You are on page 1of 2

Gotong Royong Perdana telah diadakan serentak di seluruh negara pada

15 Mei 2010 bersempena sambutan Hari Guru tahun 2010. Tidak


ketinggalan di Negeri Perlis dimana Majlis Pelancaran Gotong-royong
Perdana telah disempurnakan Perasmiannya oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr Md
Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

Turut hadir di majlis yang telah diadakan di SMK Dato' Ali Ahmad adalah
Y.B Ahmad Bakri Bin Dato' Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Kayang, wakil Pengarah pelajaran Perlis, Datin Naimah Binti Jaafar,
Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Perlis serta ibubapa kepada
pelajar sekolah tersebut.
Dalam Ucapan perasmian majlis tersebut, Y.A.B Menteri Besar
mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Perlis kerana mampu
menjalankan program yang penuh erti dalam menyambut hari guru.

Ucap beliau lagi, dengan ada program ini, hubungan antara ibu bapa,
guru dan pelajar dapat dieratkan lagi apabila mereka yang terlibat
bekerjasama dalam memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah
berada di tahap yang terbaik. Nasihat beliau agar semua Warga
Pendidikan bersatu hati dalam menjalankan tugas sejajar dengan
pendekatan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri
Malaysia. Diakhir ucapan, beliau mengucapkan "Selamat Menyambut Hari
Guru" kepada seluruh warga pendidik di Negeri Perlis.

Turut memberi ucapan dalam majlis tersebut adalah Tuan Pengetua SMK
Dato' Ali Ahmad, En Aminudin Bin Mustaffa. Dalam ucapan ringkas
tersebut, beliau merasa bangga dengan pengelibatan ibubapa, guru dan
seterusnya pelajar yang bersama-sama membersihkan kawasan sekolah
dimana akan menterjemahkan rasa hormat, sayang dan penghargaan
kepada guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa supaya menjadi
insan yang cemerlang pada masa depan. Beliau juga menyeru supaya
masyarakat dapat memupuk semula amalan bergotong royong
memandangkan banyak sifat mulia dapat disemai, seperti permuafakatan,
bekerja dalam kumpulan , hormat menghormati dan sebagainya.

Sebagai simbolik kepada pelancaran Majlis Gotong-royong Perdana, Y.A.B


Menteri Besar telah sudi untuk menanam pokok khaya "Khaya Ivorensis"
setelah majlis berakhir. Beliau juga dibawa melawat kerja-kerja gotong-
royong yang sedang dijalankan di sekitar
sekolah.

You might also like