You are on page 1of 10

Imam Al-Bukhari Rahimullah

Riwayat Hidup

Nama beliau yang sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin


Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah.
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 13 Syawal tahun 194 Hijrah
bersamaan dengan tahun 810 Masihi di Bukhara.
Gelaran “Al-Bukhari” adalah diambil sempena tempat
kelahirannya.
Imam Al-Bukhari terkena penyakit mata dan menjadi buta
sewaktu kecilnya.Berkat doa ibu bapanya ,akhirnya beliau dapat
melihat.
Imam Al-Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu
hadis.
Beliau mula menghafaz hadis ketika berusia sepuluh tahun dan
mengerjakan haji ketika berusia 16 tahun.
Beliau berasal dari keturunan orang alim.Bapanya seorang yang
alim,warak,soleh dan pernah menuntut ilmu dengan Imam Malik.
Imam Al-Bukhari meninggal dunia pada tahun 265 Hijrah
bersamaan dengan tahun 870 Masihi ketika berusia 62 tahun.
Sifat Peribadi

Imam Al-Bukhari berusaha dengan bersungguh-sungguh


menimba ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Beliau sangat teliti dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara.
Beliau dianugerahkan daya ingatan yang kuat dan telah hafaz
Al-Quran sejak kecil dan dapat menulis sebuah kitab ketika
berusia 18 tahun.
Beliau sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama
ilmu hadis.
Imam Al-Bukhari sangat berminat pada ilmu hadis sehingga
sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa
dengan para ulama hadis dan mendapatkan ilmu tersebut
daripada mereka.
Beliau sangat warak(taat kepada suruhan Allah S.W.T. dan
meninggalkan larangan-Nya) dan tidak makan benda-benda
yang syubhat.
Pendidikan

Imam Al-Bukhari mula mepelajari ilmu hadis ketika berusia 11


tahun.
Ketika berusia 16 tahun, beliau mengunjungi Kota Mekah dan
Kota Madinah dengan tujuan menuntut ilmu.Selama 6 tahun beliau
mengikuti pengajian hadis daripada ulama-ulama di sana.
Semasa di sana, beliau menyusun kitab-kitab hadis susunan Ibnu
Al-Mubarak dan Waki’ bin Al-Jarrah ketika berumur 16 tahun.
Dua tahun kemudian, beliau mula menyusun kitab Qudhaya As-
Sahabat Wat Tabiin dan kitab At-Tarikh yang ditulis di Madinah.
Beliau kemudiannya mengunjungi Basrah, Mesir, Hijaz, Kufah,
dan Baghdad untuk mempelajari dan mengumpul hadis-hadis
Nabi.
Berkat kesungguhannya, usaha gigih, dan mempunyai daya ingatan
yang kuat, Imam Al-Bukhari telah hafaz segala hadis yang
diperoleh daripada 1 000 orang ahli hadis. Mengikut satu riwayat,
beliau telah hafaz 600 000 buah hadis beserta sanad-sanadnya.
Sumbangan

Kitab Sahih Al-Bukhari adalah sumbangan Imam Al-Bukhari yang


paling besar kepada umat islam
Keistimewaan Kitab Sahih Al-Bukhari ialah:

i. Kitab ini merupakan himpunan hadis-hadis Nabi yang paling


sistematik dan penting sebagai rujukan umat islam selepas
kitab Al-Quran.
ii. Imam Al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam
usahanya mengumpul, menapis, menyelidik, dan menyusun
hadis-hadis untuk dimuatkan dalam kitab ini.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam Al- Bukhari


kepada hadis sahih termasuklah:

a) Sanadnya mestilah bersambung terus dengan


Rasulullah S.A.W.
b) Periwayatnya mestilah seorang Islam yang benar, kuat
ingatan, sempurna pemikiran, dan iktikad.

Kitab Sahih Al-Bukhari mempunyai 7 275 buah hadis yang telah


ditapis daripada 600 000 buah hadis. Hadis-hadis tersebut disusun
mengikut bab-bab fikah, iaitu ibadat, muamalat, dan jenayah.
Terdapat sebuah kitab lagi yang telah dihasilkan oleh Imam Al-
Bukhari iaitu Tarikh Al-Kabir yang terdiri daripada hadis-hadis
yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari.
Selain itu terdapat beberapa kitab hadis seperti Tarikh-Soghir,
Tarikh Al-Ausat, Tafsir Al-Kabir dan banyak lagi digunakan oleh
ulama-ulama hadis yang terkenal seperti Ibnu Hajar, Al-Asqalani,
Al-Qastalani, dan lain-lain lagi.
DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AFIQ BIN OTHMAN

KELAS:

4 KEJURUTERAAN

GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM:

USTAZAH ZAWAHIL BINTI NOR

You might also like