You are on page 1of 8

KAEDAH IQRA`

Pengenalan

Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia. Kaedah
ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih
dahulu. Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak
mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di
atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti
tanda mati atau tasydid.

Buku Iqra` 1

1. Kaedah mengajar:
1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah
cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi
ulasan.
3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan
betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang
pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu
memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf
tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara
berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan
sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan
seperti lupa membaca bunyi (‫) َز‬, guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya
dibaca (‫)ر‬
َ dan sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu menunjukkan
bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf

1
fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja
yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-
murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu
seperti:
‫ض َظ َز َع َذ قَ اَ َخ‬
َ ‫س‬
َ ‫ش‬
َ
7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

Aplikasi

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam


buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan
ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman
berkenaan.
Buku Iqra` 2

1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam


pengajaran buku 2.
2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi
semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang
disambung, contohnya: ‫ب‬
َ ، ‫ص َر‬ َ ‫ب َخ َط‬
َ ‫ َب‬diawal, ‫ب‬ َ di akhir
‫ب‬
َ ،‫ص َب َر‬
َ di tengah kerana biasanya murid-murid sudah
boleh memahami dan membacanya.
4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara
putus-putus.
6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru
tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur
mengapa dibaca demikian.

2
Aplikasi

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam


buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.
2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad
supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan
menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas
perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:
َ َ‫ان َننــَا َننــ‬
‫ان‬ َ َ‫ان َن َننــ‬
َ َ‫َنـا َننـَـا َننــ‬

Buku Iqra` 3

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8


juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk
buku Iqra` 3.
2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang
sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya
maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus.
Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar
diikuti
oleh murid-murid.
4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah
yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: ‫َو َما‬
ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh
diulang lagi.

Aplikasi

3
1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas,
bawah dan depan.
2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf
mad ‫ ْا‬dan huruf mad ْ‫ي‬
3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf
mad ‫ي‬ ‫ ْ ْا‬،dan huruf mad ‫و‬.ْ

Buku Iqra` 4

. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh
digunakan untuk buku 4.
2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf
(sila rujuk buku 1 ms 32)
3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah
atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan
yang keliru itu sahaja.
4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah
dengan singkatan : ‫قطــب جــــــد‬
5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.
6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21
(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
ulang kemudian baru diamati, contoh:
‫تــــَ ْْك‬ ‫ك‬
َ ‫تـَــــ‬ ‫ـك‬
َ َ‫تـــ‬
Aplikasi

1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan

4
depan.
2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya
berbaris
di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.
3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya
berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
di atas.
4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati
sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.
5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.
6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.
7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan
yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan
minat murid-murid.

8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21


(hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak
membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-
ulang kemudian baru diamati, contoh:
‫تــــَ ْْك‬ ‫ك‬
َ ‫تـَــــ‬ ‫ـك‬
َ َ‫تـــ‬

Buku Iqra` 5

1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6,


buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh
diikuti dalam buku 5.
2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya
digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada
murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.

5
4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid
seperti:
Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid-
murid dapat menguasai bacaan dengan betul.
5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai
dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

Aplikasi

1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak


dibunyikan ms 1-2: ‫مـَـا اكتسبت‬ ‫َوالـــــحمد‬
2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-
َ ‫َنس َتع‬
5: ‫ِين‬ ‫ِين‬
َ ‫َءام‬
3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas
dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua
harakat ms 6 : ‫َوزنـــــًا‬ ً َ‫أَبـــ‬
‫ــدا‬
4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha
Sakinah ms 7-8 : ‫َحام َي ًة‬ ‫َءاني ٍة‬
5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8
‫آلاَعبُـــ ُد‬
6. Nun dan mim syaddah ‫ نّ ّم‬dibaca dengung dua harakat
ms 10 .
7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung
dua harakat ms 11 :ُ‫ُ خيـــ ُُر ُ ِّنســــَــاء‬
َ
8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif
ِ ‫َوالــــــــــ َّن‬
lam tidak dibaca ms 12-13 :‫اس‬
9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah
bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms
14-18: ‫بــَ َّد َل‬ ‫َكبـــ َّ َر‬
10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua
harakat ms19-21 : ‫ســـم‬ ِ َ‫َعـــل‬
ِ ِ‫يــهم ِبــاال‬
11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf
lam dibaca tebal ms 22 : ‫َواللَّــــ ُه‬

6
12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf
lam dibaca nipis ms 23: ‫لِلَّـــــ ِه‬
13. Huruf nun atau tanwin bertemu ‫ ل‬dan ‫ ر‬bacaannya
Tidak didengungkan ms 24-25: ‫َمن رَّ َءاى َخي ُر ُ لَّك‬
14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah
dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: َ ِّ‫َوآلالــضَّــآ ل‬
‫يــن‬
15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-
murid.

Buku Iqra` 6

1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2,


nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan
buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi
buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,
hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.
2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun
panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah
dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah
mereka membaca bahagian seterusnya.
3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan,
walaupun dengan bacaan tartil.
4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
langsung berdasarkan praktik bacaan.

Aplikasi

1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya


hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : ‫َخي ُر ُ َوأَبقى‬
2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah

7
dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar
kepada mim yang ringan ms 7-9: ‫ــعض‬
ِ ‫مِن َب‬
3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa`
hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat
ms11-18 : ‫مِن جُوع‬
4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20
5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .
6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid
yang sama taraf pencapaiannya.
7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

You might also like