You are on page 1of 1

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Tarikh : 21 Mac 2006


Hari : Selasa
Waktu :2
Masa : 80 minit (07.55 – 09.15 pagi)

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tingkatan : 4 Sastera 1
Bilangan Pelajar : 36 orang
Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah didedahkan dengan arca sewaktu di tingkatan 3

Bidang : Seni Halus


Tajuk : Arca
Fokus Tajuk : Istilah arca, sejarah arca, jenis-jenis arca, alat dan bahan pembinaan
arca, teknik pembuatan dan proses menghasilkan arca , karya dan
tokoh pengarca.

Fokus Bahasa Visual: Ruang ,bentuk, tiga dimensi, jalinan

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:


Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1. Memahami proses dan teknik penghasilan arca.
2. Menghasilkan model arca luakan menggunakan sabun.
3. Mengetahui sejarah arca, jenis-jenis arca, alat dan bahan serta tokoh dan karya
pengarca tanah air dan luar.

Aktiviti Seni Visual dan Langkah Pengajaran Pembelajaran:


1. Pendedahan kepada tajuk arca iaitu dari segi istilah arca, bahan dan jenis-jenis
arca.( disertakan contoh gambar arca).
2. Penerangan tentang sejarah arca , teknik pembuatan arca, tokoh dan karya arca.
3. Tunjuk cara menghasil arca dan melakar reka bentuk arca iaitu :
a. Pewujudan idea
b. Melakar reka bentuk arca(lukis dan warna)
c. Membuat model arca
d. Membuat arca
e. Kekemasan dan persembahan arca
4. Latihan amali : Melakar dan membuat model arca luakan.
5. Apresiasi dan kritikan seni – karya pelajar dan contoh karya arca pengarca
terkenal tanah air.
6. Penutup dan pengukuhan

Catatan Guru :

You might also like