You are on page 1of 2

FSTI galakan idea dan produk sains Kreatif & Inovatif

CENFED, RABU, 25 Mac. Buat pertama kalinya Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) bersama
Science Technology Expert Society (SciTEX) telah menganjurkan Pertandingan Kreatif dan Inovatif bagi
pelajar Program Kimia Industri dan Bioteknologi Industri (FSTI). Pertandingan tersebut telah dirasmikan
oleh Dekan (FSTI), Prof. Dr. Mashitah Mohd Yussof di CENFED, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ianya
bertujuan mengalakkan pelajar untuk menghasilkan projek sains yang kreatif dan inovatif serta
meneroka idea-idea baru dikalangan para pelajar.

Pertandingan tersebut merangkumi persembahan dan projek produk baru dan idea-idea baru yang
berkaitan dengan bidang kimia dan bioteknologi. Seramai 11 kumpulan (57 pelajar) telah mengambil
bahagian di dalam pertandingan tersebut. Pemenang pertama bagi pertandingan tersebut dimenangi
oleh Kumpulan Aqua Touch, diikuti Kumpulan Hot Ice dan Kumpulan Buster.

Juga hadir pada pertandingan berkenaan adalah Timbalan Dekan (FSTI) En. Yusof , Dr. Roziah, Ketua
Program Cik Maznah dan En. Adam Lee dan Cik Nurul Nadiah bagi pihak (SciTEX).

BENGKEL MAGNET DIRI: CIPTA PENGARUH LUAR BIASA & BERJAYA

27 April 2010. Seramai 10 staf Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) bersama-sama dengan staf di
jabatan lain di Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menghadiri Bengkel Magnet Diri di Auditorium,
Perpusatakaan, UMP. Bengkel tersebut disampaikan oleh En. Amin Idris, seorang Perunding latihan dan
motivasi di RK Training & Management. Bengkel tersebut diadakan selama satu hari dan pelbagai
informasi telah disampaikan. Antaranya ialah Prinsip menjadi individu berpengaruh, Cabaran dan mitos
menjadi invdividu berpengaruh, Mengubah konsep diri, Teknik membina empayar persahabatan dan
pengaruh. Di slot akhir bengkel tersebut, beliau telah menjalankan aktiviti simulasi dan praktikal
terhadap peserta. Semasa bengkel ini dijalankan, para peserta dapat mempelajari pelbagai teknik untuk
menjadi seorang yang berpengaruh dan berjaya membina empayar persahabatan di sesuatu organisasi
atau pun di tempat kerja. Selain dari itu, En. Amin idris, telah memperkenalkan buku beliau iaitu Mgnet
Diri: Cipta pengaruh luar biasa dan Berjaya. Kebanyakan staf tidak ketinggalan untuk membeli buku
tersebut serta beramah mesra dengan perunding motivasi tersebut.
29 April 2010. FSTI. Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada Profesor Dr. Mashitah Binti
Mohd Yusoff yang telah dilantik sebagai Dekan di Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Universiti
Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa pada 1 Mei 2010.

CONGRATULATION….

29 April 2010. FSTI. Tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan

kepada Profesor Dr. Mashitah Binti Mohd Yusoff yang telah dilantik

sebagai Dekan di Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Universiti

Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa pada 1 Mei 2010.

You might also like