You are on page 1of 147

PRASEKOLAH DEENA, KUALA TERENGGANU.

1.0 Latar Belakang / Pengenalan.

Sejarah Islam telah menunjukkan betapa ulama-ulama dan ahli-ahli fikir


Islam seperti Imam Shafie r.a telah dapat menghafap al-Quran ketika berusia 7
tahun, menghafal kitab al-Mirwatta’ ketika berusia 11 tahun dan telah diminta
untuk memberi fatwa ketika berusia 15 tahun.

Ini semua membuktikan kepentingan pendidikan formal pada peringkat


awal kanak-kanak lagi. Dan pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada
masa ini bermula di institusi-institusi dan pusat-pusat prasekolah. Di pusat-pusat
ini juga diharap dapat disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang
intelek dan fizikal kanak-kanak serta pembentukan akhlak mulia. Semua ini
dapat dilahirkan secara teratur dan sistematik dengan wujudnya guru-guru yang
inovatif, penyayang dan tenang melayani karenah kanak-kanak.

Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4-6 tahun adalah


semakin penting di negara ini selaras dengan prinsip yang dinyatakan dalam
Dasar Prasekolah Kebangsan yang menyatakan bahawa “kerajaan menyediakan
pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras
dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 : Seksyen 2 menyatakan “pendidikan
Prasekolah” ertinya program pendidikan murid-murid yang berumur 4-6 tahun.
Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan haruslah bersesuaian
dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar Prasekolah
Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.

Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada


pendidikan di rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan
pembentukan anak-anak yang mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di
rumah. Oleh kerana itu penubuhan Prasekolah Deena merupakan suatu khidmat
kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang pendidikan awal

1
kanak-kanak. Selain itu, Prasekolah Deena juga berfungsi sebagai pusat yang
cuba menampung perkembangan anak-anak yang tidk dapat dipenuhi oleh ibu
bapa, kerana tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.

Motto Prasekolah Deena adalah “Ke arah Pembentukan Peribadi Muslim”


dan bertemakan “Fun In Learning”.

2.0 Rasional.

Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi


keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-
kanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina
sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati
diri serta berketrampilan.

Prasekolah Deena juga berhasrat untuk menjadi prasekolah rintis yang


memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang budaya usahawan. Rasional
penubuhan prasekolah juga adalah untuk menghasilkan kanak-kanak yang
mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran kanak-kanak.

Penubuhan Prasekolah Deena ini juga bertujuan untuk membantu ibu


bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.
Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek
akademik, sosial dan akhlak.

3.0 Nama, Visi dan Misi Prasekolah.

3.1 Nama Prasekolah

Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama


Deena dipilih adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam bahasa
Arab dan hampir dengan sebutan ‘dinar’ yang membawa maksud wang.
Ini bertepatan dengan konsep keusahawanan Islamik prasekolah yang
ingin kami bina.

2
3.2 Misi Prasekolah

Menghasilkan usahawan Islam kecil yang berketrampilan dan seimbang.

3.3 Visi Prasekolah

Pembelajaran di Prasekolah Deena ini akan memberikan kanak-kanak

pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping

penerapan konsep Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan

inovatif.

4.0 Objektif Penubuhan.

Penubuhan Prasekolah Deena dilihat sebagai bertepatan dengan


suasana dan hala tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang
untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek
pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial (JERIS).

Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :

4.1 Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.


4.2 Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.
4.3 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam
membaca, menulis dan mengira.
4.4 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui
pengalaman langsung.
4.5 Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar.
4.6 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.
4.7 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan
keyakinan diri.

3
Ringkasnya, Prasekolah Deena menekankan pendidikan berasaskan Islam
sebagai teras dan ilmu-ilmu sokongan yang universal. Adalah menjadi hasrat
dan cita-cita prasekolah untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh,
bertanggungjawab dan cemerlang dalam pelajaran.

5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan.

Tapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi
di Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu. Tapak dan bangunan ini adalah
kepunyaan Wan Mariam @ Wan Mahani binti beralamat di No. 104, Losong Haji
Mat, 21030 Kuala Terengganu dan disewa oleh prasekolah dengan kadar sewa
sebanyak RM1200 sebulan.

Untuk sampai ke Prasekolah Deena ini, jika dari pusat bandar, selepas
melalui Lampu Isyarat Simpang Empat Jalan Sultan Ismail, terus membuat
pusingan di Bulatan Batu Bersurat dan belok ke kiri jalan bersebelahan
Perkuburan Sh. Ibrahim (Pelan Lokasi disertakan dalam Lampiran 1).

6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah.

6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk Lampiran 2).

Merujuk kepada pelan di muka surat tersebut kami telah menyediakan satu pelan
bahagian dalam bangunan Prasekolah Deena. Bangunan ini adalah seluas 20 X 40 kaki
persegi di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi. Bangunan ini di sewa
dengan harga RM 1200 sebulan.

Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti


pembelajaran mereka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo
setingkat, yang memiliki 2 buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama
seluas 10 x 12 kaki persegi. Selain itu terdapat juga sebuah dapur seluas 8 x 12 kaki
persegi dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandah seluas 8x8 kaki persegi. Kami
telah mengubahnya menjadi sebuah prasekolah yang mempunyai 1 bilik penyediaan

4
dan penyimpanan makanan, 2 tandas murid, 1 bilik guru dan ibu bapa, 1 bilik aktiviti
khas yang dilengkapi dengan set dapur usahawan serta 2 lagi bilik pembelajaran.

Terdapat satu bilik penyediaan makanan di prasekolah kami ini. Bilik ini adalah
seluas 8 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk
L beserta ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais, serta sebuah rak pinggan mangkuk.
Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-
kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang
bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini dilabel bagi
memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan
bilik.

Terdapat 2 tandas di dalam bangunan prasekolah Deena dan setiap satunya adalah
seluas 8 x 4 kaki persegi. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir
udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini turut dilengkapi dengan
mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan
ketinggian kanak-kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin
bagi mengelakkan kemalangan.

Bilik pembelajaran khas pula merupakan sebuah dapur usahawan dan digunakan
juga sebagai bilik makan kanak-kanak. Billik ini seluas 10 X 10 kaki persegi Bilik ini
menempatkan beberapa set dapur untuk kanak-kanak serta sinki untuk kemudahan
kanak-kanak. Bilik ini digunakan apabila kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti
masakan, pembungkusan makanan, serta lain-lain aktiviti yang menggunakan peralatan
di dapur.

Bilik Matahari pula merupakan satu bilik pembelajaran seluas 10 x 10 kaki persegi.
Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, dua buah meja bulat, enam buah meja
trapezium, lima buah meja segi empat, dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk
kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi
membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Di bahagian syiling pula turut tergantung
5
pelbagai mobil dan bahan bantu mengajar yang lain untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak.
Bilik pembelajaran kedua pula dinamakan Bilik Teratai dan bilik ini adalah seluas 10
X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan permaidani pelbagai warna bagi
menandakan kawasan kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam,
kerja berkumpulan dan juga bilik aktiviti kreativiti dan estetika. Bilik ini lebih khusus
kepada sudut kreativiti dan fizikal. Terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran
udara dan satu pintu masuk.

Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah kami.


Garaj ini adalah seluas 10 x 6 kaki persegi. Terdapat sebuah pintu masuk utama dan
empat rak kasut untuk kanak-kanak yang disusun di tepi dinding. Garaj ini digunakan
sebagai tapak perhimpunan kanak-kanak diwaktu pagi dan tempat kanak-kanak
menunggu ibu bapa mereka ketika waktu petang selepas selesai waktu persekolahan.
Lantai garaj ini dikemaskan dengan jubin jenis kesat bagi mengelakkan lantai menjadi
licin apabila terkena tempias hari hujan.

Bilik guru dan ibu bapa di prasekolah kami adalah seluas 10 X 6 kaki persegi. Bilik
ini menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru, sebuah rak fail,
dan satu set sofa untuk ibu bapa. Terdapat dua pintu masuk iaitu satu dari arah luar
bangunan dan satu lagi dari arah dalam bangunan. Kedua-dua pintu masuk ini berupa
pintu kaca jenis gelongsor.bagi membolehkan guru memantau keadaan di dalam dan di
luar bangunan. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan
kepada guru dan ibu bapa. Bilik ini turut dilengkapi dengan satu cermin menghadap ke
dalam kelas dan digunakan untuk ibu bapa dan guru memantau dan memerhati kanak-
kanak. Walaubagaimanapun, untuk tujuan kecemasan atau gangguan bekalan
elektrik,bilik ini turut dilengkapi dengan tingkap kaca jenis gelongsor untuk laluan udara
dan laluan kecemasan.

Sudut pembelajaran terbuka yang berada di bahagian tengah prasekolah kami ini
seluas 20 X 10 kaki persegi. Sudut ini dilengkapi dengan sebuah pentas, 2 cermin
6
gergasi serta permaidani bagi aktiviti perbualan pagi. Sudut ini boleh digunakan untuk
pelbagai aktiviti seperti perbualan pagi, membina yakin diri, membina personaliti diri,
main peranan, simulasi, demonstrasi dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian samada
secara individu, kumpulan ataupun kelas.

Sudut senyap pula adalah seluas 6 X 6kaki persegi dan terletak bersebelahan
dengan bilik penyediaan makanan. Dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, satu
tilam bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan warna serta sofa kecil untuk kanak-
kanak. Sudut ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta untuk kanak-
kanak lain berehat di waktu senggang. Sudut ini juga menjadi tempat untuk kanak-
kanak bersantai dan membaca buku secara senyap. Sudut ini terletak bersebelahan
bilik penyediaan makanan dan dinding yang menyambungkan bilik ini dengan bilik
penyediaan makanan diperbuat dari kaca tebal supaya pembantu boleh memantau
keadaan murid dari dalam bilik penyediaan makanan.

Bersebelahan sudut senyap pula terdapat satu sudut khas yang dinamakan
”Sudut Usahawan”. Sudut ini menempatkan gambar-gambar dan barangan yang
dihasilkan oleh murid-murid dan segala yang berkaitan dengan program usahawan.
Sudut ini dihias dan diselenggara oleh kanak-kanak dua minggu sekali.

6.2 Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk Lampiran 3).

Di bahagian luar prasekolah pula terdapat sebuah kolam ikan dan sebuah
gazebo di bahagian hadapan. dan diantara kolam dan gazebo ini terdapat sebuah
pagar utama dan laluan untuk ibu bapa dan kanak-kanak masuk ke prasekolah.
Gazebo tersebut digunakan untuk ibu bapa berehat dan menunggu anak-anak mereka
keluar dari kelas manakala kolam ikan pula sebagai hiasan dan permandangan serta
tempat untuk kanak-kanak memelihara ikan masing-masing.

Di bahagian tepi pula terdapat sebuah taman herba khas untuk kanak-kanak
bercucuk tanam, sebuah taman permainan dan sebuah zoo mini. Taman herba
7
tersebut dibina sendiri oleh kanak-kanak kerana kami ingin memberi lebih banyak
pengalaman langsung kepada mereka sekali gus kami akan meningkatkan lagi
kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, taman ini juga akan
menghasilkan permandangan yang lebih menarik di prasekolah kami.

Di sebelah taman herba terdapat sebuah taman permainan yang mengandungi


satu set Triorocer, beberapa set mini jongkang - jongket dan satu set buaian. Kawasan
sekeliling taman ni pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan
kecederaan jika kanak-kanak terjatuh ketika mereka sedang bermain.

Zoo mini pula terletak bersebelahan dengan taman permainan. Zoo tersebut
mengandungi beberapa sangkar berkunci untuk menempatkan beberapa haiwan jinak
seperti burung, kura-kura ayam, dan arnab. Kanak-kanak akan diberi tugas secara
bergilir untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makan dan untuk aspek kebersihan
pula, kami akan melantik pekerja khas untuk membersihkan kawasan luar prasekolah
kami. Dengan cara itu, kawasan kami akan kekal bersih dan teratur.

Di bahagian belakang prasekolah pula terdapat satu sudut khas untuk aktiviti
main pasir dan satu lagi sudut khas untuk aktiviti main air. Kawasan tersebut di lengkapi
dengan pili yang boleh digunakan untuk aktiviti main air, berwuduk dan memberus gigi.
Hal ini membantu kami untuk menjimatkan penggunaan ruang kerana kebanyakan
sudut kami boleh digunakan untuk tujuan yang pelbagai. Kedua-dua sudut ini di
tempatkan di bahagian luar bangunan prasekolah supaya kanak-kanak dapat
menghirup udara segar di luar dan mengalami pengalaman yang lebih bermakna
dengan situasi sebenar.

Secara keseluruhannya, prasekolah kami mempunyai kawasan seluas 30 kaki


persegi di bahagian tepi, 15 kaki persegi di bahagian depan dan 5 kaki lagi di bahagian
belakang. Kami memilih untuk memagar keseluruhan kawasan kami bagi memastikan
keselamatan kanak-kanak dan harta benda kami terjaga.

8
7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran.

7.1 Kurikulum Utama

Kurikulum prasekolah ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan (KPsK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu
komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif,
komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi,
komponen perkembangan fizikal dan yang terakhir adalah komponen
kreativiti dan estetika.

Kurikulum utama yang lengkap disertakan dalam Lampiran 4.

7.2 Kurikulum Tambahan

Kurikulum tambahan prasekolah ini adalah berdasarkan kemahiran


keusahawanan serta pendidikan Fardhu Ain di sebelah petang.

Kurikulum tambahan yang lengkap disertakan dalam Lampiran 5.

7.3 Jadual Pembelajaran


Sesi pembelajaran adalah dari jam 8.00 pagi – 11.50 tengah hari.
Terdapat juga sesi pembelajaran sebelah petang selama 2 hari untuk
kelas untuk kurikulum tambahan kami yang kami panggil Iqra’ yang
bermula jam 1.00 petang – 2.00 petang.

Jadual pembelajaran yang lengkap boleh dirujuk pada Lampiran 6.

9
7.4 Buku khas yang digunakan
Prasekolah Deena telah memilih empat buah buku khas yang
digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut
terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku untuk mata pelajaran
Bahasa Malaysia, buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi
mata pelajaran Matematik, Sains dan English, Iqra’ untuk pembelajaran
sewaktu Kelas Fardhu ‘Ain dan sebuah Art Book untuk komponen
kreativiti dan estetika.

7.6 Program Tambahan


Program-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program
yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat.

Rujuk Lampiran 7 untuk melihat kalendar akademik (Takwim) Prasekolah


Deena.

8.0 Aspek Pemakanan.

8.1 Prinsip Penyediaan Makanan

Penyediaan Makanan Prasekolah

Status pemakanan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.


Kandungan nutrisi dalam kombinasi penyediaan menu makanan sangat
penting kepada perkembagan kanak-kanak. Oleh itu,kami memilih untuk
menyediakan makanan secara sendiri oleh pembantu prasekolah yang
telah dilatih. Terdapat beberapa prinsip penyediaan makanan yang
disyorkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang turut diamalkan di
Prasekolah Deena, iaitu :

10
i. Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui
kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.

ii. Jadikan nasi, lain-lain bijirin dan makanan berasaskan bijirin


sebagai sumber tenaga yang utama.

iii. Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-


sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.

iv. Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan
berasaskan kekacang untuk protein.

v. Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya


dengan kalsium setiap hari.

vi. Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan


makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk
mencegah kekurangan zat besi.

vii. Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut


dielakkan.

viii. Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan


kurangkan pengambilan garam.

ix. Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah
yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.

x. Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

11
8.2 Menu Makanan

Terdapat beberapa amalan pemakanan yang dijadikan rutin harian di


Prasekolah Deena. Antaranya adalah :

i. Sebelum memulakan pembelajaran murid akan diberi makan 7 biji


kismis.

ii. Bagi murid yang tidak bersarapan disediakan biskut dan juga susu.

iii. Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan pagi yang ditukar
pada setiap minggu.

iv. Untuk selingan antara sarapan pagi dan makan tengahari kami
menyediakan kudapan. Kebiasaanya sajian bagi kudapan adalah
kuih, tetapi bagi menyeimbangkan zat dan vitamin kepada kanak-
kanak kami menghidangkan buah-buahan sebagai snek.

v. Makan tengahari disediakan untuk hari ahad, selasa dan khamis


disebabkan murid mengikuti kelas fardhu ain pada sebelah petang.
Untuk makan tengahari terdapat 2 set menu makanan yang ditukar
pada setiap minggu

ARAS 4 LEMAK, MINYAK, GULA


MAKAN PALING SEDIKIT

DAGING, IKAN, AYAM, KUMPULAN KACANG,


ARAS 3 SUSU, YOGART, KEJU
MAKAN SEDERHANA

ARAS 2 BUAH-BUAHAN, SAYUR-


MAKAN BANYAK SAYURAN

ARAS 1
ROTI, BIJIRIN, PASTA, MEE
MAKAN PALING BANYAK

12
Set menu yang lengkap boleh dilihat dalam Lampiran 8.

9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan.

9.1 Aspek Kebersihan. Rujuk Lampiran 9

9.2 Aspek Keselamatan. Rujuk Lampiran 10

10.0 Aspek Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah
bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada
murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan
mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi
membolehkan lawatan di buat ke prasekolah, sekolah-sekolah rendah dan
menengah di Malaysia.

Prasekolah Deena amat mementingkan kesihatan murid-muridnya. Pihak


prasekolah perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah
untuk meminta pihak klinik datang dan membuat pemeriksaan ke atas murid-
murid. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah, antara masalah-
masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:

1. Obesiti
2. Ketajaman penglihatan

3. Rabun warna

4. Tulang rangka yang tidak normal

5. Jangkitan cacing

13
6. Kudis buta

7. Kurang pendengaran

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, kanak-kanak Prasekolah Deena akan


menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan
ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan
seperti berikut:

1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui


promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang
pencapaian akademik murid di prasekolah dan seterusnya membuat
rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid
dalam sistem pendidikan khas.

3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai


institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang
berkesan.

11.0 Kos Penubuhan.


Modal permulaan RM 20, 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil
perkongsian 4 orang pemilik Prasekolah Deena iaitu :
1) Nurul Izzah Khalil
2) Nurul Ain Mazlan
3) Faridah Mokhtar
4) Aishah Nurain

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Deena yang lengkap


boleh dilihat pada Lampiran 11.

14
12.0 Staf

Seramai 2 orang guru dan seorang pembantu telah dipilih untuk bekerja dengan
prasekolah ini. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat
mendalam dan berpengalaman serta gru yang mempunyai keputusan yang agak
baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di
peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia.

Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut :

Pengalaman
Bil Nama No. K/P Kelulusan
Berkaitan

Diploma Pendidikan, Menjadi guru tadika di


1 ‘Areej bt Ifzam 790511-06-5380 UM (TESL, Kuala Lumpur selama
Ekonomi) 3 tahun.

Menjadi guru tuisyen


Muhrizah Huda bt Degree In Statistics, dan menjadi guru
2 730303-01-5844
Idham UITM tadika selama 5
tahun.

13.0 Penutup.
15
Dari kajian yang dijalankan didapati sambutan terhadap pendidikan pra sekolah
sekarang amat menggalakkan di mana ibu bapatelah mula menghantar anak-
anak mereka ke prasekolah bermula pada usia 5 tahun lagi.
Oleh itu prasekolah merasakan tidak akan menghadapi masalah untuk
mendapatkan 25 orang pelajar pada peringkat permulaan ini. Diharapkan
prasekolah ini akan dapat memberi pendidikan prasekolah yang baik sebelum
anak-anak memasuki alam persekolahan sebenar.
Diharapkan Kertas Kerja ini diangkat untuk diberi kelulusan. Sokongan dan
kerjasama dari pihak Tuan dalam meluluskan permohonan ini akan
menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan
Prasekolah yang berkualiti memandangkan kanak-kanak merupakan pelapis
generasi akan datang yang akan menerajui negara.

LAMPIRAN 1

16
PELAN LOKASI PRASEKOLAH DEENA

PELAN LOKASI
PRASEKOLAH DEENA, KUALA TERENGGANU.

17
LAMPIRAN 2

PELAN DALAM PRASEKOLAH DEENA


18
PELAN DALAM PRASEKOLAH DEENA.

12 kaki 4 kaki 4 kaki

4 kaki
B
8 kaki

A
4 kaki

K
10 kaki

l
20 kaki

J
10 kaki 12 kaki

E
19
6 kaki

HG
8 kaki I
2 kaki F
10 kaki
Petunjuk :

A Bilik penyediaan makanan Pintu masuk utama

b Tandas murid lelaki Pintu keluar

c Tandas murid perempuan Pintu

D Bilik pembelajaran khas Tingkap

E Bilik Matahari Dinding cermin

F Bilik Teratai Pentas

G Garaj Cermin gergasi

H Bilik Guru dan Ibu Bapa Sinki

I Lorong laluan masuk Mangkuk tandas

J Sudut pembelajaran terbuka Rak pemisah


20
K Sudut senyap Permaidani

l Sudut Usahawan Alat pemadam api


LAMPIRAN 3

PELAN LUAR PRASEKOLAH DEENA

21
PELAN LUAR PRASEKOLAH DEENA.

50 kaki

5 kaki
h i j

f
a
40 kaki
60 kaki

22
15 kaki

e
d b
Petunjuk :

A Bangunan prasekolah

b Kolam ikan

c Laluan masuk

D Gazebo

E Taman herba

F Taman permainan

G Zoo mini

H Sedut main pasir

I Sudut main air

J Setor peralatan

Pintu pagar masuk utama

Pintu pagar keluar

23
LAMPIRAN 4

KURIKULUM UTAMA PRASEKOLAH DEENA

24
KOMPONEN : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA.

A. MATLAMAT

1. Mengenali, menyebut dan menulis huruf-huruf abjad.

2. Boleh menerima dan melakukan arahan.

3. boleh berhubung dengan ibu bapa dan kawan-kawan dengan komunikasi


yang baik.

B. SUKATAN PELAJARAN
a) LISAN :-

1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti :

Assalamualaikum

Apa Khabar

Terima Kasih

2. Membezakan bunyi-bunyi :

Binatang

25
Kenderaan

Orang menangis.

3. Menamakan benda-benda maujud.

4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz.

5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul

dan tepat.

b) BACAAN

1. Mengkelaskan benda-benda mengikut kumpulan dari segi saiz dan warna.

2. Menyusun benda-benda mengikut urutan – dari benda yang kecil kepada


besar, rendah kepada tinggi.

3. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama.

4. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama.

Contoh : b dan d, p dan q

5. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka.

6. Membatang perkataan.

c) TULISAN
1. Latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya bleh menulis dengan
selesa dan sempurna.
3. Latihan mata – dari kiri ke kanan / atas ke bawah.
4. Koordinasi mata dan tangan.

26
5. Menekap huruf-huruf yang diajar.
6. Menulis bentuk-bentuk huruf.
7. Menulis suku kata.
8. Menulis perkataan mudah.

KOMPONEN : PERKEMBANGAN KOGNITIF

MATA PELAJARAN : MATEMATIK

A. MATLAMAT
1. Memberi pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka
berasaskan pengalaman harian.
2. Membolehkan murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran
mereka dan hubungannya dengan angka.
3. Membolehkan murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik
berasaskan pengalaman harian.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Pengalaman warna-warna asas.

2. Pengalaman set (himpunan).

3. Mengenal 1-10 (termasuk menulis angka-angka tersebut).

4. Mengenal bentuk-bentuk geometri.

5. Konsep saiz dan ukuran.

6. Konsep siri.

7. Konsep nilai.
27
8. Konsep tambah atau tolak dengan nilai 1-10.

C. PELAKSANAAN
1. Menggunakan kad-kad warna asas dalam mengenalkan warna-warna,
seterusnya benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan.
2. Latihan mewarna / membulatkan benda-benda di sekeliling yang selalu
digunakan.
3. Menyediakan benda-benda yang sama jenis – untuk konsep pengajaran
himpunan set.
4. Mengajar saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah.
5. Mengajar konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang
mempunyai nilai-nilai tertentu.
6. Mengajar konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan benda-
benda maujud dan kad-kad angka.

28
KOMPONEN : PERKEMBANGAN KOGNITIF

MATA PELAJARAN : ASAS SAINS.

A. MATLAMAT.

1. Memperkenalkan konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dan


‘man-made-environment’.

2. Memperkenalkan konsep membesar.

3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar.

4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan.

5. Memperkenalkan makanan manusia.

B. SUKATAN PELAJARAN.
1. Kecil dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan
sebagainya) dan ‘man-made-environment’.
2. Prinsip membesar.
3. Panas, sejuk, kering dan basah.
4. Tempat tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya.
5. Makanan manusia – jenis-jenis makanan, proses pemakanan.

C. PELAKSANAAN.

29
1. Gunakan alam sekitar prasekolah untuk menerangkan konsep saiz atau
gambar-gambar benda hidup yang berbeza saiz.
2. Prinsip membesar – tumbesaran biji benih (melalui ujikaji).
3. Panas dan sejuk – gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk
melihat perbezaan suhu.
4. Cuaca – gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan
terangkan aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini.
5. Gunakan gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal
manusia berbagai-bagai jenis tempat tinggal.
6. Makanan – bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan
dari tumbuhan.

30
KOMPONEN : KREATIVITI DAN ESTETIKA

MATA PELAJARAN : SENI VISUAL

A. MATLAMAT
1. Agar murid-murid dapat melibatkan diri, pemikiran dan daya kreatif untuk
satu-satu ciptaan Allah yang berfaedah serta menambahkan ketajaman
pengamatan dan meningkatkan daya koordinasi antara mata dan tangan
yang bak untuk menghasilkan karya seni.

B. SUKATAN PELAJARAN
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Cetakan
5. Capan
6. Muzik
7. Lipatan dan guntingan
8. Lipatan dan celupan
9. Main pondok-pondok

C. PELAKSANAAN

31
1. Teknik yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti
guru-guru.

KOMPONEN : BAHASA DAN KOMUNIKASI

MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS.

A. MATLAMAT

Memperkenalkan dan mengajar asas Bahasa Inggeris.

B. SUKATAN PELAJARAN.
1. Mengenal diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan.
2. Mengenal warna-warna asas.
3. Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
4. Mengenal konsep saiz dan perbezaannya.
5. Konsep masa.

C. PELAKSANAAN.
1. Dalam mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik :

i. Lisan.

ii. Kad-kad imbasan atau benda-benda di sekeliling prasekolah.

iii. Slide show.

32
iv. Lakonan.

2. Teknik yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama


ada cepat atau lambat menerima pengajaran.

KOMPONEN : PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM

A. MATLAMAT
1. Membekalkan murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang
merangkumi ilmu Tauhid, Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam.
2. Menanamkan rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa
hubungan langsung dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.
3. Memahamkan murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta
serta kaitan kehidupan di dunia dengan akhirat.
4. Membina peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak
mulia dan beramal soleh kerana Allah semata-mata.
5. Memastikan murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang
syumul dengan mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama Al-
Quran dan Al-Hadis.
6. Menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui
penceritaan riwayat hidup dan sifat-sifat baginda yang terpuji.
7. Menjadikan Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk
diteladani dalam segenap aspek kehidupan.

B. SUKATAN PELAJARAN

33
1. Aqidah (merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam)

2. Ibadah

3. Akhlak

4. Sirah

C. PELAKSANAAN
1. Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-
hadis Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah, Ibadah, Akhlak
dan Sirah.
2. Guru mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan
sunat dalam Islam, secara individu dan kumpulan.
3. Murid mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara
berjemaah.
4. Murid berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan
doa-doa harian sehingga lancar, secara individu dan secara beramai-
ramai.
5. Guru menjelaskan sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasul dan perkara-
perkara sam’iyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap
murid.
6. Murid menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah swt, nama-
nama 25 Rasul, sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar
oleh guru.
7. Guru menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda
yang patut diamalkan oleh setiap muslim.
8. Guru mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab
dalam Islam, sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh
khusus, gambar-gambar, cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan
yang menarik.
9. Murid-murid melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau
mazmumah dengan bimbingan guru (main peranan).

34
10. Guru dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup
Islam sekadar termampu.
11. Guru menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan
pelbagai latihan.

LAMPIRAN 5

KURIKULUM TAMBAHAN

35
KURIKULUM TAMBAHAN.

MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN

A. MATLAMAT

Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan


sebutannya dan persediaan untuk membaca Al-Quran.

B. SUKATAN PELAJARAN

Pembacaan menggunakan kaedah Iqra’ dari Buku 1 – Buku 6.

C. PELAKSANAAN.
1. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru :
murid maksima 1 : 5.
2. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra’ 1-6.
3. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6
mengikut kemahiran.
4. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau
kemudahan ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan.
5. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan
‘plastisin’ bagi membentuk huruf-huruf.

36
MATA PELAJARAN : HAFALAN MUQADDAM.

A. MATLAMAT
1. Untuk mengajar murid-murid menghafal surah-surah pendek yang
terkandung dalam Al-Quran.
2. Menanam rasa cinta kepada Al-Quran melalui tanggungjawab membaca dan
menghafal.

B. SUKATAN PELAJARAN
1. Menghafal surah Al-Fatihah.
2. Menghafal dari awal surah iaitu Surah An-Nas, untuk yang selanjutnya
mengikut kemampuan hafalan mereka.

C. PELAKSANAAN.
1. Murid-murid dibekalkan dengan Muqaddam setiap seorang.
2. Guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah seorang
murid telah lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke surah yang baru.
3. Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada mereka supaya
bacaan dan hafalan murid-murid adalah lancar dan tartil.
4. Tafsir ringkas untuk surah-surah yang diajar dan dihafal.

37
MATA PELAJARAN : KEUSAHAWANAN

A. MATLAMAT
1. Untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas keusahawanan.
2. Menanam rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang keusahawanan.
3. Menanam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik melalui
aktiviti berjual beli.
4. Memupuk nilai jujur dan amanah dalam menjalankan urusan jual beli.

B. SUKATAN PELAJARAN
1. Memperkenalkan kanak-kanak kepada mata wang yang digunakan di
Malaysia terlebih dahulu.
2. Mengajar kepada kanak-kanak tentang konsep keusahawanan.
3. Memperkenalkan perkara-perkara yang terlibat di dalam bidang
keusahawanan seperti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.

C. PELAKSANAAN.
1. Kanak-kanak diperkenalkan dengan mata wang yang digunakan di Malaysia
terlebih dahulu.
2. Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan sendiri barangan yang akan
di pasarkan.
3. Seterusnya kanak-kanak akan di ajar tentang proses pembungkusan diikuti
dengan proses pemasaran barangan.
4. Aspek kebersihan dan keselamatan turut diselitkan.

38
LAMPIRAN 6

JADUAL PEMBELAJARAN

39
MASA 8.00 – 8.20 8.20 – 9.00 9.00 – 9.30 9.30 – 10.00 10.00 –
HARI 10.20
AHAD SOLAT BI BI
ISNIN
&
SELASA
RABU CIRCLE
KHAMIS TIME

40
LAMPIRAN 7

TAKWIM

41
TAKWIM PRASEKOLAH DEENA SESI 2011.

   
JANUARI
Bil PERKARA TARIKH
1. Sesi Persekolahan Bermula
02.01.2011
2. Minggu Kenali Diri (Orientasi) 02.01.2011 – 06.01.2011
3. Minggu Cungkil Bakat Bermula 16.01.2011 – 20.01.2011
4. Oh Ibu….. Oh Ayah….. 29.01.2011

   
FEBRUARI

Bil PERKARA TARIKH


1. Latihan Sukan 06.02.2011 – 10.02.2011
2. Mentorku 13.02.2011
3. Kemuncak Nyanyian 26.02.2011
 

   
MAC
Bil TARIKH
PERKARA
1. Karnival Sukan 17.03.2011
2. Kemuncak Penglipur Lara 23.03.2011
3. Mentorku 26.03-2011
 

   
APRIL
Bil TARIKH
PERKARA
1. Mentorku 09.04.2011

42
2. Kemuncak Peragaan 21.04.2011
3. Hari Alam Sekitar 28.04.2011
 

   
MEI
Bil TARIKH
PERKARA
1. Sayang Guru, Cintai Ibu 16.05.2011
2. Kemuncak Persembahan Pentas 28.05.2011
3. Mentorku 28.05.2011
 

   
JUN

Bil PERKARA TARIKH


1. Ujian Pengesanan 05.06.2011 – 07.06.2011
Kemuncak Budaya Puisi 09.06.2011
2.
2. Mentorku 18.06.2011
3. Mesyuarat PIBG 25.06.2011
 

   
JULAI
Bil TARIKH
PERKARA
1. Minggu Usahawan Muda 03.07.2011 – 07.07.2011
2. Mentorku 16.07.2011
3. Kemuncak Kreativiti Seni 28.07.2011
 

  OGOS  

43
Bil TARIKH
PERKARA
1. Mentorku 06.08.2011
2. Sambutan Hari Kebangsaan 31.08.2011
3. Kemuncak Anak Merdeka 31.08.2011
 

   
SEPTEMBER
Bil TARIKH
PERKARA
1. Mentorku 03.09.2011
2. Hari Keluarga 16.09-2011
3. Kemuncak Yakin Diri 29.09.2011
 

   
OKTOBER
Bil TARIKH
PERKARA
1. Mentorku 08.10.2011
2. Kemuncak Hasil Kraf 27.10.2011
 

   
NOVEMBER
Bil TARIKH
PERKARA
1. Hari Kanak-kanak 03.11.2011
2. Kemuncak Anak-anak Deena 10.11.2011
3. Konvokesyen Prasekolah Deena 17.11.2011

*** Oh Ibu… Oh Ayah merupakan satu aktiviti suai kenal di antara kanak-kanak
prasekolah bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Ini adalah penting untuk
membina hubungan kerjasama yang baik di antara mereka.

44
*** Mentorku merupakan aktiviti istemewa Prasekolah Deena yang diadakan setiap
bulan. Pada setiap bulan, ibu bapa dan kanak-kanak prasekolah akan berkumpul dan
membentuk beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan bergilir untuk menunjukkan
sama ada cara memasak sesuatu atau cara-cara menghasilkan sesuatu rekaan kreatif.
Ibu, bapa atau penjaga akan menjadi mentor yang akan membuat demonstrasi.

*** Aktivit kemuncak pada setiap bulan seperti Kemuncak Nyanyian, Kemuncak
Penglipur Lara, Kemuncak Peragaan dan lain-lain memberi peluang kanak-kanak
menyerlahkan potensi diri dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dikhususkan
dalam sesuatu bulan berkenaan. Pada bulan November, terdapat sebuah persembahan
khas iaitu Kemuncak Anak-anak Deena di mana kanak-kanak akan mempersembahkan
kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing sama ada berpantun,
bersyair, bercerita, berlakon dan menyanyi pada hari pertandingan ini. Aktiviti bulanan
ini bertujuan untuk mengasah bakat dan menbina keyakinan diri yang tinggi di kalangan
kanak-kanak.

*** Kemuncak Hasil Kraf merupakan kesinambungan daripada bulan Kemuncak


Kreativiti Seni di mana pada bulan ini, kanak-kanak mempamerkan hasil-hasil kreativiti
yang telak mereka cipta.

45
LAMPIRAN 8

SENARAI MENU

46
SARAPAN PAGI.

SET 1

KANDUNGAN
HARI MENU RAMUAN UTAMA
NUTRISI

AHAD Bubur Daging + air Beras, daging, sayur sawi, Bubur: Karbohidrat
teh’o kentang, bawang, gula,
Daging:Protein
garam dan teh.
Sawi: Vitamin

Kentang:
Karbohidrat

Gula & garam:

Lemak

47
ISNIN Sandwic Telur, Roti, telur, salad, timun, Roti: Karbohidrat
salad + air susu tomato, lobak, mayonis dan
Telur: Protein
susu.
Salad, timun,
tamato: Vitamin

Mayonis: Lemak

Susu: Kalsium

SELASA Nasi Goreng + air Beras, ayam tanpa lemak, Nasi: Karbohidrat
milo sayur campur, timun, milo
Ayam: Protein
dan susu.
Sayur campur dan
timun: vitamin

Milo (bijirin):
Karbohidrat

Susu: Kalsium

RABU Roti Bakar, kacang Roti, kacang panggang, telur, Roti: Karbohidrat
panggang, telur salad, horlick dan susu.
Kacang panggang,
mata kerbau+ air
telur: Protein
horlick
Salad: vitamin

Horlick (bijirin):
Karbohidrat

Susu: Kalsium

48
KHAMIS Pau ayam + air Pau, ayam, kentang, lobak Pau, kentang:
susu dan susu. Karbohidrat

Ayam: protein

Lobak: Vitamin

Susu: Kalsium

SET 2

KANDUNGAN
HARI MENU RAMUAN UTAMA
NUTRISI

AHAD Ban tuna + air susu Roti bun, sardin, salad, timun, Roti:Karbohidrat
tomato dan susu.
Sardin: Protein

Salad & timun:


Vitamin

Susu: Kalsium

ISNIN Mee Hoon Goreng + Mee Hoon, daging, sawi, Mee Hoon:
air teh’o lobak, teh dan gula. Karbohidrat

Daging: Protein

Sawi, lobak:

49
Vitamin

Gula: Lemak

SELASA Lempeng pisang + Tepung, susu, telur, pisang, Lempeng:


air horlick dan horlick. Karbohidrat

Susu: Kalsium

Pisang: Vitamin

Telur: Protein

Horlick (bijirin):
karbohidrat

RABU Mee Sup + air Mee, ayam, kentang, kubis, Mee, kentang:
ribena daun sup, jus ribena. Karbohidrat

Ayam: Protein

Kubis, daun sup:


vitamin

Ribena: Vitamin,
lemak.

KHAMIS Tauhu sumbat, sos Tauhu basah, timun, ayam, Tauhu (soya),
+ air milo. sos, tomato,timun, milo dan ayam: protein
susu.
Timun, tomato:
Vitamin

50
Sos: Lemak

Milo (bijirin):
karbohidrat

Susu: Lemak

SET 3

KANDUNGAN
HARI MENU RAMUAN UTAMA
NUTRISI

AHAD Mee Goreng + air Mee, taugeh, sawi, ayam, Mee: Karbohidrat
glukosa oren bawang, glukosa oren.
Taugeh, sawi:
Vitamin

Ayam: Protein

ISNIN Sandwic tuna + air Roti, salad, timun, tuna, Roti: Karbohidrat
horlick. mayonis, sos, horlick dan
Salad, timun:
susu.
Vitamin

Tuna: Protein

Sos, mayonis:
Lemak

51
Susu: Kalsium

SELASA Bijirin sarapan + air Bijirin sarapan dan susu. Bijirin sarapan:
susu Karbohidrat

Susu: Kalsium

RABU Pengat pisang + air Pisang, sagu, milo dan susu. Pisang: Vitamin
milo
Susu: Kalsium

Milo: Karbohidrat

KHAMIS Roti Bakar, telur Roti, kaya, telur dan susu. Roti: Karbohidrat
separuh masak + air
Kaya: Lemak
susu
Telur: Protein

Susu: Kalsium

SET 4

KANDUNGAN
HARI MENU RAMUAN UTAMA
NUTRISI

AHAD Apam kukus + air Tepung, telur, ragi, horlick Apam: Karbohidrat
horlick dan susu.
Telur: Protein

52
Horlick: Bijirin

Susu: Kalsium

ISNIN Tosai, kari ayam + Tepung, kari, telur, kentang, Tosai, kentang:
air susu tomato, bendi,ayam dan Karbohidrat
susu.
Susu: Kalsium

Ayam, telur:
Protein

Bendi, tomato:
Vitamin

SELASA Kwey teow goreng + Kwey teow, daging, ikan bilis, Kwey teow:
air teh sawi, timun, tomato dan teh. Karbohidrat

Daging: Protein

Ikan bilis: Iodin

Sawi, timun,
tomato: Vitamin

RABU Popiah basah + air Kulit popiah, taugeh, lobak, Popiah:


glukosa lemon sengkuang dan glukos. Karbohidrat

Taugeh, lobak,
sengkuang:
Vitamin

Glukos: Vitamin

53
KHAMIS Pau daging + air Pau daging,kentang, lobak, Pau, kentang:
milo kacang pic, milo dan susu. Karbohidrat.

Lobak, kacang pic:


Vitamin

Milo: Karbohidrat

Susu: Kalsium

KUDAPAN.

SET1

MENU
HARI

AHAD Epal merah ½ biji + air masak

ISNIN Oren ½ biji + air masak

SELASA Betik ½ biji + air masak

RABU Mangga 3 potong + air masak

54
KHAMIS Tembikai 3 potong + air

SET2

HARI
MENU

AHAD Pisang 1biji + air masak

ISNIN Epal hijau½ biji + air masak

SELASA Belimbing 3 potong + air masak

RABU Limau 1 biji + air masak

Lai ½ biji + air

KHAMIS

MAKAN TENGAHARI.

SET1

55
HARI MENU RAMUAN UTAMA KANDUNGAN
NUTRISI

AHAD Nasi + ayam masak Beras, ayam, kicap, bawang, Nasi: Karbohidrat
kicap + sayur sawi sawi, dan kordial sirap.
Ayam: Protein
goreng + air sirap
Sawi: Vitamin

Kordial Sirap: Gula

SELASA Nasi + sup daging, Beras, daging, bawang, daun Nasi, karbhidrat:
lobak merah dan sup, kentang, lobak dan Karbohidrat
kentang + air ribena kordial ribena.
Daging: Protein

Daun sup, bawang,


lobak: Vitamin

Kordial Ribena:
Gula

KHAMIS Nasi + ikan masak Beras, ikan kembung, sos, Nasi: Karbohidrat
masam manis + tomato, cili besar, taugeh,
Ikan kembung:
sayur lemak taugeh susu, bawang, taugeh, susu,
Protein
+ air oren kordial oren.
Cili, tomato,taugeh:
Vitamin

Kordial oren, sos:


Gula, lemak

Susu: Kalsium

56
SET2

HARI MENU RAMUAN UTAMA KANDUNGAN


NUTRISI

AHAD Nasi ayam + air Beras, bawang, rempah Nasi: Karbohidrat


sarsi ratus, daun sup, ayam, halia,
Ayam: Protein
timun, salad dan kordial sarsi.
Bawang, daun sup,
salad, timun:
Vitamin

Kordial Sarsi: Gula

SELASA Nasi + kurma ayam Beras, ayam,serbuk kurma, Nasi: Karbohidrat


+ sayur kubis rempah ratus, susu, kubis,
Ayam: Protein
goreng + air barli bawang, ikan bilis dan kordial
barli. Kubis, bawang:
Vitamin

Kordial Barli: Gula

Ikan bilis: Iodin

Susu: Kalsium

KHAMIS Nasi + kari daging Beras, daging, rempah ratus, Nasi: Karbohidrat
+sayur kangkung serbuk kari, bawang,
Daging: Protein
goreng + air kangkung, dan kordial
57
mangga mangga. Kangkung: Vitamin

Kordial Mangga:
Gula

58
LAMPIRAN 9

ASPEK KEBERSIHAN

ASPEK KEBERSIHAN.

Dari aspek kebersihan, kami membuat keputusan untuk mengupah pekerja


kontrak bagi membersihkan dan menyelenggara kawasan luar bangunan prasekolah
kami manakala bagi bahagian dalam bangunan, kami akan bergilir-gilir sesame kami
dalam menyelenggara, mengurus dan membersihkan bangunan kami. Kami juga
berhasrat untuk melibatkan ibu bapa pada hujung minggu tertentu setiap bulan untuk
membantu kami membersihkan kawasan sekolah dan menyediakan bahan bantu
mengajar untuk aktiviti pembelajaran anak-anak mereka.

59
LAMPIRAN 10
60
ASPEK KESELAMATAN.

ASPEK KESELAMATAN.

Keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam
penubuhan sesebuah prasekolah. Keselamatan ini bukan sahaja melibatkan soal
keselamatan kanak-kanak tetapi ia juga melibatkan soal harta benda, peralatan di
dalam dan di luar bangunan serta semua yang berkaitan.

Sebelum mendapat kebenaran dan kelulusan terhadap penubuhan sesebuah


prasekolah, pihak pengurusan prasekolah berkenaan perlu menyediakan pelan dalam
dan luar dan pelan tersebut perlu disertakan di dalam kertas kerja serta dihantar dan

61
disemak oleh pihak bomba, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain
badan yang terlibat.

Merujuk kepada hasil temubual dan perbincangan antara kumpulan kami dan
pihak bomba, mereka telah menerangkan banyak aspek yang perlu kami fikirkan
berkaitan dengan keselamatan. Menurut pegawai di sana, sebelum pihak bomba
member kelulusan dan cadangan keselamatan, pihak pengurusan prasekolah perlu
menyediakan satu pelan yang lengkap supaya pihak bomba dapat menyemak keluasan
dan kesesuian bangunan dengan alat-alat keselamtan yang akan mereka cadangkan
kelak.

Setelah menghantar lukisan pelan dalam dan pelan luar prasekolah kami, pihak
bomba telah mencadangkan supaya kami mencari pembekal untuk mendapatkan
peralatan keselamatan yang sesuai. Pihak bomba tidak boleh membekalkan semua
peralatan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berniaga sebaliknya mereka hanya
boleh membuat pengesahan dan penyeliaan . walaubagaimanapun, pihak bomba sedia
member bantuan dari segi khidmat nasihat dan mereka juga turut member kerjasama
dengan member kami maklumat dan nombor telefon beberapa pembekal berhampiran
Kuala Terengganu. Maklumat berkenaan sangat berguna dan membantu kami.
Berdasarkan nasihat dari pihak bomba, kami telah menyediakan satu pelan
laluan keluar semasa berlaku kebakaran dan kecemasan (sila rujuk Rajah 3). seperti
mana rajah tersebut, kami menyediakan dua pintu pagar untuk laluan keluar dan masuk
iaitu di bahagian hadapan dan belakang begitu juga dengan bangunan prasekolah
kami. Bangunan kami mempunyai satu pintu utama di hadapan dan juga satu lagi pintu
di bahagian belakang. Menurut pihak bomba, untuk mendapat kelulusan dari pihak
bomba, pihak pengurusan prasekolah perlu menyediakan pelan laluan kecemasan
terlebih dahulu dan pelan tersebut perlu mengandungi dua pintu untuk laluan keluar dan
masuk.

Aspek keselamatan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu


aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan, jalan
62
raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari segi bangunan, terdapat
pelbagai perkara yang perlu di ambil. Antaranya seperti pemilihan jubin lantai. Di
prasekolah kami, kami memilih jubin yang sederhana kesat untuk memastikan lantai
kami tidak licin. Jubin jenis ini kami letakkan di bahagian bilik pembelajaran, bilik
penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang pembelajaran terbuka. Di bahagian
garaj dan tandas pula, kami memilih jubin kesat kerana kedua-dua kawasan ini lebih
kerap untuk terkena air.

Selain lantai, punca kuasa juga perlu dijaga. Kami memastikan setiap punca
kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap punca
kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh kanak-
kanak. Setiap punca kuaca diletakkan jauh dari sumber air demi menjaga keselamatan
prasekolah kami.

Sekeliling bangunan kami pula dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca jenis


gelongsor bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang bangunan kami.
Setiap tingkap dan pintu pula dipasang grill yang boleh dibuka dan dikunci dari dalam
bangunan. Grill jenis ini adalah cadangan dan saranan dari pihak bomba kerana
menurut pihak bomba, jika berlaku kebakaran, grill dari jenis tidak boleh dibuka akan
menyekat laluan kecemasan dan melambatkan proses menyelamat. Dengan
menggunakan grill seperti yang disarankan oleh pihak bomba berkenaan, kami dapat
mencegah dariberlakunya kecurian sekaligus dapat membantu pihak bomba dan
penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan lebih cepat.

Dari aspek perabot dan peralatan pula, kami memilih perabot dan peralatan yang
sesuai dengan saiz kanak-kanak, kukuh dan tegap, tidak tajam dan berat, bebas
selumbar, tidak mudah terbalik, bebas bahan kimia merbahaya, bebas karat, memenuhi
keperluan dan standard,serta susunannya tidak menghalang pergerakan kanak-kanak.
Selain itu, kami memilih perabot pelbagai warna menarik supaya dapat menceriakan
kelas kami.

63
Dari aspek bahan bantu mengajar, kami memilih bahan-bahan yang sesuai
dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Setiap bahan disimpan ditempat yang
selamat dan dilabelkan. Selain itu, bahan basah dan kering juga di simpan di tempat
berasingan bagi mengekalkan kualiti bahan dan memudahkan pengurusan bahan
tersebut.

Dari aspek bahan makanan pula, kami menyediakan tempat menyimpan bahan
makanan di bilik penyediaan makanan. Bahan kering di simpan di dalam cabinet dapur
manakala bahan basah di simpan dalam peti ais. Bahan kering dibeli secara borong
sebulan sekali manakala bahan bsah pula dibeli secara mingguan bagi memastikan
kesegaran makanan tersebut sekaligus mengelakkan keracunan makanan.

Beralih kepada aspek jalan raya dan lalu lintas pula, kami menetapkan satu
peraturan supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu menunggu dan mengambil
anak masing-masing di dalam kawasan sekolah. Mereka tidak dibenarkan membawa
atau meletakkan kenderaan di dalamkawasan sekolah mahupun di hadapan pintu
pagar utama prasekolah. Kanak-kanak hanya dibenarkan pulang setelah diambil sendiri
oleh ibu bapa dan penjaga mereka.
Akhir sekali ialah dari segi aspek keselamatan emosi. Walaupun tidak dapat di
lihat secara luaran, kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa emosi yang
stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa dan mudah. Untuk
memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di prasekolah kami, kami memilih bahan
pengajaran yang sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan mereka. Kami turut
mengaitkan pengajaran kami dengan isu-isu semasa yang tidak terlalu berat dan tidak
sensitif.

Selain itu, kami juga menyediakan peralatan bagi mencegah dan memadam
kebakaran seperti alat pemadam api, sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba serta
pelan laluan kecemasan. Setiap tiga bulan, pihak bomba dan penyelamat akan dating
untuk memeriksa alat-alat berkenaan dan setiap tahun, pihak bomba juga akan

64
mengadakan ceramah kebakaran untuk kanak-kanak dan ibu bapa serta di ikuti dengan
latihan kebakaran buat untuk melatih kanak-kanak.

LAMPIRAN 11

65
KOS PENUBUHAN

ANGGARAN PENDAPATAN DAN


PERBELANJAAN PRASEKOLAH DEENA.
A) PENDAPATAN

1) Modal permulaan RM 20,000.00

2) Yuran Pendaftaran (RM 30 x 25) RM 750.00

3) Yuran Bulanan (RM 250 x 11 x 25) RM 68,750.00

4) Bayaran Buku Kerja (RM 200 X 25) RM 5,000.00

5) Bayaran Alatan tulis (RM 70 X 25) RM 1,750.00

6) Bayaran Uniform (RM 44 X 25) RM 1,100.00

JUMLAH RM 97,350.00

66
B) PERBELANJAAN

1) Peralatan/perabot

i) Meja pelajar
- Bulat
- Segiempat
(RM 285 x 8) RM 2,280.00

ii) Kerusi pelajar (RM 190 X 12) RM 2,280.00

- Metal chair street back

iii) Meja komputer pelajar (RM 40 X 30) RM 1,200.00

iv) Kerusi meja guru

v) Kerusi meja pejabat (Rm 295 x 2) RM 590.00

vi) Katil – easy stack cot


RM 630.00
vii) Manipulatif storage
(20 Baket)
RM 540.00

viii) Manipulatif Cubby Shelf


RM 180.00

ix) Manipulatif Storage Shelf

x) White board (double side)

67
RM 525.00

RM 490.00

RM 490.00

RM 329.00

RM 9,534.00

2) Taman Permainan
- Playhouse Climber
RM 2,000.00
- Triorocer
- Jongkang-jongkit RM 149.00

RM 300.00

RM 2,449.00

3) Kos binaan dan upah Gazebo Rm 3,000.00

4) Sewa bangunan (RM 1,200 X 12) RM 14,400.00

5) Staf
i) Guru-guru
(RM 1,900 X 12) RM 22,800.00
ii) Kerani
iii) Tukang masak (RM 800 X 12) RM 9,600.00

(RM 800 X 12) RM 9,600.00

6) Epf/insurans RM 4,600.00

68
7) Bayaran buku kerja (RM 150 X 25) RM 3,750.00

8) Bayaran alatan tulis (RM 50 X 25) RM 1,250.00

9) Makan / minum (RM 50 X 25) RM 1,250.00

10)Uniform prasekolah (RM 30 X 25) RM 750.00

11)Aktiviti prasekolah
i) Keraian prasekolah
(RM 100 X 12) RM 1,200.00
ii) Sukan dan permainan
RM 1,000.00

12)Api / air / telefon (RM 150 X 12) RM 1,800.00

13)Kos membaikpulih
bangunan
RM 1,000.00

JUMLAH RM 87,983.00

TUGASAN PROJEK INDIVIDU.

1) PERANCANGAN KURIKULUM.
69
2)KURIKULUM TAMBAHAN.

3)PROGRAM PEMBELAJARAN.

NAMA : NURUL IZZAH KHALIL

NO K/P : 860511 – 33 - 5380

70
PERANCANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH DEENA.

Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara efektif


dan tersusun dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan sumber ke arah
mencapai matlamat. Perkembangan serta pertumbuhan yang baik di kalangan kanak-
kanak juga banyak dipengaruhi oleh perancangan dan pengurusan kurikulum dan
program pembelajaran yang efektif dan sistematik. Aspek pengurusan dan
perancangan kurikulum serta program-program pembelajaran yang mantap oleh
sesebuah institusi-institusi atau pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak itu perlulah
dititikberatkan agar objektif yang diingini tercapai.

Bagi memantapkan lagi pengurusan Prasekolah Deena ini, saya telah


memikirkan dan merancang beberapa aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan, kurikulum-
kurikulum tambahan dan juga beberapa program pembelajaran lain yang boleh
dilaksanakan di prasekolah ini. Untuk melihat secara jelas perancangan kurikulum

71
untuk sepanjang tahun bagi tahun 2011, saya telah mempermudahkannya ke dalam
bentuk jadual.

Sesi pengesanan potensi adalah bertujuan untuk mengesan dan mengcungkil


bakat yang sedia ada dalam diri kanak-kanak. hal ini kerana di akhir pembelajaran
mereka di Prasekolah Deena ini, terdapat satu hari yang memberi peluang untuk
mereka menyerlahkan bakat masing-masing sama ada dalam bidang nyanyian,
bercerita atau lakonan. Sesi pengesanan potensi ini akan berlaku sepanjang tahun,
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pembantu prasekolah turut berperanan
membuat pemerhatian terhadap bakat-bakat yang ada dalam diri kanak-kanak.

Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa yang dijangka berlangsung dalam bulan
Februari adalah bertujuan untuk memberi peluang ibu bapa kanak-kanak prasekolah
mengenali satu sama lain. Selain itu juga, majlis ini bertujuan untuk membincangkan
permasalahan anak-anak mereka atau permasalahan yang dihadapi sekolah serta
langkah-langkah penambahbaikkan yang perlu. Dengan cara ini, mutu perkhidmatan
yang diperoleh anak-anak mereka adalah dijamin memuaskan hati dan memberikan
hasil yang positif. Latihan sukan juga akan bermula pada bulan Februari. Tujuan latihan
sukan ini diadakan awal adalah supaya kanak-kanak lebih bersedia dari segi mental
dan fizikal untuk menghadapi Karnival Sukan yang sebenar pada bulan April nanti.

Pada bulan Mac pula, akan diadakan satu latihan kebakaran oleh Jabatan
Bomba. Daripada hasil kajian dan pencarian maklumat saya dan ahli kumpulan
sepanjang menyiapkan tugasan projek untuk kursus Pengurusan Prasekolah (PRA
3110) ini, sesebuah prasekolah yang berdaftar perlu memaklumkan kepada Jabatan
Bomba tentang penubuhan prasekolah dan perlu memohon kepada Jabatan Bomba
untuk mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Selain itu, sambutan Maulidur Rasul turut akan berlangsung dalam bulan Mac.

Seterusnya pada bulan April akan berlangsung Karnival Sukan Prasekolah yang
akan melibatkan prasekolah-prasekolah dari daerah yang sama. Ini membuka peluang
72
kepada kanak-kanak berkenalan dengan kanak-kanak dari prasekolah yang lain.
Lawatan ke zoo turut diadakan pada bulan tersebut. Menurut Saayah Abu, Surayah
Zaidon dan Siti Saleha Samsuri, lawatan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali
setahun. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan
pengalaman baru secara hands-on. Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat
merangsang mereka supaya terus meneroka dan mengambil sesuatu pengetahuan itu
secara tidak mereka sedari dan yang paling penting meyeronokkan. Dengan adanya
lawatan ke zoo ini, mereka berpeluang mendekati haiwan-haiwan yang terdapat di zoo
dan dapat melihatnya secara ‘live’, tidak hanya mendengar daripada cerita-cerita guru
atau menontonnya daripada telivisyen. Sesetengah haiwan juga turut dapat dipegang
oleh mereka.

Di akhir April, satu ujian pengesanan akan dijalankan terhadap murid-murid


untuk melihat tahap perkembangan kognitif mereka. ini memudahkan guru untuk
memperbaiki kaedah dan strategi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
diamalkan. Guru juga dapat membantu kanak-kanak yang lemah melalui ujian
pengesanan ini.

Pada bulan Mei pula akan berlangsungnya Hari Usahawan. Menepati konsep
keusahawanan yang menjadi visi prasekolah kami, Hari Usahawan ini diharap memberi
pengalaman langsung kepada kanak-kanak untuk merasa realiti sebenar berurus niaga.
Pada pertengahan bulan Mei pula, prasekolah kami akan mengadakan hari khas iaitu
Hari Ibu dan Hari Guru yang disambut serentak. Aktiviti ini dinamakan Sayangi Guru,
Cintai Ibu. Pada hari tersebut, para ibu dan guru akan berkumpul dalam satu majlis.
Manakala kanak-kanak pula diberi peluang menunjukkan penghargaan kepada guru
dan ibu mereka dengan cara memberi hadiah, kad ucapan dan sebagainya hasil rekaan
mereka sendiri.

Pemeriksaan kesihatan akan diadakan di akhir bulan Mei. Menurut maklumat


yang saya dapat daripada Jabatan Kesihatan Bahagian Prasekolah, tiada bayaran yang
akan dikenakan untuk mereka datang memberikan khidmat pemeriksaan dan rawatan
73
kepada kanak-kanak prasekolah. Pengurus prasekolah hanya perlu membuat
permohonan kepada Jabatan Kesihatan dan mereka akan memberikan tarikh bila
mereka akan ke prasekolah. Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan mereka meliputi
pemeriksaan ‘dari hujung rambut ke hujung kaki. Ianya meliputi pemeriksaan kutu,
mata, telinga, gigi, mulut, cacing serta pemeriksaan fizikal yang lain. Sekiranya
seseorang kanak-kanak itu didapati mempunyai kutu, langkah pencegahan segera
diambil dengan cara membersihkan rambut dan kepala kanak-kanak itu dengan
memberikan ubat kutu. Begitu juga dengan cacing. Kanak-kanak akan diberikan ubat
cacing dalam tempoh dua kali untuk setahun.

Pada bulan Jun pula akan diadakan sambutan Hari Bapa. Seperti juga Hari Guru
dan Hari Ibu, pada hari ini bapa-bapa kepada kanak-kanak Prasekolah Deena akan
diraikan sebagai menghargai jasa, usaha dan kerjasama baikmereka mendidik anak-
anak Prasekolah Deena. Pada bulan Jun juga akan berlangsungnya Hari Potensi di
mana pada hari inilah kanak-kanak berpeluang mempamerkan bakat-bakat yang ada
dalam diri mereka. Pada hari pertandingan, guru berperanan membina keyakinan yang
tinggi di kalangan kanak-kanak. ini dapat melatih mereka menjadi berani untuk
berhadapan dengan khalayak ramai. Di akhir bulan Januari pula akan diadakan Gotong
Royong yang melibatkan kanak-kanak Prasekolah Deena dan ibu bapa. Menurut apa
yang telah saya pelajari, adalah penting bagi sesebuah prasekolah itu mempunyai
hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Selaras dengan kepentingan Bahasa Inggeris pada masa kini, saya


menginginkan sebuah prasekolah yang menitikberatkan penggunaan Bahsa Inggeris.
Oleh itu, saya mencadangkan agar bulan Julai diisyhtiharkan sebagai Bulan Bahasa
Inggeris pada setiap tahun. Ini bermakna, pada bulan ini segala pelaksanaan aktiviti
akan lebih ditumpukan dalam Bahasa Inggeris. Kanak-kanak juga akan dilatih untuk
bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan harapan mereka akan menjadi mahir kelak.
Dalam bulan tersebut juga akan diadakan Hari Alam Sekitar. Kanak-kanak akan
dipupuk dengan sikap mencintai dan menjaga keindahan alam. Mereka akan diberikan

74
biji benih dan diajar cara-cara untuk menanamnya di dalam pasu. Setiap kanak-kanak
akan bertanggungjawab memastikan pokok mereka akan membesar dengan subur.

Pada bulan Ogos pula aktivit yang akan dijalankan tidak banyak kerana bulan
Ramadhan jatuh pada bulan tersebut dan kanak-kanak dilatih berpuasa. Pada bulan itu,
saya hanya merancang untuk mengadakan Ujian Lisan di kalangan kanak-kanak untuk
memastikan penggunaan tatabahasa mereka dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris adalah berul. Aktiviti kemuncak yang dapat saya fikirkan pada bulan tersebut
adalah Majlis Berbuka Puasa bersama ibu bapa atau penjaga anak-anak Prasekolah
Deena.

Program Hari Kemerdekaan akan berlangsung pada awal September. Terdapat


banyak program yang akan dijalankan seperti membuat bendera yang besar, membuat
kolaj dalam kumpulan serta perbarisan di kalangan kanak-kanak. dalam bulan tersebut
juga akan diadakan Jamuan Hari Raya. Kanak-kanak akan melalui pengalaman yang
menyeronokkan apabila boleh berpakaian lain daripada hari kebiasaan dan berkongsi
juadah hari raya yang dibawa.

Pada bulan Oktober pula, saya telah merancang satu lawatan ke kelas Tahun
Satu sekolah berhampiran. Ini adalah untuk memberi pengenalan dan pengalaman
kepada anak-anak Prasekolah Deena bagaimana suasana sebenar di Tahun Satu.
Dengan adanya aktiviti ini, tidak akan timbul lagi kes-kes di mana kanak-kanak akan
menangis dan enggan ke sekolah apabila masuk ke Tahun Satu sehingga ibu bapa
terpaksa menunggu selama seminggu di luar bilik darjah.

Di akhir bulan November pula akan berlangsungnya Hari Kecemerlangan (Hari


Ihtifal) anak-anak Prasekolah Deena. Program ini telah menjadi kebiasaan di mana-
mana prasekolah apabila berakhirnya tahun persekolahan kanak-kanak yang akan
memasuki sekolah sebenar pada tahun hadapannya. Pada Hari Ihtifal ini turut akan
memberi penganugerahan kepada kanak-kanak yang cemerlang di dalam sesuatu mata
pelajaran atau bidang.
75
Berpegang kepada prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat, saya telah merangka
satu Kelas Intensif yang akan diadakan pada Bulan Disember. Kelas Intensif ini
merupakan pilihan kepada ibu bapa sama ada menghantar anak mereka atau tidak.
Kelas ini dilihat sangta berguna kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada
kanak-kanak tentang apa yang akan mereka pelajari semasa di Tahun Satu. Ini juga
adalah sebagai persiapan untuk mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar.

Pada akhir bulan Disember pula, akan diadakan sesi pendaftaran kepada ibu
bapa yang hendak menghantar anak mereka ke Prasekolah Deena. Sesi pendaftaran
diadakan pada akhir bulan Disember adalah dengan tujuan guru dapat terus kepada
sesi P&P atau terus kepada aktiviti yang ingin dijalankan tanpa perlu mengganggu
waktu persekolahan dengan urusan pendaftaran. Ibu bapa yang turut mula bekerja
pada awal Januari juga tidak perlu memohon cuti untuk urusan pendaftaran anak
mereka.

TAKWIM PRASEKOLAH DEENA.

JANUARI

Bil PERKARA TARIKH

1. Sesi Persekolahan Bermula 02.01.2011

2. Minggu Suai Kenal (Orientasi) 02.01.2011 – 06.01.2011


3. Sesi Pengesanan Potensi Bermula 15.01.2011

 
FEBRUARI

Bil PERKARA TARIKH


76
1 Majlis Dialog Bersama Ibu Bapa 14.02.2011
2 Latihan Sukan Bermula 17.02.2011
 

MAC

Bil PERKARA TARIKH

1 Sambutan Hari Maulidur Rasul 14.03.2011


2 Latihan Kebakaran 19.03.2011

  APRIL

Bil PERKARA TARIKH

1 Karnival Sukan Prasekolah 12.04.2011


2 Lawatan ke zoo 21.04.2011
3. Ujian Pengesanan 27.04.2011 – 29.04.2011
 

MEI

Bil PERKARA TARIKH

1. Hari Usahawan 05.05.2100


4. Sayangi Guru, Cintai Ibu 16.05.2100
5. Pemeriksaan Kesihatan 21.05.2011
 

JUN

Bil PERKARA TARIKH

1. Ayahku Heroku 03.06.2011


2 Hari Potensi Kanak-kanak Prasekolah 15.06.2011
3 Gotong-royong 28.06.2011
 
77
 
JULAI

Bil PERKARA TARIKH

1 Minggu Bahasa Inggeris 15.07.2011 – 19.07.2100


2. Hari Alam Sekitar 27.07.2011
 

OGOS

Bil PERKARA TARIKH

1 Ujian Lisan 10.08.2011


2 Majlis Berbuka Puasa 21.08.2011
 

 
SEPTEMBER

Bil PERKARA TARIKH

1. Program Hari Kemerdekaan 02.09.2011


2 Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 30.09.2011
 

OKTOBER

Bil PERKARA TARIKH

1. Lawatan ke kelas Tahun Satu 02.10.2011


 

NOVEMBER

Bil PERKARA TARIKH

1. Hari Kecemerlangan (Ihtifal Sekolah) 06.11.2011


 

78
DISEMBER

Bil PERKARA TARIKH

1. Kelas Intensif Dalam Cuti 01 – 15.12.2011


2. Pendaftaran Sesi 2010 25.12.2011

KURIKULUM TAMBAHAN PRASEKOLAH DEENA.

Saya telah memilih untuk mewujudkan tiga lagi kurikulum sebagai tambahan
kepada kurikulum yang telah prasekolah kami sediakan. Kurikulum yang saya
cadangkan adalah memnetingkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di
kalangan kanak-kanak. Kurikulum tersebut terdiri daripada mata pelajaran ‘Story
Telling’ yang menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar, mata pelajaran ‘Bahasa Arab’ dan yang ketiga adalah mata pelajaran “Music
and Movement” yang turut menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar. Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya sememangnya
agak mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan kanak-kanak menyedari
kepentingan menguasai bahasa tersebut pada masa kini. Ini tidak bermakna bahawa
saya meminggirkan terus Bahasa Malaysia yang merupakan Bahasa Ibunda di negara
ini. Oleh kerana itu, Bahasa Malaysia tetap menjadi pengantar yang utama di
Prasekolah Deena.

Selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan


Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd
Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia saya mengambil langkah menjadikan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Story Telling dan Music and
Movement. Terdapat banyak kelebihan dan kesan positif daripada penguasaan lebih
daripada satu bahasa. Saya teringat kisah seorang sahabat yang diminta oleh
Rasulullah untuk menguasai Bahasa Ibrani selain dari Bahasa Arab yang memang
79
menjadi bahasa rasminya bagi memudahkan dakwah untuk kaum tersebut. Selain itu,
penguasaan lebih dari satu bahasa merupakan kelebihan dalam sesuatu perniagaan.

Oleh kerana itu, kanak-kanak perlu diberi pendedahan dari peringkat awal lagi.
Bertepatan dengan konsep keusahawanan yang ingin ditonjolkan oleh Prasekolah
Deena, saya berpendapat bahawa beberapa elemen perlu diambil perhatian terlebih
dahulu. Antaranya adalah memperkenalkan serta memperkukuhkan penguasaan
bahasa selain daripada bahasa ibunda, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di
kalangan kanak-kanak Prasekolah Deena.

Di bawah saya sertakan ringkasan kurikulum tambahan yang disediakan


Prasekolah Deena. Matlamat kurikulum tersebut berserta pelaksanaannya turut saya
sertakan bagi memudahkan kefahaman.

MATA PELAJARAN : STORY TELLING

A. MATLAMAT
1. Menerapkan nilai-nilai murni agama kepada kanak-kanak melalui teknik
penceritaan kisah-kisah teladan dan yang mempunyai pengajaran.
2. Mendorong murid untuk mempamerkan akhlak mulia dalam pergaulan
dan kehidupan seharian.
3. Memperluaskan ilmu pengetahuan murid terhadap pelajaran melaui
pendedahan kisah-kisah yang berkaitan secara langsung atau tidak
langsung dengan subjek-subjek lain yang dipelajari di prasekolah.
4. Membina daya imaginasi dan kreativiti murid di mana mereka sendiri
bercerita, berlakon atau menerangkan tentang sesuatu gambar / aksi
yang dilihat.
5. Memupuk kebolehan murid untuk menghasilkan ‘buku cerita’ sendiri
mengikut tahap masing-masing berasaskan pengetahuan sedia ada.

80
B. BAHASA PENGANTAR

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

C. PELAKSANAAN
1. Guru bercerita kepada murid menggunakan buku-buku cerita, gambar-
gambar, lukisan atau boneka.
2. Guru mempelbagaikan suara dan berlakon menurut watak-watak berbeza
dalam cerita seperti suara nenek tua, suara haiwan atau suara kanak-
kanak.
3. Murid bertanya soalan, memberi komentar / ulasan dan diminta
menjelaskan pengajaran cerita sekadar yang difahami.
4. Murid bercerita mengenai pengalaman sendiri, tajuk-tajuk yang
dicadangkan dan gambar-gambar yang ditunjukkan.
5. Murid melakonkan watak-watak dalam cerita melalui penampilan diri,
menggunakan boneka, topeng muka dan pelbagai Bahan Bantu Belajar
yang lain.
6. Murid dibimbing untuk mengarang dan menghasilkan ‘buku cerita’ sendiri
berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada pada diri masing-
masing.

MATA PELAJARAN : BAHASA ARAB.

A. MATLAMAT

Memperkenalkan dan mengajar Bahasa Arab.

81
B. SUKATAN PELAJARAN
Mengenalkan perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab yang berhubung dengan:
i. Bilangan dari 1-100
ii. Nama-nama anggota badan
iii. Nama-nama alatan di rumah
iv. Nama-nama alat dalam bilik darjah
v. Nama-nama binatang
vi. Nama buah-buahan
vii. Perkataan-perkataan mudah seperti terima kasih, tolong dan maafkan
saya.

PELAKSANAAN.

1. Guru mengajar secara lisan – guru sebut dan murid ikut.


2. Lukisan-lukisan atau gambar rajah yang menarik sama ada yang maujud atau
melalui ‘slide show’ untuk memperkenalkan sesuatu benda.
3. Benda-benda maujud juga diperkenalkan dalam Bahasa Arab.

MATA PELAJARAN : MUSIC AND MOVEMENT

A. MATLAMAT

1. mengetahui dan memahami teknik menyanyi

2. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang


betul.

3. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik

4. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang


betul

5. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif

82
6. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan
persembahan muzik

7. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan


dengannya

8. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin


mencuba

B. BAHASA PENGANTAR

1. Bahasa Malaysia

2. Bahasa Inggeris

C. PELAKSANAAN
1. Guru memasangkan pelbagai jenis lagu dan menyuruh kanak-kanak
bergerak bebas dahulu.
2. Guru kemudian memperkenalkan beberapa jenis gerakan.
3. Guru menyanyi dalam nada dan ton yang betul, kemudian kanak-kanak
mengikutinya.
4. Guru memperkenalkan beberapa jenis alat muzik dan cara yang betul
menggunakannya.

PROGRAM PEMBELAJARAN PRASEKOLAH DEENA.

Program pembelajaran tambahan yang saya rancangkan adalah berkonsepkan


pembelajaran kendiri (self-directed learning) dan pembelajaran akses kendiri (self

83
accessed learning). Berikut merupakan senarai beberapa program pembelajaran lain
yang saya cadangkan untuk Prasekolah Deena :

i. Program Jurutera Tunas (merupakan aktiviti yang berkonsepkan kejuruteraan


yang bermotifkan keusahawanan).

ii. Saintis Tunas.

iii. Lawatan.

iv. Majlis Berbuka Puasa.

v. Hari Potensi.

vi. Taekwando.

JURUTERA TUNAS.

Program kejuruteraan yang saya rancang saya namakan sebagai Jurutera


Tunas. Program Jurutera Tunas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak
prasekolah mengenai pengalaman sebagai seorang jurutera. Sambil bermain, belajar
dan berfikir, program ini akan dapat merangsang minat kanak-kanak agar meminati
bidang kejuruteraan dengan pelbagai aktiviti kejuruteraan yang dijalankan. Selain itu,
hasil rekaan kejuruteraan kanak-kanak prasekolah ini juga dapat membuahkan hasil
dengan cara mempromosikan hasil-hasil rekaan mereka untuk dijual kepada pihak yang
berminat bagi dijadikan cenderamata atau hiasan.

Contoh yang pertama adalah program mencipta “Kapal Terbang dan Helikopter.”
Kanak-kanak prasekolah berpeluang untuk belajar menghasilkan pelbagai bentuk kapal
terbang kertas dan cuba terbangkan ke udara. Di sebalik aktiviti ini, kanak-kanak
berpeluang mengenali pelbagai jenis kenderaan udara. Selain itu, mereka akan
menyedari kepentingan rintangan udara dengan membentuk dan mengubah sayap
sebuah helikopter. Selain itu juga, bagi memperkenalkan konsep rintangan udara,

84
kanak-kanak akan diajar untuk menghasilkan sebuah kincir angin dan akan cuba
menggerakkannya dengan laju secara meniup dari bahagian tepi.

Contoh yang kedua adalah “Jambatan Dari Kertas”. Kanak-kanak akan


dirangsang dengan persoalan dakah sehelai kertas mampu menampung berat sebuah
lori mainan? Kanak-kanak akan diberi peluang mencuba dan mengubahsuai terlebih
dahulu bentuk sehelai kertas secara menggulung, merenyuk, membuat bentuk kotak,
melipat secara "zig-zag" kasar atau halus. Setelah itu, mereka akan disuruh untuk
menguji kekuatan kertas tersebut setelah bentuknya diubah dengan meletakkan beban
di atas kertas tadi. Caranya ialah dengan menyuruh kanak-kanak mengira berapa buah
kereta mainan yang dapat bertahan di atas jambatan yang telah mereka bina.

SAINTIS TUNAS.

Program kedua yang dapat saya fikirkan adalah “Saintis Tunas”. Program ini
dilihat dapat memberi pendedahan melalui beberapa aktiviti sains yang mudah sebagai
pengenalan dalam bidang sains kepada kanak-kanak prasekolah. Ini akan merangsang
minat anak-anak kecil dalam bidang sains serta memahami konsep sains sambil
belajar, bermain dan berfikir. Program ini dijalankan dalam persekitaran yang menarik
serta cara pembelajaran yang tidak formal dan menyeronokkan. Di antara aktiviti yang
disediakan adalah “Tarik dan Tolak Kuasa Magnet ”.

Pertama sekali kanak-kanak akan diperkenalkan dengan 2 kutub magnet iaitu


utara dan selatan. Mereka akan diterangkan bagaimana 2 buah trak bermagnet menarik
dan menolak. Guru boleh meminta kanak-kanak mengasingkan bahan-bahan atau
objek-objek yang boleh melekat dan tidak boleh melekat pada magnet. Guru juga boleh
mencipta satu boneka berasaskan magnet. Sebagai contoh, boneka itu dinamakan ‘Si
Botak’. Guru kemudiannya memberikan rambut dan janggut daripada kutub yang
bertentangan kepada kanak-kanak untuk dilekatkan kepada ‘Si Botak’.

85
Kanak-kanak berpeluang membuat pemerhatian dan mengkaji sebab musabab
di atas setiap aktivit yang mereka jalani.Selain itu juga, aktivit yang sangat popular di
prasekolah adalah aktiviti memancing ikan dengan menggunakan joran magnet.
Bertepatan dengan prasekolah kami yang bertemakan “Fun In Learning”, kanak-kanak
akan mendapat satu pembelajaran yang bermakna dan seronok.

Aktiviti “Menara Cawan Tertinggi” akan memperkenalkan kanak-kanak tentang


konsep kestabilan. Kanak-kanak akan disuruh untuk telangkupkan cawan di atas meja
dan susun bagi menghasilkan sebuah menara. Kemudiannya, mereka disuruh pula
untuk menegakkan cawan dengan mulut ke atas dan bina semula menara cawan.
Pemikiran kanak-kanak akan dirangsang dengan persoalan cara manakah yang lebih
stabil dan mudah untuk menghasilkan menara cawan.

Bagi membina menara, kanak-kanak perlu menegakkan cawan ke atas dan


telangkupkan cawan-cawan yang lain di atasnya secara menegak. Proses ini perlulah
bersambung dan berterusan sehingga dapat menghasilkan sebuah menara setinggi
yang boleh. Aktiviti ini juga boleh dijadikan pertandingan berkumpulan atau individu.

LAWATAN.

Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon dan Siti Saleha Samsuri, lawatan perlu
dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kanak-kanak perlu didedahkan
dengan persekitaran yang kaya dengan pengalaman baru secara hands-on. Mereka
perlu diberi persekitaran yang dapat merangsang mereka supaya terus meneroka dan
mengambil sesuatu pengetahuan itu secara tidak mereka sedari dan yang paling
penting meyeronokkan. Bagi prasekolah ini, saya turut merancang dua kali lawatan iaitu
yang pertama lawatan ke zoo dan yang kedua adalah lawatan ke kelas tahun satu
sekolah yang berhampiran.

Lawatan ke zoo memberi peluang kepada kanak-kanak melihat, menyentuh dan


memahami sifat jenis-jenis haiwan yang tertentu. Ini dapat memberi pengalaman secara
86
langsung dalam diri kanak-kanak dan memupuk sikap cintakan haiwan dalam diri
mereka. Lawatan yang saya rasakan agak menarik untuk diadakan adalah lawatan
kanak-kanak prasekolah ke Tahun Satu sekolah yang berhampiran. Ini dapat memberi
peluang merasai pengalaman sebenar di Tahun Satu kelak. Kanak-kanak berpeluang
melihat cara belajar dan sekaligus dapat mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam
persekolahan sebenar kelak. Dengan adanya aktiviti ini diharap tiada lagi kanak-kanak
yang menangis dan perlu ditunggu oleh ibu bapa apabila memasuki Tahun Satu.

Majlis Berbuka Puasa.

Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Prasekolah Deena dan juga ibu bapa
dapat mengertakan lagi silaturrahim antara satu sama lain. Hubungan yang baik dan
erat bersama ibu bapa adalah sangat penting dalam mendapatkan kerjasama untuk
memudahkan guru menjalankan sesuatu aktivit atau bagi menjamin proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) yang efektif.

Hari Potensi.

Hari Potensi dilihat sangat penting untuk mebina kayakinan diri kanak-kanak. Di
samping itu, aktiviti ini juga penting untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri
kanak-kanak. Hari Potensi ini juga merupakan salah satu cara peluahan emosi kanak-
kanak dengan cara menyanyi, berlakon atau mendeklemasikan sajak, syair atau
pantun dengan cara tersendiri.

Taekwando.

Menyedari jenayah terhadap kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi sekarang,


saya bercadang untuk menjadikan Taekwando sebagai salah satu program
pembelajaran di Prasekolah Deena. Kelas Taekwando yang akan dilaksanakan dua kali
dalam tempo seminggu dilihat sangat perlu sebagai persiapan pertahanan diri di
kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu kepada program ini sebagai bekalan andai
87
terdapat bahaya yang mengancam mereka. Sekiranya keselamatan mereka terancam,
sekurang-kurangnya mereka tahu cara untuk menyelamatkan dan mempertahankan
diri.

88
NAMA : NURUL AIN MAZLAN

NO K/P : 880909-43-5590

TAKWIM PROGRAM TAHUNAN PRASEKOLAH

JANUARI FEBRUARI MAC

- Pendedahan/ - Bengkel kraf tangan - Bengkel muzik


taklimat tentang
program
- Lawatan ke

89
kompleks kraf kuala
lumpur.

APRIL MEI JUN

- Bengkel kraf tangan - Bengkel muzik - Pameran kraf tangan


- Dedikasi kraftangan.

JULAI OGOS SEPTEMBER

- Kenali sirah nabi. - Lawatan ke istana - Jualan hasil kraf


budaya dan konsert tangan
kementerian
pelajaran

OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

- Persembahan - Anugerah tokoh - cuti sekolah


muzikal - Jamuan akhir tahun

90
KURIKULUM TAMBAHAN

Sekiranya saya mempunyai prasekolah sendiri, saya ingin menerapkan subjek


seni kraftangan dan muzik sebagai kurikulum tambahan. Saya memilih seni kraftangan
dan muzik sebagai kurikulum tambahan adalah kerana pada pendapat saya, kanak-
kanak amat suka melakukan sesuatu yang melibatkan anggota badan mereka untuk
sentiasa bergerak. Dengan adanya subjek seni kraftangan dan muzik ini, ianya dapat
membantu kanak-kanak dalam memenuhi keinginan mereka. Disamping itu, selain
daripada membantu mereka memenuhi keinginan semulajadi mereka, seni kraftangan
dan muzik juga dapat digunakan oleh kanak-kanak dalam menyampaikan perasaan
mereka. Seperti yang telah saya pelajari ketika di dalam kuliah sebelum ini, seni dan

91
muzik boleh digunakan dalam terapi emosi kanak-kanak. Jadi, melalui kurikulum
tambahan ini, ianya bukan sahaja dapat mencungkil bakat kanak-kanak prasekolah ini
tetapi ia juga dapat membantu guru dalam mengenali emosi yang sedang dihadapi oleh
kanak-kanak.

Bagi kurikulum seni kraftangan, apa yang ingin saya tekankan ialah bagaimana
untuk menggunakan bahan-bahan yang terbuang dan bahan semulajadi bagi
menghasilkan sesuatu kraftangan yang menarik yang boleh digunakan sebagai hadiah
dan juga perhiasan. Dengan ini, disamping dapat mengasah minat dan bakat kanak-
kanak, ia juga dapat mengajar kanak-kanak berjimat. Jadi, mereka tidak perlu
mengeluarkan banyak duit untuk membeli hadiah malah mereka juga dapat menjula
hasil kerja mereka kepada orang lain. Bagi melaksanakan kurikulum seni kraftangan
ini, saya akan menggunakan masa sebulan yang akan diselang selikan dengan subjek
muzik. Disamping melahirkan kanak-kanak yang kreatif, saya juga dapat memupuk
sikap menghargai alam sekitar dalam diri kanak-kanak.

Untuk kurikulum muzik pula, saya akan memberi pendedahan kepada kanak-
kanak dalam teknik bermain alat muzik. Alat muzik yang ingin saya ajarkan kepada
kanak-kanak prasekolah saya adalah bermain gamelan. Dengan kemahiran yang saya
miliki, saya akan mengajar kanak-kanak bagaimana untuk bermain gamelan. Walaupun
agak susah untuk kanak-kanak itu mahir dalam belajar alat muzik tersebut, tetapi saya
akan menggunakan kaedah teknik ansur maju dimana kanak-kanak tersebut akan
diajar secara perlahan-lahan. Saya percaya, bahawa kanak-kanak prasekolah tersebut
dapat belajar bermain alat muzik itu dengan baik. Selain daripada mengajar kemahiran
bermain alat tersebut, saya juga dapat menerapkan dalam diri kanak-kanak untuk
mencintai warisan budaya melayu.

Untuk melaksanakan kurikulum ini, saya memulakan pendekatan dengan


memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang seni kraftangan dan muzik itu
sendiri. Saya menggunakan bahan bantu mengajar yang berteknologi iaitu televisyen
dengan membuat tayangan video dan gambar untuk memberi pendedahan kepada
kanak-kanak. Bagi seni kraftangan terlebih dahulu saya memperkenalkan barang-
barang dan bahan-bahan yang akan dan boleh digunakan ketika menghasilkan
92
kraftangan. Untuk memberi pendedahan awal dan juga perangsang kepada kanak-
kanak untuk meminati seni kraftangan ini, aktiviti lawatan ke Kompleks Kraftangan
Kuala Lumpur turut diadakan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memupuk minat
kanak-kanak terhadap seni kraftangan tersebut. Apabila kanak-kanak tersebut
mempunyai pengalaman dalam melihat sendiri hasil-hasil kraftangan yang menarik,
secara tidak langsung mereka akan mempunyai perangsang dalam menghasilkan
kraftangan yang menarik dan bermutu.

Program kurikulum tambahan seni kraftangan dijalankan lagi dengan adanya


bengkel kraftangan yang dijalankan selama 2 bulan iaitu pada bulan Februari dan juga
bulan April. Sepanjang 2 bulan ini, kanak-kanak berpeluang untuk menghasilkan
pelbagai ciptaan berdasarkan bahan-bahan terbuang, bahan-bahan semulajadi dan
juga bahan-bahan yang ada disekeliling mereka. Kanak-kanak melaksanakan aktiviti ini
dengan bimbingan guru. Pada bulan Mei, sempena adanya Hari Guru dan juga Hari
Ibu, kanak-kanak ini mengambil peluang untuk menyampaikan dedikasi hasil kerja
mereka kepada yang disayangi. Setelah 2 bulan menghasikan ciptaan kraftangan
sendiri mengikut kreativiti masing-masing, bulan berikutnya iaitu bulan Jun, hasil
tersebut akan dipamerkan kepada semua. Ini termasuklah kepada komuniti sekolah,
ibubapa dan masyarakat. Melalui pameran ini, ianya dapat memberi keyakinan kepada
diri mereka dalam melakukan sesuatu disamping mereka merasakan yang hasil kerja
mereka telah dihargai.

Program terakhir bagi kurikulum tambahan seni kraftangan ini adalah jualan hasil
kraftangan. Program ini akan diadakan pada bulan September. hasil kraftangan ini akan
dijual kepada komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat. Kutipan dari hasil jualan
ini pula akan digunakan untuk melaksanakan jamuan akhir tahun prasekolah. Majlis
Jamuan Akhir Tahun akan diadakan bersama-sama dengan majlis Anugerah Tokoh
dimana beberapa orang kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai bakat yang tinggi
dalam penghasilan kraftangan, diberi penghargaan. Dengan adanya majlis ini, segala
hasil kerja kanak-kanak akan dihargai.

Antara hasil kraftangan yang saya cadangkan untuk mengajar kepada kanak-
kanak adalah seperti bingkai gambar, kerongsang,penanda buku, perhiasan,bakul
93
kertas, bunga kertas,kotak pensel, beg duit dan sebagainya. Barang-barang ini boleh
dihasilkan daripada bahan-bahan terpakai dan juga bahan-bahan ada yang disekitar
mereka seperti kotak, kayu, straw, kerang, kain perca dan sebagainya.

Begitu juga dengan muzik, saya akan menayangkan terlebih dahulu beberapa
jenis persembahan. Bagi kurikulum muzik ini, saya tidak hanya memfokuskan
bagaimana untuk bermain alat muzik sahaja, tetapi saya juga melibatkan kemahiran
kanak-kanak untuk menyanyi. Seperti yang dipelajari sebelum ini, kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan mereka melalui muzik. Mereka dapat menyanyi dan bermain alat
muzik mengikut perasaan yang sedang dialami.

Antara program yang akan saya jalankan bagi kurikulum muzik ini adalah,
antaranya bengkel muzik yang akan diadakan pada bulan Mac dan Mei. Didalam
bengkel selama dua bulan ini,kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk bermain
gamelan dan kepada kanak-kanak yang berminat untuk menyanyi, mereka juga akan
diajar beberapa teknik asas bagaimana untuk menyanyi. Bagi bengkel untu nyanyian,
saya akan menjemput pensyarah ataupun guru nyanyian yang bertauliah bagi melatih
mereka. Bagi kemahiran nyanyian ini,saya tidak akan menggalakkan kanak-kanak
perempuan untuk terlibat dalam kelas ini kerana pada saya tidak sepatutnya mereka
dilatih untuk menjadi seorang penyanyi. Walaubagaimanapun, jika ada yang berminat,
mungkin saya hanya akan menjalankan aktiviti tersebut tetapi tidak akan menggalakkan
mereka untuk terlibat dalam persembahan atau pertandingan ke peringkat yang tinggi.

Selain daripada bengkel, program lain yang akan saya jalankan ialah lawatan
untuk menyaksikan beberapa persembahan-persembahan yang lain seperti Konsert
Kementerian Pelajaran yang biasanya akan diadakan setiap tahun dan juga
persembahan-persembahan yang diadakan di Istana Budaya. Tujuan lawatan ini adalah
kerana untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak bagaimana untuk membuat
sesuatu persembahan. Selain daripada itu, lawatan ini juga dapat mendedahkan
kepada mereka tentang pelbagai jenis persembahan yang ada. Contohnya, ketika di
Konsert Kementerian pelajaran, kanak-kanak ini dapat melihat persembahan okestra,
dikir barat, nyanyian solo, nasyid, dan lain-lain.

94
Disamping itu, melalui pengalaman sebenar ini, mereka dapat melihat sendiri
keyakinan seseorang dalam membuat persembahan. Melalui lawatan ini juga kanak-
kanak dapat membuka minda mereka dengan melihat persekitaran luar dan tidak hanya
tertumpu kepada persekitaran di sekolah.

Didalam prasekolah saya ini juga, saya akan menerapkan satu program
tambahan iaitu Sirah. Nama program ini adalah “Kenali Nabi Kita”. Program ini akan
dilaksanakan pada bulan Julain yang akan dilaksanakan sebelum tibanya bulan
Ramadhan. Ini adalah kerana ketika tibanya bulan Ramadhan mereka akan
mengaplikasikan apa yang telah diajar dan mengamalkan Sunnah-Nabi. Program ini
adalah bertujuan untuk menerapkan kepada kanak-kanak tentang Sirah junjungan Nabi
Muhammad.

Tujuan saya melaksanakan program ini adalah untuk mendidik kanak-kanak agar
tidak hanya menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang seronok sahaja. Pendidikan
agama juga perlu turut dilaksanakan supaya mereka mempunyai pegangan dalam
hidup. Bak kata pepatah, ‘kanak-kanak adalah umpama kain putih”. Jadi, sebagai
seorang ibubapa di sekolah, guru perlu menerapkan nilai agama supaya mereka dapat
mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

95
NAMA : FARIDAH MOKHTAR

NO I/C : 880223-23-5770

96
KURIKULUM TAMBAHAN

Kurikulum merupakan tonggak utama kejayaan sesebuah prasekolah. Untuk itu,


saya memilih untuk membina sebuah prasekolah yang memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk belajar berdasarkan minat dan kebolehan mereka. Hasrat ini sejajar
dengan konsep Montessori yang menekankan pembelajaran melalui bermain serta
minat kanak-kanak.

Setiap aktiviti dan program yang di rancang akan disesuaikan dengan minat dan
keperluan kanak-kanak itu sendiri. Oleh sebab ini, ujian dan saringan akan di jalankan
semasa minggu pertama persekolahan iaitu semasa berlangsungnya “Minggu Kenal
dan Mula”. Selepas dikenal pasti, kanak-kanak akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil berdasarkan kebolehan dan minat mereka. Cara ini akan memudahkan
guru untuk mengurus dan merancang apa jua aktiviti di masa akan datang.

Bagi memantapkan dan mengasah bakat kanak-kanak, mereka akan diberi


pilihan untuk menyertai pelbagai kelas tambahan selepas waktu persekolahan iaitu dari
97
jam 2 hingga 4 petang. Kelas tambahan ini termasuklah kelas seni visual, kelas muzik
dan pergerakan, kelas sukan dan permainan serta kelas seni mempertahankan diri.
Bagi kanak-kanak yang mengikuti kelas-kelas tersebut, mereka akan dikenakan
tambahan yuran dan mereka akan diberi makan untuk waktu tengahari.

Selain kelas-kelas tersebut, saya juga akan menyelitkan kelas Iqra’, kelas fardu
ain dan kelas latihan solat supaya kanak-kanak tersebut dapat mempelajari ilmu dunia
dan akhirat secara seimbang. Apabila kanak-kanak telah dapat menguasai bacaan
dalam solat serta rukun dan tertib solat, saya akan memulakan program solat zohor
secara berjamaah di prasekolah saya ini. Saya berharap agar kanak-kanak tersebut
dapat menyeimbangkan amalan mereka dan mengutip ilmu dan kemahiran yang cukup
sebagai bekalan dan persediaan kepada masa akan datang.

Saya berpendapat bahawa setiap program dan kurikulum tambahan ini dapat
membantu kanak-kanak dalam menstabilkan perkembangan mereka. Seperti yang
telah kita sedia maklum, naluri kanak-kanak itu sememangnya tidak dapat dipisahkan
dari bermain. Jika kita tidak mengikut keinginan dan keperluan tersebut, mereka tidak
akan belajar dalam keadaan yang gembira dan hal ini akan menghalang dari
keberkesanan pengajaran guru.

Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa objektif utama kurikulum tambahan saya
ini adalah untuk membuat kanak-kanak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan
dan menggembirakan mereka sekali gus meningkatkan kesediaan mereka untuk
menerima pembelajaran. Selain itu, kurikulum ini juga akan mendidik mereka supaya
dapat menyeimbangkan kejayaan untuk di dunia dan juga di akhirat kelak.

98
BIL BULAN PERKARA

1 JANUARI
a. Minggu “Kenal dan mula”.

Merupakan minggu untuk kanak-kanak menysuaikan diri


dengan suasana dan rakan baru di sekolah.

b. Perjumpaan dengan ibu bapa.

Ibu bapa akan diberi taklimat dan penerangan berkenaan


takwim sekolah serta lain-lain perkara yang berkaitan
dengan perjalanan dan pengurusan aktiviti kanak-kanak
sepanjang tahun.

c. Pemilihan dan pengelasan murid.

Murid-murid akan ditapis dan di kelaskan mengikut minat


dan kebolehan mereka dalam sukan dan permainan, serta
pengelasan untuk persediaan bengkel-bengkel yang akan
dijalankan pada bulan-bulan berikutnya.

99
2 FEBUARI
a. Bengkel keibubapaan.

Bengkel ini khusus untuk para ibu bapa murid. Bertujuan


untuk member I kesedaran dan ilmu baru kepada mereka.

b. Pengenalan Iqra’

Program ini dijalankan untuk memperkenalkan Al-Quran


dan jawi kepada kanak-kanak.

c. Bengkel yakin boleh

Bengkel ini mengajar kanak-kanak supaya berdikari dalam


menguruskan diri sendiri di samping melatih kanak-kanak
untyuk berani kehadapan dan memupuk keyakinan diri
mereka.

3 MAC
a. Bengkel solat.

Bengkel ini akan memperkenalkan kanak-kanak tentang


solat dan member kanak-kanak peluang untuk membuat
persediaan sebelum menerima latihan dan tunjuk ajar dari
guru yang bertauliah.

b. Cuti penggal 1

c. Malam ibu dan anak.

100
Program ini di adakan bagi merapatkan lagi hubungan
antara ibu dan anak serta member peluang kepada
surirumah atau para ibu untuk berhibur sambil bermesra
dengan anak-anak mereka. Aktiviti yang dijalankan adalah
seperti cabutan nombor bertuah, dan peragaan pakaian.

4 APRIL
a. Bengkel boneka

Bengkel ini bertujuan untuk menggalakkandaya kreativiti


guru, kanak-kanak dan juga ibu bapa. Bengkel ini dapat
member pendedahan kepada ibu bapa berkenaan
kepentingan dan keistimewaan boneka dalam proses
mendidik kanak-kanak.

b. Hari alam sekitar

Program ini member kesedaran kepada kanak-kanak dan


ibu bapa tentang kepentingan alam sekitar dan
tanggungjawab manusia kepada alam sekitar. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah menanam pelbagai jenis pokok
dan bengkel kitar semula.

5 MEI
a. Bengkel lukisan dan catan.

Bengkel ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk


menyerlahkan bakat terpendam masing-masing di samping
member peluang kanak-kanak untuk berkarya.

101
b. Malam untuk guru dan ibuku.

Program ini di buat bagi meraikan hari ibu dan hari guru.
Selain meraikan, program ini juga akan mengukuhkan lagi
hubungan antara guru dan ibu bapa murid-murid.

c. Ujian tahap satu.

Ujian di jalankan dalam bentuk bertulis, lisan dan amali.


Ujian ini bertujuan untuk menyemak tahap pencapaian dan
kemajuan kanak-kanak.

6 JUN
a. Cuti pertengahan tahun.

b. Perwiraku Sayang.

Program ini dibuat sempena menyambut hari bapa.


Program ini akan diadakan selepas cuti pertengahan tahun.

7 JULAI
a. Bengkel masakan

Bengkel ini memberi peluang untuk kanak-kanak


menghasilkan dan menyajikan makanan kegemaran
mereka sendiri.

b. Lawatan ke zoo.

102
Lawatan ini dijalankan untuk menanam rasa sayangkan
dan menghargai haiwan di kalangan kanak-kanak. Di
samping itu, aktiviti ini juga akan membantu kanak-kanak
ntuk mengutip dan mengalami pengalaman langsung dan
sebenar serta memperkukuhkan lagi pemerolehan ilmu
mereka.

8 OGOS
a. Bengkel kawad kaki.

Bengkel ini melatih kanak-kanak untuk menyertai


perbarisan sempena hari merdeka. Bengkel ini turut
membina yakin diri serta meningkatkan pengalaman dan
kemahiran mereka.

b. Negaraku tercinta

Program ini adalah sempena Hari Kemerdekaan Negara.


Jika ada jemputan, kanak-kanak akan menyertai perarakan
hari Merdeka.

9 SEPTEMBER
a. Hari keluarga.

Program ini dijalankan pada hujung minggu untuk


menambah penglibatan dari ibu bapa kanak-kanak. Antara
aktiviti yang dijalankan adalah seperti teka biji kacang,
permainan tradisional, sukaneka,pertandingan mewarna,
syarahan spontan dan lain-lain.

b. Bengkel permainan tradisional.

103
Bengkel ini melatih kanak-kanak bermain pelbagai jenis
permainan tradisional dan membina sikap kerjasama
antara mereka.

10 OKTOBER
a. Ujian tahap 2

b. Bengkel kepimpinan.

Bengkel ini melatih kanak-kanak untuk lebih berani dan


yakin diri. Mereka kan dilatih untuk menjadi ketua serta
tanggungjawab sebagai seorang ketua.

11 NOVEMBER
a. Konvokesyen dan penyampaian hadiah.

b. Jamuan akhir tahun.

104
PROGRAM TAMBAHAN

Program tambahan sangat di perlukan dan mampu untuk memperkukuhkan


kurikulum tambahan yang sedia ada. Tampa program tambahan, sesuatu hasrat itu
mungkin tidak akan dapat dicapai dengan berkesan dan cepat.

Untuk memperkukuhkan perancangan kurikulum di prasekolah saya, saya telah


merancang pelbagai program tambahan mengikut bulan sepertimana yang telah saya
catatkan dalam takwim Prasekolah Azfar (rujuk Jadual 1).

Setiap bulan, saya akan mengadakan bengkel untuk mengasah bakat dan
kebolehan kanak-kanak dan ibu bapa. Program ini memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran dan pengetahuan secara
bermakna. Sebagai contoh di dalam bengkel yakin boleh, kanak-kanak akan diajar
cara-cara menguruskan diri sendiri. Mereka akan di latih supaya mampu untuk berdikari
dan membuktikan bahawa diri mereka boleh melakukan kerja-kerja orang dewasa.

Di dalam bengkel boneka pula, kanak-kanak dan ibu bapa akan di ajar
berkenaan jenis-jenis boneka serta cara-cara menghasilkan dan menggunakannya.
Aktiviti ini akan meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk belajar dan meneroka. Bagi
ibu bapa pula, bengkel ini dapat membantu mereka untuk mengutip ilmu dan kemahiran
baru bagi menguruskan kehendak dan minat anak-anak mereka.

105
Selain bengkel, saya juga merancang untuk meraikan beberapa jenis perayaan
dan hari istimewa tertentu seperti menyambut hari guru, hari ibu, hari bapa, hari bumi,
hari Merdeka, hari perayaan dan sebagainya (rujuk Jadual 1). Setiap sambutan akan
disambut bersama kanak-kanak dan ibu bapa supaya dapat mengeratkan lagi
hubungan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Dengan adanya hubungan baik
seperti ini, kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

Terdapat juga pelbagai lagi program lain seperti Konvokesyen, Hari keluarga,
Jamuan akhir tahun, lawatan dan lain-lain aktiviti. Semua program ini dirancang bagi
mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guru serta member peluang untuk ibu
bapa dan kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dengan lebih bermakna.

Kesimpulannya, setiap program dan aktiviti yang saya rancang akan menitik
beratkan minat dan keperluan kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak bersedia
dan belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

106
NAMA : AISHAH NURAIN

NO K/P : 881217-43-5674

107
PERANCANGAN KURIKULUM

BIL AKTIVITI J F M A M J J O S O N CATATAN


TAHUNAN

1. Hari Ikatan / / /
Silaturahim

2. Mengemaskini / / / /
maklumat
murid
3. Menceriakan / /
kelas

4. Ujian Akademik / /

5. Sebulan Satu / / / / / / / / /
Surah

6. Pertandingan /
Hafazan Surah

7. Program / / / / / / / / / Dilaksanakan
108
Bacalah di masa
Sayang lapang
kanak-kanak

8. Permainan / / / / / / / / / Diserapkan
Anak Malaysia dalam
Komponen
Fizikal
9. Karnival Sukan /
Tradisional
(KASUTRA)

109
KURIKULUM TAMBAHAN

Kurikulum tambahan yang ingin dilaksanakan di prasekolah ini dibahagikan


kepada dua iaitu berkaitan dengan Komponen Fizikal dan juga Komponen Kerohanian.
Penumpuan diberikan kepada komponen ini adalah disebabkan kurangnya aktiviti
berkaitan dengan pergerakan motor kasar serta memperkukuhkan kemahiran intelek
mereka dari segi hafazan surah-surah lazim.

Walaubagaimanapun, saya melakukan sedikit kelainan dengan menyerapkan


aktiviti berkaitan dengan permainan tradisional agar kanak-kanak tidak melupakan
warisan nenek moyang mereka di samping dapat memperkembangan otot motor kasar
dan juga motor halus mereka. Aktiviti permainan tradisional ini diserapkan di dalam
komponen Fizikal agar ianya lebih mudah dilaksanakan dan lebih praktikal dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, melalui permainan tradisional ini juga,
kemahiran bersosial kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui interaksi di antara rakan
dan juga membina kemahiran interpersonal yang baik

Untuk kurikulum berkaitan dengan hafazan surah-surah lazim pula, ianya


diserapkan sewaktu perbualan pagi serta di dalam Komponen Kerohanian dan Moral.
Di dalam kurikulum ini, murid akan diperdengarkan bacaan surah terlebih dahulu,
kemudian mereka akan cuba menghafalnya mengikut kemampuan. Buku rekod hafazan
surah juga turut diwujudkan.

1. PERMAINAN ANAK MALAYSIA

Permainan tradisional yang diperkenalkan ialah seperti di bawah:

110
BIL BULAN PERMAINAN TRADISIONAL

1. Februari Aci Sorok

2. Mac Cari Cucu

3. April Congkak

4. Mei Teng-Teng

5. Jun Wau

6. Julai Guli

7. Ogos Jala Itik

8. September Batu Seremban

9. Oktober Galah Panjang

I) ACI SOROK

Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok.


Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah
dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih
mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka.

Permainan ini memerlukan kawasan yang luas dan tidak merbahaya.


Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain
yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

Undian

Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang


yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong antara semua pemain.

111
Cara Bermain dan Peraturan

Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di


rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat.
Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang
menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang
menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil
peranan sebagi pencari pula.

Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah


disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang
sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan
mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula.
Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok
ditemui.

Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang
pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka
pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.

Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari
pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan
permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya
salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu,
maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang
peranannya.

II) CARI CUCU

Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang


dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa

112
orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang
merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka.

Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan.
Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat
diperlukan sebagai alat.

Menentukan Nenek

Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi


nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu
dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka
akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek.
Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua
yang buta.

Permainan Cari Cucu

Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan


berpegangan tangan di antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan
oleh cucu secara beramai-ramai.

Nyanyian
Nenek, nenek,
Si Bongkok Tiga,
Siang malam asyik berjaga,
Mencari cucu di mana ada,
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka


perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan
tongkat mencari jalan.

113
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil
giliran mendendangkan nyanyiannya.

Nyanyian

Cucu, cucu,
Tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa yang kena,
Dia menjadi.

Setelah selesai dendangan nenek, cucu duduk mencangkung


mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka.
Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri
disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka
nama pemain tersebut dengan betul.

Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi
nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak
nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

III) CONGKAK

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu


berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan
lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

114
Papan Congkak

Cara Bermain 

Dua orang pemain duduk berhadapan


menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak
mencapai buah di kampung masing-
masing dan memasukkan buah satu
demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang


terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri
atau lawan dan pemain hendaklah
berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau
mati di kampung sendiri. Pemain itu
boleh menembak kampung lawan yang
115
setentang dengan kampungnya iaitu
mengaut kesemua buah di dalam
kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

IV) TENG-TENG

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan


sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin
disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang
banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di


atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di
kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat
dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga
empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi

116
setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang,
ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Gelanggang & Gundu

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja.


Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan
mengikut urutan seperti rajah di bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu


adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh
tapak tangan yang diperbuat daripada
apa sahaja, seperti pecahan pinggan,
kepingan besi atau batu yang leper.
Gelangang Teng Teng

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan
mereka di petak-petak gelangang.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain


yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah
kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam


petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu
adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia
di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

117
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru
sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga
dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati
dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak


kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan
kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga
pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di


dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati,
giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih


dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap
petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi
petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula
setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan
keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua


petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak
gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan
atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
118
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah
kakinya ia dikira mati.

V) WAU

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-
layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan
masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-
berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari
akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. 

VI) GULI

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia


biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas
tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

119
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk
tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli
yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-


tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan
sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang
tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m.
daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat
permainan.

Cara Bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli


masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang
terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan
diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di
dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati
dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah
seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain
lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah


memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan
memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali
jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil


alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih

120
dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang
induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah
mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang
induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan
setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan
bulatan.

VII) JALA ITIK

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai


bilangan ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu
yang menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain

Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan


menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.
Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang
tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya
melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala
itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang
singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan,
ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.

Menentukan Pemain

121
Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-
ketua itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah
ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih
salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang
ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula seperti
awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-masing.

Pertukaran Pemain

Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada
kumpulan yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi
mengimbangkan jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya
boleh dibuat setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika
tidak mahu membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu
dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling ramai.

Menentukan Pemenang

Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu
garisan dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-
dua ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut
antara satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-
masing sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha
menarik antara satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain
membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya
menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang.
Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk
mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika
pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.

VIII) BATU SEREMBAN


122
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-
ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam
permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam


rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan
yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara
begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran

Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki


menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara
menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan
dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak
tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah
kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,


berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji
buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam
123
masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah
hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu,
apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang
sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas
lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang
dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan
buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan
mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah
mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa
yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji
buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu
sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah


tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan

124
ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang
terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah
yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu
sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah
tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir
dilambungkah hendaklah juga disambut.

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah


untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara
pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut
bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut
dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang
dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan


memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah
satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai
tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh
atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya
dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.

125
IX) GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan


sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-
pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan
dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan.
Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan
mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri
dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya
adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai
mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu
disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling
gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam
gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh


kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang.
Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada
hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas


diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar
Galah Panjang
atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran
126
khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan
meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat
meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain
bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan
kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan


menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini
menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula
menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan


belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat
dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan
bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan
iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang
dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah


melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran
kedudukan pasukan.
127
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya


dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu
mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira


memenangi perlawan tersebut.

2. KURIKULUM SEBULAN SATU SURAH

Surah-surah yang diperkenalkan kepada murid pada setiap bulan adalah seperti
berikut:

BIL BULAN PERMAINAN TRADISIONAL

1. Februari Al-Fatihah

2. Mac An-Nas
128
3. April Al-Falaq

4. Mei Al-Ikhlas

5. Jun Al-Kafirun

6. Julai An-Nasr

7. Ogos Al-Asr

8. September Al-Lahab

9. Oktober Al-Khausar

PROGRAM TAMBAHAN

1. HARI IKATAN SILATURRAHIM

Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan


silaturrahim di antara ibu bapa kanak-kanak dan juga guru. Program ini
dilaksanakan 4 bulan sekali dengan harapan hubungan yang akrab di kalangan
ibu bapa dapat diwujudkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti mesyurat
berkaitan penambahbaikan prasekolah dan bacaan Yassin.

2. SEBULAN SATU SURAH & PERTANDINGAN HAFAZAN SURAH


129
Program Sebulan Satu Surah dirancang dengan tujuan melahirkan kanak-
kanak yang pintar hafazan serta membudayakan sikap cintakan Al-Quran. Pada
setiap bulan, kanak-kanak akan diperkenalkan dengan satu surah dan diminta
membacanya pada waktu pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran. Surah-
surah yang diperkenalkan ialah seperti Surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq, Al-
Ikhlas, Al-Kafirun, An-Nasr, Al-Asr, Al-Lahab dan Al-Khausar.

Pada bulan November pula, pihak Prasekolah akan mengadakan


Pertandingan Hafazan Surah dengan tujuan melihat keupayaan kanak-kanak
menghafal surah yang dipelajari sepanjang tahun.

3. PROGRAM BACALAH SAYANG

Program Bacalah Sayang adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya


sukakan membaca dalam diri kanak-kanak. Bahan bacaan daripada pelbagai
genre disediakan di sudut bacaan bersesuaian dengan minat kanak-kanak.
Melalui program ini kanak-kanak akan diberikan satu kad yang akan dicop oleh
guru apabila mereka selesai membaca dan menceritakan secara ringkas
mengenai buku tersebut. Kanak-kanak yang mengumpul cop paling banyak
diisytiharkan sebagai Raja Ulat Buku.

4. PERMAINAN ANAK MALAYSIA & KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL

Permainan Anak Malaysia merupakan program yang dilaksanakan supaya


kanak-kanak dapat mengenali permainan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Permainan tradisional diperkenalkan dengan harapan ianya akan terus diwarisi
dan tidak dilupakan memandangkan kanak-kanak zaman sekarang lebih
berminat kepada permainan bercorakkan teknologi. Selain itu, melalui permainan

130
tradisional yang diperkenalkan pada setiap bulan juga, ianya akan dapat
mempertingkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak ke tahap yang
maksimum.

Manakala pada bulan November, Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA)


dijalankan dengan mempertandingkan kesemua pertandingan permainan
tradisional yang telah diperkenalkan dengan melibatkan kesemua kanak-kanak.

TUGASAN 2

SUDUT PENDIDIKAN ISLAM DAN


MORAL
131
SUDUT KEROHANIAN DAN MORAL

i. PENGENALAN

Sudut kerohanian dan moral dibina dan disusun dengan tujuan memberi
penghayatan kepada murid tentang pemupukan nilai-nilai Islam dan nilai murni
khususnya bagi melahirkan masyarakat berbilang kaum yang percaya kepada
Tuhan, berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ii. SUDUT KEROHANIAN DAN MORAL

132
Bagi mencapai objektif di atas, kumpulan kami telah merancang beberapa
bahan pembelajaran untuk disusun dan diletakkan di sudut ini. Antaranya ialah
Poket Pesanan, Mobil Akuarium dan Cermin. Manakala yang selebihnya kami hanya
menggunakan semula bahan yang terdapat di prasekolah. Kami telah memilih
ruangan hadapan untuk menempatkan sudut ini. Ruang hadapan dipilih atas
rasional ianya merupakan laluan utama murid setiap pagi dan ini membolehkan
murid sentiasa melihat dan member motivasi kepada mereka pada setiap pagi
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p).

iii. POKET PESANAN

Poket Pesanan merupakan bahan pembelajaran yang dibina dengan tujuan


supaya murid sentiasa mengingati pesanan yang disampaikan oleh Allah, Ibu Bapa
dan juga Guru. Antara pesanan yang diletakkan di dalam poket pesanan ialah
seperti patuh perintah guru, bantu rakan-rakan, solat lima waktu, bantu ibu di dapur
dan lain-lain. Pada setiap pagi guru juga boleh menggunakan sudut ini dalam sesi
rutin pagi dengan mengambil salah satu pesanan dan mengingatkan murid tentang
tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Antara peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Poket Pesanan ini


ialah Mountain Board, kertas warna, gunting, gam, tali, dan juga pen. Kertas yang
berwarna warni digunakan bagi menarik minat murid untuk mendekati bahan
pembelajaran ini. Poket Pesanan ini akan digantung tetapi tidak diletakkan terlalu
tinggi agar dapat dicapai dan dilihat oleh murid.

iv. MOBIL AKUARIUM

Mobil Akuarium merupakan salah satu bahan pembelajaran yang sangat


popular di prasekolah. Bahan ini sangat menarik disebabkan ciri-cirinya yang
istimewa iaitu tergantung, berwarna-warni dan cantik. Kumpulan saya telah
mendapat idea untuk membuat mobil di dalam akuarium lama yang tidak digunakan
133
lagi. Kami telah melukis gambar hidupan laut dan “laminate” supaya ianya tahan
lama. Di belakang gambar hidupan ini kami menampal ucapan sapaan supaya
murid dapat melihat dan menggunakannya secara berhemah.

v. CERMIN DIRI

Cermin Diri diletakkan di sudut ini supaya murid dapat menggunakannya bagi
melihat penampilan fizikal mereka pada setiap hari terutamanya sewaktu sampai ke
sekolah. Cermin diri ini dihias supaya murid gembira dan tertarik untuk
menggunakannya.

134
REFLEKSI INDIVIDU

135
REFLEKSI INDIVIDU.

NAMA : NURUL IZZAH KHALIL

NO. K/P : 860511-33-5380

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan projek untuk kursus Pengurusan
Prasekolah (PRA 3110) ini. Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rashidah bt Elias,
pensyarah pembimbing untuk kursus ini. Ribuan terima kasih juga kepada ahli
kumpulan yang telah bersama-sama bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada ibu bapa yang turut memberikan idea untuk penambahbaikkan dan
juga rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu yang diperoleh.
Saya berasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana berpeluang membuat tugasan
yang pada saya sangat berguna ini.

Dalam tugasan projek ini, kami diminta untuk membuat kajian penyediaan kertas
kerja dan penubuhan prasekolah. Kami juga telah diminta merancang penubuhan dan
pengurusan prasekolah dari aspek kawasan, bangunan, pelan lantai, kurikulum dan
136
program, kebersihan, kesihatan dan keselamatan, pengurusan makanan dan
pengurusan staf. Sepanjang proses menempurnakan tugasan ini, saya telah mengesan
bahawa terdapat banyak kekuatan atau kelebihan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

Antara kekuatan yang dapat saya lihat adalah keserasian antara kami berempat
dalam ahli kumpulan. Setelah beberapa kali menjalankan tugasan dengan ahli
kumpulan yang sama, wujudnya keserasian yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini
kerana masing-masing telah memahami gaya kerja antara satu sama lain. Oleh itu,
tidak wujudnya elemen-elemen yang dapat menimbulkan ketidakpuasan hati. Aspek ini
wujud kerana masing-masing tahu bahagian-bahagian tugasan masing-masing dan
menyedari yang ianya perlu disiapkan sebaik mungkin pada masa yang ditetapkan.
Perkongsian idea dan maklumat juga amat mudah diperolehi. Unsur tolak ansur juga
wujud dalam proses pembahagian tugasan.

Kekuatan kumpulan yang dapat saya lihat lagi adalah kerjasama yang sangat
kukuh antara kami. Walaupun kami berempat agak sibuk dengan komitmen lain serta
tugasan-tugasan luaran, apabila menyentuh tentang tugasan projek ini kami agak
menitik beratkan aspek kesempurnaan tugasan ini. Sebagai contoh, seberapa sibuk
sekalipun kami berempat, kami akan tetap bergerak bersama untuk tujuan pencarian
maklumat. Kami telah bersama-sama meluangkan masa untuk membuat sedikit kajian
dengan mengunjungi Pusat Latihan KEMAS, Jabatan Bomba dan juga Jabatan
Kesihatan Bahagian Sekolah untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang
pengurusan sesebuah prasekolah. Kami berempat akan memastikan bahawa tiada
yang tertinggal untuk mendapatkan maklumat-maklumat berguna yang dapat digunakan
dalam proses pencarian ilmu dan juga untuk bekalan di masa hadapan sekiranya
benar-benar mempunyai rezeki untuk menubuhkan prasekolah idaman kami sendiri
kelak.

Selain dari kekuatan yang saya dapat lihat, terdapat juga banyak kelebihan yang
dapat saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini. Antaranya
adalah saya mendapat pengetahuan secara langsung daripada jabatan-jabatan yang
terlibat bagi penubuhan sesebuah prasekolah. Sebelum ini, saya langsung tidak
mengetahui bagaimanakah format sebuah kertas kerja yang betul untuk memohon
137
menubuhkan prasekolah. Saya juga tidak mengetahui agensi-agensi atau jabatan-
jabatan penting yang terlibat untuk berurusan sebelum menubuhkan sesebuah
prasekolah. Dengan adanya tugasan projek ini, saya mendapat banyak ilmu
pengetahuan yang baru. Malahan pula saya mendapat pengalaman dan pengetahuan
yang sangat berharga secara langsung semasa membuat pertemuan-pertemuan
bersama individu-individu penting di jabatan-jabatan yang penting seperti Jabatan
Kesihatan Bahagian sekolah, Pusat Latihan Kemas, Jabatan bomba dan orang
perseorangan yang membekalkan bahan-bahan bantu mengajar untuk prasekolah.

Pengetahuan-pengetahuan baru ini pasti tidak akan saya sia-siakan begitu


sahaja. Saya berasa sangat teruja dan gembira kerana kerjasama yang diberikan oleh
semua pihak adalah sangat baik. Dengan ini juga, ia sebenarnya mengajar kami
tentang ‘communication skills’ atau cara berinteraksi yang betul dengan pihak-pihak
atasan. Ini juga menambahkan lagi keyakinan kami untuk berurusan dengan orang-
orang penting dalam sesuatu perkara.

Di sebalik kekuatan dan kelebihan yang saya perolehi, masih terdapat


kelemahan yang perlu diperbaiki. Kelemahan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini
ialah penghasilan pelan lantai yang sukar dilaksanakan dengan baik. Disebabkan
kurangnya pengetahuan dan pengalaman berkenaan susun atur dan reka bentuk
bangunan yang tepat, rekaan pelan lantai prasekolah kami hanyalah bertumpukan
kepada prasekolah idaman yang ingin kami tubuhkan. Setelah melalui beberapa proses
mendapatkan maklumat dan kajian, barulah kami menyedari bahawa faktor keluasan
bangunan, pemilihan lokasi, peruntukan kewangan dan pemilihan bahan-bahan yang
digunakan adalah sangat penting.

Kelemahan kedua yang dapat saya lihat adalah dari segi perancangan
kewangan yang dibuat untuk prasekolah kami. Hal ini adalah disebabkan kerana saya
dan ahli kumpulan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan
pengurusan kewangan yang agak kurang. Dalam kumpulan kami, hanya saya dan
Nurul Ain yang pernah mengambil bidang Prinsip Akaun di sekolah tetapi hanya sedikit
ilmu yang kami dapati ketika di sekolah dulu yang kami gunakan.

138
Selain itu juga, kelemahan yang agak ketara yang dapat saya lihat adalah dari
segi pengurusan masa yang kurang berkesan. Disebabkan kekangan masa yang kami
hadapi, saya dan ahli kumpulan terpaksa menguruskan dan membuat temujanji dengan
pihak-pihak berkaitan pada saat-saat akhir. Perkara ini menyebabkan kami agak
kepenatan kerana terpaksa berkejar ke sana dan ke mari untuk memastikan kami
memperolehi semua maklumat penting yang diperlukan.

Sebagai penambahbaikan, saya berpendapat walaupun sesuatu bidang itu tidak


saya pelajari, saya juga perlu mempunyai ilmu berkenaan bidang tersebut dengan cara
memperbanyakkan bacaan. Oleh kerana sikap kurang membaca, saya dan ahli
kumpulan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan satu-satu skop yang perlu kami
siapkan. Saya teringat pesan Rasulullah s.a.w yang berbunyi “tuntutlah ilmu hingga ke
Negeri China”. Ini membawa maksud kita perlulah sentiasa berusaha untuk mencari
ilmu dalam apa bidang sekalipun supaya apa jua yang mendatang dapat ditangani
dengan sebaiknya.

Penambahbaikan yang kedua pula adalah dengan merujuk kepada pihak-pihak


yang pakar mengenai sesuatu bidang yang tidak kami mahir. Sebagai contoh, dalam
proses mebuat pelan, kami tidak seharusnya hanya mengikut cita rasa kami sendiri.
Setelah merangka pelan yang diingini, kami tetap masih perlu merujuk kepada mereka
yang lebih pakar sebagai rujukan agar tidak berlaku kesilapan yang boleh memberi
kesan kepada tugasan kami ini.

Penambahbaikan yang terakhir adalah dari segi pemilihan bahan-bahan dan


buku-buku yang digunakan di prasekolah kami. Kami perlu berhati-hati dan
menitikberatkan dalam pemilihan BBM dan buku-buku agar kanak-kanak yang belajar di
sini nanti lahir sebagai individu berkualiti dari segala aspek. Kami tidaklah hanya
bersandarkan motif mengaut keuntungan semata, tetapi kebajikan pelanggan iaitu
kanak-kanak turut perlu kami jaga.

Kesimpulanya, melalui tugasan ini saya banyak belajar perkara baru yang belum
pernah saya tahu sebelum ini. Dengan adanya tugasan projek ini, diharap ianya benar-
benar dapat membantu saya dalam melaksanakan impian yang telah saya pendam
139
selama ini iaitu ingin membina prasekolah sendiri suatu hari nanti. Dan ini juga
merupakan impian keluarga kerana hanya saya satu-satunya waris perempuan yang
mengambil bidang pendidikan. Saya melihat tugasan projek ini sebagai satu anugerah
yang dapat saya gunakan sebagai bekalan dan panduan pada masa akan datang.
Insya Allah.

REFLEKSI

NAMA : NURUL AIN BINTI MAZLAN

NO K/P: 880909-43-5590

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan


kurniaNya akhirnya saya dan ahli kumpulan berjaya juga menyiapkan tugasan projek
bagi Pra 3110 iaitu tajuk kursus Pengurusan Prasekolah. Sepanjang melaksanakan
tugasan ini, banyak yang telah saya perolehi samada dari segi kebaikan dan juga
kelemahan. Terledih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah yang telah banyak memberi bimbingan dan juga tunjuk ajar kepada saya
dan juga ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan ini. tidak lupa juga kepada ahli
kumpulan yang banyak memberi kerjasama dalam usaha melaksanakan tugasan yang
telah diberi.

Antara kebaikan yang saya perolehi dalam melaksanakan tugasan projek ini
ialah, yang pertama, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang
prosedur bagaimana untuk membina sebuah prasekolah. Disini, saya telah dapat
mengetahui bagaimana untuk membuat kertas kerja penubuhan prasekolah yang baik.
Untuk membuat kertas kerja yang baik, saya perlu membuat sebuah perancangan yang
bijak. Saya perlu mengambilkira setiap aspek yang ada didalam prasekolah tersebut.
Jika sebelum ini saya hanya mengetahui bagaimana untuk membuat kertas kerja yang
berkaitan dengan sesuatu program, tetapi kini saya telah mengetahui untuk membuat
kertas kerja yang lebih besar dan penting lagi, iaitu untuk menubuhkan sebuah
prasekolah.

140
Kebaikan yang kedua ialah, tugasan projek ini telah membantu saya dalam
memperbaiki kemahiran interpersonal saya. Ini adalah kerana, ketika melaksanakan
tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya telah ditugaskan untuk mencari bahan-bahan
dan sumber-sumber yang berkaitan dengan sesebuah prasekolah. Berikutan dengan
itu, saya dan ahli kumpulan saya telah pergi ke Klinik Pergigian Seberang Takir,
Kemajuan Masyarakat Seberang Takir dan juga Jabatan Bomba di Kuala Terengganu.
Melalui pencarian maklumat ini, kami telah berinteraksi dengan pihak yang terlibat bagi
mendapatkan maklumat. Melalui interaksi ini, saya telah belajar bagaimana untuk
berkomunikasi dengan orang lain dengan lebih baik lagi.

Melalui tugasan projek ini juga, saya telah dapat membandingkan bezakan
sesebuah prasekolah dengan sebuah prasekolah yang lain. Setiap prasekolah
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Samada dari segi kemudahan
sekolah, mahupun dari segi perlaksanaan dan perancangan sesuatu program.
Misalnya, saya telah membuat penilaian terhadap prasekolah yang pernah saya pergi
dahulu sebelum saya membuat perancangan kepada prasekolah yang ingin saya
tubuhkan. Antaranya ialah, saya telah membuat perbandingan tentang kedudukan
tandas didalam prasekolah. Setelah membuat perbandingan dan menilai tentang aspek
tersebut, barulah saya dapat merancang apa yang saya inginkan dengan baik.

Antara kebaikan yang lain ialah, saya telah dapat belajar untuk menerima
pendapat, pandangan dan kritikan daripada orang lain. Salah satu yang perlu saya dan
ahli kumpulan lakukan ialah membentangkan pelan luar dan pelan dalam prasekolah
yang kumpulan kami inginkan. Melalui pembentangan ini, kami telah menerima
pandangan dan komen daripada ahli kumpulan yang lain. Walaupun berbeza pendapat,
tetapi saya belajar untuk menerima pandangan tersebut.

Selain daripada itu, tugasan projek ini juga telah mengeratkan lagi hubungan
saya dengan ahli kumpulan. Melalui tugasan ini, saya bersama-sama dengan ahli
kumpulan telah belajar untuk mewujudkan kerjasama yang baik. Ini telah membuatkan
hubungan kami menjadi lebih erat.

141
Walaupun terdapat kebaikan, tetapi masih juga ada kekurangan dalam tugasan
ini.Antara kekurangannya ialah saya mengalami sedikit masalah dalam merancang
kurikulum tambahan individu. Ini adalah kerana, semua idea yang telah dicurahkan
ketika menghasilkan kurikulum tambahan bagi kumpulan.Walau bagaimanapun,
kekurangan ini telah memberi cabaran kepada saya untuk memikirkan lagi subjek yang
sesuai diterapkan.

Selain daripada itu ialah, tugasan ini juga agak mencabar bagi saya. Ini adalah
kerana, sebelum ini saya hanya belajar bagaimana untuk membuat kertas kerja
berkaitan dengan sesuatu program. Tetapi, tugasan ini telah memberi cabaran kerana
saya kurang pengetahuan dalam membuat kertas kerja penubuhan prasekolah ini.
Pada mulanya ia agak memberi tekanan kepada saya.

Saya dan ahli kumpulan juga mengalami sedikit masalah berkaitan dengan
masa. Oleh kerana kesibukan sebagai pelajar, kami perlu bijak dalam merancang
sesuatu tindakan. Masalah yang kami hadapi adalah masalah untuk pergi ke sesuatu
tempat bagi mendapatkan maklumat. Oleh kerana kuliah yang berakhir pada tengahari,
saya dan ahli kumpulan saya mengejar masa untuk pergi ke sesuatu lokasi. Contohnya
ke Jabatan Bomba. Kami terpaksa bergegas ke bandar Kuala Terengganu sebaik
sahaja selesai waktu kuliah. Ini agak kurang baik kerana mungkin akan terjadi sesuatu
yang tidak diingini jika sesuatu itu dlakukan dengan tergesa-gesa. Jadi, pada saya,
perlu untuk melaksanaka tugasan ini, kami perlu diberi sedikit ruang baik membuat
sesuatu tindakan.

Kesimpulannya, walaupun tugasan projek ini terdapat sedikit kekurangan,tetapi


pada pendapat saya secara keseluruhan adalah tugasan projek ini memberi
pengalaman baru kepada saya kerana saya telah belajar bagaimana untuk
menubuhkan sebuah prasekolah yang baik . Ini dapat saya jadikan sebagai bekalan
untuk digunakan pada masa akan datang.

142
REFLEKSI

NAMA: AISHAH NURAIN BT RAKAL

NO. KAD PENGENALAN: 881217-43-5674

Alhamdulillah, dengan kesempatan masa dan ruang yang diberikan akhirnya


kumpulan saya dapat menyelesaikan tugasan bagi subjek Pengurusan Prasekolah
(PRA 3110) di bawah bimbingan Pn. Rashidah Elias. Sepanjang tempoh kami
melaksanakan tugasn ini, banyak pengalaman dan ilmu baru yang kami perolehi dan
tidak kurang juga kelemahan dan penambahbaikan yang boleh kami perolehi.

Kekuatan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini ialah yang pertama, kami
berjaya memperolehi pengalaman sebenar iaitu dengan membuat temujanji bersama
pihak bomba, klinik dan juga pentadbir di salah sebuah tadika swasta di kuala
terengganu. Melalui pengalaman ini, saya berjaya memperolehi maklumat yang tepat
dan asli seperti jumlah alat keselamatan yang diperlukan di prasekolah berdasarkan
keluasan. Sepanjang proses temuramah yang dijalankan juga, saya dapat membina
dan belajar kemahiran untuk berinteraksi dengan orang lain serta belajar menerima
pendapat pihak lain. Sebagai contoh, apabila kumpulan saya menunjukkan pelan lantai
prasekolah kami, pihak bomba telah memberi pendapat mereka berkaitan dengan
keluasan prasekolah kami yang terlalu besar yang memerlukan perbelanjaan yang
besar.

Kekuatan yang kedua pula ialah dari segi konsep prasekolah yang ingin
diwujudkan. Konsep prasekolah kumpulan saya ialah berkaitan dengan konsep
keusahawan dan keagamaan. Saya merasakan konsep prasekolah ini adalah unik dan
143
tidak pernah lagi saya temui selama ini. Melalui konsep yang ingin kami bina, saya
menjangkakan ianya akan mendapat sambutan daripada ibu bapa terutamanya di
kalangan mereka yang mempunyai kerjaya dalam bidang perniagaan. Di samping itu,
prasekolah ini juga tidak melupakan kepentingan dan kewajipan tentang agama dalam
bidang pendidikan.

Kekuatan yang ketiga ialah dari segi kerjasama yang wujud di dalam kumpulan
saya. Melalui tugasan ini, saya merasakan tolak ansur dan komitmen yang diberikan di
antara kami semakin baik. Antara kerjasama yang wujud adalah apabila kami
berbincang mengenai pembahagian tugasan serta masa yang dikorbankan untuk keluar
menemubual pihak berkenaan. Dengan mengambilkira peranan dan tanggungjawab
masing-masing kami berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik..

Kekuatan yang keempat ialah melalui kolaborasi yang dibina di antara ahli
kumpulan kami dan juga pensyarah pembimbing. Saya merasakan kami banyak
berjumpa dan berbincang dengan pensyarah mengenai penubuhan prasekolah ini. Di
samping itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh Pn. Rashidah berkenaan item yang perlu
dilaksanakan seperti mencari maklumat berkaitan harga peralatan prasekolah dan
keselamatan prasekolah menjadikan kertas kerja kami adalah kertas kerja yang tepat
dan relevan iaitu bukan sekadar rekaan dan anggaran sahaja.

Manakala kelemahan yang dapat saya lihat melalui tugasan ini ialah penghasilan
pelan lantai yang sukar dilaksanakan dengan baik. Disebabkan kurangnya
pengetahuan dan pengalaman berkenaan susun atur dan reka bentuk bangunan, pelan
lantai kami lebih tertumpu kepada kehendak dan impian kami untuk mewujudkan
prasekolah yang serba lengkap. Seharusnya, pelan lantai yang baik haruslah
mengambilkira faktor keluasan tempat, peruntukan kewangan dan lain-lain lagi.

Kelemahan yang kedua pula, adalah dari segi perancangan masa yang kurang
teliti. Perancangan masa yang saya maksudkan adalah apabila kami membuat
temujanji bersama dengan pihak tertentu di saat-saat akhir. Kecuaian sikap ini,
menyebabkan kumpulan saya terpaksa bekejar untuk ke tempat temujanji dengan

144
keadaan tergesa-gesa. Sekiranya perkara ini dirancang dengan lebih awal, maka
perjalanan tugas kami akan menjadi lebih baik.

Seterusnya ialah, kelemahan dari segi peruntukan modal kewangan yang


digunakan terlalu banyak. Mungkin disebabkan saya sendiri tiada pengalaman
berkaitan dengan perniagaan, oleh itu saya merasakan prasekolah yang ingin dibina
berkemungkinan memerlukan jangka masa yang lama untuk mendapat pulangan modal
dan memperolehi keuntungan.

Manakala dari segi penambahbaikan pula, adalah seperti memperbanyakkan


temubual bersama dengan pihak tadika swasta yang ada. Ini kerana, melalui
perkongsian pengalaman mereka berkaitan dengan penubuhan tadika itu, dapat saya
jadikan panduan dan sempadan untuk membina prasekolah sendiri.

Penambahbaikan yang kedua pula ialah, kumpulan saya perlu lebih memberi
perhatian berkenaan dengan buku yang ingin digunakan di prasekolah ini. Ini kerana,
pada pendapat saya di sesuatu prasekolah harus mempunyai buku khas terutamanya
berkaitan dengan program bacaan dan kerja rumah supaya bidang akademik tidak
ketinggalan walaupun kanak-kanak sememangnya suka bermain.

Kesimpulanya, melalui tugasan ini saya banyak belajar perkara baru dan
mempunyai pengalaman yang amat bermakna terutamanya dalam membina kertas
kerja serta meningkatkan kemahiran interpersonal saya. Dan saya amat gembira
sepanjang melaksanakan tugasan ini, memandangkan kumpulan saya mendapat
kerjasama yang baik dari pihak yang telah kami temubual.

145
REFLEKSI

NAMA : FARIDAH BINTI MOKHTAR


NO I/C : 880223-23-5770

Alhamdulillah kerana kumpulan kami telah berjaya menyiapkan segala tugasan


yang telah diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rashidah Binti Elias di atas segala tunjuk
ajar dan nasihat yang telah diberikan. Segala perkongsian idea dan pengalaman amat
membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan kali ini.

Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman dan dapatan dari tugasan ini iaitu
berkaitan pemantapan pengetahuan dan kemahiran komunikasi saya. Melalui tugasan
ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan maklumat baru yang
begitu berguna dan menaikkan semangat saya untuk terus bergiat maju di dalam
bidang ini. Sebagai contoh semasa saya pergi menemuramah pelbagai pihak seperti
pihak bomba dan pihak klinik kesihatan bersama ahli kumpulan yang lain, saya telah
mendapat pelbagai maklumat an tips untuk penubuhan sesebuah tadika ataupun
prasekolah.segala maklumat berkenaan sangat berguna kerana saya sememangnya
telah lam berangan-angan untuk membuka sebuah tadika sendiri.

Selain itu, saya juga bersyukur kerana tugasan ini juga telah membantu saya
untuk meningkatkan lagi kemahiran saya ketika berkomunikasi dengan orang lain. Jika
suatu ketika dahulu saya gugup untuk memulakan perbualan, kini diri saya semakin
berani dan yakin untuk bergaul dengan orang lain.

Tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengasah kembali minat
saya pada bidang arkitek dan seni lukis. Walaupun terpaksa merujuk semula buku dan
sahabat lama, saya tetap berasa gembira dan seronok kerana akhirnya saya dapat
146
menyiapkan lukisan pelan bahagian dalam, bahagian luar dan juga pelan laluan
kecemasan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian.


Kami mengalami kekangan untuk melukis pelan lantai yang lengkap dan sempurna
kerana kami tidak berjaya untuk mendapatkan program khas bagi di masukkan kedalam
computer kami. Hal ini membuatkan kami agak kecewa dan tidak bersemangat dan
mengganggu kelancaran kerja kami. Kami mengambil masa yang agak lam untuk
menaikkan kembali semangat kami.

Walaupun pensyarah pembimbing telah memberi kebenaran untuk kami


mengupah pelukis khas, kami terpaksa membatalkan rancangan kami memandangkan
terdapat pelbagai perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. Akhirnya kami
mengambil keputusan untuk melukis sendiri pelan kami menggunakan perisian
perkataan.

Seterusnya, tugasan ini memberi saya pengetahuan tentang aspek-aspek


penting dalam penubuhan sesebuah prasekolah di Malaysia. Antaranya termasuklah
aspek keselamatan, kebersihan, kesihatan, kos penubuhan dan lain-lain aspek yang
mana semua aspek ini adalah berkaitan dan harus diutamakan.

Sebagai kesimpulannya, untuk menubuhkan sesebuah prasekolah mahupun


tadika, seseorang perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan
serta mengetahui prosedur sebenar permohonan untuk penubuhan tadika supaya
segala kerja dan proses dapat berjalan dengan lancar dan cepat.

147

You might also like