You are on page 1of 6

PEMAKANAN

Keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan
seimbang. Kita perlukan makanan untuk hidup, membesar, mendapatkan tenaga dan
menjaga kesihatan.
Kesihatan seseorang akan terganggu jika berlaku mainutrisi.
Pemakanan seharian yang seimbang perlu untuk menampung segala keperluan zat tubuh.

Penyakit yang Berkaitan dengan Tabiat Pemakanan

(a) Obesiti

Obesiti atau kegemukan yang berlebihan adalah salah satu masalah rakyat
Malaysia dan negara-negara maju pada masa ini. Pengambilan makanan yang
berkalori tinggi seperti gula, minyak dan lemak adalah antara faktor yang
menyebabkan seseorang itu mudah mendapat obesiti. Kesilapan memilih jenis
makanan berkalori tinggi daripada sumber haiwan, makanan segera, minuman
berkarbonat dan mengabaikan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet harian
akan memudahkan lagi seseorang menjadi gemuk. Apabila seseorang itu
mengalami masalah obesity, dia akan berasa malu dangan keadaan dirinya,
menyebabkan dia mungkin menyisihkan diri daripada rakan-rakan. Dia juga
mudah diserang penyakit lain seperti penyakit koronari jantung, hipertensi dan
diabetes mellitus.

(b) Diabetes mellitus

Diabetes mellitus ataukencing manis adalah satu penyakit yang menjadi


masalah manusia di seluruh dunia. Pesakit diabetes mempunyai kandungan
glukosa (gula) yang berlebihan dalam darah menyebabkan glukosa disingkirkan
bersama air kencing. Dalam keadaan normal, glukosa yang berlebihan dalam
darah dikawal oleh kehadiran hormone yang dirembeskan oleh pancreas. Insulin
menukarkan glukosa kepada glikogen, iaitu sejenis karbohidrat yang disimpan di
dalam hati dan otot. Insulin juga menggalakkan penggunaan glukosa oleh sel
menyebabkan glukosa yang terdapat dalam darah akan diserap oleh sel. Dengan
itu kandungan glukosa dalam darah akan berkurangan.
Glukosa yang terdapat dalam darah pesakit diabetes tidak boleh digunakan oleh
sel. Glukosa terus berkumpul dalam darah lalu menyebabkan satu keadaan yang
dikenali sebagai hiperglisemia. Sel-sel badan tidak mendapat bekalan glukosa.
Oleh itu sel-sel badan menghadapi kekurangan tenaga. Keadaan ini menyebabkan
berat badan pesakit berkurangan.
Apabila kandungan glukosa dalam darah berlebihan, glukosa disingkirkan
dalam air kencing. Oleh itu, bagi pesakit diabetes, air kencingnya mengandungi
glukosa. Jika glukosa terdapat dalam air kencing, ia memerlukan air yang banyak
untuk disingkirkan. Isi padu air kencing pesakit diabetes biasanya banyak,
menyebabkan mereka kerap buang air lalu menyebabkan mereka selalu berasa
dahaga.
Terdapat dua jenis diabetes iaitu jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I
disebabkan oleh kegagalan pancreas menghasilkan insulin. Keadaan ini mungkin
disebabkan faktor genetic. Pesakit diabetes jenis I perlu mendapatkan suntikan
insulin supaya kandungan gula yang berlebihan dalam darah dapat dikawal.
Diabetes jenis ini biasanya menyerang pada usia muda, iaitu sebelum seseorang
berumur 30 tahun.
Diabetes jenis II biasanya menyerang orang yang berumur lebih daripada 40
tahun. Kebanyakan pesakit diabetes menghidap diabetes jenis II. Diabetes jenis II
adalah berkaitan dangan tabiat pemakanan, obesity dan penuaan.
Pemakanan yang mengandungi gula yang berlebihan boleh mengakibatkan
diabetes. Selepas dicema gula yang berlebihan ini akan diserap dalam darah.
Insulin yang dirembeskan oleh pancreas adalah tidak mencukupi untuk bertindak
atas gula yang berlebihan itu, menyebabkan ia terus berada dalam darah untuk
jangka masa yang lama. Kebanyakan pesakit diabetes jenis II boleh mengawal
kandungan glukosa dalam darah dangan mengawal pemakanan dan bersenam.
Mereka tidak perlu mendapat suntikan insulin.

(c) Hipertensi

Seseorang dikatakan mempunyai risiko mendapat hipertensi apabila tekanan


sistolik melebihi 140 mmHg dan tekanan diastolic 90 mmHg (140/90 mmHg).
Hipertensi boleh menjejaskan fungsi jantung, mengakibatkan strok dan boleh
menimbulkan masalah kepada ginjal.
Hipertensi disebabkan oleh banyak faktor seperti umur, obesity, jantina,
penyakit jantung, pemakanan dan genetic. Mengambil makanan yang berlebihan
lemak dan mengandungi kolestrol yang tinggi dalam darah lama-kelamaan akan
terenap pada dingding arteri, menyebabkan arteri menjadi sempit atau
aterosklerosis. Keadaan ini menyukarkan perjalanan darah di dalam arteri.
Jantung perlu bekerja lebih keras untuk menambah tekanan darah supaya dapat
bergerak dengan lancer di dalam arteri. Dengan itu darah bergerak dalam tekanan
yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan hipertensi.
Orang lelaki dan orang yang berumur 40 tahun ke atas lebih kerap diserang
hipertensi. Hipertensi yang disebabkan oleh faktor genetic mungkin tidak dapat
dielakkan tetapi dengan mengawal pemakanan, melakukan senaman dan dengan
mengambil ubat tertentu.

(d) Penyakit jantung koronari

Penyakit jantung koronari adalah antara penyakit jantung yang berkaitan


dengan pemakanan. Kerap mengambil makanan yang berminyak dan
pengambilan lemak tepu seperti santan dan lemak haiwan dan makanan yang
berkolesterol tinggi seperti ketam, penyakit jantung koronari. Faktor lain yang
turut mengakibatkan penyakit jantung adalah ketagihan alcohol, Merokok,
Obesiti, hipertensi, diabetes mellitus dan kurang bersenam.
Apabila aterosklerosis atau pengumpulan lemak dan kolesterol di dalam arteri
berlaku, arteri menjadi sempit atau tersumbat dan aliran darah terhalang. Jantung
terpaksa bekerja keras untuk menghasilkan tekanan yang tinggi supaya darah
sampai ke seluruh bahagian badan. Lama-kelamaan jantung akan menjadi lemah.
Jika aterosklerosis berlaku pada arteri koronari iaitu arteri yang membekalkan
darah ke tisu jantung, otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan zat
makanan. Keadaan ini akan menyebabkan pesakit berasa sakit dada kerana
jantung menjadi lemah dan denyutannya tidak menentu. Dalam keadaan yang
serius ia boleh menyebabkan maut.
Risoko penyakit jantung koronari boleh dikuangkan dangan melakukan
senaman di peringkat usia muda iaitu semasa badan sedang membesar. Dalam
usia ini senaman membantu membesarkan arteri. Senaman perlu diteruskan di
peringkat dewasa untuk menghalang pengumpulan lemak di dalam arteri.

(e) Ulser peptik


Ulser peptik adalah nama yang digunakan bagi ulser perut dan usus. Ulser
peptik berlaku apabila terdapat hakisan dan luka pada lapisan perut atau usus.
Penyakit ini disebabkan oleh pengeluaran asid atau enzim pepsin yang berlebihan
di dalam perut terutama semasa perut kosong. Asid dan enzim ini kemudian akan
bergerak ke usus lalu menghakis usus. Bahagian usus yang terlibat ialah bahagian
yang berhampiran dengan perut iaitu duodenum. Pesakit akan mengalami sakit
perut, pening kepala, badan lemah dan lesu, muntah yang bercampur dengan
darah, najis menjadi hitam atau gelap kerana ia bercampur dengan darah dan berat
menurun.
Ulser peptik juga disebabkan oleh pengambilan alcohol, kafein, ubat-ubat
tertentu seperti aspirin dan tabiat merokok. Ulser peptik biasanya tidak
mengakibatkan kanser tetapi dalam kes-kse tertentu, ulser tersebut boleh berubah
menjadi kanser.
Mempunyai jadual makan yang teratur, mengelakkan makanan yang berasid
seperti buah-buahan yang masam, cuka dan minuman berkarbonat boleh
mengurangkan masalah ulser peptik. Pengambilan ubat tertentu perlu mengikut
nasihat doctor, sama ada mengambilnya selepas makan atau sebelum makan.

Maslah yang Berkaitan dangan Kekurangan Zat


Makanan

Makanan membekalkan tenaga untuk semua proses hidup dan juga menyediakan
bahan mentah untuk pertumbuhan dan penggantian tisu-tisu yang rosak atau
cedera. Makanan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan
badan. Karbohidrat, lemak dan protein merupakan tiga kelas zat makanan yang
diperlukan cukup untuk memastikan kesihatan yang baik. Terdapat beberapa zat
makanan yang diperlukan untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Zat
makanan ini diperlukan dalam kuatiti yang sedikit sahaja dan ia dikenali sebagai
zat makanan mikro yang penting untuk pengekalan kesihatan badan. Kekurangan
zat makanan ini boleh menimbulkan masalah kesihatan.

(a) Vitamin A
Vitamin A atau retinol diperlukan untuk penglihata yang normal,
pertumbuhan, fungsi pembiakan dan keimunan. Kekurangannya akan
menyebabkan masalah penglihatan seperti xeroftalmia, rabun malam, buta,
pertumbuhan terbantut dan mudah diserang penyakit berjangkit. Vitamin
A terdapat dalam makanan seperti minyak hati ikan, susu, telur, hati,
sayuran berwarna merah atau jungga seperti bayam merah, tomato dan
karot, juga dalam sayuran yang berwarna hijau tua seperti brokoli. Cara
paling baik untuk mendapatkan vitamin A adalah dengan mengambil
makanan seimbang yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan.

(b) Iodin

Iodin menjadi komponen hormone tirod iaitu hormone pertumbuhan.


Kekurangannya menyebabkan goiter iaitu pembengkakan kelenjar tiroid
yang terdapat di bahagian leher. Iodin terdapat dalam makanan laut dan
sayur yang ditanam di atas tanah yang kaya dengan iodine. Di bahagian
dunia yang mengalami kekurangan iodin yang ketara, iodin ditambah ke
dalam air miniman. Pengambilan garam beriodin juga dilakukan untuk
mengatasi maslaha kekurangan iodine.

(c) Zat besi

Zat besi menjadi komponen hemoglobin dan enzim yang terlibat dalam
pengangkutan oksigen. Kekurangan zat besi mengakibatkan anemia, lesu,
sakit kepala dan menjejaskan fungsi kognitif. Zat besi terdapat dalam hati,
Kuning telur, daging, kekacang dan sayuran berdaun yang berwarna hijau
tua. Zat besi yang terdapat dalam sumber haiwan adalah lebih mudah
diserap berbanding zat besi yang terdapat dalam tumbuhan. Zat besi
adalah zat pemakanan yang ketaran di seluruh dunia. Pengambilan
makanan yang kaya dengan vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat
besi oleh tubuh.
(d) Kalisium

Kalsiumdiperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi. Ia juga diperlukan


untuk pembekuan darah dan untuk berfungsi otot dan saraf. Kalsium
terdapat dengan banyak dalam susu, dadih dan sayuran hijau. Kekurangan
kalsium menyebabkan riketsia, osteoporosis, kejang otot dan darah lambat
beku. Riketsia adalahpenyakit tulang yang menyerang kanak-kanak.
Tulang menjadi lembut dan lemah, dan tidak dapat member sokokngan
kepada badan. Osteoporosis berlaku apabila tubuh gagal menghasilkan
tisu tulang yang baru, atau tisu tulang yang sedia diserap semula oleh
tubuh, atau kedua-duanya sekali. Tulang menjadi rapuh lalu mudah
mengalami kecederaan seperti retak dan patah. Osteoporosis biasanya
menyerang orang tua. Penyakit ini boleh dielakkan dengan mengambil
kalsium yang cukup setiap hari. Senaman yang menampung berat badan
seperti berjalan dan berlari dapat mengurangkan risiko osteoporosis.
Pengambilan vitamin D dapat meningkatkan penyerapan kalsium.
Sebaliknya, kafein akan mengurangkan penyerapan kalsium.

You might also like