You are on page 1of 19

TATACARA WUDUK DAN SOLAT MENURUT

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi

1
TATACARA WUDUK

Firman Allah S.W.T:

È,Ïù#tyϑø9$# ’n<Î) öΝä3tƒÏ‰÷ƒr&uρ öΝä3yδθã_ãρ (#θè=Å¡øî$$sù Íο4θn=¢Á9$# ’n<Î) óΟçFôϑè% #sŒÎ) (#þθãΨtΒ#u™ š⎥⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

4 È⎦÷⎫t6÷ès3ø9$# ’n<Î) öΝà6n=ã_ö‘r&uρ öΝä3Å™ρâ™ãÎ/ (#θßs|¡øΒ$#uρ

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat,


Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah
kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki… [Surah Al-
Maidah: 6]

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tidak diterima Allah sembahyang salah seorang kamu jika ia berhadas (kecil)
sebelum ia berwuduk." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

1. Niat

‫ﻯ‬‫ﻧﻮ‬ ‫ﺎ‬‫ﺉ ﻣ‬
ٍ ‫ﻣ ِﺮ‬ ‫ﺎ ِﻟ ﹸﻜﻞﱢ ﺍ‬‫ﻧﻤ‬‫ﻭِﺇ‬ ‫ﺕ‬
ِ ‫ﺎ‬‫ﻨﻴ‬‫ﺎ ﹸﻝ ﺑِﺎﻟ‬‫ﻋﻤ‬ ‫ﺎ ﺍ َﻷ‬‫ﻧﻤ‬‫ِﺇ‬
Maksudnya: Sesungguhnya amalan (diterima) dengan niat, dan tiap-tiap
seseorang akan mendapat (ganjaran amalannya) sesuai dengan apa yang
diniatkannya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

2. Membaca Basmalah (bismillah)

‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻢ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺮ ﺍ‬ ‫ﻳ ﹾﺬ ﹸﻛ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻦ ﹶﻟ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﻮ َﺀ ِﻟ‬‫ﻭﺿ‬ ‫ﻻ‬
Maksudnya: Tiada wuduk bagi orang yang tidak membaca Bismillah ke
atasnya. [Hadis riwayat Ibn Majah, Tirmizi, dan Abu Daud]

3. Membasuh kedua telapak tangan

‫ﺿﹶﺄ‬
 ‫ﻮ‬ ‫ﺗ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺳﻠﱠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﻳﺖ‬‫ﺭﹶﺃ‬ ‫ﺱ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ‬ٍ ‫ﻭ‬ ‫ﺪ ِﻩ ﹶﺃ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺱ‬
ٍ ‫ﻭ‬ ‫ﺑ ِﻦ ﹶﺃﺑِﻲ ﹶﺃ‬‫ﻋ ِﻦ ﺍ‬
‫ﻳ ِﻪ ﺛﹶﻼﺛﹰﺎ‬‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺴ ﹶﻞ‬
 ‫ﻌﻨِﻲ ﹶﻏ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻒ ﺛﹶﻼﺛﹰﺎ‬
 ‫ﻮ ﹶﻛ‬ ‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﻓﹶﺎ‬
Maksudnya: Daripada Ibn Abi Aus daripada datuknya Aus, katanya: "Aku
melihat Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu baginda membasuh telapak tangannya
sebanyak tiga kali." [Hadis riwayat Ahmad dan Nasai]

4. Berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung

2
‫ﻚ ﺛﹶﻼﺛﹰﺎ‬
 ‫ﻌ ﹶﻞ ﹶﺫِﻟ‬ ‫ﺪ ٍﺓ ﹶﻓ ﹶﻔ‬ ‫ﺍ ِﺣ‬‫ﻒ ﻭ‬
 ‫ﻦ ﹶﻛ‬ ‫ﻖ ِﻣ‬ ‫ﺸ‬
 ‫ﻨ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﺍ‬‫ﺾ ﻭ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﻀ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﹶﻓ‬
Maksudnya: Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam
hidung dengan satu ceduk air dan perbuatan tersebut dilakukan sebanyak tiga kali.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

‫ﺮ ﺛﹶﻼﺛﹰﺎ‬ ‫ﻨﹶﺜ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﺍ‬‫ﻖ ﻭ‬ ‫ﺸ‬


 ‫ﻨ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﺍ‬‫ﺾ ﻭ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﻀ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﹶﻓ‬
Maksudnya: Maka baginda berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam
hidung dan mengeluarkan semula air tersebut dari hidung sebanyak tiga kali.
[Hadis riwayat Bukhari]

5. Membasuh muka sambil menyela janggut (bagi yang ada janggut)

öΝä3yδθã_ãρ (#θè=Å¡øî$$sù

Maksudnya: Maka basuhlah muka kamu…. [Surah al-Maidah: 6]

Dari Humman bin Abaan bahawa Nabi s.a.w. membasuh muka ketika
berwuduk adalah sebanyak tiga kali. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Menurut Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. jika berwuduk, baginda


mengambil seceduk air dengan tangannya sambil menyela-nyela janggutnya
dengan tangannya, lalu bersabda: "Demikianlah aku diperintah oleh Tuhanku
'Azza wa Jalla. [Hadis riwayat Abu Daud]

6. Membasuh tangan hingga ke siku

È,Ïù#tyϑø9$# ’n<Î) öΝä3tƒÏ‰÷ƒr&uρ

Maksudnya: Dan basuhlah tangan kamu sampai ke siku… [Surah al-


Maidah: 6]

Hamran r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. membasuh tangan kanannya hingga ke


siku sebanyak tiga kali, demikian juga tangan kirinya seperti itu. [Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim]

7. Menyapu kepala

3
öΝä3Å™ρâ™ãÎ/ #θßs|¡øΒ$#uρ

Maksudnya: Dan sapulah kepala kamu… [Surah al-Maidah: 6]

‫ﻤﻜﹶﺎ ِﻥ‬ ‫ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﹾﻟ‬‫ﻫﻤ‬ ‫ﺩ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻩ ﹸﺛﻢ‬ ‫ﺎ ِﺇﻟﹶﻰ ﹶﻗﻔﹶﺎ‬‫ﺐ ِﺑ ِﻬﻤ‬
 ‫ﻫ‬ ‫ﻰ ﹶﺫ‬‫ﺣﺘ‬ ‫ﺭﹾﺃ ِﺳ ِﻪ‬ ‫ﺪ ِﻡ‬ ‫ ﹶﻘ‬‫ﺪﹶﺃ ِﺑﻤ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺑ‬‫ﺩ‬ ‫ﻭﹶﺃ‬ ‫ﺎ‬‫ﺒ ﹶﻞ ِﺑ ِﻬﻤ‬‫ﹶﻓﹶﺄ ﹾﻗ‬
‫ﻨﻪ‬‫ﺪﹶﺃ ِﻣ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﺍﱠﻟﺬِﻱ‬
Maksudnya: Maka baginda menyapu kepalanya dengan dua tangannya,
baginda mulakan daripada bahagian hadapan kepalanya kemudian disapu hingga
ke belakang kepalanya, kemudian baginda ulangi (berpatah balik tangannya) ke
tempat baginda memulainya. [Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]

Daripada 'Amr bin Umayyah r.a. katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w.
menyapu di atas serbannya dan kedua-dua khufnya (kasutnya). [Hadis riwayat
Bukhari]

Dibolehkan bagi lelaki yang memakai serban untuk menyapu kepalanya tanpa
menanggalkan serbannya begitu juga bagi wanita dibolehkan menyapu di atas
tudungnya tanpa menanggalkannya. Ini sebagaimana perbuatan Ummu Salamah
pernah menyapu di atas khimarnya sebagaimana diterangkan oleh Ibn Munzir.
[Rujuk al-Mughni, 2/312]

8. Menyapu telinga

Menyapu telinga hendaklah dilakukan setelah menyapu kepala iaitu tanpa


mengambil air yang baru hendaklah dia menyapu telinganya sebanyak sekali. Ini
kerana Rasulullah bersabda:

"Dua telinga adalah sebahagian daripada kepala." [Hadis riwayat Tirmizi, Ibn
Majah, Abu Daud, Dan Nasai]

Akan tetapi dibolehkan juga untuk mengambil air yang baru untuk membasuh
telinga berdasarkan hadis 'Abdullah bin Zaid:

"Sesungguhnya dia melihat Rasullah s.a.w. berwuduk, lalu baginda


mengambil air lain untuk menyapu telinganya, berbeza daripada air yang
digunakan untuk kepalanya." [Hadis riwayat al-Hakim dan Baihaqi]

9. Membasuh kaki hingga ke buku lali

4 È⎦÷⎫t6÷ès3ø9$# ’n<Î) öΝà6n=ã_ö‘r&uρ

4
Maksudnya: "Dan (basuhlah) kaki kamu sampai kedua buku lali… [Surah al-
Maidah: 6]

Rasulullah s.a.w. membasuh kedua kakinya termasuk buku lalinya. Tidak sah
wuduk bagi yang tidak mengenakan air pada buku lalinya. Ini sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w:

‫ﺎ ِﺭ‬‫ﻦ ﺍﻟﻨ‬ ‫ﺏ ِﻣ‬


ِ ‫ﻋﻘﹶﺎ‬ ‫ﻸ‬
َ ‫ﻳ ﹲﻞ ِﻟ‬‫ﻭ‬
Maksudnya: Celakalah untuk tumit-tumit dengan azab neraka (yang tidak sampai
air padanya). [Hadis riwayat Bukhari]

10. Tertib

Hendaklah setiap daripada cara-cara berwuduk itu tadi dilakukan secara


berurutan iaitu daripda muka seterusnya tangan hinggalah kaki, begitu juga
dimulakan daripada kanan ke kiri.

11. Membaca doa selepas wuduk

Daripada 'Umar bin al-Khattab r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:


Barangsiapa yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian membaca
doa:

‫ﻪ‬ ‫ﻮﹸﻟ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻩ‬‫ﺒﺪ‬‫ﻋ‬ ‫ﺍ‬‫ﻤﺪ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻣ‬ ‫ ﹶﺃﻥﱠ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻭﹶﺃ‬ ‫ﻚ ﹶﻟﻪ‬
 ‫ﺷﺮِﻳ‬ ‫ ﻻ‬‫ﺪﻩ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻪ ﺇِﻻ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻻ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﹶﺃ‬
Maksudnya: Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi sesungguhnya
Muhammad adalah hamba-Nya dan Pesuruh-Nya.

Nescaya dibuka untuknya lapan pintu syurga dan diizinkan memasukinya dari
pintu mana yang ia kehendaki.[Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, dan Ibn Majah]

Boleh juga ditambah atau hanya dibaca dengan bacaan berikut:

‫ﻦ‬ ‫ﻬﺮِﻳ‬ ‫ﺘ ﹶﻄ‬‫ﻤ‬ ‫ﻦ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻌ ﹾﻠﻨِﻲ ِﻣ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺍ‬‫ﲔ ﻭ‬


 ‫ﺍِﺑ‬‫ﺘﻮ‬‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻌ ﹾﻠﻨِﻲ ِﻣ‬ ‫ﺟ‬ ‫ ﺍ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang
bertaubat, dan jadikanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mensucikan
diri. [Hadis riwayat Tirmizi]

Daripada Said al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa setelah wuduk:

‫ﻚ‬
 ‫ﻴ‬‫ﺏ ِﺇﹶﻟ‬
 ‫ﻮ‬‫ﻭﹶﺃﺗ‬ ‫ﻙ‬ ‫ﻐ ِﻔﺮ‬ ‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﺖ ﹶﺃ‬
 ‫ﻧ‬‫ﻪ ﺇِﻻ ﹶﺃ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻻ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻙ ﹶﺃ‬ ‫ﻤ ِﺪ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻬﻢ‬ ‫ﻚ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻧ‬‫ﺎ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬

5
Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah dan segala Pujian untuk-Mu, Aku
bersaksi tidak ada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Engkau, Aku
memohon ampunan kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. [Hadis riwayat at-
Tabrani]

Menurut Imam An-Nawawi r.h. sebaik-baiknya ketiga-tiga doa di atas


digabungkan menjadi satu doa. Walaubagaimana pun menurut pendapat yang lebih
tepat adalah doa tersebut dibaca secara berasingan. Adalah Nabi s.a.w. membaca
setiap dari bacaan doa tersebut secara berasingan sebagaimana riwayat di atas. Ini
memudahkan untuk kita memilih yang manakah bacaan yang lebih mudah untuk
dihafal untuk diamalkan. Setelah menghafal salah satu doa di atas, bolehlah
menambah lagi hafalan sehingga kesemua doa yang dapat diamalkan.

Mengamalkan kesemua sunnah Nabi s.a.w. adalah lebih baik daripada


mengamalkan satu sunnah sahaja. Akan tetapi tetapi jangan sampai menyusahkan diri
sendiri. Kerana islam itu mudah dan tidaklah memberatkan. Ini kerana 'Aisyah r.ha.
pernah menjelaskan:

‫ﻢ‬ ‫ﻳ ﹾﺄﹶﺛ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﺎ ﻣ‬‫ﻫﻤ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺴ‬


 ‫ﻳ‬‫ﺭ ﹶﺃ‬ ‫ﺎ‬‫ﺧﺘ‬ ‫ﻳ ِﻦ ﺇِﻻ ﺍ‬‫ﺮ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﻦ ﹶﺃ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺳﻠﱠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻲ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﺮ ﺍﻟ‬ ‫ﻴ‬‫ﺎ ﺧ‬‫ﻣ‬
Maksudnya: Tidaklah Rasulullah s.a.w. jika diberi dua pilihan melainkan
baginda memilih yang paling mudah di antara keduanya selagi mana tidak
mengandungi dosa. [Hadis riwayat Bukhari]

Tayammum

Jika tidak peroleh air kerana ketiadaan air, ataupun mendapat suatu penyakit
yang tidak boleh terkena air, maka diharuskan untuk bertayammum bagi
menyempurnakan ibadat solat.

Firman Allah S.W.T:

ãΜçGó¡yϑ≈s9 ÷ρr& ÅÝÍ←!$tóø9$# z⎯ÏiΒ Νä3ΨÏiΒ Ó‰tnr& u™!%y` ÷ρr& @xy™ 4’n?tã ÷ρr& #©yÌó£∆ ΝçGΨä. βÎ)uρ

4 çµ÷ΨÏiΒ Νä3ƒÏ‰÷ƒr&uρ öΝà6Ïδθã_âθÎ/ (#θßs|¡øΒ$$sù $Y6ÍhŠsÛ #Y‰‹Ïè|¹ (#θßϑ£ϑu‹tFsù [™!$tΒ (#ρ߉ÅgrB öΝn=sù u™!$|¡ÏiΨ9$#

öΝä3ø‹n=tæ …çµtGyϑ÷èÏΡ §ΝÏGãŠÏ9uρ öΝä.tÎdγsÜãŠÏ9 ߉ƒÌム⎯Å3≈s9uρ 8ltym ô⎯ÏiΒ Νà6ø‹n=tæ Ÿ≅yèôfuŠÏ9 ª!$# ߉ƒÌム$tΒ

∩∉∪ šχρãä3ô±n@ öΝà6¯=yès9

Maksudnya: Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari
tempat buang air) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air,
Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan

6
tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu, tetapi dia
hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya
kamu bersyukur. [Surah al-Maidah: 6]

Cara-cara bertayammum:

1. Dimulakan dengan niat di dalam hati.


2. Membaca basmalah.
3. Menepuk kedua belah tapak tangan pada tanah yang suci.
4. Menghembus kedua telapak tangan atau menepuknya.
5. Menyapu ke muka dan tangan hingga kepergelangan tangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. tentang tatacara berwuduk sebagaimana hadis di bawah:

‫ﺦ‬ ‫ﻧ ﹶﻔ‬‫ﻭ‬ ‫ﺽ‬


 ‫ﺭ‬ ‫ﻴ ِﻪ ﺍ َﻷ‬‫ﻢ ِﺑ ﹶﻜﻔﱠ‬ ‫ﺳﻠﱠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻲ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﺏ ﺍﻟ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﻀ‬
 ‫ﻫ ﹶﻜﺬﹶﺍ ﹶﻓ‬ ‫ﻚ‬  ‫ﻳ ﹾﻜﻔِﻴ‬ ‫ﺎ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ‬‫ﻧﻤ‬‫ِﺇ‬
‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻭ ﹶﻛﻔﱠ‬ ‫ﻬﻪ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺎ‬‫ﺢ ِﺑ ِﻬﻤ‬ ‫ﺴ‬
 ‫ﻣ‬ ‫ﺎ ﹸﺛﻢ‬‫ﻓِﻴ ِﻬﻤ‬
Maksudnya: Sesungguhnya memadailah engkau berbuat begini, Maka baginda
menepuk kedua belah tapak tangannya ke bumi dan menghembus keduanya,
kemudian baginda menyapu kedua pada muka dan kedua tangannya. [Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim]

Tayammum juga boleh digantikan untuk mandi junub sekiranya ketiadaan air
ataupun air hanya tinggal sedikit untuk makan dan minum atau sebagainya.
Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci jika tidak ada air. Oleh sebab itu tidak ada
alasan untuk meninggalkan solat sekiranya tiada air atau sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﲔ‬
 ‫ﺮ ِﺳِﻨ‬ ‫ﺸ‬
 ‫ﻋ‬ ‫ﺎ َﺀ‬‫ﺪ ﺍﹾﻟﻤ‬ ‫ﺠ‬
ِ ‫ﻳ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻭِﺇ ﹾﻥ ﹶﻟ‬ ‫ﺴِﻠ ِﻢ‬
 ‫ﻮ ُﺀ ﺍﹾﻟﻤ‬‫ﻭﺿ‬ ‫ﺐ‬
 ‫ﻴ‬‫ﺪ ﺍﻟﻄﱠ‬ ‫ﺼﻌِﻴ‬
 ‫ِﺇﻥﱠ ﺍﻟ‬
Maksudnya: Sesungguhnya tanah itu adalah alat bersuci untuk umat islam,
walaupun ia tidak mendapati air selama sepuluh tahun. [Hadis riwayat Ahmad dan
Tirmizi]

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk dan tayammum

1. Keluar sesuatu daripada kubul dan dubur seperti kentut dan air kencing. Kecuali
air mani mewajibkan untuk mandi wajib.
2. Menyentuh kemaluan.
3. Tidur nyenyak serta tidak tetap punggung.
4. Makan daging unta membatalkan wuduk –Rujuk Hadis riwayat Muslim (360).
5. Hilang akal/ gila.
6. Bagi tayammum, terbatal sekiranya dijumpai air.

7
TATACARA SOLAT

Firman Allah s.w.t:

3 Ìs3Ζßϑø9$#uρ Ï™!$t±ósxø9$# Ç∅tã 4‘sS÷Ζs? nο4θn=¢Á9$# χÎ) ( nο4θn=¢Á9$# ΟÏ%r&uρ

Maksudnya: …Dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya solat itu mencegah


dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar…
[Surah al-Ankabut: 45]

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﺻﻠﱢﻲ‬
 ‫ﻮﻧِﻲ ﹸﺃ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺘ‬‫ﻳ‬‫ﺭﹶﺃ‬ ‫ﺎ‬‫ﺍ ﹶﻛﻤ‬‫ﺻﻠﱡﻮ‬

Maksudnya: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat."
[Hadis riwayat Bukhari]

13 Rukun-rukun bagi solat menurut mazhab Syafi'i

1. Niat
2. Takbiratulihram
3. Berdiri tegak (bagi yang tidak mampu hendaklah duduk atau baring atau hanya
dengan isyarat).
4. Membaca al-Fatihah
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat setelah membaca tahiyat
12. Memberi salam pertama
13. Tertib

Cara-cara solat menurut cara Rasulullah s.a.w. bersolat

1. Menghadap kiblat

Sebelum berniat untuk memulakan solat hendaklah dipastikan terlebih dahulu


kiblatnya adalah betul iaitu menghadap ke arah kaabah. Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﺮ‬ ‫ﺒ‬‫ﺒﹶﻠ ﹶﺔ ﹶﻓ ﹶﻜ‬‫ﺘ ﹾﻘِﺒ ﹾﻞ ﺍﹾﻟ ِﻘ‬‫ﺳ‬ ‫ ﺍ‬‫ﻮ َﺀ ﹸﺛﻢ‬‫ﻮﺿ‬ ‫ﺳِﺒ ﹾﻎ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻼ ِﺓ ﹶﻓﹶﺄ‬‫ﺖ ِﺇﻟﹶﻰ ﺍﻟﺼ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ِﺇﺫﹶﺍ ﻗﹸ‬
Maksudnya: Apabila engkau berdiri untuk solat, maka sepurnakanlah wuduk,
kemudian menghadaplah ke arah kiblat, lalu bertakbirlah.[Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim]

8
2. Meletakkan penghadang di hadapan.

Penghadang (sutrah) hendaklah diletakkan dibahagian hadapannya sebagai


penanda jarak untuk ia sujud agar tiada orang melintasi dihadapannya. Ini kerana
Rasulullah sering solat dengan meletakkan penghadang dihadapannya. Sabda
Rasulullah s.a.w:

‫ﻪ ؛ ﻓﹶـِﺈ ﱠﻥ‬ ‫ﺘ ﹶﻘﺎِﺗ ﹾﻠ‬‫ﻰ ﹶﻓ ﹾﻠ‬‫ ﹶﻓِﺈ ﹾﻥ ﹶﺃﺑ‬، ‫ﻚ‬


 ‫ﻳ‬‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﻤﺮ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺍ‬‫ﺣﺪ‬ ‫ﻉ ﹶﺃ‬
 ‫ﺪ‬ ‫ﺗ‬ ‫ ﻭِﻻ‬، ‫ﺮ ٍﺓ‬ ‫ﺘ‬‫ﺼﻞﱢ ﺇِﻻ ِﺇﻟﹶﻰ ﺳ‬  ‫ﺗ‬ ‫ﻻ‬
‫ﻦ‬ ‫ﻳ‬‫ﻪ ﺍﹾﻟ ﹶﻘ ِﺮ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﻣ‬
Maksudnya: Janganlah kamu solat tanpa memasang penghadang dan
janganlah engkau membiarkan seseorang melintas di hadapan kamu (tanpa
dihalangi), jika dia bertegas untuk melintas di depan engkau, maka lawanlah dia
kerana syaitan bersamanya. [Hadis riwayat Ibn Khuzaimah]

3. Niat dengan ikhlas kerana Allah.

Jika sudah pasti ada penghadang serta menghadap kiblat maka mulakanlah
dengan niat di dalam hati dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. Kerana Nabi
bersabda:

‫ﻯ‬‫ﻧﻮ‬ ‫ﺎ‬‫ﺉ ﻣ‬
ٍ ‫ﻣ ِﺮ‬ ‫ﺎ ِﻟ ﹸﻜﻞﱢ ﺍ‬‫ﻧﻤ‬‫ﻭِﺇ‬ ‫ﺕ‬
ِ ‫ﺎ‬‫ﻨﻴ‬‫ﺎ ﹸﻝ ﺑِﺎﻟ‬‫ﻋﻤ‬ ‫ﺎ ﺍ َﻷ‬‫ﻧﻤ‬‫ِﺇ‬
Maksudnya: Sesungguhnya amalan (diterima) dengan niat, dan tiap-tiap
seseorang akan mendapat (ganjaran amalannya) sesuai dengan apa yang
diniatkannya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Terdapat ulama-ulama yang menggalakkan agar niat dilafazkan sebagaimana


yang dilakukan dikebanyakan masyarakat di malaysia seperti berikut:

‫ﺎﻟﹶﻰ‬‫ﺗﻌ‬ ‫ﻴ ِﻦ ِﻟﻠﱠ ِﻪ‬‫ﺘ‬‫ﻌ‬ ‫ﺭ ﹾﻛ‬ ‫ﺒ ِﺢ‬‫ﺼ‬


 ‫ ﺍﻟ‬‫ﺮﺽ‬ ‫ﺻﻠﱢﻰ ﹶﻓ‬
 ‫ﹸﺃ‬
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Akan tetapi ulama-ulama telah bersepakat niat adalah amalan hati. Tidak
cukup hanya melafazkan niat sekiranya tidak ditekadkan di dalam hatinya.

Imam Nawawi berkata "Niat yang diambil kira adalah dengan hati, serta tidak
cukup dilafazkan di lidah sahaja tanpa hadir hati dan bagi kami adalah satu
pandangan yang ganjil jika ada yang mensyaratkan dilafazkan dengan lidah,
pandangan ini adalah salah." [Rujuk Raudah at-Talibin]

Memadai sekiranya diniatkan di dalam hati seperti bacaan niat di atas atau
hanya sekadar lintasan hatinya untuk menunaikan solat sebelum mengangkat
takbir tanpa mengikut susunan ayat seperti di atas. Wallahua'lam.

9
4. Takbiratulihram

Sabda Nabi s.a.w:

‫ﺎ‬‫ﺤِﻠﻴﹸﻠﻬ‬
 ‫ﺗ‬‫ﻭ‬ ‫ﲑ‬ ‫ ﹾﻜِﺒ‬‫ﺎ ﺍﻟﺘ‬‫ﳝﻬ‬ ‫ﺤ ِﺮ‬
 ‫ﺗ‬‫ﻭ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻮ‬‫ﻼ ِﺓ ﺍﻟﻄﱡﻬ‬‫ﺡ ﺍﻟﺼ‬
 ‫ﺎ‬‫ِﻣ ﹾﻔﺘ‬
‫ﻢ‬ ‫ﺴﻠِﻴ‬
 ‫ﺘ‬‫ﺍﻟ‬
Maksudnya: Pembuka solat ialah bersuci
(berwuduk), dan pengharamannya (daripada
perkara-perkara yang luar solat) adalah takbir
dan penghalalannya (pengakhirannya) adalah
dengan salam. [Hadis riwayat Abu Daud,
Tirmizi, dan Hakim]

‫ﻼ ﹶﺓ‬‫ﺢ ﺍﻟﺼ‬ ‫ﺘ‬‫ﺘ‬‫ﻴ ِﻪ ِﺇﺫﹶﺍ ﺍ ﹾﻓ‬‫ﺒ‬‫ﻨ ِﻜ‬‫ﻣ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺣ ﹾﺬ‬ ‫ﻳ ِﻪ‬‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﺮﹶﻓﻊ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w mengangkat
kedua-dua tangannya separas bahunya apabila
hendak memulakan solat. [Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim]

‫ﻒ‬
 ‫ﺻ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺒ‬‫ﻼ ِﺓ ﹶﻛ‬‫ﺧ ﹶﻞ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼ‬ ‫ﺩ‬ ‫ﲔ‬  ‫ﻳ ِﻪ ِﺣ‬‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬
‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻧ‬‫ﺎ ﹶﻝ ﺃﹸﺫﹸ‬‫ﻡ ِﺣﻴ‬ ‫ﺎ‬‫ﻫﻤ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w mengangkat kedua-dua tangannya ketika ingin
memulakan solat dan berkata Hammam ia mengangkat tangan setentang dengan
telinganya. [Hadis riwayat Muslim]

‫ﻼ ِﺓ‬‫ﺪ ِﺭ ِﻩ ﻓِﻲ ﺍﻟﺼ‬ ‫ﺻ‬


 ‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﺎ‬‫ﻬﻤ‬ ‫ﻨ‬‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﺸﺪ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﻯ ﹸﺛﻢ‬‫ﺴﺮ‬
 ‫ﻴ‬‫ﻳ ِﺪ ِﻩ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﻰ‬‫ﻤﻨ‬ ‫ﻴ‬‫ ﺍﹾﻟ‬‫ﺪﻩ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻀﻊ‬
 ‫ﻳ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya
kemudian baginda merapatkan kedua tangannya di atas dadanya di dalam solat.
[Hadis riwayat Abu Daud]

‫ﻩ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺿ‬


 ‫ﻭ‬ ‫ﻭ‬ ، ‫ﻢ‬ ‫ﺳﱠﻠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﷲ‬
ُ ‫ﺻﱠﻠﻰ ﺍ‬
 ‫ﷲ‬
ِ ‫ﻮ ﹶﻝ ﺍ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﺖ‬ ‫ﻴ‬‫ﺻﱠﻠ‬  :‫ﺑ ِﻦ ﺣﺠﺮ ﹶﻗﺎ ﹶﻝ‬ ‫ﻭﺍِﺋﻞ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻋ‬
‫ﺪ ِﺭ ِﻩ‬ ‫ﺻ‬
 ‫ﻋﹶﻠﻰ‬ ‫ﺮﻯ‬ ‫ﺴ‬
 ‫ﻴ‬‫ﻩ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻋﹶﻠﻰ‬ ‫ﻨﻰ‬‫ﻤ‬ ‫ﻴ‬‫ﺍﹾﻟ‬
Maksudnya: Daripada Wail bin Hujur berkata: Aku melakukan solat bersama
Nabi s.a.w. dan diletaknya tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada.
[Hadis riwayat Ibn Khuzaimah]

‫ﺎﻋِﺪ‬‫ﺍﻟﺴ‬‫ﺳ ِﻎ ﻭ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺍﻟ‬‫ﻯ ﻭ‬‫ﺴﺮ‬


 ‫ﻴ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ﹶﻛ ﱢﻔ ِﻪ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻰ‬‫ﻤﻨ‬ ‫ﻴ‬‫ ﺍﹾﻟ‬‫ﺪﻩ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺿ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﹸﺛﻢ‬

10
ِ abi s.a.w. meletakkan lengan
Maksudnya: N
kanan pada punggung telapak kirinya,
pergelangannya, dan lengan kirinya. [Hadis riwayat
Abu Daud dan an-Nasai]

5. Berdiri tegak

Hendaklah solat didirikan secara berdri


berdasarkan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah
ayat 238:

∩⊄⊂∇∪ t⎦⎫ÏFÏΨ≈s% ¬! (#θãΒθè%uρ

Maksudnya: Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'.


[Surah al-Baqarah: 238]

Bagi yang sakit dibolehkan untuk ia solat secara duduk. Jika ia tidak mampu
juga, dengan cara berbaring, jika tidak mampu juga, dengan cara isyarat. Solat
adalah wajib tak kira orang yang sihat maupun yang sakit. Pernah seorang sahabat
Nabi bernama Imran bin Husain mengidap penyakit buasir lalu bertanya kepada
Nabi s.a.w. tentangnya lalu Nabi s.a.w. bersabda:

‫ﺐ‬
ٍ ‫ﻨ‬‫ﺟ‬ ‫ﻌﻠﹶﻰ‬ ‫ﻊ ﹶﻓ‬ ‫ﺘ ِﻄ‬‫ﺴ‬
 ‫ﺗ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺍ ﹶﻓِﺈ ﹾﻥ ﹶﻟ‬‫ﻊ ﹶﻓﻘﹶﺎ ِﻋﺪ‬ ‫ﺘ ِﻄ‬‫ﺴ‬
 ‫ﺗ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺎ ﹶﻓِﺈ ﹾﻥ ﹶﻟ‬‫ﺻ ﱢﻞ ﻗﹶﺎِﺋﻤ‬

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu maka duduklah, jika
tidak mampu maka hendaklah dengan cara berbaring. [Hadis riwayat Bukhari,
Abu Daud dan Ahmad]

Digalakkan untuk solat dengan memakai sandal/ kasut atau stokin semasa
solat. Ini kerana Nabi s.a.w. bersabda:

‫ﻢ‬ ‫ﻻ ِﺧﻔﹶﺎِﻓ ِﻬ‬‫ﻢ ﻭ‬ ‫ﺎِﻟ ِﻬ‬‫ﺼﻠﱡﻮ ﹶﻥ ﻓِﻲ ِﻧﻌ‬


 ‫ﻳ‬ ‫ﻢ ﻻ‬ ‫ﻧﻬ‬‫ﺩ ﹶﻓِﺈ‬ ‫ﻮ‬‫ﻴﻬ‬‫ﺎِﻟﻔﹸﻮﺍ ﺍﹾﻟ‬‫ﺧ‬
Maksudnya: Hendaklah kamu berbeza dengan kaum yahudi, kerana
sesungguhnya mereka tidak akan solat dengan memakai sandal dan terompah.
[Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah]

6. Membaca Doa iftitah

Hendaklah terlebih dahulu memulakan bacaan dengan doa iftitah. Adapun


bacaan doa-doa iftitah ada banyak. Antaranya adalah seperti berikut.

11
‫ﻦ‬ ‫ﻧ ﱢﻘﻨِﻲ ِﻣ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺏ ﺍﻟﱠﻠ‬ ِ ‫ﻐ ِﺮ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺍﹾﻟ‬‫ﻕ ﻭ‬
ِ ‫ﺸ ِﺮ‬
 ‫ﻤ‬ ‫ﻦ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﺕ‬
 ‫ﺪ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﺎ ﺑ‬‫ﻱ ﹶﻛﻤ‬ ‫ﺎ‬‫ﺧﻄﹶﺎﻳ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ‫ﻴﻨِﻲ‬‫ﺑ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺎ ِﻋ‬‫ ﺑ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
‫ﺮ ِﺩ‬ ‫ﺒ‬‫ﺍﹾﻟ‬‫ﺍﻟﱠﺜ ﹾﻠ ِﺞ ﻭ‬‫ﺎ ِﺀ ﻭ‬‫ﻱ ﺑِﺎﹾﻟﻤ‬
 ‫ﺎ‬‫ﺧﻄﹶﺎﻳ‬ ‫ﺴ ﹾﻞ‬ ِ ‫ ﺍ ﹾﻏ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺲ ﺍﻟﱠﻠ‬ِ ‫ﻧ‬‫ﺪ‬ ‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ ِﻣ‬‫ﻴﺾ‬‫ﺑ‬‫ﺏ ﺍ َﻷ‬
 ‫ﻮ‬ ‫ﻨﻘﱠﻰ ﺍﻟﱠﺜ‬‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬‫ﺎ ﹶﻛﻤ‬‫ﺨﻄﹶﺎﻳ‬  ‫ﺍﹾﻟ‬
Maksudnya: Ya Allah jauhkan antara aku dan kesalahan-kesalahanku
sabagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkan aku
dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana kain yang putih dibersihkan dari
kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salji, air dan
embun. [Hadis riwayat Bukhari]

Atau membaca:

‫ﻙ‬ ‫ﻴﺮ‬‫ﻪ ﹶﻏ‬ ‫ﻻ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻙ ﻭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺎﻟﹶﻰ‬‫ﺗﻌ‬‫ﻭ‬ ‫ﻚ‬


 ‫ﺳﻤ‬ ‫ﻙ ﺍ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺎ‬‫ﺗﺒ‬ ‫ﻙ‬ ‫ﻤ ِﺪ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻬﻢ‬ ‫ﻚ ﺍﻟﱠﻠ‬
 ‫ﻧ‬‫ﺎ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬
Maksudnya: Maha suci Engkau, Ya Allah, aku memuji-Mu, Maha Berkat
nama-Mu dan Maha Tinggi kekayaan dan kebesaran-Mu, tidak ada Tuhan yang
berhak disembah selain-Mu. [Hadis riwayat Abu Daud dan hakim]

Atau membaca:

‫ﻭﹶﺃﺻِﻴﻼ‬ ‫ﺮ ﹰﺓ‬ ‫ ﹾﻜ‬‫ﺎ ﹶﻥ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺑ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺍ‬‫ﺪ ِﻟﻠﱠ ِﻪ ﹶﻛِﺜﲑ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﺍﹾﻟ‬‫ﺍ ﻭ‬‫ ﹶﻛِﺒﲑ‬‫ﺒﺮ‬‫ﻪ ﹶﺃ ﹾﻛ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
Maksudnya: Allah Maha Agung lagi Maha Besar, segala puji yang begitu
banyak hanya milik Allah, Maha suci Allah pada waktu pagi dan waktu petang.
[Hadis riwayat Muslim]

7. Membaca ta'awwuz

Ta'awwuz ialah meminta perlindungan dari gangguan syaitan. Firman Allah


S.W.T:

∩®∇∪ ÉΟŠÅ_§9$# Ç⎯≈sÜø‹¤±9$# z⎯ÏΒ «!$$Î/ õ‹ÏètGó™$$sù tβ#u™öà)ø9$# |Nù&ts% #sŒÎ*sù

Maksudnya: Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta


perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam. [Surah al-Nahl: 98]

Bacaan Ta'awwuz seperti berikut:

‫ﻤﺰِﻩ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻧ ﹾﻔِﺜ ِﻪ‬‫ﻭ‬ ‫ﺨ ِﻪ‬


ِ ‫ﻧ ﹾﻔ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻴ ِﻢ ِﻣ‬‫ﺮ ِﺟ‬ ‫ﻴﻄﹶﺎ ِﻥ ﺍﻟ‬‫ﺸ‬
 ‫ﻦ ﺍﻟ‬ ‫ﻮ ﹸﺫ ﺑِﺎﻟﻠﱠ ِﻪ ِﻣ‬‫ﹶﺃﻋ‬
Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari
kegilaannya, dari kesombongannya, dan dari syairnya yang tercela. [Hadis riwayat
Abu Daud, Ibn Majah, Daruqutni, dan Hakim]

12
8. Membaca al-fatihah.

Hendaklah membaca al-Fatihah dengan tertib dan berhenti-henti pada setiap


satu ayat.kerana begitulah cara membaca surah al-Fatihah menurut as-Sunnah
sebagaimana diriwayatkan cara pembacaan Nabi s.a.w oleh Abu Daud dalam
sunannya. [Rujuk Sifat Solat Nabi, Al-Albani]

Membaca surah al-fatihah adalah wajib dan termasuk dalam rukun solat.
Tidak solat bagi yang tidak membaca surah ini. Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﺏ‬
ِ ‫ﺎ‬‫ﺤ ِﺔ ﺍﹾﻟ ِﻜﺘ‬
 ‫ﺮﹾﺃ ِﺑﻔﹶﺎِﺗ‬ ‫ﻳ ﹾﻘ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻦ ﹶﻟ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﻼ ﹶﺓ ِﻟ‬‫ﻻ ﺻ‬
Maksudnya: Tidak sah solat seseorang bagi yang tidak membaca surah al-
Fatihah. [Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Baihaqi]

Walaubagaimana pun sebahagian ulama berpendapat pada solat Jahar


(maghrib, isyak dan subuh) adalah memadai dengan mendengar bacaan imam
pada rakaat pertama dan kedua. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

‫ﻮﺍ‬‫ﺼﺘ‬
ِ ‫ﻧ‬‫ﺮﹶﺃ ﹶﻓﹶﺄ‬ ‫ﻭِﺇﺫﹶﺍ ﹶﻗ‬ ‫ﻭﺍ‬‫ﺒﺮ‬‫ﺮ ﹶﻓ ﹶﻜ‬ ‫ﺒ‬‫ﻢ ِﺑ ِﻪ ﹶﻓِﺈﺫﹶﺍ ﹶﻛ‬ ‫ﺗ‬‫ﺆ‬ ‫ﻡ ِﻟﻴ‬ ‫ﺎ‬‫ ِﻌ ﹶﻞ ﺍ ِﻹﻣ‬‫ﺎ ﺟ‬‫ﻧﻤ‬‫ِﺇ‬
Maksudnya: Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti oleh makmum, jika
ia bertakbir, maka bertakbirlah kamu dan jika dia membaca (al-Quran) maka
hendaklah kamu diam. [Hadis riwayat Muslim, An-Nasai, Ibn Majah dan Abu
Daud]

Setelah membaca al-Fatihah hendaklah membaca surah-surah yang dihafali.


Bagi makmum cukup sekadar membaca al-Fatihah sahaja tanpa membaca surah
yang lain kecuali ia bersolat sendirian.

9. Rukuk

Setelah membaca al-Quran hendaklah berhenti sebentar sebelum turun untuk


rukuk. (H.R Abu Daud dan Hakim). Hendaklah mengangkat kedua-dua tangan
sebelum rukuk sambil menyebut "Allahu Akbar" kemudian rukuk. (H.R. Bukhari
Muslim)

‫ﻴ ِﻪ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﺭ ﹾﻛ‬ ‫ﻋﹶﻠﻰ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻊ ﹶﻛ ﹶﻔ‬ ‫ﻀ‬


 ‫ﻳ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺳﱠﻠ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﷲ‬
ُ ‫ﺻﱠﻠﻰ ﺍ‬
 ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w. meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua-dua
lututnya. [Hadis riwayat Bukhari dan Abu Daud]

‫ﺻﺎِﺑ ِﻌ ِﻪ‬
 ‫ﻦ ﹶﺃ‬ ‫ﻴ‬‫ﺑ‬ ‫ﺝ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﻳ ﹶﻔ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬

13
Maksudnya: Baginda s.a.w. merenggangkan jeri-jemarinya (di atas lutut).
[Hadis riwayat Adu Daud dan Hakim]

‫ﺮ‬ ‫ﺘ ﹶﻘ‬‫ﺳ‬ ‫ﻤﺎ ُﺀ ﻻ‬ ‫ﻴ ِﻪ ﺍﹾﻟ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﺐ‬


 ‫ﺻ‬
 ‫ﻮ‬ ‫ﺘﻰ ﹶﻟ‬‫ﺣ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﻮﺍ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﻂ ﹶﻇ‬
‫ﺴﹶ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺭ ﹶﻛ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ ِﺇ ﹶﺫﺍ‬
Maksudnya: Bila baginda s.a.w. rukuk, baginda meluruskan dan meratakan
punggungnya sehingga bila air diletakkan di belakangnya, air tersebut tidak akan
bergerak. [Hadis riwayat Thabrani dan Ibn Majah]

Ketika rukuk hendaklah dilakukan berserta toma'ninah iaitu dilakukan dengan


tenang tanpa tergesa-gesa sambil membaca doa. Antara doa-doa rukuk ialah:

‫ﻴ ِﻢ‬‫ﻌ ِﻈ‬ ‫ﻲ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﺤﺎ ﹶﻥ‬


 ‫ﺒ‬‫ﺳ‬
(‫ ﻭﺍﺑﻦ ﺧﺰﳝﺔ‬،‫ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ‬،‫ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ‬،‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﲪﺪ‬
Atau:

‫ﻤ ِﺪ ِﻩ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻴ ِﻢ‬‫ﻌ ِﻈ‬ ‫ﻲ ﺍﻟ‬ ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﺤﺎ ﹶﻥ‬
 ‫ﺒ‬‫ﺳ‬
(‫ ﻭﺍﻟﻄﱪﺍﱐ‬،‫ ﺍﲪﺪ‬،‫ ﺩﺍﺭﻗﻄﲏ‬،‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ‬

Atau:

‫ﺡ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﻭﺍﻟ‬ ‫ﻤﻼِﺋ ﹶﻜ ﹸﺔ‬ ‫ﺏ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﺭ‬ ‫ﺱ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺡ ﹸﻗ‬
 ‫ﻮ‬ ‫ﺒ‬‫ﺳ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬
Atau:

‫ﺮِﻟﻲ‬ ‫ﻢ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﻙ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﻤ ِﺪ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﻚ ﺍﻟﻠﱡ‬
 ‫ﻧ‬‫ﺤﺎ‬
 ‫ﺒ‬‫ﺳ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬
10. Iktidal

Berdiri sambil mengangkat tangan kemudian hendaklah membaca:

‫ﻩ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺣ ِﻤ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﷲ ِﻟ‬


ُ ‫ﻊ ﺍ‬ ‫ﺳ ِﻤ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ‬

14
Kemudian membaca doa berikut:

‫ﺪ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻚ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﻭﹶﻟ‬ ‫ﺎ‬‫ﺑﻨ‬‫ﺭ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬

Atau:

‫ﺪ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻚ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﺑﻨ‬‫ﺭ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬
Atau:

‫ﺪ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻚ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﺎ ﹶﻟ‬‫ﺑﻨ‬‫ﺭ‬ ‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬
Hendaklah disertai dengan toma'ninah iaitu berhenti sejenak sekadar bacaan di
atas atau dengan menambah doa seperti berikut:

‫ﻌﺪ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻲ ٍﺀ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﺖ ِﻣ‬


 ‫ﺎ ِﺷﹾﺌ‬‫ﻭ ِﻣ ﹾﻞﺀُ ﻣ‬ ‫ﺽ‬
ِ ‫ﺭ‬ ‫ﻭ ِﻣ ﹾﻞﺀُ ﺍﹾﻟﹶﺄ‬ ‫ﺕ‬
ِ ‫ﺍ‬‫ﺎﻭ‬‫ﺴﻤ‬
 ‫ِﻣ ﹾﻞﺀُ ﺍﻟ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬

11. Sujud

Hendaklah mengucap takbir kemudian sujud dengan mendahulukan tangan


dahulu.

‫ﻴ ِﻪ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﺭ ﹾﻛ‬ ‫ﺒ ﹶﻞ‬‫ﺽ ﹶﻗ‬


ِ ‫ﺭ‬ ‫ﻋﹶﻠﻰ ﺍ َﻷ‬ ‫ﻳ ِﻪ‬‫ﺪ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﻀ‬
 ‫ﻳ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w. meletakkan kedua-dua tangannya ke bumi sebelum
dua lututnya.[Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Daruquthni]

Sabda Nabi s.a.w: "Apabila seseorang kamu sujud, maka janganlah kamu
turun sebagaimana turunnya unta, hendaklah kamu meletakkan kedua-dua
tanganmu sebelum lututmu." [Hadis riwayat Adu Daud]

15
Boleh juga turun dengan lutut terlebih dahulu berdasarkan hadis Wail bin Hujr
katanya: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. apabila sujud, baginda meletakkan
kedua-dua tangannya sebelum lutut." [Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai]

‫ﻳ ِﻦ‬‫ﺪ‬ ‫ـ‬‫ﺍﹾﻟﻴ‬‫ﻧ ِﻔ ِﻪ ﻭ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ﹶﺃ‬ ‫ﻴ ِﺪ ِﻩ‬‫ﺭ ِﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﻭﹶﺃﺷ‬ ‫ﻬ ِﺔ‬ ‫ﺒ‬‫ﺠ‬


 ‫ﻋﻠﹶﻰ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻋﻈﹸ ٍﻢ‬ ‫ﻌ ِﺔ ﹶﺃ‬ ‫ﺒ‬‫ﺳ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺳﺠ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻥ ﹶﺃ‬‫ﺮﺕ‬ ‫ﺃﹸ ِﻣ‬
‫ﻴ ِﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻑ ﺍﹾﻟ ﹶﻘ‬
ِ ‫ﺍ‬‫ﻭﹶﺃ ﹾﻃﺮ‬ ‫ﻴ ِﻦ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﺮ ﹾﻛ‬ ‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬
Maksudnya: "Aku di arahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: Di atas
dahi – dan Nabi s.a.w. menunjukkan kea rah dahinya dan kedua-dua belah tangan,
dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki." [Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim]

Ketika sujud keadaan tangan adalah sejajar dengan bahu atau telinga dan
lengan mestilah renggang dari rusuk kecuali solat secara berjemaah kerana takut
mengganggu orang sebelah.

Bacaan sujud adalah seperti berikut:

‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﻲ ﺍ َﻷ‬ ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﺎ ﹶﻥ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬


(‫ ﻭﺍﺑﻦ ﺧﺰﳝﺔ‬،‫ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ‬،‫ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ‬،‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﲪﺪ‬
Atau:

‫ﻤ ِﺪ ِﻩ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﻲ ﺍ َﻷ‬ ‫ﺑ‬‫ﺭ‬ ‫ﺎ ﹶﻥ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬
(‫ ﻭﺍﻟﻄﱪﺍﱐ‬،‫ ﺍﲪﺪ‬،‫ ﺩﺍﺭﻗﻄﲏ‬،‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ‬

Atau:

‫ﺡ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺍﻟ‬‫ﻼِﺋ ﹶﻜﺔﹸ ﻭ‬‫ﺏ ﺍﹾﻟﻤ‬
 ‫ﺭ‬ ‫ﺱ‬
 ‫ﻭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺡ ﹸﻗ‬
 ‫ﻮ‬ ‫ﺒ‬‫ﺳ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬
Atau:

‫ﺮﻟِﻲ‬ ‫ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﻙ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﻤ ِﺪ‬ ‫ﺤ‬


 ‫ﻭِﺑ‬ ‫ﻬﻢ‬ ‫ﻚ ﺍﻟﻠﱡ‬
 ‫ﻧ‬‫ﺎ‬‫ﺒﺤ‬‫ﺳ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬

16
12. Duduk antara dua sujud

‫ﻨﻰ‬‫ﻤ‬ ‫ﻴ‬‫ﺐ ﺍﹾﻟ‬


 ‫ﺼ‬
 ‫ﻨ‬‫ﻳ‬‫ﻭ‬ ‫ﺮﻯ‬ ‫ﺴ‬
 ‫ﻴ‬‫ﻪ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﺟﹶﻠ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺵ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﻳ ﹾﻔ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ‬
Maksudnya: Nabi s.a.w. duduk (iftirasy) di
atas kaki kirinya dan menegakkan kaki
kanannya. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

‫ﻭ ِﺭ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺻ‬


 ‫ﻭ‬ ‫ﻴ ِﻪ‬‫ﺒ‬‫ﻋ ِﻘ‬ ‫ﻋﹶﻠﻰ‬ ‫ﺐ‬
 ‫ﺼ‬ ِ ‫ﺘ‬‫ﻨ‬‫ﻳ‬) ،‫ﻳ ﹾﻘ ِﻌﻲ‬ ‫ﻧﺎ‬‫ﻴﺎ‬‫ﺣ‬ ‫ﹶﻛﺎ ﹶﻥ ﹶﺃ‬
(‫ﻴ ِﻪ‬‫ﻣ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﹶﻗ‬
Maksudnya: Kadang-kadang Nabi s.a.w.
duduk iq'aa (‫( )ﺇﻗﻌـــﺎﺀ‬iaitu duduk dengan
menegakkan telapak dan kedua-dua tumit
kakinya. [Hadis riwayat Muslim dan Abu
'Awanah dan Baihaqi]

Bacaan duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:

‫ﺮِﻟﻲ‬ ‫ﺏ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬
 ‫ﺭ‬ ‫ﺮِﻟﻲ‬ ‫ﺏ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬
 ‫ﺭ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ‬

Atau:

‫ﺯ ﹾﻗﻨِﻲ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺍ‬‫ﺎِﻓﻨِﻲ ﻭ‬‫ﻭﻋ‬ ‫ﻫ ِﺪﻧِﻲ‬ ‫ﺍ‬‫ﻌﻨِﻲ ﻭ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬ ‫ﺍ‬‫ﺮﻧِﻲ ﻭ‬ ‫ﺒ‬‫ﺟ‬ ‫ﺍ‬‫ﻤﻨِﻲ ﻭ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺍ‬‫ﺮﻟِﻲ ﻭ‬ ‫ﺏ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬
 ‫ﺭ‬
(‫ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ﻭﺍﳊﺎﻛﻢ‬،‫ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ‬،‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ‬

13. Cara bangun untuk ke rakaat seterusnya.

Sebelum bangun ke rakaat ke seterusnya hendaklah duduk sebentar kemudian


meletakkan kedua-dua tangan di atas tanah atau dengan cara menggenggam tanah
atau menekan lutut.

Daripada Malik bin al-Huwairits sesungguhnya dia pernah melihat Nabi s.a.w.
solat, maka ketika baginda berada pada rakaat ganjil daripada solatnya, baginda
tidak terus bangun sehingga baginda duduk sebentar . [Hadis riwayat Bukhari]

‫ﺽ‬
ِ ‫ﺭ‬ ‫ﻋﹶﻠﻰ ﺍ َﻷ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺘ‬‫ﻋ‬ ‫ﻢ ﺍ‬ ‫ﺪﺍ ﹸﺛ‬ ‫ﻮﻯ ﹶﻗﺎ ِﻋ‬ ‫ﺘ‬‫ﺳ‬ ‫ﻴ ِﺔ ﺍ‬‫ﺪ ِﺓ ﺍﻟﱢﺜﺎِﻧ‬ ‫ﺠ‬
‫ﺴ‬ ‫ﻦ ﺍﹾﻟ‬ ‫ﻪ ِﻣ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺭﹾﺃ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺭﹶﻓ‬ ‫ﻤﺎ‬ ‫ﻪ ﹶﻟ‬ ‫ﻧ‬‫ﹶﺃ‬

17
Maksudnya: Sesungguhnya baginda (Nabi s.a.w) ketika mengangkat
kepalanya daripada sujud yang kedua lalu baginda duduk sejenak (istirehat)
kemudian baginda bertelekan (bertumpu) di atas bumi. [Hadis riwayat Nasai]

14. Tahiyyat (tasyahhud)

Cara duduk tahiyyat awal ialah sama dengan


cara duduk antara dua sujud iaitu duduk di atas
kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Cara ini
juga boleh dilakukan pada tahiyyat akhir.

Manakala duduk tahiyyat akhir adalah dengan


cara buntut kiri mengena tanah kemudian kaki kiri
dan kaki kanan berada pada sisi kanan kemudian
meletakkan kaki kiri di bawah betis dan paha kaki
kanan. Manakala kaki kanannya ditegakkan
dengan cara jari-jemari kaki dihadapkan ke arah
kiblat dan boleh juga dengan menghamparkannya.

Bacaan tahiyyat awal dan akhir:

‫ﻪ‬ ‫ﺗ‬‫ﺮﻛﹶﺎ‬ ‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ‫ﻤﺔﹸ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻲ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﺎ ﺍﻟ‬‫ﻳﻬ‬‫ﻚ ﹶﺃ‬
 ‫ﻴ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻼ‬‫ﺕ ﺍﻟﺴ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴﺒ‬‫ﺍﻟ ﱠﻄ‬‫ﺕ ﻭ‬
 ‫ﺍ‬‫ﺼﹶﻠﻮ‬ ‫ﺍﻟ‬‫ﺕ ِﻟﻠﱠ ِﻪ ﻭ‬
 ‫ﺎ‬‫ﺤﻴ‬ ِ ‫ﺘ‬‫ﺍﻟ‬
‫ﺍ‬‫ـﺪ‬‫ﺤﻤ‬  ‫ﻣ‬ ‫ ﹶﺃﻥﱠ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻭﹶﺃ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻪ ﺇِﻻ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻻ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﲔ ﹶﺃ‬
 ‫ﺤ‬
ِ ‫ﺎِﻟ‬‫ﺎ ِﺩ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺍﻟﺼ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ِﻋﺒ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴﻨ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻼ‬‫ﺍﻟﺴ‬
(‫ﻪ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ ﻭﻣﺴﻠﻢ‬ ‫ﻮﹸﻟ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻩ‬‫ﺒﺪ‬‫ﻋ‬

Atau

‫ﻤﺔﹸ ﺍﻟﻠﱠـ ِﻪ‬ ‫ﺣ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻲ‬ ‫ﻨِﺒ‬‫ﺎ ﺍﻟ‬‫ﻳﻬ‬‫ﻚ ﹶﺃ‬
 ‫ﻴ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻼ‬‫ﺕ ِﻟﻠﱠ ِﻪ ﺍﻟﺴ‬
 ‫ﺎ‬‫ﻴﺒ‬‫ﺕ ﺍﻟ ﱠﻄ‬
 ‫ﺍ‬‫ﺼﹶﻠﻮ‬  ‫ ﺍﻟ‬‫ﺭﻛﹶﺎﺕ‬ ‫ﺎ‬‫ﺒ‬‫ﺕ ﺍﹾﻟﻤ‬  ‫ﺎ‬‫ﺤﻴ‬
ِ ‫ﺘ‬‫ﺍﻟ‬
‫ ﹶﺃﻥﱠ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ـ‬‫ﻭﹶﺃﺷ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻪ ﺇِﻻ ﺍﻟﻠﱠـ‬ ‫ ﹶﺃ ﹾﻥ ﻻ ِﺇﹶﻟ‬‫ﻬﺪ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﲔ ﹶﺃ‬  ‫ﺤ‬ ِ ‫ﺎِﻟ‬‫ﺎ ِﺩ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺍﻟﺼ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ِﻋﺒ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴﻨ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻼ‬‫ﻪ ﺍﻟﺴ‬ ‫ﺗ‬‫ﺮﻛﹶﺎ‬ ‫ﺑ‬‫ﻭ‬
(‫ ﺷﺎﻓﻌﻲ ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ‬،‫ﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ )ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬‫ﺭﺳ‬ ‫ﺍ‬‫ﻤﺪ‬ ‫ﺤ‬  ‫ﻣ‬
Setelah itu hendaklah membaca selawat nabi s.a.w:

‫ﻋﻠﹶـﻰ ﺁ ِﻝ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺍﻫِﻴ‬‫ـﺮ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ِﺇﺑ‬ ‫ﺖ‬  ‫ﻴ‬‫ﺻﻠﱠ‬


 ‫ﺎ‬‫ﻤ ٍﺪ ﹶﻛﻤ‬ ‫ﺤ‬  ‫ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ِﻝ ﻣ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻤ ٍﺪ‬ ‫ﺤ‬  ‫ﻋﻠﹶﻰ ﻣ‬ ‫ﺻ ﱢﻞ‬  ‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
‫ﻋﻠﹶﻰ‬ ‫ﺖ‬
 ‫ﺭ ﹾﻛ‬ ‫ﺎ‬‫ﺎ ﺑ‬‫ﻤ ٍﺪ ﹶﻛﻤ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ِﻝ ﻣ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻤ ٍﺪ‬ ‫ﺤ‬
 ‫ﻋﻠﹶﻰ ﻣ‬ ‫ﻙ‬ ‫ﺎ ِﺭ‬‫ ﺑ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺪ ﺍﻟﱠﻠ‬ ‫ﻣﺠِﻴ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺣﻤِﻴ‬ ‫ﻚ‬  ‫ﻧ‬‫ﻢ ِﺇ‬ ‫ﺍﻫِﻴ‬‫ﺑﺮ‬‫ِﺇ‬
(‫ﺪ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ‬ ‫ﻣﺠِﻴ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺣﻤِﻴ‬ ‫ﻚ‬  ‫ﻧ‬‫ﻢ ِﺇ‬ ‫ﺍﻫِﻴ‬‫ﺑﺮ‬‫ﻋﻠﹶﻰ ﺁ ِﻝ ِﺇ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﺍﻫِﻴ‬‫ﺑﺮ‬‫ِﺇ‬

18
Membaca doa sebelum salam:

‫ﻨ ِﺔ‬‫ﺘ‬‫ﻦ ِﻓ‬ ‫ﻭ ِﻣ‬ ‫ﺎ ِﺭ‬‫ﺏ ﺍﻟﻨ‬


ِ ‫ﻋﺬﹶﺍ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻭ ِﻣ‬ ‫ﺒ ِﺮ‬‫ﺏ ﺍﹾﻟ ﹶﻘ‬
ِ ‫ﻋﺬﹶﺍ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻭ ِﻣ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻨ‬‫ﻬ‬ ‫ﺟ‬ ‫ﺏ‬
ِ ‫ﻋﺬﹶﺍ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻚ ِﻣ‬
 ‫ﻮ ﹸﺫ ِﺑ‬‫ﻲ ﹶﺃﻋ‬‫ ِﺇﻧ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
(‫ﺎ ِﻝ )ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬‫ﺪﺟ‬ ‫ﻤﺴِﻴ ِﺢ ﺍﻟ‬ ‫ﻨ ِﺔ ﺍﹾﻟ‬‫ﺘ‬‫ﺮ ِﻓ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻭ ِﻣ‬ ‫ﺕ‬ ِ ‫ﺎ‬‫ﻤﻤ‬ ‫ﺍﹾﻟ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﺤﻴ‬  ‫ﻤ‬ ‫ﺍﹾﻟ‬
Setelah membaca doa di atas ini dibolehkan berdoa apa saja yang disukai atau
membaca doa seperti mana yang di ajar Nabi s.a.w. antaranya seperti berikut:

‫ـﺎ‬‫ﻭﻣ‬ ‫ﺮ ﹾﻓﺖ‬ ‫ـ‬‫ﺎ ﹶﺃﺳ‬‫ﻭﻣ‬ ‫ﺖ‬


 ‫ﻨ‬‫ﻋﹶﻠ‬ ‫ﺎ ﹶﺃ‬‫ﻭﻣ‬ ‫ﺕ‬
 ‫ﺭ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺎ ﹶﺃ‬‫ﻭﻣ‬ ‫ﺕ‬
 ‫ﺮ‬ ‫ﺎ ﹶﺃﺧ‬‫ﻭﻣ‬ ‫ﺖ‬  ‫ﻣ‬ ‫ﺎ ﹶﻗﺪ‬‫ﺮ ﻟِﻲ ﻣ‬ ‫ ﺍ ﹾﻏ ِﻔ‬‫ﻬﻢ‬ ‫ﺍﻟﱠﻠ‬
(‫ﺖ )ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬  ‫ﻧ‬‫ﻪ ﺇِﻻ ﹶﺃ‬ ‫ﺮ ﻻ ِﺇﹶﻟ‬ ‫ﺆﺧ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺖ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﻧ‬‫ﻭﹶﺃ‬ ‫ﻡ‬ ‫ﻤ ﹶﻘﺪ‬ ‫ﺖ ﺍﹾﻟ‬
 ‫ﻧ‬‫ﻲ ﹶﺃ‬‫ ِﺑ ِﻪ ِﻣﻨ‬‫ﻋﹶﻠﻢ‬ ‫ﺖ ﹶﺃ‬
 ‫ﻧ‬‫ﹶﺃ‬
15. Salam

Hendaklah berpaling ke kanan sambil menyebut:

‫ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻜﻢ ﻭﺭﲪﺔ ﺍﷲ‬


Begitu juga disebelah kiri. Salam Kanan adalah rukun manakala salam
sebelah kiri hanya sunat sahaja. Boleh juga salam disebelah kanan ditambah
dengan "Wabarakatuh" (‫ )ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬manakala sebelah kiri tanpa "wabarakatuh".

Adapun menyapu muka setelah solat adalah berdasarkan hadis yang sangat
dha'if (lemah). Mengamalkan hadis yang lemah adalah tidak digalakkan. Sebaik-
baiknya hendaklah mengamalkan perbuatan yang jelas diyakini ianya daripada
sunnah yang sahih.

Setelah salam maka selesailah solat. Disunnatkan agar membaca wirid-wirid


setelah salam tanpa terus meninggalkan tempat solat.

19

You might also like