You are on page 1of 3

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah.

Beliau
adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu
pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat
perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi
dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai
ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai
"akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di
bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman
pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau
sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri

Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional

WAJIB ( Iijab)

ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti
(jazmun). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala.
Contohnya solat lima waktu.

Firman Allah SWT :

"Dirikanlah solat dan keluarkan zakat".

Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah WAJIB kerana ia satu bentuk tuntutan
yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i, al-Quran al-Kariim.

Para ulama' mazhab Hanafi membezakan di antara wajib dan fardhu. Jika tuntutan supaya melakukan
sesuatu dalam bentuk pasti (jazmun) berdasarkan al-Quran dan Hadis Mutawatir, maka ia dinamakan
FARDHU. Jika berdasarkan dalil-dalil lain, selain drp al-Quran dan Hadis, maka ia dinamakan WAJIB.

Contohnya, membaca mana-mana surah dalam solat adalah FARDHU kerana ia berdasarkan dalil
qat'i iaitu al-Quran. Sementara membaca surah al-Fatihah pula adalah WAJIB kerana ia berdasarkan
dalil yang zanni iaitu HADIS AHAD
WAJIB
 

WAJIB ( Iijab)

ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan


dengan tuntutan pasti (QAT'IE). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa.
Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu.
 

PEMBAHAGIAN HUKUM WAJIB


 

1. WAJIB BERDASARKAN WAKTU PELAKSANAANNYA


 

a) WAJIB MUTLAK

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya TANPA ditentukan waktu


pelaksanaan dgn waktu yang tertentu. Dibolehkan (HARUS) dilakukan pada bila-
bila masa yang disukai, TIDAK BERDOSA jika melewatkannya spt HAJI.

b) WAJIB MUQAIYAD

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya dan ditentukan had waktunya.


TIDAK BOLEH dilakukan sebelum atau selepas waktunya . BERDOSA jika
dilewatkan sehingga luput waktunya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh
syarak spt solat fardhu dan puasa ramadhan.
 

2. WAJIB BERDASARKAN KADAR YANG DITENTUKAN


 

a) WAJIB MAHDUD

Apa yang telah ditentukan syarak kadar yang tertentu spt zakat dan diat.

b) WAJIB GHAIR MAHDUD

Apa yang tidak ditentukan syarak kadar yang tertentu spt sedekah,
membalanjakan harta ke jalan Allah.

3. WAJIB BERDASARKAN PENENTUAN APA YANG DITUNTUT


 

a) WAJIB MUAIYIN
Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf tanpa ada
pilihan lain spt solat 5 waktu dan puasa. 

b) WAJIB GHAIR MUAIYIN

Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf  dengan
diberi pilihan, terpulanglah kepada seseorang untuk memilih mana-mana yang
dia suka spt denda kerana mungkir janji, diberi 3 pilihan iaitu memberi makan
10 org miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan
seorang hamba.

4. WAJIB BERDASARKAN ORG YANG DITUNTUT

a) WAJIB 'AINI

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada setiap
mukallaf secara individu spt solat fardhu.

b) WAJIB KIFAIE

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada
sebahagian drp masyarakat, bukan setiap seorang mukallaf. Jika dilakukan oleh
sebahagian drp mereka, maka sudah memadai. Tetapi, jika tiada seorangpun
dikalangan mereka melakukannya, maka seluruh mereka BERDOSA spt solat
jenazah.
 

Hukum Taklifi ialah Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya
melakukan @ meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan sama ada hendak
melakukan sesuatu @ tidak.

Ringkasnya, ia ada  3 kategori iaitu ;

1. Perintah melakukan sesuatu perkara  sama ada WAJIB atau SUNAT


2. Perintah meninggalkan sesuatu perkara sama ada HARAM atau MAKRUH
3. Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan atau tidak.
Dinamakan HARUS.

You might also like