You are on page 1of 1

SALING KAITAN ANTARA ALAM SEKITAR MANUSIA

DENGAN ALAM FIZIKAL


Manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar fizikalnya. Hubung kait ini
sangat erat terutamanya dalam masyarakat primitif. Keadaan ini wujud kerana mereka
bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar untuk kehidupan. Beberapa suku kaum Ash di
beberapa buah negara tropika masih lagi bergantung hidup kepada alam sekitar mereka. Mereka
biasanya tinggal di kawasan hutan pedalaman yang terpencil.
Dalam masyarakat moden, sungguhpun hubungan dengan alam sekitar fizikalnya masih wujud,
namun sedikit sebanyak mereka dapat menggubah alam sekitar fizikalnya untuk memenuhi
keperluannya yang pelbagai. Perubahan dalam teknologi moden yang canggih dan kemampuan
ekonomi telah membolehkan masyarakat moden kini mengubahsuai alam sekitar fizikal untuk
memenuhi keperluan mereka. Namun begitu, pengubahsuaian ke atas alam sekitar ini tidak
boleh dibuat sepenuhnya. Sungguhpun begitu, satu perkara yang jelas dalam masyarakat primitif,
mereka menyesuaikan kehidupan dengan keadaan alam sekitar fizikal. Tetapi masyarakat moden
pula mengubahsuai alam sekitar fizikal bagi memenuhi kehidupan mereka.

You might also like