You are on page 1of 2

Ayat Tanya / Kata tanya

Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya
boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya
terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana,
siapa dan berapa.

Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:

Cara-cara untuk membentuk ayat tanya

1.   Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba?
Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak?
Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?

Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan
tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan
suara menaik pada akhir ayat.

2.   Menggunakan partikel "kah"

Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:

Ayat penyata Ayat tanya


Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu?
Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu?
Mereka hendak menolong kita? Hendak menolong kitakah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan
kesamaran makna.

3.   Menggunakan pelbagai kata

Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,
mengapa, mana, dan siapa.

Ayat tanya
Kata
Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah"
Ada Tiada Adakah cara saya ini betul?
Apa Apa yang kamu beli tadi? Apakah yang kamu beli tadi?
Bagaimana cara untuk Bagaimanakah cara untuk
Bagaimana
mendaftar diri? mendaftar diri?
Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang?
Mengapa kamu datang lambat Mengapakah kamu datang lambat
Mengapa
hari ini?. hari ini?.
Mana Mana ibu? Manakah ibu?
Siapa Siapa nama jiran baru kamu? Siapakah nama jiran baru kamu?

Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel
"kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:

 Tetamu sudah tibakah?


 Buah itu sudah masakkah?
 Mereka hendak menolong kitakah?

Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:

 Tetamu sudah tibake?


 Buah itu sudah masakke?
 Mereka hendak menolong kitake?

"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain
itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.

You might also like