You are on page 1of 4

2.

3 MISI SEKOLAH

Memberikan pendidikan berkualiti & berterusan bagi melahirkan modal insan cemerlang
berlandaskan falsafah pendidikan negara.

2.4 VISI SEKOLAH

Menjadikan SMK Pinawantai Kudat , sekolah gemilang di daerah Kudat menjelang 2015.

2.5 LOGO SEKOLAH

LOGO SEKOLAH SMK PINAWANTAI KUDAT

KETERANGAN WARNA :

HIJAU –
Melambangkan keperibadian warga
sekolah yang luhur untuk menimba
ilmu.

BIRU –
Melambangkan usaha keharmonian
dan perpaduan warga sekolah.

KUNING –
Melambangkan semangat
kecekalan, kesungguhan dan
keberanian warga sekolah menuju
kecemerlangan.

KETERANGAN BENTUK

Obor – Melambangkan semangat


berusaha gigih dalam mencapai
matlamat.

Molekul Atom- Melambangkan


pendidikan yang menyeluruh dalam
SLOGAN pembentukan insan.
ILMU TERAS KEGEMILANGAN
SMK Pinawantai Kudat melahirkan anak didik Buku & Mata Pena –
yang cemerlang dan berketrampilan Memartabatkan dan mementingkan
menitikberatkan ilmu pengetahuan yang ilmu pengetahuan dalam menjana
meyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kegemilangan.
negara dan seterusnya menjadi pemangkin
kegemilangan kepada negara.
BENDERA SEKOLAH

LAGU SEKOLAH SMK PINAWANTAI KUDAT

Berbekalkan usaha dan semangat yang padu


Kami melangkah dan berganding bahu Pada Tuhan kami mohon restu
Mengejar cita memburu ilmu Semoga cita terlaksana
Tekad cemerlang, gemilang dan terbilang Pada ibu bapa juga guru
Takkan ku lupa jasa budimu
Biar di manapun kami berada Di bidang sukan di pentas ilmu
Namun semangatkan tetap membara Seluruh jasad jiwa ragaku
Mencipta nama ke puncak jaya Segalanya ku curah untukmu
Mengecap kejayaan dan bahagia Demi mencapai cita yang satu

Majulah maju wahai sekolahku Padamu sekolahku yang tercinta


Kamikan tetap terus bersamamu Kami berjanji’kan taat dan setia
Suka dan duka kita redah bersama Menjulang namamu kepuncak jaya
SMK Pinawantai tercinta Harum mekar mahsyur di serata dunia
2.6 MOTO SEKOLAH

SMKPI JUARA

Pengertian:

SMK Pinawantai Kudat akan terus unggul dan menguasai pelbagai bidang akademik, kokurikulum
dan sahsiah dengan tersemat jatidiri yang tinggi bermatlamat menjadikan SMKPI sebagai juara.

2.7 NILAI SEKOLAH

I. Bertanggungjawab
II. Profesionalisme
III. Kreatif
IV. Amanah
V. Kejujuran Intelektual
VI. Kepimpinan Berkesan

2.9 PIAGAM SEKOLAH

Kami berikrar SMK Pinawantai Kudat, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk :

 Meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum


 Memberi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak
individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
 Memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang, agama dan
keturunan untuk mendapatkan pendidikan sebaik-baiknya.
 Membimbing dan mengembangkan potensi pelajar selaras dengan minat dan kebolehan
mereka.
 Mewujudkan iklim sekolah yang sihat dan sentiasa berada dalam keadaan sedia
memberi ruang dan peluang kepada pelajar bagi mencapai cita-cita serta halatuju
masing-masing.
 Mewujudkan suasana kerja berpasukan dan kesetiakawan di antara warga sekolah.
 Memberi perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
 Memastikan ibubapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan.
 Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
 Sentiasa bersedia dan sangup menerima pandangan, cadangan syor dan teguran yang
membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.
3.0 TONGGAK PERKHIDMATAN

I. Bekerja Keras
II. Konsisten
III. Berdisplin
IV. Bermoral Tinggi.

You might also like