You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 53


PERINGKAT SEKOLAH
SK PEKAN AIR PANAS DAN SRJK ( C ) TENANG.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu dan Salam Satu Malaysia.

Yang berusaha, En Hassan Bin Haron, Guru Besar SK Pekan Air Panas, Yang
Berusaha, Pn Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang, Yang Dihormati En
Mohammad Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas,
Yang Dihormati, En Pang Koon Sing, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SRJK ( C )
Tenang, Yang Dihormati, Puan Norhayati Binti Hassan, Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum Sk Pekan Air Panas, Yang Dihormati, En Chong Swee Chyi, Guru Penolong
Kanan Ko-Kurikulum, Yang Berusaha, Puan Rosnah Binti Taha, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, juga Yang Berusaha En Sim Thiam Yong, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SRJK ( C ) Tenang , barisan guru-guru yang dikasihi, seterusnya rakan-
rakan seperjuangan sekalian.

Pada pagi yang indah ini, sekali lagi kita berhimpun untuk sama-sama menyambut
Hari Kemerdekaan Negara kita yang Ke 53. Tema sambutan perayaan Kemerdekan
negara kita pada tahun ini ialah “ SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI “.
Kami selaku pengacara majlis pada pagi ini, bagi pihak SK Pekan Air Panas, mengalu-
alukan seluruh warga SRJK ( C ) Tenang atas kesudiaan untuk sama-sama menjayakan
program ini.

Bagi memberkati majlis, dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz
Muhammad Razi Bin Haji Tokiwoon untuk mengetuai bacaan doa. Diminta para hadiri
yang beragama islam untuk mengaminkan doa manakala hadirin yang beragama islam
bertafakur seketika.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Razi diatas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga perjalanan majlis kita pada hari ini berjalan lancar serta mendapat
Rahmat dan Keberkatan dariNya.

Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Nyanyian Lagu Bangsa
Johor. Diminta supaya para hadirin berdiri tegak.

Terima kasih diatas nyanyian dua buah lagu sebentar tadi. Majlis mempersilakan
para hadirin untuk duduk.
( Jika murid tidak duduk, ulang Majlis mempersilakan para hadirin untuk duduk )
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C ) Tenang untuk
membacakan teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang Berhormat, Tan
Sri Dato’ Alimuddin Bin Mohammad Dom, Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ong Siew Kim, Guru Besar SRJK ( C )
Tenang diatas penyampaian Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Yang
Berhormat, Tan Sri Dato’ Haji Alimudin Bin Haji Mohammad Dom, Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia.

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Beusaha, En


Mohammad Din Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Pekan Air Panas
untuk membacakan teks Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dititahkan oleh
Yang Mulia, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan
Zainal Abidin,Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah Shah. Dengan ini
majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohammad Din Abdullah, Guru Penolong


Kanan Pentadbiran, Sk Pekan Air Panas diatas penyampaian Titah Perutusan Sambutan
Bulan Kemerdekaan oleh Yang Mulia,, Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu
Billah, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud, Al-Muktafi Billah
Shah. .

Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah, disambut melalui


Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan iaitu RIMUP, diantara SK Pekan
Air Panas dan SRJK ( C ) Tenang. Matlamat utama penganjuran program ini adalah
untuk menerapkan seterusnya memupuk semangat patriotik atau semangat cintakan
Negara dikalangan warga kedua-dua buah sekolah.
Untuk pengetahuan semua, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini akan
dilaksanakan selama sebulan dari 16 Ogos 2010 sehingga 17 September 2010. Terdapat 3
majlis besar di sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan ini iaitu, Majlis Pelancaran yang
telah berlangsung pada 16 Ogos yang lalu. Seterusnya Majlis Sambutan Hari
Kemerdekaan iaitu majlis yang sedang berlangsung pada ketika ini dan yang terakhir
adalah Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Bulan Kemerdekaan yang dijadualkan
berlangsung pada 17 September nanti.
Adalah menjadi harapan pihak penganjur, agar seluruh warga kedua-dua buah
sekolah dapat memberikan kerjasama serta komitmen yang jitu bagi menjayakan program
Sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Majlis ingin membacakan petikan mutiara kata dari
Perdana Menteri Malaysia Keenam, Yang Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun
Razak yang berbunyi :
“ Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar,
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesame kita
Andai kerakusan menguasai kita
Ke mana tumpah harapan mereka?

Sedarlah…..
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar,
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan,
Lupakan beza lebihkan menerima,
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan,
Kita melangkah sehaluan,
1 suara, 1 harapan, 1 impian,
1 Malaysia”

Majlis kini mempersilakan murid-murid tahun 6 untuk beredar meninggalkan


majlis bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka meneruskan persediaan mereka
menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal mereka tempuhi tidak lama lagi. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan murid tahun 6 untuk beredar meninggalkan
dewan.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Acara pertama pada pagi ini adalah Pertandingan Mewarna untuk murid-murid
Pra-Sekolah serta murid-murid tahap satu dan serentak dengan itu akan berlangsung
Pertandingan Melukis bagi murid-murid tahap dua. Dengan ini, majlis mempersilakan,
En Mohd Fauzi Bin Ahamad untuk mengendalikan Pertandingan tersebut. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis diterusnya lagi dengan acara Tanyangan Video Kemerdekaan yang


bertajuk “ Sarjan Hassan”. Rakan-rakan diminta supaya menumpukan perhatian pada
tayangan video ini dan menjawab soalan-soalan pada kertas yang diedarkan.
Penutup :

Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada penghujungnya. Selepas
ini kita akan sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53
iaitu “1 Malaysia” diikuti dengan laugan Kemerdekaan yang diketuai oleh Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melalui rakaman audio. Para hadirin diminta berdiri
tegak.

Dengan berakhirnya Laungan merdeka sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis


Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 53, peringkat sekolah. Saya mewakili seluruh warga
kerja Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih terutama kepada kedua-dua pihak pentadbir SK Pekan Air Panas
dan SRJK ( C ) Tenang, diatas sokongan penganjuran Majlis ini. Akhir kata, semoga
segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur dapat membangkitkan rasa cinta
pada Negara dan menambah rasa syukur kita terhadap nilai kemerdekaan.

Dengan Ini Majlis Bersurai………….


Wabillahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatu.

Kita Akhiri majlis ini dengan bacaan surah Wal- Ask…

You might also like