You are on page 1of 14

Pengenalan Ilmu Tarannum

Tarannum (lagu) ialah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan
keelokkan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran. Berlagu dalam
membaca Al-Quran maksudnya adalah menyanyi (Taghanni) dalam pembacaan Al-
quran, dengan kata lain dengan menyertakan seni dalam membaca Al-quran. Terlebih
dahulu kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan seni. Kesenian atau
seni ialah segala ciptaan manusia yang timbul dari getaran jiwa yang dapat
mewujudkan suatu yang indah dan luhur. Adapun seni baca Al-quran atau taghanni
dalam membaca Al-quran, sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim
dari Abi Yamamah Al Bahili.

‫ إِْقرَُءوا‬:‫اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول‬


ِ ‫ول‬ َ ‫ سَِمْعتُ َرُس‬:‫لي رضي اهلل عنه قال‬
ُّ ‫اه‬
ِ ‫َعْن َأِبْي ُأَمَامَة َالب‬

‫حابِِه‬
َ‫ص‬ْ ‫القرآنَ َفِإَّنُه َيْأِتي يَْوَم القَِيَامِة َشِفْيًعا لَِا‬
ُ.

Erinya: Dari Abi Yamamah Al Bahili ra. Ia berkata: aku telah mendengar Rasulullah
bersabda: “Bacalah olehmu Al-quran itu, maka sesungguhnya ia akan datang di hari
kiamat memberi syafaat bagi pembacanya”.

Maka membaca Al-quran juga mempunyai seninya tersendiri yang mana seni baca
Al-quran itu tidak terlepas dari keindahan suara yang dilafazkan secara zahir sehingga
dapat didengar oleh orang lain. Dalam mensenikan bacaan Al-quran dengan suatu
lagu yang bermacam-macam fariasi harus disertai dengan makhraj huruf yang tepat,
serta alunan suara yang indah dan halus menjadikan bacaan Al-quran semakin merdu
dan mempesonakan.

Adapun pengertian lagu dalam membaca Al-quran adalah alunan suara yang
mengindahkan kaedah-kaedah yang ditentukan oleh disiplin ilmu lagu. Lagu juga
bererti memperindahkan suara dalam “Tilawatil Quran”,yakni: Adalah suatu budaya
orang-orang Arab sebelum Al-quran diturunkan, ketika mana melakukan suatu
perjalanan jauh atau bermusafir, mereka senang melantunkan lagu-lagu pada syair-
syair yang mereka ciptakan dengan suara yang merdu. Selepas penurunan Al-quran,
Rasulullah ingin syair-syair yang berkumandangan itu diganti dengan suara-suara. Al-
quran. Akhirnya secara berperingkat keinginan Rasulullah beransur-ansur dapat
diwujudkan hingga sekarang. Perkembangan lagu-lagu tersebut terus meluas ke
seluruh pelosok dunia Arab khususnya Mesir dan Saudi Arabia.

Dari perkembangan itu pada akhirnya muncul dua versi lagu yang terkenal iaitu:

1. Lagu-lagu Makkiyah (‫)نغمات المكية‬


2. Lagu-lagu Mishriyah (‫)نغمات المصرية‬

Keindahan Al-quran akan terasa lebih hebat apabila seseorang itu membacakannya
dengan suara yang merdu dan syahdu, apatah lagi apabila dilengkapi dengan irama
yang indah dan lagu yang teratur. Adapun irama dan lagu yang dapat dipakai dalam
seni bacaan Al-quran yang sesuai dengan dialek bahasa Al-quran itu sendiri. Oleh
kerana Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka satu-satunya irama yang sesuai
adalah irama dan lagu-lagu arab, atau lebih dikenali dengan irama padang pasir.

Falsafah Tarannum Al-Quran

Iaitu bahawa melagukan bacaan al-Quran itu adalah suatu usaha ke arah pencapaian
amalan membaca Al-Quran yang bernilai tinggi, bagi menghubungi rasa hati pembaca
dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan pencipta.

Bertarannum tanpa memahami falsafahnya, bukan sahaja suatu penyelewengan, tetapi


juga suatu pengkhianatan.

Ciri Ciri Tarannum yang Mu’tabar

Setiap tarannum atau lagu pastinya tidak terpisah dari ciri-ciri yang berikut:

1. Nada:Iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara.

2. Rentak: Iaitu pergerakan untuk menghidupkan bunyi suara.

3. Irama: Iaitu alunan atau bentuk bunyi.

Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut, maka ianya tidak
dikatakan tarannum.
Tarannum Sebahagian dari Budaya

Setiap mahkluk ciptaan Allah, memang tidak terpisah dari budayanya yang tersendiri.
Manusia juga tidak boleh dipisah dari budayanya, termasuklah budaya pertuturan dan
budaya bacaan, kerana budaya pertuturan dan budaya bacaan itu adalah sebahagian
daripada ciri-ciri alat penyampaian mereka.

Mempertahankan Identiti Budaya

Setiap budaya mungkin berubah atau diubahkan tetapi identitinya tidak mungkin
berubah dan tidak mungkin diubahkan. Demikian juga budaya tarannum al quran,
ianya mungkin berubah disebabkan ileh beberapa faktor yang tertentu. Di antara
faktor faktor berikut:-

Pertama: mengikut suasana atau situasi yang tertentu.

Kedua: menngikut peredaran zaman atau wawasan yang tertentu.

Ketiga: mengikut selera dan kemajuan yang perlu diperkembangkan.

Pemanjangan Budaya Tarannum Al-Quran

Bertarannum, bertahsin, bertazyin Al-quran tersebut diwarisi dan dipanjangkan oleh


para sahabat seperti Ibn Mas’ud, Ubai bin Ka’ab, Abu Musa Al-asy’ari kepada para
tabiin yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada para tabiin dan
seterusnya.

Peranan Budaya Tarannum Kepada Bacaan Al-Quran

Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah bangsa Arab, bahawa bertarannum
itu adalah budaya kepada masyarakat Arab yang salim, sehingga di mana-mana dan
bila-bila sahaja mereka berada samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka
sentiasa mengalunkan tarannum disamping keindahan syair kebanggaannya.

Sejarah Tarannum Al Quran

Difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum Al-quran itu
tentunya bermula dari sejarah penurunan Al-quran di Gua Hira’ pada tahun 610
masihi, yang mana Rasulullah sendiri membaca Al-quran dengan baik, cantik dan
elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-quran dengan
bertarannum dan memperelokkan bacaan.

‫وت احلَ َس َن‬ َّ ‫ َح ِّسنُوا ال ُقرآ َن بِأَصواتِ ُكم فَِإ َّن‬:‫عت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول‬
َ ‫الص‬
ِ
ُ ‫البَراء بن عازب قال مَس‬
َ ‫عن‬

ُ ‫يَِز‬.
‫يد ال ُقرآ َن ُحسنًا‬

ُّ ِ‫يل حُي‬
)‫ (رواه مسلم‬.‫ب اجلَ َم َال‬ ِ ِ
ٌ ‫ إ َّن اهلل مَج‬:‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬

ِ ‫الص‬
‫وت َيَتغَىَّن‬ َّ ‫يب َح َس ِن‬ ِ ِ ٍ ِ ِ ُ ‫صلَّى اهلل عليه وسلم َي ُق‬ ِ َ ‫عن أَيِب هرير َة أَنَّه مَسِ ع رس‬
ٍّ َ‫ َما أَذ َن اهلل ل َشيء َما أَذ َن لن‬:‫ول‬ َ ‫ول اهلل‬ ُ َ َ ُ َ َُ َ
‫رآن جَي َه ُر بِِه‬
ِ ‫بِال ُق‬.

Hadis di atas menunjukkan bukti bahawa Rasulullah menyuruh umatnya supaya


membaca Al-Quran bertarannum dan memperelokkan bacaan.

Sejarah Umum Mengenai Tarannum

Mengikut ahli sejarah tarannum (musik) bahawa asal-usul tarannum itu adalah
diilhamkan dari unsur-unsur berikut:

1. Dari bunyi-bunyian geseran kayu

2. Dari bunyi-bunyian tiupan angin

3. Dari bunyi-bunyian kicauan burung

4. Dari bunyi-bunyian air yang mengalir

Kemudian digubah dan dilagukan oleh profesor musik atau penyair untuk dijadikan
berbagai irama tarannum mengikut budaya bangsa masing-masing.

Pemodenan Ilmu Tarannum Arab

Mengikut catatan Sheikh Muhammad Soleh Fatani, iaitu pengarang kitab Siraj Al-
qari, bahawa pemodenan tarannum (musik arab) adalah diimport dari Yunani, iaitu
seorang Profesor musik bangsa Greek Thalmus, kemudian dipanjangkan oleh pakar
musik tempatan iaitu Ishak bin Ibrahim Al-Mussoli Nadim.
Pengembangan dan Pengawalan Bacaan Al-Quran

Pengembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih


berkesan dan lebih meluas oleh para tabiin seperti:

1. Alqomah bin qais, di Kufah (62 H)


2. Abdullah bin Sa’ib di Makkah (70 H)
3. Abu Abdul Rahman As-sulami, di Kufah (73 H)
4. Abdullah bin ‘Iyash, di Madinah (78 H)

Kemudian diterima dan disebar meluas oleh para tabi’ tabiin seperti Umar bi Abdul
Aziz, Imam Muhammad bin Idris Syafie, termasuklah imam-imam qiraat dan
seterusnya para guru Al-quran dan para qari qariah yang muktabar sehingga ke hari
ini.

Perkembangan Ilmu Tarannum di Kepulauan Melayu

Sejarah tarannum dan pengajian Al-Quran di Nusantara (kepulauan melayu) Profesor


Doktor Hamka di dalam bukunya “sejarah umat Islam” mengatakan, adalah dipetik
dari Pustaka‫ ق كو تيوݞ‬, penulis Sir Thomas Arnold (684M) bahawa Agama Islam
telah menular masuk ke Nusantara ini bermula pada kurun pertama hijriah bersamaan
kurun ke-7 Masihi, iaitu semasa pemerintahan khalifah–khalifah Bani Umaiyah
berkuasa di Negara Arab.

Adalah di percayai bahawa pengajian Tarannum Al-Quran berkembang selaras


mengikut kelajuan perkembangan Islam itu sendiri, melalui pedagang-pedagang dan
mubaligh-mubaligh Islam dan Negara Arab, terutama pada kurun ke-10 hingga 15 M,
iaitu sebelum kedatangan penjajah barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris termasuk
Siam dan Jepun. Walau bagaimanapun ketika di bawah penjajahan tersebut iman dan
islam penduduk kepulauan Melayu ini telah teguh yang mana sukar digugat oleh
sesiapa pun.

Bermula dari pertengahan kurun ke-20 M sehingga kini perkembangan Agama Islam
termasuklah perkembangan pengajian tarannum Al-Quran, tidak lagi bergantung
kepada orang Arab ianya bukan sahaja dapat berdikari tetapi juga sudah bersaing
dengan mereka, sepertimana yang kita dapat saksikan di dalam pertandingan Tilawah
Al-Quran peringkat Antarabangsa dan sebagainya.
Nabi Daud Melahirkan Peranan Tarannum Kepada Zaburnya

Ibn Abbas r.a. menegaskan bahawa Nabi Daud a.s pernah membaca kitab zaburnya
dengan 70 lagu untuk menyegar jiwa dan menarik minat setiap manusia dan binatang.
Setiap jiwa tidak akan berfungsi jika ianya tidak diusik. Pengusik jiwa yang berkesan
ialah peranan tarannum.

Tarannum Al-quran adalah Suatu Ciri Ilmu Bacaan

Di antara ciri-ciri keilmuan bacaan Al-quran ialah ilmu tarannum, iaitu suatu ilmu
seni bunyi untuk mencantikkan bacaan Al-quran. Bertarannum tanpa kaedah atau
tanpa ilmu, bukan sahaja sekadar merendahkan martabat Al-quran, tetapi juga boleh
mencacatkan Al-quran dan ianya adalah haram.

Pembahagian Lagu-Lagu Tarannum Al Quran

Lagu-lagu tarannum al-quran yang mutawatir dan terkenal di seluruh Negara Islam
semenjak dahulu kala sehingga sekarang, hanya terbahagi kepada dua pembahagian
yang besar iaitu:

Pertama: Tarannum Arab Hijazi

Iaitu tarannum arab yang berlahjah hijazi yang mana iramanya dipengaruhi oleh
suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi ,
irama dan rentaknya agak lebih lincah di samping nada suaranya yang meninggi
kehangatan. Qari-qari biasanya membaca al quran berdasarkan asas-asas
tarannumnya yang tersendiri, yang dirumuz dengan ungkapan kata-kata “‫ج‬
ٍ ‫”بِ ُح ُم ٍر َد َس‬

: ‫ب‬Singkatan nama lagu ‫بَ ْن َجا َكه‬

: ‫ح‬Singkatan nama lagu ‫ُح َس ْينِي‬

: ‫م‬Singkatan nama lagu ‫َميًّا ْه‬

: ‫ر‬Singkatan nama lagu ‫َر ْكبِ ْي‬

: ‫د‬Singkatan nama lagu ‫ُد َك ْه‬


: ‫س‬Singkatan nama lagu ‫ِس ْي َك ْه‬

: ‫ج‬Singkatan nama lagu ‫َجهَرْ َك ْه‬

Selain daripada lagu lagu tersebut terdapat beberapa lagu tambahan seperti ،‫ ُع َّشا ْق‬،‫رُو َما‬
ُ ،‫ اُن َسد‬،‫َرست‬
‫ ِح َرب‬،‫ ِح َجاز‬،‫ يَ َم ْن‬،‫ص ْن َعانِ ْي‬ dan sebagainya. Sehingga kini lagu-lagu tersebut
tidak popular lagi, kecuali untuk negeri-negeri yang tertentu sahaja dan untuk senikata
berzanji sahaja.

Kedua: Tarannum Arab Mesri

Iaitu tarannum arab yang berlahjah Mesri yang mana iramanya dipengaruhi oleh
suasana lembah Nil yang subur menghijau dengan suhunya yang sederhana dan
nyaman . Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut berkesopanan di samping nada
suara yang sederhana kemanisannya. Berdasarkan kaedah yang disampaikan oleh
fadhilah As Sheikh Taha Al Fashni dari Mesir, bahawa qari-qari Mesir biasanya
empat iaitu bayati, hijazi,Iraqi dan rast. Manakala yang lainnya adalah sebagai
Tafarru’ (cawangan) sahaja seperti ‫ نوا اسر (عشاق) سيكه‬،‫ نهواند‬،‫ عجم‬،‫ صبا‬،‫ كردى‬،‫ حسيني‬dan
‫جهركة‬. Demikianlah 12 lagu yang pernah diamalkan oleh qari-qari Mesir sebagai lagu
bacaan al quran. Manakala selebihnya diamalkan untuk lagu-lagu qasidah dan lagu-
lagu musik sahaja.

Perkembangan Tarannum di Malaysia

Susunan Tarannum yang Popular di Malaysia

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al quran dengan
tarannum yang disusun seperti berikut :-

1) Bayati -Saba- Hijaz-Nahwand dan Rast

2) Bayati-Hijaz-Nahwand-Rast dan Sikah

3) Bayati-Nahwand-Rast-Sikah dan Jiharkah

4) Bayati-Saba-Nahwand-Rast dan sikah

5) Bayati-Iraqi-Hijaz-Sikah-Rast
50 peratus mengamalkan dengan bahagian (1) atau (2)

30 peratus mengamalkan dengan bahagian (3)

15 peratus mengamalkan dengan bahagian (4)

5 peratus mengamalkan dengan bahagian (5)

Sistem Tarannum Al Quran di Malaysia

Pembahagian tarannum yang popular dikalangan qari secara khususnya terbahagi


kepada tujuh maqamat iaitu:

1. Maqam Baiyati

2. Maqam Soba

3. Maqam Hijaz

4. Maqam Nahawand

5. Maqam Jiharkah

6. Maqam Sikah

7. Maqam Rast

Perubahan Teknik Taranum

Tarannum al quran juga boleh berubah dan boleh diubahsuaikan, tetapi identity
asalnya perlu dikekalkan keutuhannya, kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah
bersabda supaya umatnya sentiasa membaca Al-quran dengan suara dan tarannum
yang berlahjah Arab.

1) Kepopularan Tarannum Arab berlahjah Hijazi hanya sebelum 1940 han.

2) Kepopularan Tarannum Arab berlahjah Misri adalah selepas 1940 han, mungkin
disebabkan oleh kesederhanaan dan kelembutannya.

Kerajaan Mempromosikan Sistem Bacaan yang Baik


Bermula dari tahun 1960 Masihi kerajaan Malaysia telah mempromosikan sistem
bacaan Al-Quran di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Kesannya bukan sahaja
sekadar untuk memupuk semangat dan menarik minat umat Islam, tetapi sekaligus
ianya adalah untuk memperkenalkan bagaimana kurikulum bacaan Al-Quran yang
sebenar iaitu merangkumi bidang memperelokkan suara, tajwid, tarannum dan
fasohah.

Peranan Tarannum pada Bacaan Al-Quran

Seseorang Qari itu tidak harus melupakan tentang peranan tarannum Al-Quran supaya
matlamatnya dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Di antara peranannya adalah seperti berikut:

1) Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar. Allah taala berfirman:

Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan seberapa tartil yang termampu (Al-
Muzammil:4).

2) Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran. Rasulullah S.A.W.


bersabda: di turunkan Al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan.
(Riwayat Muslim).

3) Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan. Allah Taala berfirman: mereka


bersegera menundukkan muka sambil menangis sedangkan Al-Quran itu boleh
menambahkan kekhusyukan dan keinsafan (Al-Isra’:109).

4) Untuk mendapat rahmat. Allah berfirman: bila-bila sahaja Al-Quran dibaca, maka
hendaklah diam untuk memerhati dengar bacaannya semoga kamu dirahmati
Allah(Al-A’raf:204).

5) Untuk menambahkan seni Al-Quran, Rasulullah S.A.W. bersabda: perelokkanlah


bacaan Al-Quran itu dengan keelokkan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang
elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni mukjizat Al-Quran itu.(Riwayat
An-Nasai’ dan Abu Daud).

Sistem Tarannum Al Quran di Malaysia


Setiap tarannum hendaklah mempunyai berbagai harakah yang mengandungi
beberapa ‫ قطعة‬dan beberapa ‫ محطه‬nya yang disusun mengikut teknik-teknik yang
tertentu, seperti berikut :-

1) Satu ‫حركه‬

Iaitu suatu alunan irama yang mengandungi beberapa ‫ قطعة‬dengan satu ‫ محطه‬nya.

2) Satu ‫قطعه‬

Iaitu suatu alunan irama yang paling pendek tanpa ‫محطة‬.

3) Satu ‫محطه‬

Iaitu suatu bentuk atau gaya penghujung kepada suatu alunan.

4) Satu ‫ترانم‬

Iaitu suatu jenis irama yang mengandungi beberapa ‫قطعه‬dan beberapa ‫حركه‬
dengan berbagai ‫ محطه‬nya.

5) Satu persembahan

iaitu suatu bacaan yang diperdengarkannya mengandungi beberapa jenis tarannum


yang disusun dengan teknik teknik yang tertentu menerusi ciri-ciri tersebut.

Sistem Persembahan Tarannum Al Quran di Malaysia

Setiap persembahan hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:-

Pertama: mengandungi beberapa jenis tarannum yang berlainan tanpa takrir.

Kedua: mengandungi beberapa ‫ طبقات‬suara yang disusun mengikut tekniknya.

Ketiga: tarannum pembukaan dan tarannum penutup hendaklah dari jenis yang sama,
sebaik baiknya tarannum Bayati.
Pengenalan Taranum Rast dan Sejarahnya

Taranum Rast berasal dari negara Parsi, ianya telah diubahsuai dan telah diterima
pakai oleh pakar pakar taranum al quran dari negara Hijaz dan seterusnya
dipopularkan kepada seluruh qari qari’ah di pelusuk dunia islam mengikut zouq yang
berlahjah arab Hijazi. Sehingga kini ianya telah diubahsuai dan dipopularkan semula
oleh pakar pakar taranum al quran dari negara Mesir mengikut budaya Mesir yang
terkenal dengan kelembutan dan kehebatannya. Walaubagaimanapun identiti asalnya
masih lagi dikekalkannya. Oleh itu, untuk kita lebih mendalami ilmu tarannum Rast
tidak dapat tidak ke atas kita untuk mengetahui sifat-sifat taranum Rast tersebut. Di
antara sifat sifat taranum Rast adalah sebagaimana berikut:

a) Mempunyai gerak lembut disamping ketegasannya. Yakni taranum Rast


mempunyai nada yang lembut tetapi membawa maksud ketegasan di dalam
makna ayatnya.
b) Mempunyai kelembutan alunannya yang mempesonakan. Yakni, lagu yang
dipersembahkan di dalam taranum Rast adalah bernada lembut dan
mempesonakan pada alunan bacaannya.
c) Mempunyai ciri-ciri kelincahan yang menyemarakkan.
d) Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. Yakni taranum Rast
adalah sesuai digunakan dengan mana-mana tobaqat di dalam bacaanya.
Tobaqot pertama (qoror) ianya berfungsi di dada, tobaqot kedua (nawa) ianya
berfungsi pada tekak, tobaqot ketiga (jawab) ianya berfungsi pada rongga
hidung, dan tobaqot keempat ( jawab-buljawab) ianya berfungsi pada rongga
otak.
e) Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana bentuk ayat Al- Quran yang
dibaca. Yakni taranum Rast adalah sangat bersesuaian untuk dibaca dengan
mana-mana bentuk ayat. Oleh itu, kita boleh menggunakan taranum Rast
untuk melagukan ayat al quran yang menceritakan tentang azab neraka,
nikmat syurga dan sebagainya,

Peranan Tarannum Rast

Di antara peranannya adalah sepertimana berikut:-


1) Memberi semangat kepada persembahan.

2) Memberi tenaga kepada tarannum yang berikutnya.

3) Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

4) Membantu untuk menyampaikan mesej Al-Quran.

- menyampaikan maksud isi kandungan Al-Quran sepetimana ayat yang


menceritakan tentang gambaran syurga, maka lagu yang dialunkan
bersesuaian dengan maksud ayat tersebut.

5) Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf Al-Quran.

6) Melahirkan kemukjizatan Al-Quran dari sudut bacaan.

Mengenal Jenis-Jenis Tarannum yang Berseiringan dengan Rast.

Iaitu mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengannya
seperti tarannum Sikah, Jaharkah, Husaini dan sebagainya. Maksud mempunyai angin
yang hampir sama di sini ialah hampir sama pada cara dan kaedah bacaanya)

1) Jika berlaku ketegangan pada persembahannya, maka ianya bolehlah


diwasilahkan kepada tarannum Jaharkah atau Sikah.

2) Jika berlaku kemelesetan pada persembahannya, maka ianya bolehlah


diwasilahkan kepada tarannum Husaini dan sebagainya mengikut kemahiran
yang telah sedia ada pada qari yang berkenaan.

(Maksud kemelesetan di sini ialah kesukaran untuk meneruskan


pembacaannya).

Ciri-ciri persembahan tarannum al quran yang baik

Untuk mendapat persembahan yang baik, perlu mengikut cirri-ciri yang berikut:-

1. Susunan harakahnya rapi dan bersistematik.

2. Susunan taranumnya rapi dan bersesuaian.

3. Bersesuaian taranum dengan ayat.


4. Bersesuaian taranum dengan hukum tajwid.

5. Bersesuaian suara dengan taranum

6. Pengendalian suara dan taranumnya dengan lahjah arab.

Peranan Harakah Secara Umum

Setiap qari perlu mengetahui peranan harakah secara umum sebagaimana berikut:

1. Untuk mempelbagaikan seni bunyi.

2. Untuk menghidupkan bacaan.

3. Untuk meningkatkan persembahan.

4. Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya.

Seseorang qari yang mengalunkan taranum al quran tanpa mengetahui peranan


harakahnya umpama seorangn musafir yang meneruskan perjalanannya tanpa
matlamat, sentiasa hanyut mengikut arus.

Peranan Khusus Kepada Tiap-tiap Harakah

Tiap-tiap harakah itu memang mempunyai peranannya yang khusus dan setiap qari
perlu memahaminya dengan betul, demi untuk menyusun dan menyesuaikan satu
harakah kepada harakah yang lain dengan lebih rapi dan lebih sempurna sebagaimana
berikut:-

1. Mempunyai peranan penyesuaian

2. Mempunyai peranan ransangan

3. Mempunyai peranan jawab

4. Mempunyai peranan jawabul jawab

5. Mempunyai peranan persediaan

6. Mempunyai peranan penutup


Memahami Kehebatan dan Kecanggihan Harakah

Di antara cirri-ciri kehebatan dan kecanggihan harakat itu adalah sebagaimana


berikut:-

1. Harakah yang mempunyai ‫ ساللم النزول‬iaitu tangga –tangga untuk menurun.

2. Harakah yang mempunyai ‫ ساللم صعود‬iaitu tangga-tangga untuk menaik.

3. Harakah yang mempunyai ‫ وصلة المماثلة‬iaitu gabungan dua angin lagu atau lebih.

4. Harakah yang mempunyai ‫ إختالل اللحن‬iaitu kesumbangan untuk menurun atau menaik.

5. Harakah yang mempunyai ‫ بردة‬yang tersusun iaitu bunga-bunga yang menarik.

Tetapi perlu diingatkan dalam mencari kecanggihan harakah janganlah sampai kepada
tahap menghilangkan kualiti al quran. Jika berlaku sedemikian maka ianya adalah
dipertikaikan oleh ulama apakah ianya diharuskan atau diharamkan.

You might also like