You are on page 1of 2

Abstrak

Kajian yang dilakukan oleh Arthur Richard adalah mengenai kehidupan percintaan dalam
kalangan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) khususnya di Universiti Malaya.
Berdasarkan kajian dan soal sedidik yang telah dilakukan terhadap 1730 responden di Universiti
Malaya penulis mendapati sebanyak 30 peratus atau seramai 519 orang pelajar sedang dilamun
cinta semasa belajar di universiti. Manakala lima peratus atau sekitar 87 orang pelajar yang
bercinta pula mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama pasangan masing-masing.
Namun, kajian yang dilakukan penulis juga mendapati hanya satu peratus atau seramai 17 orang
pelajar sahaja yang benar-benar serius untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan
masing-masing setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Golongan ini juga menganggap
bercinta semasa belajar merupakan persediaan awal untuk mengenali pasangan masing-masing
sebelum menempuh alam perkahwinan.

Malah berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis juga mendapati


kebanyakkan pelajar yang dilamun cinta adalah pelajar yang berada pada tahun-tahun terakhir
pengajian mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini ingin berkahwin semasa masih menuntut,
keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan
kerana terikat dengan tanggungjawab terutamanya kepada suami. Situasi ini boleh diatasi
sekiranya pelajar-pelajar ini menggunakan peluang untuk mencari duit perbelanjaan dengan
melakukan kerja sambilan sekiranya mempunyai masa yang terluang. Pelajar-pelajar ini juga
menyatakan perkahwinan bukanlah halangan untuk mereka berjaya dalam pengajian masing-
masing.

Keinginan melakukan hubungan seks bagi golongan remaja adalah tinggi. Jadi,
kebimbangan mengenai hubungan seks sebelum berkahwin bagi pasangan yang bercinta sangat
membimbangkan sekiranya ketelanjuran mereka akan menyebabkan lahirnya anak diluar nikah.
Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakkan pasangan muda di Barat yang
mengamalkan hubungan seks bebas bersama pasangan masing-masing. Walaubagaimanapun,
bercinta semasa belajar terutamanya kepada penuntut IPT tidak akan menghalang seseorang
untuk memperoleh kejayaan sekiranya individu yang berkenaan bijak menguruskan diri dan
dapat membezakan kehidupan peribadi dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, dalam konteks ini cinta bermaksud perasaan atau
berperasaan sangat berahi, asyik, kasih, sayang antara lelaki dan perempuan serta ingin akan
sesuatu atau rindu.1 Bercinta sambil belajar pada zaman ini bolehlah diibaratkan sebagai satu
‘trend’ bagi pasangan remaja terutamanya pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Walaupun kebanyakkan remaja mengenali cinta pada awal remaja iaitu pada peringkat
sekolah menengah, namun pada peringkat ini perasaan cinta yang dilalui mereka bolehlah
diibaratkan sebagai ‘cinta monyet’.

1
Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Kuala Lumpur, Hal. 241

You might also like