You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT SKIM BANTUAN TUISYEN (SBT)

KALI_1 / 2010

Tarikh : 15.4.2010
Masa : 1.30 petang
Hari : Khamis
Tempat : Pusat Sumber SK Sri Cheding

Hadir

1. En. Ahmad Ahsan B. Mohd. Shahid - Guru Besar


2. Pn. Siti Rosnani Bt Hashim - PK HEM
3. En.Ravichandran A/L Topekan
4. Pn. Siti Zaleha Bt Othman
5. Pn.Rahmah Bt Leman

Tidak hadir

1. En. Khoiri B. Ibrahim - Menghadiri Mesyuarat Sains di Batu Laut

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi

En. Ahmad Ahsan B. Mohd. Shahid, Guru Besar SK Sri Cheding telah
mengucapkan terima kasih keatas kehadiran guru-guru ke mesyuarat Skim
Bantuan Tuisyen (SBT) 2010. Beliau menyatakan baru menerima arahan
pelaksanaan program ini dan berharap
Skim Bantuan Tuisyen (SBT) 2010 akan dilaksanakan secepat mungkin kerana
tarikh pelaksanaan adalah April – September 2010

2.0 Perlantikan AJK SBT

Pengerusi dengan persetujuan bersama Naib Pengerusi melantik guru-guru


berdasarkan opsyen dan pengalaman mereka seperti di bawah.

Ahlijawatankuasa

1. En. Ahmad Ahsan B. Mohd. Shahid - Pengerusi


2. Pn. Siti Rosnani Bt Hashim - Naib Pengerusi
3. En.Anuar Hamzah B. Toha - YDP PIBG
4. En.Ravichandran A/L Topekan - Penyelaras SBT
5. Pn. Siti Zaleha Bt Othman - AJK
6. Pn.Rahmah Bt Leman - AJK
7. En. Khoiri B. Ibrahim - AJK
8. Pn.Sarimah Bt Ismail - Pengusaha Kantin
Tenaga Pengajar

1. Pn. Siti Zaleha Bt Othman - Matematik


2. Pn.Rahmah Bt Leman - Bahasa Melayu
3. En. Khoiri B. Ibrahim - Sains
4. En.Ravichandran A/L Topekan - Bahasa Inggeris

3.0 Pelaksanaan SBT

3.1 Tempoh Masa Pelaksanaan ialah


April – September 2010
Tindakan : Ahlijawatankuasa SBT

3.2 Pemilihan murid


3.2.1 Bilangan seramai 10 orang murid Tahun 6
3.2.2 Syarat dan kriteria pemilihan berdasarkan
- pendapatan ibubapa penjaga dibawah RM 530 orang atau
- RM 106 perkapita
- Murid yang lemah yang memerlukan bimbingan
Tindakan : PK HEM

3.3 Matapelajaran yang diajar adalah subjek utama seperti


- Bahasa Melayu
- Matematik
- Sains
- Bahasa Inggeris
Tindakan : Semua Guru SBT

3.4 Kadar masa mengajar


- 4 jam setiap subjek bagi sebulan
- Pelaksanaan selama 6 bulan
- Jumlah masa keseluruhan adalah 24 jam (4 jam sebulan X 6 bulan )
Tindakan : Semua Guru SBT

3.5 Kadar Bantuan


3.5.1 RM 20.00 setiap orang murid bagi tempoh 6 bulan bagi tujuan
kos operasi dan peralatan seperti kertas, fotostat dan pen
marker.
3.5.2 RM 1.80 setiap orang murid bagi tujuan makanan murid bagi
setiap kelas tuisyen.
3.5.3 RM 10.00 setiap orang murid bagi tujuan bayaran tuisyen
setiap bulan bagi setiap subjek.
Tindakan : Pentadbir sekolah
3.6 Penyediaan Makanan murid, menu dan jadual makan.
3.6.1 Penyediaan makanan akan ditawarkan kepada pengusaha
kantin sekolah ini.
3.6.2 Menu akan disediakan oleh Pn. Siti Zaleha Bt Othman dan
diserahkan kepada pengusaha kantin sekolah ini.
3.6.3 Murid akan diberi makan sebelum kelas tuisyen bermula.
Makanan akan dibungkus dalam plastik.
Tindakan : Pengusaha kantin sekolah dan Pn. Siti Zaleha Bt Othman

3.7 Buku Rekod Mengajar


Setakat ini pihak sekolah belum menerima buku rekod mengajar. Guru-
guru telah dibekalkan helaian fotostat untuk mencatat butiran mengajar.
Guru-guru dikehendaki menghantar rekod mengajar setiap minggu kepada
Guru Besar.
Modul SBT akan dibekalkan kepada guru-guru SBT oleh PK HEM,
Pn. Siti Rosnani Bt Hashim
Tindakan : Semua Guru SBT

3.8 Buku Rekod Kehadiran Murid


Setakat ini pihak sekolah belum menerima sebarang buku rekod. Guru-
guru akan dibekalkan helaian fotostat oleh Pn. Siti Zaleha Bt Othman
untuk mencatat kehadiran murid.
Tindakan : Pn. Siti Zaleha Bt Othman

3.9 Jadual SBT


Jadual akan dibuat setelah berbincang dengan guru-guru yang mengajar.
Kelas tuisyen akan diadakan pada waktu malam jam 8.00 – 10.00 p.m, dua
jam sehari bagi setiap subjek.
Tindakan : En.Ravichandran A/L Topekan - Penyelaras SBT

3.10 Tuntutan SBT


Tuntutan boleh dibuat setelah cukup waktu mengajar dan peruntukan telah
diterima oleh pihak sekolah.
Tindakan : Kerani Sekolah

3.11 Fail Folder


PK HEM, Pn. Siti Rosnani Bt Hashim menyatakan ada 4 folder putih SBT
di biliknya dan meminta menambah sebarang dokumen berkaitan
sekiranya ada di masa hadapan.
Tindakan : PK HEM & Penyelaras SBT

3.12 Pemantauan
Pemantauan berkala akan diadakan oleh pihak PPD dan Guru Besar
Tindakan : PPD dan Guru Besar
4.0 Hal-hal lain

PK HEM, Pn. Siti Rosnani Bt Hashim meminta guru-guru memasukkan


Borang Permohonan Menjadi Guru SBT dan Borang Biodata Guru ke dalam
fail poket yang telah diberikan.
Borang Permohonan Menjadi Guru SBT hendaklah dihantar kepada
PK HEM, Pn. Siti Rosnani Bt Hashim pada19 April 2010.
Tindakan : Semua guru SBT

Penilaian data perlu dihantar dua kali setahun iaitu selepas Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
Tindakan : En.Ravichandran A/L Topekan - Penyelaras SBT

5.0 Ucapan Penanguhan

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua Ahlijawatankuasa SBT


kerana dapat melaksanakan program ini dalam masa yang singkat.
Mesyuarat ditanggguhkan jam 2.05 p.m.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………… ……………………
(En. Ravichandran A/L Topekan)
Penyelaras SBT 2010

You might also like