You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT1203 : TEACHING MATHEMATICS IN PRE-SCHOOL


AND YEAR ONE

SEMESTER MEI 2010

Nama :

MOHD RIZAL BIN SA’EH

Nombor Matrik:

810618105539002

Nombor Telefon :

1
HALAMAN KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

SOALAN TUGASAN 3-4

PENDAHULUAN 5-6

ALAT PERMAINAN MEMBANTU SUBJEK PENOLAKAN 6-8


MENJADI MUDAH

PENDEKATAN BAHASA MUDAH DAN MENARIK DALAM 8 - 11

PEMBELAJARAN TOPIK PENOLAKAN.

PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER 11 - 17


UNTUK PEMBELAJARAN SUBJEK PENOLAKAN.

KESIMPULAN 17

RUJUKAN 19

2
ASSIGNMENT QUESTION

As a teacher who is responsible to teach mathematics for Pre-School and Year One children, it is
imperative that you ensure the lessons developed are interesting. Search the Internet for
information on FUN WAYS TO TEACH SUBTRACTION. Select THREE ways of teaching
subtraction that you think are stimulating and exciting to be used in your classroom. Based on
these, discuss the recommended methods and change them to suit your students. Justify.

Criteria Exceeds Meets Partially Weak Total


Standard Standard Meets Score
Marks/ Standards
(Weightage) 4 3 2 1

Introduction The The The There is no


introduction introduction introduction clear
(1) describes the describes the lacks introduction or
structure of structure of description of the objectives
the paper and the paper and both the of the 4
states the states the structure of the assignment.
objectives of objectives of paper or the
the the objectives of
assignment in assignment. the assignment
detail.
Discussion of FUN, FUN, Relevant, not Description of
materials’ Relevant, Relevant, detailed / articles
content detailed detailed lacking unclear and
description of description of description not relevant 12
(3) THREE less than articles
articles. THREE
articles.
Modification More than Two detailed, One detailed, Very Poor
and two detailed, well-thought well-thought modification
Justificationwell-thought of of or justification
of modification modification done. 12
(3) modification and well and well
and well justified. justified.
justified.
Organisation Details are Details are Details are not Many details
placed in a placed in a in logical are not in
(1) logical order logical order order and logical order.
and presented but presented distract the There is little 4

3
effectively. less reader. Many sense that the
No effectively grammatical writing is
grammatical with few or spelling organized. No
or spelling grammatical errors. link is
errors. or spelling Link for provided.
Link for errors. selected
selected Link for articles are
articles are selected provided.
provided. articles are
provided.

Total Score 32

* Total Points will be converted to 30 percent.

* The weightage (1 – 3) indicates the weights of the criteria based on the importance for this
assignment.

4
PENDAHULUAN

Perkataan matematik berasal daripada Greek iaitu ‘mathema’ bermaksud


sains,pengetahuan atau pembelajaran dan perkataan ‘ mathematikos’ bermaksud suka belajar.
Secara umumnya istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu iaitu pengajian
deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran. Sejarah mencatatkan hampir 3000 tahun
dahulu tamadun-tamadun awal seperti Mesopotamia,Greek,Mesir dan Cina menggunakan
matematik untuk membangunkan negara dan juga untuk berdagang. Mereka melakukan
pertukaran barang-barang dagangan yang setara dengan nilai yang diniagakan. Selain
itu,pembinaan bangunan-bangunan seperti Piramid di Mesir turut menggunakan kaedah
pengiraan geometri yang terdapat di dalam pengiraan matematik.
Pada masa sekarang,proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu
bidang yang wajib dipelajari oleh para pelajar. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara
mengajar yang berkesan supaya ianya dapat di transformasikan kepada para pelajar dengan lebih
berkesan Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik agak berbeza dengan subjek-
subjek lain. Ini adalah kerana pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping
penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah (Souviney, 1990; NCTM, 1989; ICME, 1994;
Skemp, 1987; Swetz & Tim, 1988; Cockroft, 1982; Nik Azis , 1992; Ibrahim , 1994).
Bidang penolakan merupakan salah satu kemahiran utama yang terdapat di dalam subjek
matematik. Proses ini memerlukan kaedah-kaedah yang tertentu untuk diselesaikan. Pada usia
kanak-kanak lagi, kaedah ini telah diajar untuk membantu mereka berfikiran secara kritis seperti
bagaimana mengambil bilangan kiub mainan sebanyak yang dikehendaki untuk membina sesuatu
bentuk dan menyisihkan sebahagiannya lagi yang tidak perlu digunakan. Kemahiran-kemahiran
secara tidak langsung ini membantu kanak-kanak tersebut menjana pemikiran yang lebih analitik
dan tersusun. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak

5
memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan
(sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Subjek matematik terutamanya dalam kaedah penolakan memerlukan keseronokan dan
kelainan dalam proses pembelajarannya. Pembelajaran matematik seringkali dianggap sukar bagi
kebanyakkan pelajar terutamanya kanak-kanak. Sememangnya seorang guru atau pendidik
seharusnya pandai mengolah dang mengharmonikan kaedah pembelajaran matematik terutamaya
subjek penolakan agar ianya lebih seronok,interaktif dan mencabar minda para pelajar terutamya
kanak-kanak.
Di dalam kertas kerja ini, akan dibincangkan dengan lebih lanjut kaedah-kaedah yang
dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah untuk lebih memahami dan
menjalankan pembelajaran yang menyeronokkan didalam subjek penolakan berdasarkan
kandungan penulisan-penulisan artikel serta jurnal dan penambahbaikkan yang boleh dibuat
daripada cadangan yang terdapat di dalam artikel-artikel tersebut.

ALAT PERMAINAN MEMBANTU SUBJEK PENOLAKAN MENJADI MUDAH

Kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun biasanya gemarkan bermain. Bermain akan dapat
membantu mereka membina keyakinan diri, menjadi lebih kreatif dan berfikiran lebih analitik.
Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu
memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal.
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak
hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan
mengajar seperti permainan mudah akan dapat membantu murid-murid memahami konsep
matematik.
Menurut Profesor Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan
pendidik serta pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran, beliau telah
merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik
lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh

6
dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-
ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.
Contoh-contoh permainan yang boleh menarik minat pelajar ialah seperti kad-kad
berwarna, guli,dekak-dekak,lego dan sebagainya.
Untuk menambahkan lagi minat pelajar terhadap subjek penolakan di dalam kelas, guru
akan menggunakan kad-kad berwarna yang mempunyai bilangan sebanyak 10 keping sesuai
dengan aras pengetahuan pelajar untuk menunjukkan perwakilan dan bilangan dalam sesuatu
nombor. Dalam proses ini setiap murid diberikan kad-kad berwarna dan guru menunjukkan
proses menolak mengikut jumlah yang dikehendaki. Contohnya 5 keping kad ditolak dengan 4
keping kad dalam kuantiti yang sama. Pada masa tersebut, guru akan menunjukkan cara bermain
dengan mengambil dan menyusun 5 keping kad berwarna dihadapan murid. Seterusnya guru
akan menyingkirkan atau membuang 4 keping kad daripada susunan 5 keping kad tersebut.
Dengan mudah murid akan melihat sekeping kad akan ditinggalkan dihadapan mereka apabila
proses penolakan tersebut berlaku.

Langkah 1 :

Terdapat 5 keping kad pelbagai warna

Langkah 2 :

7
4 keping kad pelbagai warna dikeluarkan

Langkah 3 :

Jumlah kad yang tinggal ialah 1 keping

Dengan menggunakan kaedah yang sama, guru boleh memanipulasikan pelbagai jumlah
yang dikehendaki asalkan tidak lebih daripada 10 keping kad sesuai dengan aras pengetahuan
pembelajaran murid di tahap prasekolah dan tahun 1. Secara tidak langsung, melalui permainan
berbentuk kad ini akan membentuk pemikiran pelajar yang lebih kognitif, tertumpu dan lebih
analitik.
Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan atau membeli kad-kad permainan yang
lebih interaktif dan menarik di pasaran. Contohnya terdapat Game-Card yang dikenali sebagai
My Rummy di pasaran. Dengan menggunakan kaedah permainan ini ditambah lagi dengan warna
dan grafik yang menarik, minat murid untuk lebih mendekati pembelajaran matematik
terutamanya subjek penolakan akan lebih tinggi.

PENDEKATAN BAHASA MUDAH DAN MENARIK DALAM PEMBELAJARAN


TOPIK PENOLAKAN.

Kaedah penceritaan dan penggunaan bahasa mudah dapat membantu pelajar-pelajar yang
masih muda memahami konsep yang hendak disampaikan. Pada usia ini kanak-kanak yang baru
hendak mempelajari dan mengenali sesuatu perlu dirangsang pemikiran mereka dan tidak
dibebankan dengan konsep serta perkataan yang sukar untuk difahami. Selain itu alat bantu
mengajar yang berwarna ditambah dengan kaedah penceritaan akan dapat menarik para pelajar
ini untuk terus berminat untuk meneruskan pembelajaran mereka. Menurut Nani dan Rohani
(2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran
Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras
dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif,
ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakkan guru-guru tadika lebih cenderung mengajar

8
kanak-kanak terus ke tahapke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap
yang sebelumnya(Nani & Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat
pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan
pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi
pembelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Untuk melakukan proses penceritaan sebagai menarik minat pelajar untuk terus belajar,
bahasa yang mudah difahami oleh mereka memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran dan pembinaan kognitif mereka. Bahasa Murid ialah bahasa seharian yang biasa
digunakan oleh setiap murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam cerita atau
situasi yang kita berikan. Situasi yang dibina akan boleh merangsang murid bercakap dalam
bahasa mereka sendiri.
Guru digalakkan untuk memberikan kebebasan kepada mereka untuk bercakap dan
mereka-reka cerita berdasarkan situasi. Beri mereka masa yang cukup untuk tujuan ini. Antara
aktiviti yang boleh merangsang mereka untuk turut serta dalam perbincangan adalah seperti
berikut:

• Gunakan gambar yang menarik minat mereka. Umpamanya gambar


budak-budak bermain di padang.
• Adakan cerita. Adakan ilustrasi melalui gambar/grafik yang besar.
• Main peranan berdasarkan tema yang ditetapkan guru.
• Bermain dengan bahan manipulatif.
• Cerita yang direka sendiri oleh murid.

Menurut Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan,


kecerdasan adalah kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai
oleh sesuatu budaya. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kebolehan mental
yang berasingan atau bebas, iaitu kecerdasan. Di dalam teori beliau, terdapat teori yang
memaparkan Kecerdasan berdasarkan Verbal ataupun dikenali juga sebagai Kecerdasan
Linguistik. Kecerdasan ini menumpukan kebolehan dan kemampuan menggunakan perkataan
secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat,
gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

9
Sebagai seorang guru yang terlatih, penggunaan bahasa mudah amat dititikberatkan
semasa pendekatan ini digunakan. Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas, murid-murid lebih
gemar berinteraksi antara satu sama lain dengan perkataan mudah difahami. Melalui kaedah
bahasa bahan,penggunaan bahasa dan istilah yang digunakan adalah berkisar disekitar situasi,
cerita yang diberikan oleh seseorang guru. Di sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan.
Konsep tolak dalam matematik umpamanya dikenalkan sebagai...asingkan, jatuhkan, hilang,
sudah dimakan, pecah, terbang dan sebagainya. Sebagai contoh bahasa bahan boleh digunakan
seperti berikut :

"Jatuhkan 3 biji bola daripada 4 biji bola yang berada di atas meja"

Adalah dicadangkan, untuk menambahkan lagi minat pelajar di dalam kelas untuk
pembelajaran subjek penolakan, guru juga boleh menggalakkan mereka menggunakan bahan
maujud untuk mewakilkan aksi, situasi, keadaan dalam cerita mereka. Guru juga disarankan
menggunakan teknik menyoal yang baik untuk merangsang mereka ke arah konsep matematik
yang telah ditetapkan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Sambil merujuk kepada
gambar, situasi dan cerita, guru haruslah mencuba membuat soalan berkaitan dengan konsep
penolakan yang dipelajari untuk hari berkenaan. Terpulanglah kepada kreativiti seseorang guru
matematik itu untuk membuat soalan-soalan matematik yang boleh membawa kepada sesuatu
konsep matematik yang ingin disampaikan.
Contoh-contoh bahasa bahan yang dapat digunakan di dalam pembelajaran semasa di
kelas dan membantu murid merangsang mereka untuk memberikan maklum balas terhadap
pengajaran dan penyoalan guru boleh diaplikasikan melalui penggunakan gambarajah berbentuk
ilustrasi dan berwarna seperti di bawah:

10
Di dalam contoh diatas, guru boleh memanipulasikan bahan berdasarkan gambar
persekitaran dengan menyoal murid seperti :

Berapa ekorkan katak hijau yang berada di dalam gambar ?


Berapa ekorkah katak kelabu yang berada di dalam gambar?
Jika katak hijau telah menyelam, berapa ekorkah katak kelabu yang tinggal?

Melalui hasil penyoalan guru menggunakan bahasa bahan yang mudah berdasarkan
gambar, maka murid akan menumpukan perhatian kepada ilustrasi bergambar dan seterusnya
memberikan jawapan kepada guru berdasarkan soalan yang ditanya. Kaedah ini sedikit sebanyak
membantu pelajar di tahap prasekolah dan tahun 1 belajar secara interaktif dan menarik
berbanding secara konvensional.

PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK


PEMBELAJARAN SUBJEK PENOLAKAN.

Dewasa ini, penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar menjadi satu keperluan
dan kemudahan kepada seseorang guru. Alatan-alatan komputer yang disediakan turut
dibekalkan dengan perisian-perisian pembelajaran terutamanya matematik sama ada dibekalkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan atau boleh
dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan tersebut. Selain daripada itu juga, pembinaan bahan
pembelajaran interaktif dan menarik boleh juga dibuat untuk melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran.

11
Ke semua kaedah dan kemudahan moden ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk
meningkatkan kaedah pengajaran supaya murid akan dapat belajar dengan lebih baik, interaktif,
moden dan berkesan.Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan
Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan
bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan
multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar
sesuatu objek. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan
komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
Menurut artikel yang bertajuk Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan, terdapat tiga
model pembelajaran matematik berbantukan komputer yang boleh dilaksanakan kepada kanak-
kanak. Model-model tersebut adalah :

• Model Hiperteks dan Hipermedia


• Model Tutor
• Model Demonstrasi dan Simulasi

Antara kebaikan ketiga-tiga model ini ialah ianya menekankan pembelajaran berpusatkan
pelajar. Menurut Giam Kah How, 2000, pembelajaran berpusatkan pelajar ialah tumpuan kepada
perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis
pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina
pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru
yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun adalah tidak sesuai model-model ini diterapkan kepada kanak-
kanak prasekolah dan tahun satu kerana diusia muda sebegini mereka perlulah dibimbing dan
ditunjuk ajar cara-cara penggunaan komputer dan perisian pembelajaran yang betul dan tepat.
Adalah dicadangkan, melalui kaedah pembelajaran berbantukan komputer, topik
penolakan akan menjadi bertambah menarik dengan adanya perisian-perisian yang membantu
menarik minat pelajar. Perisian-perisian berbentuk bahan multimedia interaktif ini boleh didapati
sama ada melalui sumber Kementerian Pelajaran Malaysia, di kedai-kedai perisian komputer

12
malahan pada masa kini internet turut memainkan peranan menyumbang kepada perisian-
perisian pembelajaran yang bermutu terutamanya perisian matematik.
Selain daripada itu juga, guru-guru yang berkemahiran ICT boleh membina sendiri
bahan-bahan pembelajaran matematik daripada perisian Microsoft Office Powerpoint, ,
Multimedia Flash,Authoware dan sebagainya. Pembinaan bahan-bahan atau perisian secara
sendiri dapat menjamin aras kesesuaian kognitif pelajar kerana para pendidik tahu dimanakah
tahap anak-anak didik mereka.
Untuk menambahkan lagi keseronokkan pembelajaran subjek penolakan di dalam
matematik bagi para pelajar prasekolah dan tahun 1 adalah dicadangkan guru-guru menggunakan
perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana, sukatan
pelajaran telah dibuat berdasarkan aras pengetahuan pelajar. Ini berbeza dengan perisian-perisian
yang di dadapati di kedai-kedai yang berkemungkinan besar menyimpang daripada aras kognitif
pelajar. Antara perisian-perisian yang menarik boleh digunakan oleh para pelajar ialah Mr
Wommy’s Fruit, Uncle Sheep’s Story,Mr Bees’s Stuf, Comel’s Transport City , Prof. Samad’s
Mini Mart,Miss Bunny’s Number Stalls dan sebagainya. Perisian-perisian ini membantu pelajar
belajar dengan lebih seronok melalui paparan gambar dan bunyian yang merangsang dan
menarik perhatian mereka.

13
Contoh-Contoh Perisian Yang Boleh Digunakan Untuk Membantu Pelajar Prasekolah Dan
Tahun Satu Dalam Pembelajaran Subjek Penolakan

Perisian-perisian menarik dan interaktif yang dibina sendiri yang menggunakan program
sedia ada di dalam komputer seperti MS Powerpoint boleh digunakan untuk mengajar topik
penolakan untuk pelajar prasekolah dan tahun 1. Selain menjimatkan wang, ianya juga
membantu guru-guru membina kemahiran ICT dan membolehkan murid belajar mengikut aras
pengetahuan mereka.
Selain daripada itu, guru-guru akan dapat menilai pencapaian objektif pembelajaran
pelajar dalam menguasai kaedah asas penolakan melalui bahan yang dibina. Dengan kata lain ,
perisian yang dibina oleh guru dapat membantu murid mengadaptasikan bahan pembelajaran dan
memahirkan kaedah penolakan dengan sendirinya. Murid-murid juga dapat berinteraksi dan
nmengambil bahagian dengan adanya butang-butang yang diletakkan pada persembahan
multimedia yang disediakan oleh guru. Secara tidak langsung ianya membantu meningkatkan

14
rangsangan pelajar untuk belajar subjek tersebut dengan lebih seronok dan interaktif. Contoh
pembinaan bahan sendiri oleh guru dengan menggunakan perisian MS Powerpoint adalah seperti
di bawah :

Langkah 1 : Guru dan murid membaca soalan yang dipaparkan

Langkah 2 : Buah manggis sebanyak 2 biji dijatuhkan apabila murid menekan butang

15
Langkah 3 : Slaid menunjukkan 5 biji buah manggis berada di atas pokok

Langkah 5 : Guru menunjukkan kembali proses operasi yang berlaku. Murid akan mengira
bilangan buah manggis yang tinggal di atas pokok apabila nombor dipaparkan

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menarik
minat pelajar prasekolah dan tahun 1 kepada subjek penolakan di dalam matematik sekolah
rendah. Pembelajaran yang menyeronokkan dengan menggunakan kaedah permainan membantu
merangsang pemikiran kognitif murid. Secara tidak langsung ianya akan menambah minat
pelajar untuk terus meminati bidang matematik bukan sahaja subjek penolakan malah subjek-
subjek lain.
Selain daripada itu juga, pendekatan dan penggunaan bahasa mudah yang disampaikan
oleh guru kepada murid membolehkan mereka memahami apa yang hendak disampaikan.
Penggunaan bahasa bahan umpamanya, membolehkan para pelajar menggunakan pengalaman
seharian dalam menyelesaikan soalan yang ditanya. Selain itu, bahan-bahan ilustrasi turut

16
menggambarkan penggunaan kaedah bahasa bahan dimana gambar boleh merangsang pemikiran
analitikal pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Penggunaan gambar yang menarik
membolehkan para pelajar menggunakan daya imiginasi mereka untuk mengolah dan
menyelesaikan soalan yang diberikan kepada mereka. Secara tidak langsung, pembelajaran
dalam subjek penolakan akan bertambah menarik dan interaktif berbanding pengajaran secara
konvensioanal berdasarkan kapur dan papan hitam semata-mata.
Dengan kemajuan sains dan teknologi, pengajaran berbantukan komputer ( PBBK )
memainkan peranan penting di dalam pembelajaran secara interaktif dan canggih. Penggunaan
perisian-perisian yang menarik disamping pembinaan bahan-bahan pembelajaran sendiri dengan
berbantukan komputer oleh guru-guru membolehkan para pelajar merasai suasana pembelajaran
yang lebih menarik. Dengan penyusunan warna, gambar dan bunyian yang menarik
membolehkan pembelajaran subjek penolakan untuk murid-murid prasekolah dan tahun 1 lebih
menarik dan meninggalkan kesan jangkamasa panjang di dalam pembelajaran matematik.

17
RUJUKAN

18

You might also like