You are on page 1of 2

Ayat songsang adalah ayat yang susunannya diterbalikkan iaitu subjek bertukar tempat dengan

predikat. Jika unsur subjek panjang berbanding unsur predikat, subjek sering diletakkan di akhir
ayat(penyongsangan)

Contoh:

1) Manusia yang hidup dalam kemiskinan di negara kita tidak banyak. (normal)
2) Tidak banyak manusia yang dalam kemiskinan di negara kita. (songsang)

Penyongsangan ayat juga berlaku dalam ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja, frasa sifat, atau frasa sendi.

Contoh:
Bulatkan pilihan jawapan anda .

1) Adakah anda tahu bagaimana susunan ayat songsang?

a)ya b)tidak

2) Kerapkah anda menggunakan ayat songsang di dalam pertuturan?


a)ya b)tidak

3) Di antara ayat di bawah, yang manakah ayat songsang:

i) Gadis itu cantik

ii) Cantik Gadis itu

4) Adakah anda tahu perbezaan di antara ayat pasif dan ayat songsang?

a)ya b)tidak

5) Ayat songsang terdiri daripada predikat di depan dan subjek di belakang

a)ya b)tidak

6) Benarkah tiada unsur tambahan seperti imbuhan pada ayat songsang?

a)ya b)tidak

7) Dapatkah anda mengenalpasti jika pertuturan anda di dalam ayat songsang?

a)ya b)tidak

8) Ayat songsang merupakan salah satu jenis ayat di dalam Bahasa Melayu.

a)ya b)tidak
9) Ayat manakah ayat songsang di bawah

a) Pesakit itu sedang sakit tenat b)Sakit tenat pesakit itu

10) Bolehkah frasa kerja menjadi pendepan ayat songsang?

a) ya b) tidak

You might also like