You are on page 1of 25

1.

0 Pengenalan

Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah


pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang
sama sahaja walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah-istilah itu adalah
berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan
konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Konsep-konsep
tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran
harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas
dengan konsep keempat-empat istilah tersebut sepaya mereka tidak tersalah erti dan
silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif
pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurnakan. Penjelasan tentang
perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru
supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan
seterusnya dapat melaksanakan proses P&P dengan sempurna.

Perkara yang pertama adalah mengenai Strategi. Mengikut ( Kamus Dewan


(1998). ), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau
kejayaan.
1. Strategi Pemusatan Guru
2. Strategi Pemusatan Murid
3. Strategi Pemusatan Bahan

Perkara kedua adalah mengenai Pendekatan. Mengikut (Kamus Dewan


(1998). ), pendekatan bermaksud cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, manakala mengikut
( Edward M. Anthony (1963). ) pendekatan dalah bermaksud Satu set andaian yang
saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Antara pendekatan yang boleh boleh digunakan oleh guru adalah :-

1. Pendekatan Pengajaran Induktif


2. Pendekatan Pengajaran Deduktif
3. Pendekatan Pengajaran Elektif
4. Pendekatan Pengajaran Tematik
5. Pendekatan Pengajaran Masteri

1
Perkara yang seterusnya iaitu yang ketiga adalah mengenai Kaedah.
Mengikut ( Edward M. Anthony (1963 ) ) :-
1. Cara atau peraturan membuat sesuatu
2. Satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek.
3. Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang
tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Oleh itu, guru perlu memilih kaedah yang paling sesuai bagi membolehkan
murid-murid mendapat semaksimum yang mungkin daripada pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh guru
antaranya ialah:-
1. Perbincangan
2. Bermain
3. Bercerita
4. Projek
5. Penyelesaian masalah
6. Sumbangsaran
7. Inkuiri penemuan

Perkara yang terakhir adalah mengenai Teknik. Mengikut (Kamus Dewan

(Edisi ketiga)), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,
karang-mengarang dan sebagainya, manakala Menurut (Edward M. Anthony)
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu. Jadi, terdapat beberapa teknik yang selalu
digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

1. Teknik Latih Tubi


2. Teknik Simulasi
3. Teknik Sumbangsaran

2
Pendekatan –
jalan yang diambil

Strategi - suatu susunan


pendekatan-pendekatan
dan kaedah-kaedah
Kaedah – cara
untuk mencapai sesuatu
matlamat dengan
DEFINISI teratur, kemas &
sistematik
menggunakan tenaga,
masa serta kemudahan
secara optimum.

Teknik - kaedah
membentuk teknik.
Misalnya kaedah
bercerita = teknik
penyampaian

3
Teknik-teknik
Kaedah pengajaran -
pengajaran -
beberapa langkah
kemahiran atau
atau kegiatan yang
perkara-perkara
mempunyai urutan
khusus yang terdapat
yang tertentu.
dalam sesuatu kaedah

KAEDAH &
TEKNIK
Pengajaran &
Pembelajaran

4
CONTOH-CONTOH KAEDAH & TEKNIK
P&P

Permainan Simulasi Tutorial


Lakonan Lawatan Seni Buzz (membuat
keputusan daripada
Permainan Bercerita
perbincangan
Demonstrasi / Projek ringkas)
tunjuk cara Persembahan Fikiran

5
KLASIFIKASI STRATEGI
P&P
Strategi pengajaran - rancangan
gabungan pendekatan dan kaedah serta
turutan pelaksanaan pendekatan dan Klasifikasi:
kaedah

Strategi
Strategi Strategi
Pemusatan Bahan
Pemusatan Guru Pemusatan Murid
Pelajaran

6
Penyebaran ilmu
pengetahuan lebih
Pencapaian objektif diutamakan daripada
guru diutamakan penyuburan nilai
murni/perkembangan
emosi.

Kepimpinan guru secara Penyampaian fakta


autokratik secara menghafal.

Interaksi di antara murid


Komunikasi sehala.
adalah pasif.

Strategi
Guru memainkan
peranan penting Pemusatan Murid-murid kurang
kreatif/ tidak berinitiatif.

Guru
7
Perkembangan murid Ujian formatif
secara digunakan bagi
menyeluruh/seimban membaiki kelemahan
murid.
g (j.e.r.i.) Peluang interaksi di
antara murid adalah
Objektif pencapaian
positif (bekerjasama,
murid diutamakan
bertolak ansur,
tolong-menolong)

Kaedah
Menggalakkan murid kumpulan/perbezaan
memberi pendapat. & minat murid
dipupuk.

Murid-murid bersifat
Komunikasi dua hala.
kreatif/ berinitiatif.

CIRI-CIRI Kaedah & Teknik – projek,


Murid
memainkan
STRATEGI inkuiri-penemuan,
perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, simulasi,
peranan penting
PEMUSATAN main peranan, sumbangsaran,
kumpulan kecil dsb.
MURID
8
Pengajaran lebih
bermakna, menarik dan
berkesan. Peluang interaksi antara
Komunikasi/interaksi murid banyak. Sifat
berlaku antara sosial yang positif dapat
guru/bahan atau dipupuk melalui kaedah
murid/bahan kumpulan kecil – ujikaji,
pembelajaran projek, perbincangan
dsb.

Strategi Kaedah & Teknik –


komputer, bahan cetak,
Pergantungan kepada bahan untuk Pemusatan modul, buku teks, buku
mencapai objektif pengajaran. rujukan, kamus,
Bahan perakam pita,
Pelajaran projektor, dsb.
9
KESEPADUAN

MASTERI INDUKTIF

PENDEKATAN
DAN
STRATEGI
P&P

TEMATIK DEDUKTIF

ELEKTIF

10
Penggabungjalinan -
Kemahiran-kemahiran boleh
digabungjalinkan, tidak kira
sama ada kemahiran yang
terdapat dalam kemahiran
berbahasa mahupun
kemahiran daripada mata
pelajaran lain.
Penilaian - Penilaian
merupakan suatu aktiviti untuk Penyerapan- Unsur-unsur
mendapatkan maklumat yang ilmu dan nilai-nilai murni
berguna bagi menentukan boleh diserapkan semasa
pencapaian sesuatu objektif P&P.. Penyerapan ini
pengajaran atau pembelajara nn melangkaui pelbagai bidang
ilmu seperti sains, geografi,
Strateg sejarah, dan lain-lain.

Pemulihan - Program pemulihan


disediakan khas untuk membantu Pengayaan - Bahan-bahan
murid menguasai kemahiran- seperti bahan bacaan
kemahiran asas yang belum dapat tambahan, permainan, dan
dikuasai dalam tempoh masa yang bahan-bahan aktiviti yang
ditetapkan. Bahan-bahan untuk berkaitan boleh diberikan
program ini terdiri daripada kad-kad, kepada murid yang telah
carta, bahan maujud, alat permainan, menguasai kemahiran ataupun
dan lain-lain yang boleh digunakan yang masih belum menguasai
berperingkat-peringkat daripada yang kemahiran untuk pengayaan.
mudah kepada yang lebih sukar.

11
12
KESIMPULAN
Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali.
Strategi yang baik akan menggunakan masa,
tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran dan
pembelajaran yang paling maksimum.
PERBEZAAN ANTARA KONSEP
STRATEGI, PENDEKATAN,
KAEDAH, DAN TEKNIK

13
STRATEGI
- Strategi pengajaran ialah rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan
-Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika
mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan,
pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-
beza.
-Contoh:
Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan,
dan Penilaian.

PENDEKATAN
- haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran,
sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran
atau sesuatu kemahiran.
- Contoh:
pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan
eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

14
KAEDAH
-kaedah adalah terdiri daripada beberapa langkah atau
kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu
-segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan
tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
- Contoh:
bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan,
menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz,
lakonan

TEKNIK
-kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah.
-Jika tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah
itu akan tidak berhasil
-Contoh:
(kaedah pengajaran bercerita) teknik-teknik yang
dimaksudkan ialah kawalan nada suara, intonasi,
penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran
mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial
expression",

15
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Tarikh : 13 Ogos 2010
Masa : 9.00 – 10.00 pagi ( 60 Minit )
Tahun : 3 Hebat
Bilangan murid : 25 orang
Tema : Pertanian
Tajuk : Ke sawah padi
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat;

i. Bercerita tentang gambar sawah padi dengan 75


peratus sebutan yang betul.
ii. Mengecam secara lisan perkataan yang terdapat
dalam senikata lagu Padi dengan betul.
iii. Menulis perkataan yang dipilih dan membina
pelbagai ayat.
Fokus utama 3.3 Bercerita dengan
menggunakan kata, frasa, ayat ,
serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.

Aras 1
Aras
i. Menceritakan cerita yang didengar
dengan menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul.

5.1 Membaca kuat perkataan dan


Fokus sampingan 1
ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara
yang dibaca.

Aras 1
i. Membaca ayat dalam teks yang
Aras mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan sebutan yang
betul.

16
Fokus sampingan
8.1 Membina dan menulis
perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk

Aras 3
Aras i. Membina ayat tunggal dan ayat
majmuk yang lengkap.

Kemahiran Bahsa : Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahsa : Sebutan dan intonasi,kosa kata.

Pengisian kurikulum :

1. Ilmu: Kemahiran Hidup dan Kajian Tempatan.

2. Nilai: Tolong menolong, kerjasama, kasih sayang

3. Kemahiran Bernilai Tambah:

• Pembelajaran Kontekstual

Bahan bantu mengajar : Video Lagu Padi, video sawah padi, Teks lirik
lagu padi, slaid persembahan gambar sawah
padi

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid tahu membaca teks.

2. Murid tahu menyanyikan lagu.

3. Murid boleh membina ayat tunggal.

17
Isi Pelajaran Cadangan Aktiviti Pengajaran Catatan
dan
Pembelajaran
ABM: Laptop, LCD
Soalan: Set Induksi (5min)
BBM: video
 Apakah yang terdapat di 1. Murid melihat tayangan
Sawah padi
sawah padi? video mengenai sawah
Nilai : Kerjasama
 Dimanakah padi biasanya padi.
KBT : KBF- pelajar
ditanam? 2. Guru bersoal jawab dengan
membuat perkaitan
 Apa yang diperolehi hasil murid.
video dengan tajuk
daripada penanaman 3. Murid mengaitkan dengan
pembelajaran
padi? tajuk pembelajaran

 Tayangan slaid Langkah 1 ( 20 minit ) KB :


persembahan gambar Aktiviti 1 Meramal
sawah padi. 1. Murid melihat slaid
- Apa yang kamu faham persembahan gambar BBM:
tentang Gambar yang sawah padi secara Slaid persembahan
ditunjukkan? berkumpulan. gambar sawah padi
- Mengapa kita perlu 2. Guru bersoal jawab dengan
menanam padi? murid tentang maklumat Nilai : Tolong
 Perkataan yang dipilih: slaid persembahan menolong / Kerjasama
- Sawah tersebut.
- Bendang 3. Murid menghuraikan
- Petani perkataan yang ditulis oleh
guru daripada gambar yang
dipersembahkan.
4. Murid membina 3 ayat
tunggal yang pelbagai
untuk satu perkataan
dengan menggunakan

18
perkataan yang telah dipilih
oleh guru.

Aktiviti 2
1. Murid berbincang di dalam
kumpulan mengenai
gambar sawah.
2. Guru memanggil wakil ke
hadapan dari setiap
kumpulan untuk
menceritakan tentang
gambar sawah dengan
sebutan yang betul.
3. Guru membetulkan
sebutan yang disebutkan
oleh murid.

Langkah 2 ( 30 minit ) KP : verbal linguistik


Tayangan video Lagu
Aktiviti 1 ABM: Laptop, LCD
Padi.
1. Guru megedarkan pantun BBM : Video Lagu Padi,
- Menyanyikan Lagu Padi
yang bertajuk ‘Sawah Padi’ Lirik Lagu Padi
bersama-sama
kepada setiap murid.
2. Guru dan murid mebaca KBT : Kontekstual –
 Teks lirik Lagu Padi
pantun yang bertajuk (guru mengarahkan
‘Sawah Padi’ secara murid membacakan lirik
mekanis. lagu dan nyanyian
dalam suasana santai.)
Aktviti 2
1. Guru meminta mengecam Nilai : kerjasama, tolong
perkataan yang terdapat menolong
dalam lirik lagu.
2. Murid berbincangkan Penilaian :
dengan ahli kumpulan Lirik
untuk mengamati Intonasi,irama,gaya.pen

19
perkataan yang dibaca oleh ghayatan
guru. Nyanyian
sebutan, nada,
Aktiviti 3 irama, harmoni.
1. Guru memilih murid secara
rawak
2. untuk membaca lirik lagu
kepada kawan-kawan.
3. Guru memilih murid untuk
menulis perkataan yang
mereka amati di papan
tulis.
4. Guru menerapkan nilai
murni kepada murid.
- Latih tubi sebutan
diberikan kepada
murid yang lemah
dalam sebutan
semasa menyanyikan
lagu dan membacakan
lirik lagu.
Penutup ( 5 minit )
Penutup kognitif:
Nilai: Kerjasama
1. Murid membuat rumusan
- Apa yang telah kamu
isi pembelajaran dan nilai
pelajari sebentar tadi?
murni
i. Cara melahirkan
2. Murid diminta menyatakan
perasaan
perkara yang telah
menggunakan lagu
dipelajari.
dan nyanyian.
3. Murid menyanyikan Lagu
ii. Cara mengecam
Padi secara beramai-ramai.
perkataan dalam lirik
lagu.
iii. Membina ayat.

20
- Apa pengajaran yang
boleh diambil daripada
pengajaran hari ini?
- Nilai kerjasama dan
kepentingan
penanaman padi.

Penutup Afektif:
 Murid gembira semasa
menyanyi Lagu Padi
secara beramai-ramai.

4.0 Penutup

21
Sememangnya konsep teknik, kaedah, pendekatan dan strategi adalah
berbeza-beza. Guru perlu lebih peka dengan istilah-istilah ini supaya tidak silap
dalam membuat perancangan untuk mengajar. Rancangan sebelum proses
pengajaran sangat penting bagi guru dalam memastikan organisasi kandungan
dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai. Penggunaan kaedah, teknik, strategi, dan
pendekatan yang sesuai dalam P&P juga dapat mempengaruhi minat murid untuk
mengikuti pengajaran guru dan hasil pembelajaran yang ditetapkaan akan tercapai.
Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian ini sememangnya dapat membantu guru
dalam merancang fokus utama dan sampingan, hasil pembelajaran, dan aktiviti yang
ingin di jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan
kaedah, teknik, pendekatan, dan strategi untuk digunakan dalam P&P supaya sesuai
dengan tahap kognitif dan umur murid. Semasa P&P juga, ia dapat membantu guru
memberikan penekanan kepada usur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,
kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan
pembelajaran secara konstruktivisme semasa melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Elemen nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan juga
tetap diutamakan supaya murid dapat menanamkan rasa cinta kepada negara.

BIBILIOGRAFI
22
1. Abdul Aziz Abdul Talib,2000.Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan
Teknik Kuala Lumpur:

2. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

3. KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( 1998 )

4. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH


RENDAH TAHUN 5, Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK): Kementerian
Pelajaran Malaysia.

5. Ee Ah Meng (1987) “ Pedagogi Untuk Bakal Guru”. Fajar Bakti. Petaling Jaya.

6. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) “Kaedah Pengajaran Bahasa


Malaysia”. Fajar Bakti. Petaling Jaya.

7. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


( 2003 ), Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.ppk.smkdpk.com/sp/bm.html#

8. BME 3102, Konsep, strategi, pendekatan dan kaedah.


http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-
kaedah-kump-syafiq-presentation

9. Pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik?


http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

REFLEKSI

23
Alhamdulillah, selesai sudah saya menyempurnakan tugasan yang diberikan
ini. Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyiapkan
tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3117 ) ini dengan baik dan siap pada waktu yang
ditetapkan. Walaupun tidak mempunyai masa yang lama untuk menyempurnakan
tugasan ini tetapi saya dapat menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya
untuk menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.
ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn. Ruziyah Binti Zainol Abidin
kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
sehingga ianya selesai dengan jayanya. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan galakkan dalam menyiapkan tugasan ini. Segala penat lelah ini sangat berbaloi
kerana banyak pengetahuan baru yang telah saya perolehi terutamanya mengenai
kaedah huraian sukatan pelajaran bagi sekolah rendah dan bagaimana untuk
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu.

Kita sedia mengetahui bahawa RPH merupakan satu dokumen yang sangat
penting semasa guru hendak melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
kerana RPH merupakan sumber rujukan utama guru dalam menguruskan dan
mengawal pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu sesuatu rancangan
pengajaran harian perlulah dirancang dengan teliti dan mengambil kira semua aspek
yang perlu ada dalam satu sesi pengajaran didalam kelas. Guru perlu merancang
pengajaran menggunakan kaedah, teknik, pendekatan dan strategi pengajaran yang
betul supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Kaedah dan teknik
merupakan dua unsur yang berkait rapat antara satu sama lain. Rancangan sebelum
proses pengajaran sangat penting bagi guru dalam memastikan organisasi
kandungan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti yang dilaksanakan
berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Oleh itu, penggunaan kaedah,
teknik, strategi, dan pendekatan yang sesuai dalam P&P juga dapat mempengaruhi
minat murid untuk mengikuti pengajaran guru dan hasil pembelajaran yang
ditetapkan akan tercapai.

Kesimpulannya, tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP ) ini amat berguna dan
banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan. Tugasan ini dapat
memberikan peluang kepada saya dalam melahirkan idea-idea yang kreatif untuk
dikongsi bersama dalam merancang aktiviti pembelajaran dan merancang teknik,

24
strategi, pendekatan, dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam proses
P&P. Semoga apa yang dipelajari dapat saya dan rakan-rakan aplikasikan di sekolah
suatu ari nanti Akhir kata, saya berharap, dengan selesainya membuat tugasan ini,
saya akan lebih memahami dan bersedia untuk menjadi guru kelak. Sekian, terima
kasih.

MOHAMMAD ALIFF BIN AHMAD MUSRI


880618-10-5479
4 PISMP PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JANUARI 2009

25

You might also like