusnya

mengakui kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi pekerja tersebut semasa menghadiri

latihan itu.

11
Rujukan

McNabb, J. (1994, October). Telecourse effectiveness: Findings in the current literature. Tech
Trends, 39-40.

Millbank, G. (1994). Writing multimedia training with integrated simulation. Paper presented at the
Writers' Retreat on Interactive Technology and Equipment.

Perraton, H. (1988). A theory for distance education. In D. Sewart, D. Keegan, & B. Holmberg
(Ed.), Distance education: International perspectives (pp. 34-45). New York: Routledge.

Pacific Mountain Network (Producer). (1994). Far View I-IV [Videotape series]. (Available from
PMN, 1550 Park Avenue, Denver, CO 80218-1661.)

Porter, D. (Ed.). (1994, March). New directions in distance learning: Interim report. (Available:
David Porter, Manager, Schools Curriculum Programs, 4355 Mathissi Place, Burnaby, BC.,
Canada V5G 4S8.)

Schamber, L. (1988). Delivery systems for distance education. (ERIC Document Reproduction
Service No. ED 304 111).

Schlosser, C.A., & Anderson, M.L. (1994). Distance education: review of the literature.
Washington, DC: Association for Educational Communications and Technology.

Talab, R.S., & Newhouse, B. (1993, January). Self-efficacy, performance variables and distance
learning facilitator technology adoption: Support for the teacher needs hierarchy. In Proceedings of
Selected Research and Development Presentations at the convention of the AECT, Research and
Theory Division, New Orleans.

12

You might also like