You are on page 1of 24

Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

SOALAN:

“Pilih dua tempat dalam kategori yang sama (Bandar, kawasan

perindustrian, kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya), bincangkan

keberlainan lanskap manusia yang terbentuk dan jelaskan mengapa wujud

keberlainan tersebut”.

PENDAHULUAN

Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh mengenai bumi

melalui pemetaan lokasi bagi setiap tempat di bumi. Takrifan geografi bukan

sekadar apa yang digariskan pada perkataan yang berkaitan dengan kajian ke

atas bumi tetapi juga meliputi fitur, unsur, fenomena dan karakter yang

membentuk satu lanskap itu mempunyai ciri-ciri tersendiri, istimewa, berbeza

dan unik dalam sesuatu ruang geografi. Geografi juga adalah kajian interksi. Ahli

geografi mesti melihat geografi dalam perspektif yang saintifik di mana ahli

geografi mesti mampu menyusunhuraikan hubungan unsur-unsur dan

menjelaskan bagaimana hubungan ini terbentuk, menjadikan unsur, ruang dan

lanskap tersebut membentuk ciri-ciri unik dan tersendiri berbanding kawasan

lain. Ini kerana perubahan sesuatu lanskap mempunyai talian antara aspek,

faktor sosial dalam sesuatu ruang. Tumpuan kajian geografi ialah tentang

fenomena semulajadi dan budaya yang terdapat di merata tempat. Pengetahuan

1
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
geografi penting untuk memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya

wujud dan di mana ia berada, apa makna keadaan dan kawasan itu sebelum,

sekarang dan masa akan datang, serta bagaimana lokasi, tempat, dan kawasan

tersebut memberi kesan kepada tempat lain.

DEFINISI

Kajian geografi terbahagi kepada dua iaitu geografi fizikal dan geografi

manusia. Kedua-dua bidang geografi ini mempunyai tumpuan atau fokus kajian

yang berbeza. Geografi manusia memfokuskan kepada kajian tentang bagaimana

kewujudan ruang, wilayah, kawasan di muka bumi. Ia melibatkan kajian tentang

keruangan di permukaan bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama.

Ia meliputi geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi

kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan geografi sosial.

Ruang bermaksud satu kawasan yang terhasil akibat tindakan manusia itu.

Manusia membina ruang untuk membina petempatan, perbandaran,

perindustrian, pertanian dan sebagainya. Bidang geografi manusia memusatkan

kepada manusia dan aktivitinya di bumi sebagai tempat kediaman. Justeru itu,

bidang geografi manusia muncul sebagai pengkajian perkaitan antara manusia

dengan alam sekitarnya atau dalam istilah moden ia dikenali sebagai system-

manusia-alam sekitar. Lanskap manusia adalah pemandangan yang terbentuk

2
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
seperti taburan kependudukan manusia itu sendiri dalam sesuatu tempat yang

terhasil daripada kegiatan manusia terhadap bidang ekonomi yang dijalankan,

iaitu berdasarkan kewujudan jenis ekonomi yang terdapat pada sesuatu tempat.

Ini dapat diperjelaskan seperti pertanian bagi kawasan tanah tinggi serta

mempunyai iklim yang sesuai dan perniagaan di kawasan Bandar, sebagai pusat

perniagaan.

KEBERLAINAN LANSKAP MANUSIA

Geografi manusia mengkaji tentang ruang akibat daripada kegiatan

manusia itu. Kegiatan manusia adalah seperti membina petempatan,

kependudukan aktiviti ekonomi, pengangkutan, pertanian, perbandaran, politik,

budaya, migrasi, dan sebagainya. Kegiatan, tindakan dan aktiviti manusia itu

akan mengubah pandangan bumi kepada pandangan yang baru. Ahli geografi

yang mengkhusus dalam bidang geografi manusia cuba menerangkan

bagaimana manusia itu sendiri menwujudkan fenomena baru atau ruang dalam

kehidupannya. Ahli geografi masih juga menggunakan persoalan asas untuk

menerangkan sebab kewujudan ruang baru tersebut.

Elemen dan Fenomena Kajian Geografi Manusia adalah seperti

Kependudukan, Petempatan, Aktiviti Ekonomi, Pengangkutan, Aktiviti rekreasi,

3
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Keagamaan, sistem politik, Tradisi Sosial (budaya), Migrasi manusia, Sistem

pertanian dan Sistem Bandar. Semua lanskap manusia yang terbentuk, berkisar

kepada semua elemen kegiatan manusia ini.

Tradisi Sosial (budaya), merupakan salah satu elemen yang membentuk

lanskap manusia, sama ada kawasan tersebut Bandar, kawasan perindustrian,

kawasan pertanian, sekolah dan sebagainya. Kajian Tradisi Sosial (budaya) akan

memberikan gambaran lanskap manusia yang terhasil dari kesan pembangunan

sesuatu kawasan. Pembangunan sesuatu kawasan itu juga terhasil dari

perancangan dan pentadbiran kepimpinan manusia yang disebut sebagai

keupayaan kebudayaan mental. Dalam perbincangan ini, tumpuan hanya

diberikan kepada elemen Tradisi Sosial (budaya) atau juga disebut lanskap

budaya bagi membincangkan perbezaan dan keberlainan lanskap manusia dan

juga menumpukan hanya kawasan Bandar berbanding dengan kawasan

pertanian.

KEWUJUDAN LANSKAP MANUSIA

Keseluruhan cara hidup manusia, melibatkan unsur-unsur penciptaan dan

pemantapan elemen-elemen fizikal, tingkahlaku dan abstraksi secara sedar dan

berterusan. Elemen Fizikal, sebagai contoh artifak seperti rumah, lukisan; Elemen

4
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Tingkahlaku, sebagai contoh objek sikap dan tingkahlaku seperti tarian dan adat;

Elemen Abstraksi seperti kebudayaan mental, budi, kejiwaan, pemikiran.

Kebudayaan bukanlah objek fizikal atau tingkahlaku atau rangka mental

semata-mata, tetapi kesemuanya. Kebudayaan mental adalah yang paling

penting kerana  kebudayaan fizikal dan tingkahlaku adalah cerminan kebudayaan

mental. Takrif klasik Taylor dan Strauss  (kebudayaan sebagai keseluruhan cara

hidup manusia).

Apabila memperkatakan tentang penempatan manusia maka kita tidak

dapat melarikan diri daripada memperkatakan lanskap budaya kerana

penempatan manusia adalah sebahagian daripada lanskap budaya dan lanskap

budaya itu sendiri merupakan hasil daripada kegiatan manusia di dalam

sesebuah lokasi. Dalam lanskap budaya itu sendiri meliputi kajian bentuk muka

bumi mikro, tumbuhan semula jadi, bangunan dan pola-pola penempatan (Ingolf

Vogeler, 1996, http://www.uwec.edu/geography/ivogeler/w188/define.htm).

lanskap budaya membawa makna segala unsur yang wujud di atas permukaan

bumi hasil daripada kegiatan manusia dalam menjalankan kehidupan harian

dengan berinteraksi dengan persekitaran untuk menjalankan kegiatan ekonomi

sebagai manusia ekonomi dan dalam konteks ini hubungan penempatan manusia

dengan lanskap budaya akan menumpukan perbincangan ini hanya merujuk

5
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
kepada lanskap budaya di atas permukaan bentuk muka bumi fizikal yang

mengalami perubahan.

Walau bagaimanapun, persoalan yang timbul di sini ialah di antara dua

unsur tadi iaitu objek manusia dan lanskap budaya perlu ditentukan unsur yang

mempunyai dominasi terhadap unsur lain. Oleh yang demikian, manusia

merupakan unsur dinamik yang mampu mendominasikan persekitaran fizikal

untuk kepentingannya dengan bertitik tolak daripada pendapat para sarjana

yang menyokong pemikiran serba kemungkinan yang menyatakan bahawa

manusia mempunyai peranan yang positif dan boleh mengatasi rintangan atau

sekatan alam sekitar. Vidal De La Blache (1926) berpendapat bahawa perbezaan

komuniti yang terdedah kepada alam sekitar fizikal yang serupa boleh dijelaskan

oleh perbezaan sistem nilai, sifat dan kebudayaan.

Frederich Ratzel (1892) menyatakan bahawa manusia merupakan

komuniti yang sama dengan haiwan dan tumbuhan terpaksa bertungkus-lumus

untuk hidup. Memang bertepatan sekali kerana dengan jelas bahawa manusia

dari sejak dahulu lagi berusaha bertungkus-lumus untuk menyesuaikan diri

dengan persekitaran fizikal tetapi dalam konteks perbincangan ini, bahawa

‘bertungkus-lumus’ di sini merujuk kepada usaha manusia mengatasi halangan

persekitaran fizikal dan bukan sekadar menyesuaikan diri dengan persekitaran

6
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
fizikal yang dianggap dominan menentukan kehidupan manusia. Oleh yang

demikian, penempatan manusia sememangnya mempunyai hubungan dengan

lanskap budaya di mana kedua-dua unsur ini saling berkaitan.

Apakah pertalian kebudayaan dan ruang?

Voyates (1967) ;- Space is meaning from culture – nothing is in the space,

unless culture. Ertinya segala yang ada di atas ruang, setiap yang kita lihat di

atas ruang  adalah kebudayaan manusia. Manusia hidup untuk meneruskan

kebudayaan mereka, yakni kebudayaan fizikal,  kebudayaan tingkahlaku dan

abstraksi.

Oleh kerana manusia adalah objek utama dalam ruang, maka pembentukan

ruang secara fizikal dan sosial mestilah memenuhi kehendak kebudayaan. Ini

termasuklah kehendak-kehendak bersangkutan dengan folkways, mores, nilai,

norma, atau peraturan yang dimantapkan oleh kebudayaan. Jika manusia

mencipta sesuatu ruang atau mengendalikan tingkahlaku dalam ruang secara

tidak memenuhi konsep kebudayaan atau bertentangan dengan kehendak

kebudayaan, ia  boleh menimbulkan kontradiksi ruang dan boleh membangkitkan

tentangan awam.  Contoh, membuang sampah merata-rata, atau tidak mengikut

barisan di kaunter memungkinkan  individu itu  dimarah  kerana tidak mematuhi

7
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
peraturan ruang atau kebudayaan yang ditetapkan. Contoh lain, pembinaan

Empangan Bakun mendatangkan tentangan sosial kerana melanggar pola

penggunaan ruang penduduk natif.

Persoalan Ruang Dalam pembangunan

Apabila kita merenung  pembangunan, sama ada daripada sudut fizikal

mahupun sosial, beberapa refleksi boleh segera ditimbulkan:

i) Bahawa tujuan utama perancangan dan pengkaryaan ruang dalam

pembangunan adalah untuk mengagih ruang pembangunan secara cekap

dan berkesan, walaupun dengan asas pendekatan pemikiran yang

berbeza-beza dan bertahap.

ii) Asas pendekatan termasuklah seperti teras pembangunan, ideologi

negara, budaya setempat atau apa sahaja landasan yang menggerakkan

usaha pembangunan baik pada peringkat negara atau kelompok atau

individu. Pada peringkat negara bangsa mahupun individu, persoalan asas

pendekatan pembangunan inilah yang seringkali didebatkan kerana

ketidaksempurnaan asas pendekatan inilah yang sebenarnya

menimbulkan  konflik ruang dalam pembangunan. Perbezaan asas

pendekatan pembangunan reruang yang digunakan dalam  sesebuah

8
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
negara,  atau yang digunakan oleh kelompok dan individu menyebabkan

perbezaan dalam strategi dan implimentasi  pembangunan fizikal dan

sosial yang terhasil.

Pembangunan Bandar

Individu atau orang-orang daripada kalangan pemerintah yang

mempunyai tingkat pemikiran yang holistik, sempurna, ideal, menepati norma

dan nilai setempat, mempunyai panduan pemikiran mengenai asas

pembangunan yang konkrit dan relevan kepada masyarakat, lantas

mereproduksikan imej pembangunan yang imbang dan unggul dari segi

kemajuan peradaban, pada masa yang sama menangkis imej paradoks dan

kontra dalam masyarakat.  Misalnya peralihan paradigma pembangunan

9
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
daripada paradigma kemerdekaan politik (sehingga 1974) kepada paradigma

modernisasi (1980an) kepada paradigma manusia (lewat 90an) dan kepada

paradigma mampan (dekad milenium) adalah satu tanda kematangan pemikiran

komuniti ilmuan mengenai asas pendekatan pembangunan.

Pembangunan Kampung

Individu atau orang daripada kalangan pemerintah yang mempunyai

tingkat pemikiran yang cetek, sempit, ketakacuhan  dan ketandusan kerangka

pemikiran yang konkrit lagi relevan kepada masyarakatnya, mempunyai panduan

pemikiran mengenai pembangunan secara terbatas, lantas mewacanakan sebuah

pembangunan secara tidak tersusun. Contoh, dibawah kolonialisme, konteks

pemikiran mengenai pembangunan adalah kepada penguasaan sumber dan

10
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
bukan kepada pembangunan masyarakat, maka kesannya imej ruang ditandai

oleh keterbatasan  unsur-unsur pembangunan yang lain. Dalam paradigma

modenisasi, ekonomi adalah petunjuk KNK dan pembangunan, lantas wajah

pembangunan yang dihasilkan berorientasikan ekonomi.

Ada individu atau orang dari kalangan pemerintah yang memiliki asas

pendekatan pemikiran yang sempurna, tetapi gagal memainkan peranan dalam

mengagih ruang secara berkesan kerana ditakluk manipulasi kuasa. Contoh:

perancang pembangunan yang meluluskan plan yang tidak konkrit kepada

kesejahteraan alam sekitar, penduduk atau kebudayaan penduduk kerana

konstrain kewangan, korupsi, etc. Dalam pentas pembangunan sebenar, individu

sebegini amat ramai.

Asas pendekatan dalam pembangunan ruang boleh dilihat dalam perspektif

berikut;

Perspektif Pemerintah: pemerintah sebagai saluran teratas yang

membuat keputusan dalam merangka dan memutuskan plan pembangunan

(ruang) iaitu  mengikut asas/esesi pembangunan yang dihasratkan. Contohnya 

DEB dan wawasan 2020 adalah  teras pembangunan atau ideologi

pembangunan. Di bawahnya kita boleh saksikan pola pengungkapan, 

11
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
penyusunan dan penggunaan ruang daripada sudut-sudut ekonomi seperti

pembasmian kemiskinan, penyusunan masyarakat, pembinaan bangsa dan citra

nasional dan sebagainya.

Daripada contoh ini, asas pendekatan pemerintah biasanya merujuk kepada

tujuan-tujuan pembangunan yang murni, holistik sifatnya dan mengambilkira

kepentingan serta persepsi masyarakat secara amnya. Daripada dasar negara

itu, terbinalah landskap fizikal pembangunan seperti bandar dengan pola

perindustrian, bandar-bandar perumahan baru, pembukaan tanah rancangan, 

penyusunan semula struktur ruangan bandar/desa sediawujud dan sebagainya,

tujuannya adalah untuk mencapai matlamat pembangunan.  Namun demikian,

pemerintah seperti juga orang biasa kerap menyusun dan mengkarya ruang

bandar dengan terlupa tujuan asal, lantas mendapat kritikan pelbagai pihak.

Bagi memahami perspektif pemerintah mengenai pola penyusunan dan

penggunaan ruang secara cekap dan berkesan, kita perlu mengkaji apakah

dasar-dasar pembangunan yang telah diwujudkan dan sejauhmanakah dasar-

dasar tersebut mengarah kepada pembentukan ruangan pembangunan yang

ideal daripada segi asas pembangunan yang diinginkan. Di Malaysia, kita

mempunyai sekurang-kurangnya  32 dasar berkait pembangunan seperti dasar

urbanisasi, dasar pendidikan, dasar kependudukan, dasar perindustrian, dasar

12
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
penswastaan, dasar pandang ke timur, dasar perumahan negara, etc. Dasar-

dasar ini sebahagiannya telah mantap dan sebahagiannya tidak jika dihubungkan

dengan pencapaian wawasan besar negara seperti wawasan 2020. Misalnya

dalam wawasan 2020 ditekankan penciptaan bangsa Malaysia yang integriti

tetapi pada hakikatnya, imej ruang yang dibentuk di Malaysia masih belum

berupaya mencapai matlamat integriti atau mewujudkan  simbol nasional yang

sebenarnya. Misalnya simbol Malaysia tidak bererti mewujudkan Mines

Waterfront atau Sunway Pyramid.

Mines Waterfront

13
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Sunway Pyramid

Mekanisme Intervensi pemerintah dalam konteks penyusunan dan

pengkaryaan ruang dalam pembangunan disalurkan melalui undang-undang,

dasar, peraturan strategi, dan sebagainya. Ini dilakukan dengan mewujudkan

pelbagai otoriti yang bersangkutan seperti jabatan dan kementerian. Contoh

JPBD. Keputusan untuk membina ruang adalah melalui keabsahan pemerintah

(melalui agensinya) Contoh: Pembinaan kawasan perumahan baru – sekurang-

kurangya melibatkan 16 agensi dalam perancangan ruang untuk kelulusan

antaranya --JPBD, JKR, JPS, JAS, JTG, dll.

14
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Perumahan Bandar

15
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Perumahan Kampung

Perspektif Kelompok Dominan : kelompok-kelompok dominan dirujuk

sama ada kepada kumpulan atau individu yang memiliki hubungan kuasa dalam

masyarakat. Golongan ini termasuklah individu yang memiliki keupayaan yang

tinggi daripada segi ekonomi, sosial mahupun politik. Kuasa yang ada pada

mereka ini adalah berbeza, misalnya kuasa dari segi kewangan atau kuasa

kerana kepemimpinan/ karismatik atau kuasa kerana Ketuhanan/sakral.

Dominannya  kelompok atau individu ini adalah pada tahap atau darjah

pengaruh kuasa yang dimiliki- iaitu besar atau kecil, tinggi atau rendah, kuat

atau lemah, sedikit atau banyak. Ini boleh dilihat daripada segi jumlah modal

16
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
terkumpul (keupayaan kewangan), jumlah pengikut atau penyokong,  atau tahap

penghormatan dan keakuran masyarakat terhadapnya. Dengan kuasa tadi,

kelompok atau individu berkenaan boleh:

Memutuskan:

keputusan-keputusan penting berhubung program pembangunan dalam

ruang- ini termasuklah teras pembangunan yang ingin diwujudkan, idelogi

yang ingin dianuti dan sebagainya. Ini memberi kesan pada wacana

pembangunan. Jika asas pembangunan mendasari pemikiran kelompok

dominan ini cetek dan tidak berupaya,  maka imej pembangunan yang

dibawakan juga terhambat atau terpesong.

Melaksanakan:

melaksanakan keputusan dengan kuasa yang ada padanya, yakni

merealisasikan apa yang dirancang ideal atau pincang.

Dalam keadaan normal kelompok dominan atau individu ini tertakluk

kepada kuasa pemerintah dalam melaksanakan apa yang mereka putuskan,

justeru itu  sekatan kepada pembangunan yang bermasalah mungkin dapat

dilakukan melalui fungsi tapisan oleh mekanisme intervensi kerajaan.

17
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
Namun perlu diingat, tidak kesemua kelompok atau individu dominan

tertakluk kepada Kuasa pemerintah dalam buatputusannya. Biasanya mereka

berkuasa dalam ruang mereka sendiri. Pada peringkat JPBD misalnya  kelulusan

adalah pada segi struktur pembinaan bangunan, dan bukan pada rekabentuk.

Oleh itu dominan kelompok global berupaya menghasilkan imej-imej bandar

yang kontras dengan sistem nilai setempat seperti Sunway Pyramid. Senibina

sunway piramid adalah bertentangan dengan  pembinaan identiti bangsa

Malaysia yang sebenar kerana berkonsepkan senibina pascamoden, falsafah

penolakan agama dan bukan bercirikan Malaysia, ia menggambarkan  sebuah

kuil dan bangunan makam purba mesir, mengandungi bahasa senibina eksotik,

misalnya pada tiang kuil Among-Re penuh dengan ayat suci agama mesir purba,

lukisan pada dinding dan arca mempunyai seribu makna tersurat yang memuji

kebesaran Firaun yang dianggap sebagai tuhan. Hal yang sama pada The mines

WaterFront menunjukkan bangunan pascamoden klasik barat yang

menggambarkan  mentaliti Malaysia yang masih kuat mengagungkan penjajah.

Kelompok dominan terdiri daripada beberapa tahap dan terlalu berkuasa

hinggalah yang sederhana tetapi berkuasa. Biasanya mereka mengagih dan

mengkaryakan ruang berdasarkan konteks kecekapan dan keberkesanan

penggunaan ruang daripada perspektif mereka, meskipun kadangkala

menentangi perspektif negara-bangsa.

18
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Contoh kelompok dominan ini termasuklah ahli-ahli ekonomi yang

bermodal besar, ahli-ahli politik, tokoh agamawan, tokoh-tokoh sosial seperti

artisan dan lain-lain. Apabila etik peribadi kumpulan ini meruncing, pola

penyusunan dan pengkaryaan ruan juga terpesong.

Perspektif Kelompok Marginal: iaitu kelompok-kelompok yang

memiliki tahap pengupayaan/empowerment yang lemah misalnya daripada segi

ekonomi dan modal manusia. Justeru mereka tersisih  daripada segi hubungan

kuasa. Kelompok ini adalah kelompok terbesar dalam masyarakat yang selalunya

memiliki daya adaptasi ekonomi dan sosial yang lemah. Lantaran adaptasi yang

lemah, kelompok yang perlu terlibat dalam penggunaan ruang ini akhirnya

menggunakan ruang seada-adanya walaupun imej yang dibangunkan di atas

ruang itu mencacatkan atau merosakkan konsep sesebuah wilayah ruang

(seperti bandar).  Contoh kelompok marginal ini termasuklah setinggan,

peneroka kota, ghetto,  peniaga di tanah haram atau tempat larangan.

19
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Rumah Setinggan

Petempatan Peneroka

20
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Peniaga di tanah haram atau tempat larangan

Imej ini amat ketara dibandar yang menerima kehadiran imigran yang

tinggi, kekurangan sektor pekerjaan dan industri (urbanisasi pseudo/semu).

Contoh ruang bandar yang terjelma daripada penglibatan marginal ini masih

ketara di bandaraya Kuala Lumpur (Contoh: Dato Harun, Batu Caves, Selayang

Jaya),  Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, dan lain-lain.

PENUTUP

Asas pendekatan merupakan subjek yang dianggap menentukan pola

penyusunan dan penggunaan ruang secara cekap dan berkesan. Apabila

21
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
mengkritik ruang, kita diseru mengkritik asas pendekatan yang dipegang atau

dipakai oleh seseorang pengkarya ruang.

Pada masa kini di mana-mana sahaja kita pergi, sama ada di kota besar,

tepi laut, ke luar bandar kita melihat bahawa persekitaran fizikal telah banyak

berubah. Pelbagai bentuk lanskap manusia melalui budaya menyambut

kedatangan kita. Semua ini sekadar menyedarkan kita bahawa manusia kini

mampu mengatasi halangan persekitaran fizikal dan ini selaras dengan geografi

masa semakin banyak lanskap manusia melalui budaya yang akan diwujudkan.

Dalam pada itu, lanskap manusia melalui budaya bukan sekadar

memperlihatkan bahawa manusia mampu mengatasi halangan fizikal tetapi

lanskap ini juga menjadi ukuran penting dalam melihat kemajuan.

Dalam konteks sosiologi lanskap manusia berdasarkan budaya bukan

sekadar memperlihatkan status kemajuan sesebuah kawasan tetapi juga dapat

mencerminkan budaya, sosial dan ekonomi penduduk setempat. Oleh yang

demikian sememangnya lanskap manusia dalam elemen budaya mempunyai

hubungan dengan penempatan manusia. Malahan Richard G. Boehm (1996)

menyatakan lanskap budaya mempunyai hubungan kuat dengan antropologi dan

arkeologi.

22
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA

Oleh itu, dapat simpulkan bahawa lanskap dalam kategori budaya

merupakan gambaran asas kepada struktur sosial, ekonomi dan budaya manusia

yang menghuni ruang permukaan bumi. Malahan penempatan manusia

merupakan sebahagian daripada lanskap budaya itu sendiri dan lanskap budaya

itu sendiri mempunyai hubungan dengan penempatan yang mencerminkan

status sosial, ekonomi dan kebudayaan.

23
Geografi Manusia - LANSKAP MANUSIA
RUJUKAN

1. Chauncy D.Haris dan Edward L. Ullman. (1945). “Model pelbagai guna.”,

dalam Katiman Rostam. (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

2. Colin J. Thomas dan Rosemary D.F Bromley.(2003). Retail revitalization and

small town centres: the contribution of shopping lingkages. Applied

Geography ,23, 48 – 68.

3. Friedrich Ratzel. (1926). Antropologie in geography. Annals of the

Association of American Geographers 53:429-40

4. Homer Hoyt. (1939). “Model Sektor.”, dalam Katiman Rostam. (1988).

Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Vidal De La Blache. (1926). The Geographical Tradition. Oxford : Blackwell.

24

You might also like