You are on page 1of 2

PERSEDIAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO

FORMAT PERSEDIAN MENGAJAR PENGAJARAN MAKRO

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan


keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan
masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa
perkara:
 Meneliti dan menafsir sukatan pelajaran
 Membuka skema rancangan kerja untuk sesuatu tahun
 Menyediakan persediaan mengajar harian.

Persediaan mengajar atau dikenali dengan Rancangan Pengajaran Harian yang


lengkap perlu dirancang dan disediakan.Persediaan mengajar yang disediakan
dengan jelas,teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.Melalui
persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru :
a. Menentukan okjektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang.
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup untuk disampaikan
dalam tempoh masa yang diperuntukkan.
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat,kebolehan
dan minat pelajar.
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu.
e. Merancang aktiviti murid-murid.
f. Mengawal bilik darjah dengan baik.
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid.
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid.
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan.
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur.
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran.
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
m. Merancang bagaimana nilai murid dalam agama dapat diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Format persediaan mengajar/Rancangan Pengajaran Harian

Tahun (kelas) : 2 cerdik Tarikh :


Bilangan murid : 35 orang murid Masa :
Mata pelajaran : Pendidikan Islam

Tajuk pengajaran :
Sub-topik :

Pengetahuan sedia ada :


Objektif pengajaran :

Bahan sumber pengajaran :


pemikiran kreatif dan kritis :

Pelaksanaan P&P:
Penyampaian/ Isi pelajaran /
Aktiviti p&p Catatan
Masa Kemahiran

Set induksi
(5 min)

Langkah 1
(15 min)

Langkah 2
(15 min)

Langkah 3
(15 min)

Penilaian
(5 min)

Penutup Refleksi murid


(3 min) Rumusan guru

Refleksi guru : 1. Sebelum p&p :

2.Selepas p&p :

Rumusan Penyelia :

You might also like