You are on page 1of 9

Perkataan tasawwur berasal dari bahasa arab iaitu suwara yang bermaksud memberikan

suatu tanggapan kepada rupa yang dikhayalkan. Selain itu, ia membawa maksud cuba
memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu dan menghasilkan rupa dalam akal.
Berdasarkan definisi tersebut, perkataan tasawwur bermaksud memberikan gambaran
sebenar ke atas apa yang di sampaikan kepada akal fikiran dan seterusnnya menjadi
sebati dalam diri. Untuk difahami. Manakala tasawwur islam bermaksud memberikan
rupa gambaran Islam yang sebenar atau secara hakiki. Ia bertujuan untuk untuk
menjelaskan prinsip-prinsip asas islam secara keseluruhan dan seterusnya memberi
gambaran bahawa agama islam adalah agama yang bersifat lengkap, fleksibel, dan global.
Islam sebagai satu cara hidup mempunyai keistimewan dan cirri-ciri yang tersendiri yang
membezakan islam dengan agama, falsafah dan aliran lain yang diketahui manusia.
Tasawur Islam mempunyai cirri-ciri yang membezakan dengan tasawwur lain di dunia
ini. Antara cirri-ciri keistimewaannya ialah:

RABBANI (ketuhanan)

Rabaniyyah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu Rabb yang bermaksud
Tuhan. Seorang ulama’ bahasa yang terkenal iaitu Sibawaih menjelaskan pertambahan
huruf aliff dan nun pada perkataan al-Rabbani bertujuan menunjukkan ia bermakna ilmu
pengetahuan berkenaan Rabb iaitu Allah bukan pada yang lain. Seseorang di katakan
rabbani apabila berlaku perhubungan yang sangat erat dengan Allah, mengetahui tentang
agama dengan kitab-Nya serta mengajarkannya.
Ilmu Allah tidak terbatas dan manusia hanya memperolehi sedikit sahaja
daripada-Nya. Sekirannya kita adalah ilmuwan, ingin menjadi serjana, Tinjaulah tuhan
dari sudut ilmu ke dalam seluruh penjuru alam. Alam diatur dengan peraturan yang ajaib,
halus dan menghirankan. Bertambah dalam ilmu yang digali bertamabah nampak
keganjilan yang baru, yang tadinya belum di ketahui. Bertambah yakin kita bahawa
semuanya ini mustahil terjadi atas kehendak sendiri.
Hanya dengan adanya ilmu yang didalami sama ada fardhuain atau fardhu
kifayah membuatkan manusia takut akan azab dan keesaan Allah. Manusia diciptakan olh
Allah dengan segala kelemahan dan kekurangan. Justeru, Islam di datangkan oleh Allah
sebagai satu cara hidup yang datang dari Allah SWT Yang Maha Mengetahui, Maha Arif
akan kemahuan, kebaikkan, dan keburukan terhadap hamba-hambaNya. Justeru,
kedatangan Islam merangkumi segala aspek kehidupan manusia ; menerangkan tentang
prinsip, hukum, konsep, dan nilai dalam kehidupan. Ia jauh dari segala kekurangan dan
kecacatan. Islam sangat sesuai dengan naluri semula jadi manusia yang cenderung
kepada kedamaian, ketenangan dan kebaikan.
Islam sebagai cara hidup telah menggariskan beberapa kaedah yang tertentu bagi
membentuk didikan rabbani dalam kehidupan manusia, kaedah ialah melalui ibadat,
melalui adab, melalui tarbiah islamiah, dan melalui dakwah. Kaedah ibadat dalam islam
merupakan kemuncak klimaks dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai
tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara makhluk dan
Penciptannya. Selain itu, ibadat mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut
hubungan makhluk dengan penciptannya. Tidak ada perbezaan antara rukun-rukun Islam
dalam bidang ini. Solat, puasa, zakat , haji dan semua amal-amal yang di lakukan
manusia untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memelihara syariatnya adalah sama.
Logik Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini adalah ibadat dan taat kepada Allah.
Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah:

“Dan aku tidak menciptakan jin manusia melainkan supaya mereka menyembah-
Ku. Aku sekali-kali tidak mengkhendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan tidak
mengkhendaki supaya mereka memberi aku makan.” (Adz-Dzaariyaat: 56-57)

Jadi, untuk menjadi seseorang muslim yang sejati dalam seluruh ibadat haruslah
melakukan perkara-perkara seperti berikut iaitu menjadikan seluruh ibadat hidup dan
berhubung dengan Allah sebagai tempat untuk mengabdikan diri. Inilah yang dikatakan
martabat ihsan dalam inadat. Rasulullah s.a.w, ketika ditanya tentang ihsan, baginda
bersabda:

“Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika


kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat mu.” (Diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Selain itu, ibadat yang dilakukan haruslah merupakan ibadat yang khusyuk.
Dalam ibadat itu, kita perlu merasakan kepanasan perhubungan saya dengan Allah dan
merasa-rasakan kelazatan dari ibadat yang khusyuk. Dalam hubungan ini Aishah r.a telah
menyatakan:

“Selalunya Rasulullah s.a.w bercakap dengan kami dan kami bercakap


dengannya. Apabila sampai waktu solat beliau seolah-olah tidak mengenali kami dan
kami tidak mengenalinya”

Inilah juga yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
“ Berapa banyak orang yang berdiri (melakukan solat, sedang) bahagiannya
dari solat itu hanyalah penat dan lelah”

Juga dibayangkan dalam sabdannya:

“Berapa banyak orang yang melakukan puasa (sedang) bahagiannya dari


puasanya itu hanyalah lapar dan dahaga.” (An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu
Hurairah)

Sewaktu melakukan ibadat kita haruslah menghadirkan diri dan hati (di hadapan
Allah), membebaskan diri dari urusan da kepentingan dunia. Inilah yang telah
dibayangkan Rasulullah dalam sabdanya:

“Allah tidak melihat solat lelaki yang tidak menghadirkan hatinya bersama
badannya.”

Al-Hafiz Al-Iraqi berkata: Aku tidak menemui hadith ini dengan lafaz tersebut
(tetapi) diriwayatkan oleh Muhammad ibn Nasr dalam kitab “as-Salat” secara mursal
dengan lafaz berikut:

“Allah tidak menerima amalan hamba-Nya sehingga ia menghadirkan hatinya


bersama badannya.”

Sehubungan dengan ini telah di sebutkan juga bahawa: “Setiap solat merupakan
sebhagian daripada urusan akhirat, apabila kamu masuk ke dalamnya bererti kamu telah
keluar dari dunia.”

Diriwayatkan juga daripada Hassan al-Basri katanya: “Setiap solat yang


dilakukan tanpa kehadiran hati maka solat lebih cepat membawa kepada seksaan.”
Dalam melakukan ibadah kita mestilah merasa tamak yang tidak bercukupan dan
rakus yang tidak merasa kenyang. Saya menghampirkan diri kepada Allah dengan
melakukan ibadat semata-mata menyahut seruan Allah dalam hadis Qudsi-Nya:

“Sesiapa yang memusuhiku wali-ku (orang yang menolong-Ku) sesungguhnya


aku telah mengishtiharkan perang terhadapnya.Tidaklah hamba-Ku menghampirkan diri
kepada-Ku dengan (melakukan) sesuatu yang paling Aku sukai selain daripada perkara
yang telah Ku fardhukan ke atasnya. Sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada
Ku dengan (melakukan) perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mengasihinya maka
Akulah pendengarannya yang ia mendengarnya dengannya, Akulah penglihtannya yang
ia melihat dengannya, Akulah tangannya yang ia menampar dengannya dan Akulah
kakinya yang ia berjalan dengannya. Apabila ia meminta kepada-Ku nescaya pasti akan
Ku berikan kepadanya, apabila beliau meminta perlindungan-Ku nescaya pasti beliau
Ku lindungi. Tidaklah Aku merasa ragu-ragu (melakukan) sesuatu yang Ku-lakukan
seperti keraguan-Ku untuk (mencabut) nyawa hamba-Ku yang mukmin yang bencikan
mati (sedang) Aku benci menyakitinya.” (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah.)

Selain itu, menjadikan do sebagai mi’raj kepada Allah dalam semua urusan,
kerana doa adalah otak bagi segala ibadat. Dalam melakukan doa saya mestilah memilih
doa-doa yang ma’thur (yang diterima dari Rasulullah s.a.w) Maha benar Allah yang
berfirman:

“Mintalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan (permintaan) mu.” (al-


Mukmin: 60)

Selain itu, membentuk didikan rabbani dari segi adab iaitu akhlak yang mulia
adalah menjadi matlamat asasi bagi risalah islam. Ini telah dinyatakan Rasulullah dari
dalam hadisnya’

“Sengsungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang


mulia”
Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil iman yang sebenar. Tidak ada nilai
iman yang ti dak di sertakan oleh akhlak. Akhlak juga merupakan amal yang paling berat
yang di letakan dalam neraca hamba pada hari kiamat. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan
buruk amalnya tidak akan di percepatkan hisab. Dalam Islam akhlak merupakan intipati
bagi segala ibadat hanyalah merupakan adab resam dan gerak laku yang tidak
mempunyai nilai dan faedah. Berhubungan dengan solat umpannya Allah telah
berfirman:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara jahat dan mungkar” Al- Ankabut: 45)

Sebahagian dari sifat-sifat akhlak yang semestinya ada dalam diri seseorang
sehingga beliau benar-benar Islam dari sudut akhlaknya ialah sifat-sifat yang di sebut
seperti di bawah ini:
 Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhah. Seorang
muslim mestilah menjauhkan diri dari melakukan perkara yang haram dan
berjaga-jaga daripada melakukan perkara yang syubhat. Ini dilakukan kerana
patuh kepada sabda Rusulullah s.a.w:
“Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu pun jelas,
tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak di
ketahui oleh kebanyakan oang. Barangsiapa yang menjauhi perkara
syubhat bererti beliau telah membersihkan agamanya dan
kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat
bererti beliau telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Samalah
keadaan seperti seorang pengembala yang menggembala di tepi pagar, di
khuatiri kelak beliau akan menggembala ke dalam pgar itu. Ingatlah
setiap raja itu mempunyai batas sempadannya dan batas sempada Allah
ialah perkara–perkara yang di haramkannya. Ingatlah dalam setiap jasad
itu ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu
keseluruhannya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu
keseluruhannya. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Hadith riwayat
Bukhari dan Muslim daripada Nu’man Ibn Bashir)

Peringkat warak yang paling tinggi ialah peringkat yang telah disebut oleh
Rasulullah dalam sabdanya:
“Seseorang itu tidak akan mencapai peringkat mutakkin hinggalah beliau
meninggalkan perkara yang tidak menjadi kesalahan jika dilakukan kerana takut
terjatuh ke dalam perkara yang tidak boleh di lakukan.” (hadith riwayat Tirmizi,
Ibn Majah dan Al-Hakim dan Tirmizi berkata: Hadith ini Hassan)
 Menunudukan pandangan : Beliau mestilah menutup pandangannya daripada
perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah, kerana pandangan itu akan
menimbulkan shahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke dalam maksiat dan
dosa. Oleh kerana itu, al-Qur’an telah memeberi amaran tentang pandangan yang
tidak memberi faedah. Firman Allah:
“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka
menahan pandangan.” (An-Nur : 30)
Rasulullah s.a.w pula bersabda:
“Pandangan itu satu dari panah-panah iblis.” (Hadith riwayat Al-Hakim
dan At-Tabarani)
 Memelihara lidah: Beliau hendaklah memelihara lidahnya daripada perkataan
yang tidak memberi faedah, percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat-ibarat
yang keji dan cakap kosong, mengumpat dan mengadu domba. Imam Nawawi
telah mengatakan:
“Ketahuilah setiap mukallaf mestilah memelihara lidahnya dari semua
perkataan kecuali yang mengandungi muslahat, apabila sama antara
bercakap dengan diam, kerana boleh jadi perkataan yang mendorong
kepada yang haram atau perkara yang makhruh. Perkara seperti ini
kebiasaannya amat banyak sekali. Keselamatan itu tidak dapat ditandingi
oleh sesuatu.”
Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan yang menyatakan lidah itu
boleh membawa keburukan dan bala kepada seseorang. Diantaranya sabda
Rasulullah s.a.w:
“Siapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya, siapa yang banyak
salahnya banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka neraka adalah
paling utama baginy.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi sebagai kata-kata Umar
ibn al-Khattab)
 Malu. Kita mestilah mempunyai sifat malu dalam semua keadaan, tetapi sifat
malunya itu tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran.
Termasuk juga dalam pengertian malu perbutan tidak campur tangan dalam
urusan orang lain, menahan pandangan, ringan tulang, tidak meninggikan suara,
berpada dengan apa yang ada setah diusahakan dan banyak lagi sifat lain. Telah
diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w lebih pemalu dari seorang gadis remaja
dan beliau bersabda:
“Iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang yang
paling afdal ialah kalimah lailahaillallah dan paling rendah ialah
membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu
cabang dari iman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hubungan sifat malu ini para ulamak telah mengatakan : “Sifat malu pada
hakikatnya ialah suatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara
yang buruk dan menghalang beliau daripada mencuaikan hak orang lain.”
 Lemah lembut dan sabar. Di antar sifat yang paling menonjol dan sepatutnya
wujud dalam diri seorang muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana
amal-amal Islam penuh dengan perkara-perkara yang tidak digemari, demikian
juga perjalanan dakwah penuh dilingkungi dengan pelbagai kesukaran,
penyeksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, penghinaan dan pandang rendah.
Kesemua ini adalah batu penghalang yang sering dihadapi oleh mereka yang
bekerja dalam bidang dakwah, sehinggalah semangat dan himmah mereka pudar
dan gerakan mereka akan lemah, seterusnya mereka akan berpaling terus dari
medan dakwah. Oleh yang demikian jelaslah di sini bahawa tugas yang dilakukan
oleh seorang dai adalah tugas yang amat sukar. Beliau bertanggungjawab
menyampaikan dakwah kepada semua manusia, sekalipun kebiasaan, cara
berfikir dan tabiat mereka berbeza antara satu sama lain. Dai menyampaikan
dakwah kepada orang-orang yang jahil dan alim, orang-orang yang berakal dan
sensitif, orang-orang yang lembut menurut dan orang-orang yang keras, orang-
orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Oleh itu dia mestilah
berbicara dengan manusia sesuai dengan akal mereka., Beliau mestilah
menguasai mereka kesemuanya, berusaha unutk memenangi hati setiap golongan
ini. Kesemua ini amat memerlukan kepada satu kesabaran yang sungguh kebal,
memerlukan kesanggupan untuk menanggung risiko dan memerlukan sifat lemah
lembut dan hati-hati. Di antaranya arahan-arahan al-Quran:
“Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan)
yang demikian itu termasuk hal-hal yang di utamakan.” (Asy-Syuura:43)

You might also like