You are on page 1of 33

HBME 3103

PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4


Pengenalan

Pendidikan adalah merupakan salah satu kompenen yang penting dalam


melahirkan masyarakat Malaysia yang berintergriti, bermoral, etika, futuristik, fleksibel
dan dinamik. Pendidikan diharapkan mampu melahirkan modal insan yang
berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyambung kebaikan kepada
dunia. Para pelajar merupakan aset kepada pembangunan negara.
Bagi melahirkan insan yang bermoral, guru pendidikan moral haruslah
mengembangkan dimensi moral pelajar-pelajarnya iaitu merujuk kepada penaakulan
moral, emosi moral dan perlakuan moral.
Penaakulan moral adalah sebagai kemahiran berfikir logikal yang melibatkan
proses induksi dan deduksi. Kemahiran berfikir bagi induksi merupakan penggunaan
perkara-perkara khusus kepada yang lebih umum. Manakala kemahiran berfikir deduksi
merupakan penggunaan perkara yang lebih umum kepada yang lebih khusus. Penaakulan
moral akan membolehkan seseorang berupaya untuk membuat kesimpulan atau
keputusan berdasarkan nilai-nilai murni dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
Penaakulan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemah dalam
amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-
nilai murni yang diperolehi dalam Pendidikan Moral sama ada secara langsung atau tidak
langsung akan mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi.
Perasaan moral atau emosi moral merujuk kepada emosi moral yang
menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen, simpati, empati,
murah hati motivasi dan sebagainya. Dalam amalan harian, emosi moral melibatkan
kepentingan harga diri, kepentingan kepedulian, kawalan diri, menyayangi dan disayangi
yang melibatkan hati nurani. Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak
secara positif dan dapat mengawal emosi yang negatif.
Perlakuan moral ialah tingkah laku atau tindakan seseorang individu terhadap
tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan
kepada penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang
menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik atau buruk adalah
hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam
tingkah lakunya.

1
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Guru merupakan agen utama dalam melahirkan insan bermoral dan berakhlak
mulia. Guru bukan hanya menyampaikan pengetahuan tetapi membentuk insan yang
berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Antara peranan guru dalam
melahirkan insan bermoral ialah menyampaikan ilmu(mu’allim), menjayakan proses
pendidikan (murabbi), memperkembangkan kemahiran(mudarris),mendidik adab dan
budi pekerti (mu,addib) serta melahirkan pemimpin generasi akan datang (mursyid).
Bagi mengembangkan dimensi moral dengan seimbang, guru Pendidikan Moral
seharusnya memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial. Mengajar pelajar kemahiran-kemahiran ini
boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan menggalakkan perkembangan moral
mereka. Guru perlu mengajar pelajar cara menggunakan kemahiran berfikir kritikal
supaya pelajar dapat menilai sesuatu tindakan itu betul atau salah. Kemahiran pemikiran
kritikal ini juga dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kehidupan. Kebolehan berfikir
secara kreatif pula membantu pelajar dalam mencari penyelesaian dan alternatif yang
lebih baik dalam kehidupan. Dalam menghadapi alaf baru, penguasaan kemahiran
menentang rakan sebaya amat penting dalam pendidikan nilai dan moral, kerana
kemahiran ini dapat digunakan dalam mempertahankan nilai moral sendiri. Pendidikan
Moral juga memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan pelajar yang
membolehkan pelajar menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa
yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini akan membantu pelajar membuat ramalan,
menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang berlaku.
Penguasaan kemahiran-kemahiran yang disebutkan ini akan membolehkan
pelajar menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan
sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga dapat
membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran
hidup di kalangan pelajar dan dengan itu dapat melahirkan modal insan yang berkualiti.
Dalam mengembangkan dimensi moral yang seimbang, guru juga mesti
mengaplikasikan teori-teori yang berkaitan dengan pendidikan Moral supaya guru dapat

2
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
menerapkan nilai-nilai murni dengan lebih berkesan. Justeru itu sudah pastilah dapat
melahirkan modal insan yang berkualiti dan memenuhi kehendak aspirasi negara.

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh :9 .10.2009
Masa :8.40 pagi- 9.40 pagi (60 minit)
Kelas :4 Mawar
Bilangan pelajar :8 orang
Mata Pelajara :Pendidikan Moral
Tajuk Pengajaran :Pilihlah Makanan Berkhasiat
Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
Nilai : 1.6 Kasih sayang
Kandungan Akademik : Sayangi diri kesihatan terjamin
Amalan yang sihat tanda sayangkan diri
-Penjagaan diri untuk kesihatan tubuh badan
-Tabiat makan yang baik

Pengetahuan Sedia Ada:


1. Murid sedar bahawa makanan adalah keperluan setiap manusia.
2. Murid mengenali berbagai jenis makanan.
3. Murid biasa makan sarapan pagi.

Hasil Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat


1. Menyatakan makanan yang berkhasiat untuk sarapan pagi.
2. Menyenaraikan kebaikan makanan berkhasiat dan keburukan makanan tidak
berkhasiat.
3. Mengenalpasti makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.
4. Mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul.

3
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Pendekatan :Pembelajaran Aktif, Pembelajaran Konstektual, Pembelajaran
Koperatif.

Teknik : Nyanyian, Perbincangan, Sumbang saran.

Bahan Bantu Mengajar :-Carta lagu (ICT)


-Bahan maujud
-Gambar Tayang Kaku (ICT)
-kertas lukisan
-lembaran kerja

Langkah/masa Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan

Induksi Set -Lagu ‘Bangau Oh -Guru menayangkan senikata lagu


(5 minit) Bangau’ yang bertemakan makanan iaitu
-Akibat tidak bertajuk ‘Bangau Oh Bangau’.
mengambil sarapan: -Guru menyanyi bersama-sama
i)sakit perut murid, lagu yang ditunjukkan.
ii)sakit kepala -Guru mengaitkan nyanyian
iii)tidak dapat dengan tajuk pelajaran pada hari
menumpukan itu dengan menerangkan akibat
perhatian pada jika tidak makan terutama jika
pelajaran tidak mengambil sarapan pagi.

4
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Langkah 1 Jenis-jenis makanan -Guru menayangkan gambar Pendekatan:


(10 minit) Contoh: -nasi lemak tayang kaku yang menunjukkan Pembelajaran
-mee berbagai jenis makanan. aktif,
-ais krim -Murid menyenaraikan makanan pembelajaran
-roti canai yang ada dalam gambar. kontekstual
-capati -Guru memilih murid secara
-keropok rawak untuk menulis senarai Teori:
-susu nama makanan di papan tulis. -Pembelajaran
-pisang -Guru memberi peneguhan Humanistik
-burger kepada murid yang menulis -Perkembangan
dengan betul. Moral Kognitif

Langkah 2 Menu sarapan pagi -Guru membahagikan murid Teori :


(20 minit) yang sihat. kepada beberapa kumpulan. -Pembelajaran
-Dalam kumpulan, murid Humanistik
Contoh: -susu menyediakan menu sarapan pagi -Perkembangan
-sandwich yang sihat. Moral Kogniif
-pisang -Setiap kumpulan melukis pilihan
makanan mereka pada kertas Teknik :
lukisan. -perbincangan
-Murid berbincang untuk
memberi alasan mengapa mereka Pendekatan:
memilih menu tersebut. Pembelajaran
-Guru bergerak dari satu Koperatif
kumpulan ke satu kumpulan
untuk memberi bimbingan.
-Setiap kumpulan
membentangkan hasil
perbincangan dan kerja tangan
mereka.

5
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
-Guru menerapkan nilai
kerjasama kepada murid.

Langkah 3 Kebaikan makanan -Guru membahagikan ruang


(10 minit) berkhasiat dan papan tulis kepada dua bahagian.
keburukan makanan  Kebaikan memilih
yang tidak makanan berkhasiat. Teori:
berkhasiat.  Keburukan memilih -Perkembangan
makanan tidak berkhasiat. Moral Kognitif.
Kebaikan: -Guru menjalankan aktiviti -Pembelajaran
-hidup lebih sihat. sumbang saran. Humanistik
-elakkan serangan - Dengan berpandukan gambar di
penyakit. dalam buku teks, murid
-dapat membesar menyatakan jawapan pada mana- Kaedah:
dengan sempurna. mana bahagian dan guru menulis sumbang saran
-mudah menerima di papan tulis.
pelajaran. -Guru menjelaskan kepada murid
-dapat melakukan makanan yang mana berkhasiat
kerja harian dengan dan tidak berkhasiat.
sempurna.

Keburukan:
-sering sakit perut.
-mudah mendapat
penyakit.
-tidak dapat
membesar dengan
sempurna.
-sukar menerima
pelajaran.

6
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Penilaian makanan -Guru mengedarkan lembaran


(10 minit) berkhasiat dan kerja dan meminta murid
makanan tidak mengkelaskan makanan yang
berkhasiat. berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Penutup Contoh menu -Guru menghidangkan contoh


(5 minit) sarapan pagi yang menu sarapan pagi yang sihat di
sihat: hadapan kelas.
-susu -Guru menekankan kepada murid
-roti canai kepentingan menyayangi diri
-epal dengan mengambil makanan
berkhasiat.
-Guru berharap murid dapat
memilih makanan yang betul
dalam kehidupan harian.
-Guru dan murid membuat
rumusan tentang pelajaran pada
hari itu.

Refleksi:
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berjalan dapat memberi kesan yang
mendalam kepada murid. Objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dimensi
moral murid dapat dikembangkan dengan baik dimana murid menunjukkan tingkah laku
yang positif dan ceria.

7
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
2.0 TEORI YANG DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Sebagai guru Pendidikan Moral, kita perlu mengetahui dan memahami Teori
Perkembangan Moral Kanak-Kanak dan Teori Perkembangan Personaliti seperti Teori
Perkembangan Kognitif, Teori Pembelajaran Tingkah Laku serta Teori Pembelajaran
Sosial dan Humanistik. Antara kepentingan teori-teori tersebut kepada kita ialah ia dapat
membantu kita meramal dan memahami tingkah laku moral seseorang individu. Kita
juga dapat dapat memahami personaliti dan konsep kendiri individu. Di samping itu juga
kita akan dapat memahami emosi kanak-kanak. Kita juga dapat memahami perbezaan
keperluan nilai moral dengan tingkah laku individu. Yang paling penting sebagai guru,
teori-teori ini dapat membantu proses pengajaran dan pembajaran kanak-kanak.
Di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan, Teori Kognitif dan
Teori Pembelajaran Humanistik telah di aplikasikan. Teori Kognitif merupakan proses
pemikiran atau mental seperti mengingat, memprosess maklumat dan membuat
keputusan. Teori kognitif juga berkaitan cara manusia membuat pengadaptasian secara
biologi terhadap ransangan persekitaran serta mempelajari, memahami dan membuat
pengubahsuaian terhadap ransangan tersebut. Dalam konteks ini manusia berkembang
sejak lahir dalam menyusun secara kognitif semua ransangan yang ditemui. Teori
perkembangan moral kognitif yang terkenal ialah Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean
Piaget dan juga Teori Perkembangan Kognitif oleh Lawrence Kohlberg.
Manakala Teori Pembelajaran Humanistik ialah teori yang diperkenalkan untuk
membantu pelajar ke arah perkembangan individu secara keseluruhan. Perkembangan ini
termasuklah fizikal, mental, emosi dan juga moral. Matlamat utamanya ialah supaya
pelajar dapat mengetahui kehendak utama mereka dan meningkatkan potensi mereka
sebagai individu yang berguna. Objektif teori ini bukanlah semata-mata untuk
menghasilkan individu atau pekerja yang baik tetapi untuk menghasilkan manusia yang
berguna dan boleh menyumbang kepada dunia dan persekitaran.

8
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
2.1 Teori Perkembangan Moral Kognitif Piaget

Menurut Jean Piaget(1932,1965) respon kanak-kanak terhadap masalah moral


boleh dibahagikan kepada dua peringkat berdasarkan satu prinsip iaitu ‘internalization’
yang bermaksud sumber kawalan yang mengawal pemikiran dan perlakuan kanak-kanak.
Pada peringkat pertama iaitu moraliti luaran, kanak-kanak melihat peraturan sebagai
sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh pihak yang lebih berkuasa. Keadaan ini
berlanjutan sehingga berumur 10 tahun. Pada peringkat kedua pula iaitu moraliti
autonomous, kanak-kanak akan mereka idea-idea rasional tentang kesamaan dan melihat
keadilan sebagai proses berbalik dalam kehidupan mereka. Di sini mereka
memperlakukan orang lain sebagaimana mereka mahu diperlakukan. Mereka mula
menitik beratkan diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan perlakuan
moral tertentu.
Perkembangan moral kanak-kanak menurut Piaget melibatkan proses
perkembangan intelek yang melalui beberapa peringkat secara berturutan. Piaget
berpendapat kanak-kanak adalah aktif dalam membina dunianya sendiri. Ia berinteraksi
secara aktif dengan persekitarannya dalam menghasilkan struktur mental dan intelek. Ia
termasuklah struktur perkembangan moralnya. Piaget mempercayai pengetahuan tidak
disalurkan kepada pemerhati secara pasif, tetapi pengetahuan realiti mesti diterokai dan
dibina melalui aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Perkara penting yang
ditekankan ialah keupayaan kognitif kanak-kanak pada mana-mana tahap kehidupannya.
Piaget membahagikan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh
kanak-kanak iaitu:
 Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 1 ½ tahun)
 Peringkat pra operasi (1 ½ -7 tahun)
 Peringkat operasi konkrit (7- 11 tahun)
 Peringkat operasi formal (11 ke atas)

Pada Peringkat Sensorimotor, tingkah laku kanak-kanak adalah tingkahlaku


motor. Mereka memanipulasikan fizikal di persekitaran bagi mendapatkan pengetahuan
dunia dan juga untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Mereka bersikap

9
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
egosentrik. Kesedaran moral adalah minimum dan tahap kanak-kanak ini adalah pra
moral.
Pada peringkat Pra-Operasi, mereka masih mengambilkira sensorimotor dalam
membuat pertimbangan moral. Mereka mempunyai sikap ingin tahu yang kuat. Kanak-
kanak ini masih mudah dipengaruhi oleh orang lain khasnya autoriti seperti ibubapa dan
guru. Mereka melihat sesuatu dengan keadaan sedia ada. Pandangan mereka adalah
sempit kerana wujudnya kekangan intelek. Disebabkan masih bersikap egosentrik,
mereka sukar untuk bekerjasama dan menerima pandangan orang lain.
Pada peringkat Operasi Konkrit, kanak-kanak sudah menunjukkan keupayaan
berfikir dengan logik dan mempunyai pemikiran yang stabil. Sebelum mencapai umur 10
tahun, tahap kemoralan mereka masih di tahap heteronomous. Mereka menerima dan
faham akan sesuatu peraturan serta perlunya bekerjasama. Namun begitu peraturan
masih diikut bulat-bulat. Pada peringkat ini juga mereka sudah boleh berbincang
mengenai prinsip serta prosedur permainan apabila timbulnya perselisihan. Mereka juga
menyedari bahawa adanya variasi kepada peraturan pengaruh kerjasama. Sikap
ogosentrik juga semakin beransur-ansur hilang dalam diri mereka. Peraturan moral bagi
kanak-kanak ini adalah peraturan rasional iaitu saling hormat-menghormati serta boleh
memahami, berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain.
Pada peringkat Operasi Formal ia merupakan tahap yang paling tinggi dalam
perkembangan kognitif kerana pada tahap ini kanak-kanak sudah mencapai
keseimbangan yang sempurna dalam pertimbangan moralnya. Kemoralan bagi mereka
adalah bersifat autonomous di mana mereka tidak terikat dengan autoriti dalam membuat
pertimbangan moral. Mereka mempunyai pandangan dan idea sendiri tentang tingkah
laku mereka. Sifat egosentrik telah hilang dalam diri mereka. Interaksi dengan orang
lain terutama dengan rakan sebaya ditunjukkan. Mereka boleh bersikap adil dan saksama
dan berupaya menguasai peraturan permainan. Peraturan moral mereka adalah bersifat
rasional hasil dari interaksi bebas serta persetujuan individu. Pada peringkat ini,
peraturan boleh diubah dan tidak lagi suci.

10
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
2.2 Teori Perkembangan Kognitif Lawrence Kolhberg
Lawrence Kolhberg memperkenalkan Teori Perkembangan Kognitif yang
mengkhususkan kepada pembentukan gender kanak-kanak. Apabila lahir saja ke dunia,
manusia berkembang dari segi fizikal dan mentalnya dan mempunyai susunan yang
teratur dalam perkembangannya.
Menurut Lawrence Kolhberg lagi, pertimbangan moral boleh dikategorikan
kepada tiga tahap yang mempunyai enam peringkat seperti berikut:
 Tahap Pra-Konvensional
Peringkat 1: Oreintasi dendaan dan kepatuhan
Peringkat 2: Oreintasi instrumental relativis

 Tahap Konvensional
Peringkat 3: Oreintasi persetujuan antara individu atau good boy-nice girl.
Peringkat 4: Oreintasi undang-undang dan peraturan.

 Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Oreintasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Oreintasi prinsip etika sejagat

Pada tahap pra-konvensional, ia tertumpu kepada konsep denda dan ganjaran


yang melibatkan dua peringkat. Pada peringkat pertama, individu akan mengelak diri
daripada didenda lalu mematuhi setiap arahan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Pada
peringkat kedua pula, individu sudah mulai sedar tentang ‘faham pembalasan’ dan setiap
denda atau ganjaran yang diterima hendaklah setimpal dengan apa yang dilakukan.
Kohlberg merumuskan bahawa individu sudah mula berpegang kepada sikap ‘kalau anda
melakukan sesuatu kepada saya, saya juga akan melakukan sesuatu kepada awak’.
Pada tahap konvensional, peraturan sosial adalah penting dan ianya melibatkan
peringkat ketiga dan keempat. Pada peringkat ketiga, perlakuan-perlakuan yang baik
dan pengesahan terhadap perlakuan itu oleh orang lain dipandang sangat bernilai serta
dianggap sesuatu yang baik oleh seseorang individu. Pada peringkat keempat pula,

11
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
perlakuan-perlakuan moral seseorang individu dirujuk kepada tanggungjawabnya
terhadap masyarakat, sikap hormat dan kepatuhan kepada autoriti yang lahir atas dasar
sukarela kerana ingin mengekalkan peraturan sosial dalam masyarakat dan bukannya
atasa dasar takut atau paksaan.
Pada tahap pos-konvensional, Kolhberg menganggap bahawa seseorang itu
sudah mencapai sesuatu yang bersifat autonomous atau prinsip dalam perkembangan
moralnya. Tahap ini mempunyai dua peringkat iaitu peringkat kelima dan keenam. Pada
peringkt kelima, tindakan-tindakan yang benar dirujuk kepada persetujuan masyarakat
kepada syarat-syarat hak standard yang diadakan kajian yang mendalam dan kritikal.
Pada peringkat keenam adalah peringkat tertinggi dan amat sukar dicapai, dimana
kebenaran didefinisikan sebagai keputusan yang dibuat berdasarkan prinsip-prinsip etika
yang dipilih seperti keadilan, faham pembalasan, kesamaaan dan hormat terhadap maruah
kemanusiaan.

2.3 Teori Pembelajaran Humanistik Carl Rogers


Teori Carl Rogers adalah bersifat klinikal, berdasarkan pengalamannya selama
bertahun-tahun dalam menyelesaikan masalah klien-kliennya. Rogers melihat manusia
sebagai sihat atau berguna. Beliau juga mengenalkan kecenderungan kepada kesedaran,
di mana ia adalah motivasi dalaman yang sedia ada dalam setiap benda hidup untuk
meningkatkan potensi ke tahap yang tertinggi. Beliau juga telah mengenalkan ciri-ciri
orang yang ‘berfungsi secara keseluruhan’ sebagai:
 Keterbukaan kepada pengalaman
Merupakan persepsi yang tepat tentang pengalaman seseorang di dunia
termasuk perasaan seseorang untuk menerima realiti. Perasaan adalah
elemen penting dalam keterbukaan kerana ia menunjukkan penilaian
organismik. Sekiranya seseorang tidak dapat membuka perasaannya, dia
tidak akan boleh membuka kepada kesedaran.

 Kehidupan yang wujud


Ini merupakan di sini dan sekarang. Rogers menegaskan bahawa kita
tidak hidup di masa lepas atau masa depan. Masa sekarang adalah realiti.

12
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Kita hanya perlu mengenalpasti beberapa perkara, seperti memori dan
impian, di mana kita sedang alami sekarang.

 Kepercayaan organinismik
Kita haruslah membiarkan diri kita supaya diarahkan oleh proses penilaian
organismik. Kita harus mempercayai diri kita, membuat apa yang
dirasakan benar dan apa yang terjadi dengan semulajadi. Ini bermaksud
kita sedang berhubung dengan kebenaran.

 Kebebasan
Adalah tidak relevan menyatakan bahawa manusia benar-benar
mempunyai kebebasan yang mutlak. Kita merasakan bahawa kita adalah
bebas. Menurut Rogers, orang yang berfungsi secara keseluruhan
mengetahui tentang perasaan kebebasan, dan bertanggungjawab atas
segala pilihannya.

 Kreativiti
Sekiranya anda berasa bebas dan bertanggungjawab, anda akan sentiasa
bertindak sepatutnya, dan mengambil bahagian dalam aktiviti duniawi.
Seseorang yang berfungsi secara keseluruhan, dengan mempunyai
kesedaran, akan berasa bertanggungjawab untuk menyumbang kepada
kesedaran orang lain. Ini boleh dilakukan melalui kreativiti atau
melakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja.

Carl Rogers telah mengenalpasti dua jenis kualiti di dalam pembelajaran iaitu,
pertama ialah kognitif yang merupakan pengetahuan dan kedua ialah pengalaman yang
mana pembelajaran melalui pengalaman adalah lebih berkesan, tambahan lagi sekiranya
ia adalah kehendak pelajar tersebut. Kualiti pembelajaran melalui pengalaman
termasuklah penglibatan sendiri, usaha sendiri, dinilai sendiri oleh pelajar dan
mempunyai kesan mendalam terhadap pelajar tersebut.

13
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Carl Rogers menekankan objekktf-objektif berikut dalam teorinya:
 Meningkatkan kecenderungan individu
 Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab ntu menentukan erkara
yang ingin mereka pelajari
 Meningkatkan kreativiti dan daya cipta pelajar
 Mengembangkan minat dan kerjaya pelajar
 Meningkatkan naluri ingin tahu pelajar

2.4 Aktiviti Yang Mengaplikasikan Teori Perkembangan Moral Kognitif

Antara aktiviti-aktiviti yang mengaplikasi Teori Kognitif di dalam Rancangan


Pengajaran Harian yang dibina ialah aktiviti perbincangan yang melibatkan murid untuk
memberi pandangan ataupun pendapat. Dalam aktiviti perbincangan juga menunjukkan
bahawa pandangan yang diberi oleh orang lain sangat bernilai dan diterima baik oleh
seseorang individu, ini bertepatan dengan teori Kolhberg pada tahap konvensional.
Aktiviti Sumbang saran juga merupakan aplikasi daripada teori kognitif di mana
pelajar perlu menggunakan proses mental untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagi
memberi jawapan yang logik dan rasional. Dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan,
murid faham akan peraturan dan perlunya kerjasama sesama mereka. Sikap kerjasama
yang ditonjolkan menunjukkan sifat egosentrik mula hilang dalam diri mereka dan ini
jelas sepadan dengan peringkat operasi konkrit yang dinyatakan oleh Piaget.
Dalam aktiviti penilaian yang dijalankan juga jelas menunjukkan penggunaan
proses mental di mana murid perlu membuat keputusan dengan menggunakan keupayaan
berfikir logik dan rasional.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan murid membuat penaakulan moral
yang menjadi asas kepada mereka bagaimana untuk menterjemahkan ke dalam nilai-nilai
murni di dalam kehidupan seharian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menjadikan
murid-murid sedar siapa mereka dan tahu apa yang baik dan buruk untuk diri mereka.
Sesungguhnya nilai murni itu wujud melalui pengetahuan.

14
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

2.5 Aktiviti Yang Mengaplikasikan Teori Pembelajaran Humanistik

Dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran, peranan guru adalah


sebagai fasilitator. Guru haruslah meningkatkan kematangan pelajar dalam
mengenalpasti identiti diri mereka. Contohnya dalam aktiviti perbincangan dan
sumbangsaran, pelajar diberi peluang untuk memberi idea atau pendapat serta berbahasa
secara bebas, dengan ini akan menyokong perkembangan serta meningkatkan keyakinan
diri pelajar. Keterbukaan kepada pengalaman dan kepercayaan terhadap diri sendiri akan
menjadikan pelajar memberi pendapat atau bertindak mengikut apa yang dirasakan benar.
Aktiviti-aktiviti seperti ini juga akan membantu menyerapkan nilai-nilai moral di
samping memudahkan pelajar untuk memahami kemampuan diri yang sebenar.
Penghargaan dan penghormatan terhadap idea, bahasa dan budaya pelajar akan
menjadikan pelajar lebih terbuka dan berterus terang, dengan ini akan memudahkan sifat
bekerjasama dan perkongsian pendapat sesama pelajar.
Aktiviti gerak kerja seperti menghasilkan menu sarapan pagi yang dinyatakan,
akan meningkatkan kreativiti dan daya cipta pelajar. Ini bersesuaian dengan ‘sifat orang
berfungsi keseluruhan’ yang mana keterbukaan kepada pengalaman dan kepercayaan
kepada diri sendiri akan mendorong seseorang memiliki kreativiti yang
memberansangkan.
Penglibatan sendiri murid dalam aktiviti yang dijalankan, memberikan
pengalaman dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar maka dengan ini akan
berlakulah perubahan dan peningkatan diri pelajar dalam jangka masa yang panjang.
Penglibatan aktif pelajar juga akan membantu menstabilkan emosi dan sosial pelajar,
maka dengan sendirinya pencapaian pembelajaran akan lebih meningkat. Pelajar juga
akan berasa bebas dan tidak terikat serta percaya bahawa masa depan adalah bergantung
kepada dirinya sendiri.

15
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
3.0 SUMBER PENGAJARAN DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar merupakan sebarang bahan yang
digunakan bagi membantu atau menyokong guru dan membantu pembelajaran murid.
Guru bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi merancang untuk menyampaikan ilmu
dengan lebih berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan hambar dan kosong jika tidak
berkesan. Sumber atau bahan bantu mengajar mestilah berpotensi untuk melaksana serta
membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan. Sumber
dan bahan bantu mengajar semestinya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berkesan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan cepat dan mudah dengan
adanya sumber dan bahan bantu mengajar.

Objektif menggunakan sumber dan bahan bantu mengajar ialah:


i) Menambahkan lagi keberkesanan pengajaran yang disampaikan.
ii) Mencetuskan minat murid terhadap pengajaran guru dengan gaya
persembahan yang menarik.
iii) Mengekalkan perhatian dan tumpuan murid terhadap pelajaran.
iv) Memudahkan murid memahami pengajaran guru terhadap sesuatu
konsep atau istilah.
Kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa menyedia dan menggunakan sumber
dan bahan bantu mengajar pula ialah:
 Selaras dengan falsafah pendidikan negara.
 Tidak bercanggah dengan nilai masyarakat.
 Relevan dengan kurikulum.
 Selaras dengan prinsip pedagogi.
 Memberi maklumat terkini.
 Harga yang berpatutan.
 Mudah.
 Pelbagai ransangan.
 Dapat diguna berulang kali.
 Fleksibel.

16
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Terdapat tiga kategori utama sumber dan bahan bantu mengajar iaitu:
 Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan juga
buku sumber.
 Bahan pengajaran iaitu bahan bantu mengajar yang diguna oleh guru
semasa mengajar.
 Bahan pembelajaran iaitu bahan yang digunakan oleh murid untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran.

3.1 Bahan Rujukan


Guru semestinya mengajar dengan menggunakan sukatan pelajaran,
buku panduan dan juga buku sumber yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia supaya murid dapat memperolehi
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
bagi membantu perkembangan murid secara menyeluruh. Bahan sumber ini juga akan
membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
tidak tersasar dari tujuan sebenar.

3.2 Bahan pengajaran


Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dibina, bahan yang digunakan oleh
guru ialah:
 Carta lagu
Carta lagu dipaparkan pada skrin dengan menggunakan teknologi ICT.
Penggunaan ICT akan memudahkan guru serta pelajar untuk melihat dengan jelas.
Senikata lagu yang dipaparkan juga akan dapat menarik perhatian murid. Set
induksi yang menarik dapat memberi motivasi kepada murid. Apabila murid
memberi perhatian maka proses pengajaran dan pembelajaran dapat dimulakan
dengan lancar dan selesa. Kaedah nyanyian yang digunakan akan memberi
keseronokan kepada murid untuk memulakan pembelajaran, dengan ini dapat
mengembangkan emosi murid untuk meneruskan pembelajaran iaitu menerima
pembelajaran baru dan menggalakkan pembelajaran mereka.

17
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
 Gambar tayang kaku
Gambar tayang kaku ialah gambar yang ditunjukkan pada skrin tanpa ada
pergerakan pada gambar tersebut. Gambar-gambarr makanan yang ditayangkan
akan dapat menarik minat murid untuk mengetahui apa yang mereka pelajari pada
hari tersebut. Gambar yang ditayangkan sudah pasti jelas untuk dilihat, mudah
untuk difahami dan ditafsirkan oleh murid dan membantu memfokuskan perhatian
kepada maksud yang terdapat dalam visual. Gambar yang ditayangkan akan
menimbulkan perasaan seolah-olah gambar tersebut hidup. Gambar yang
berwarna warni akan memberi perasaan harmoni dan tenang serta selesa kepada
murid dengan ini membantu membangunkan dimensi moral murid iaitu
penaakulan moral, perasaan moral dan juga tingkah laku moral. Sudah pastilah
murid dapat belajar dengan berkesan.

 Bahan maujud
Bahan maujud ialah bahan yang sebenar yang ditunjukkan kepada murid sama
ada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Contoh bahan maujud yang digunakan
dalam aktiviti yang dirancang dalam RPH yang dibina ialah menggunakan
makanan yang sebenar. Penggunaan bahan maujud akan memberikan kesan yang
lebih mendalam kepada murid kerana ia lebih jelas dan nyata. Penggunaan bahan
maujud memberi kesan pembelajaran yang lebih bermakna kepada murid kerana
ia ada hubungan dengan kehidupan harian individu yang mana ia merupakan
pembelajaran konstekstual. Penggunaan bahan maujud akan memudahkan murid
menghubungkaitkan antara benda yang konkrit dengan bahan abstrak dan ini
membantu mengukuhkan ingatan mereka kerana murid boleh mengingati sesuatu
yang berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan berbentuk abstrak.

18
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
3.3 Bahan pembelajaran
Bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid dalam Rancangan Pengajaran
harian yang disediakan ialah:

 Kertas Lukisan
Penggunaan kertas lukisan oleh murid untuk melukis dan membina
menu sarapan adalah lebih mudah, menggunakan kos yang rendah serta murid juga
boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengembangkan potensi diri.

 Buku Teks
Selaras dengan perkembangan dunia pendidikan abad ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia berusaha memperakui buku teks yang berkualiti serta bertaraf dunia dan
diharap dapat melahirkan generasi muda yang dinamik, produktif, berketrampilan
dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara. Penggunaan buku teks
adalah sesuatu yang fleksibel kerana pada masa kini semua pelajar dibekalkan
dengan buku teks. Penggunaan buku teks sudah pasti menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan mengikut landasan yang betul yang mana
kandungan pelajarannya tepat dan berkait dengan pelajaran yang diajar serta
sesuai dengan murid.. Dengan menggunakan buku teks, konsep yang hendak
disampaikan juga menjadi lebih mudah, cepat dan tepat serta lebih kekal dalam
ingatan.

 Lembaran Kerja
Lembaran kerja yang digunakan akan membantu pelajar berasa lebih seronok
untuk menulis dan tidak berasa tertekan. Lembaran kerja memudahkan guru
untuk menilai pencapaian murid serta menguji keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Lembaran kerja juga akan membolehkan guru
mengenalpasti aktiviti pengayaan dan juga pemulihan.

19
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
4.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG DIRANCANG.

Bagi memulakan pengajaran hari itu,bagi menarik perhatian murid , guru menggunakan
teknik nyanyian dalam aktiviti set induksi. Guru dan murid menyanyi bersama-sama
lagu ‘Bangau Oh Bangau’ yang dipaparkan pada skrin. Murid seronok dan memberi
tumpuan kepada guru. Justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan
dengan lancar. Tumpuan murid memudahkan guru untuk mengaitkan nyanyian dengan
pelajaran hari itu.

20
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Paparan senikata lagu pada skrin memudahkan murid menyanyi bersama-sama guru.
Murid menyanyi dengan riang dan gembira.

21
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Dalam langkah 1, guru mulakan pengajaran -dan pembelajaran dengan memaparkan


gambar makanan pada skrin. Pelabagai jenis makanan dengan warna yang menarik
dapat meransang pelajar uuk memberiehatian terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Murid kelihatan sangat berminat dengan gambar yang ditayangkan. Pelbagai jenis
makanan yang ditunjukkan memberi peluang kepada murid untuk mengenali lebih
banyak makanan.

22
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Murid di ransang untuk datang ke hadapan bagi menulis nama makanan yang
dipaparkan pada skrin. Berdasarkan gambar tayang kaku yang ditunjukkan, murid
menyenaraikan nama makanan yang terdapat di dalam gambar. Aktivti ini mewujudkan
penglibatan dan pembelajaran aktif murid. Peneguhan yang guru berikan kepada murid
memberi motivasi yang tinggi kepada murid-murid..

23
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Dalam langkah 2. guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan secara


berpasangan. Murid dikehendaki membina menu sarapan pagi yang berkhasiat
dan memberi alasan kenapa mereka memilih makanan tersebut.

24
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Guru memantau aktiviti yang dijalankan di dalam kumpulan dan memberi


bimbingan kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugasan yang
diberi dengan tepat dan berkesan.

25
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Murid membentangkan hasil kerja kumpulan yang telah dijalankan. Di


dapati murid dapat menyempurnakan tugasan yang diberi dengan baik
dan memuaskan. Guru memberi peneguhan dan juga teguran yang
membina supaya murid dapat meneruskan pembelajaran dengan penuh
minat.

26
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Dalam langkah tiga pula, murid dikehendaki menggunakan buku teks sebagai
panduan untuk menjalankan aktiviti sumbang saran iaitu memberi pendapat
mengenai kebaikan makan berkhasiat dan keburukan makanan tidak
berkhasiat.

27
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Murid menggunakan buku teks sebagai


panduan mereka untuk memberi idea yang
bernas . Penglibatan aktif pelajar
menjadikan suasana pengajaran dan
pembelajaran menarik dan tidak
membosankan.

Guru mencatatkan pendapat yang telah


diberikan oleh setiap murid di papan
tulis. Murid-murid berasa seronok
apabila dapat memberikan idea yang
bernas. Aktiviti ini akan menambahkan
keyakinan dalam diri murid.

28
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Bagi menilai pencapaian murid , murid-murid diberikan lembaran kerja untuk


menguji kefahaman mereka terhadap pelajaran hari itu. Murid-murid membuat
latihan yang di beri dengan tekun.

29
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Rujukan

Bagi menutup pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, guru menggunakan
makanan sebenar untuk menunjukkan contoh sarapan pagi yang sihat. Guru juga
menekankan kepada murid-murid supaya menyayangi diri dengan memilih atau
mengambil makanan yang betul dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahan
maujud ini menjadikan murid lebih jelas dan faham serta seronok.

30
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Penutup

Selaras dengan matlamat Pendidikan Moral untuk membentuk individu yang


berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
kestabilan negara serta masyarakat global, guru seharusnya memainkan peranan yang
penting dalam mendidik pelajar-pelajarnya. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya
membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima, dan menunjukkan komitmen
terhadapnya.
Guru seharusnya mengadakan proses pengajaran yang berkualiti dan bermakna.
Guru Pendidikan Moral juga harus menguasai kesemua maksud nilai-nilai murni yang
dinyatakan di dalam sukatan pelajaran. Guru yang berkualiti mampu memaksimumkan
peluang-peluang pembelajaran melalui formulasi objektif dan sukatan pembelajaran
secara efisien, aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, penggunaan cara penilaian yang
bersesuaian serta tindakbalas kepada pelajar. Guru mestilah memastikan perkembangan
moral para pelajarnya dengan membantu membentuk satu pandangan moral yang relevan
sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Bagi merealisasikan aspirasi negara, pelajar sendiri seharusnya bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka. Pelajar perlu mempunyai inisiatif untuk mengubah diri
kepada yang lebih baik. Pelajar seharusnya mempunyai motivasi intrinsik dan sedar arah
tuju kehidupan mereka untuk memantapkan kehidupan yang berkualiti.
Sekiranya semua orang sedar akan kepentingan nilai moral dalam diri mereka,
maka matlamat pendidikan negara akan dapat di capai.

31
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4
Rujukan

Lam Sook Seng, Hasnita Hasasan Basari ,etc,(2005) Buku Panduan Guru
Pendidikan Moral, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur

Lam Sook Seng, Hasnita Hasasan Basari ,etc,(2005) Buku Teks Pendidikan Moral,
Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia, sukatan Pendidikan Moral tahun 4,

Rahmad Shukor (2007), HBME 1103 Pengenalan Pendidikan Moral, Universiti Terbuka
Malaysia: Kuala Lumpur.

Rahmad Shukor (2007), HBME 2203 Pendidikan Moral 3 , Universiti Terbuka


Malaysia: Kuala Lumpur.

Rohani Abdul Hamid. (1998). Keperluan Pendidikan Abad ke-21: Projek Sekolah
Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Saharudin Suhaidi (2009), HBME 3103 Pendidikan Moral 4 , Universiti Terbuka


Malaysia: Kuala Lumpur.

32
HBME 3103
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 4

Lampiran

33

You might also like