You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT SKIM BANTUAN TUISYEN (SBT)

KALI_2 / 2010

Tarikh : 1.11.2010
Masa : 1.15 p.m
Hari : Isnin
Tempat : Pusat Sumber SK Sri Cheding

Hadir

1. Pn. Siti Rosnani Bt Hashim - PK HEM


2. En.Ravichandran A/L Topekan - Penyelaras SBT
3. Pn. Siti Zaleha Bt Othman
4. En. Khoiri B. Ibrahim
5. Pn.Rahmah Bt Leman

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi

Pn. Siti Rosnani Bt Hashim telah mengucapkan terima kasih keatas kehadiran
guru-guru ke mesyuarat Skim Bantuan Tuisyen (SBT) 2010. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat melaksanakan
program ini.

2.0 Pelaksanaan SBT

2.1 Kelas SBT telah dijalankan pada waktu malam dari pukul 8.00 hingga 10.00
malam. Kelas telah berjalan lancar dan penyertaan murid menggalakkan.

Tindakan : Semua Guru SBT

2.2 Kelas SBT telah dijalankan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan iaitu 24
jam selama 6 bulan.

Tindakan : Semua Guru SBT

2.3 Bahan-bahan P&P yang disediakan oleh guru-guru SBT amat


memberangsangkan minat murid untuk belajar.

Tindakan : Semua Guru SBT


2.4 Murid-murid telah diberi makanan mengikut menu yang telah disediakan dan
penyediaannya memuaskan. Komitmen pengusaha kantin,
Pn.Sarimah Bt Ismail sangat memuaskan.

Tindakan : Semua Guru SBT

2.5 Buku rekod kehadiran murid telah diisi dengan butiran kehadiran murid, guru
serta menu makanan.

Tindakan : Semua Guru SBT

2.6 Setakat ini tuntutan guru-guru SBT telah dibayar untuk 2 bulan dan baki 4
bulan lagi akan dibayar pada minggu kedua bulan November 2010.

Tindakan : Semua Guru SBT

2.7 Pemantauan berkala telah dibuat oleh pihak pentadbir sekolah dan
pelaksanaan SBT memuaskan.

Tindakan : Pihak Pentadbir Sekolah

2.8 Penilaian data perlu dihantar dua kali setahun iaitu selepas Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Data Peperiksaan Pertengahan Tahun
telah dihantar manakala Data Peperiksaan Akhir Tahun akan dihantar
setelah mendapat keputusan pada minggu akhir November 2010.

Tindakan : En.Ravichandran A/L Topekan - Penyelaras SBT

3.0 Hal-hal lain

Cadangan
Harap ditambah bilangan murid yang layak menyertai kelas SBT agar lebih
ramai murid mendapat manfaat dan kelas menjadi lebih kondusif serta para
guru lebih komited melaksanakan tugas

Tindakan : Pihak Pentadbir Sekolah


4.0 Ucapan Penanguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahlijawatankuasa SBT


kerana dapat melaksanakan program ini dan berharap ia dapat diteruskan
pada tahun hadapan.
Mesyuarat ditanggguhkan jam 2.00 p.m.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

…………………… ……………………
(En. Ravichandran A/L Topekan)
Penyelaras SBT 2010

You might also like