You are on page 1of 14

Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri

Bongai

Dikir Barat

Lagu Asli

Boria

Posted by norizan.hj.johan at 9:11 PM 8 comments

Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri

Bongai

Dikir Barat

Lagu Asli
Boria

Posted by norizan.hj.johan at 9:11 PM 1 comments

Alat Muzik Tradisional

Idiofon

Bongai
Bongai

Membra Gendang Pahang

kordofon
erofon

erofon

Posted by norizan.hj.johan at 7:32 PM 3 comments

Keroncong

Muzik Keroncong
Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-
19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia
untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.
Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni
muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok,
katoperak, silat dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik
keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti
di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong
yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi
lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-
lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet,
Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan
Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya
Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S.
Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa
sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.
Posted by norizan.hj.johan at 7:31 PM 1 comments
Lagu Irama Asli

Lagu Irama Asli


Lagu-lagu keroncong seperti Keroncong Kemayuran, Selamat Tinggal Bungaku atau Bengawan
Solo menjadi begitu antik daripada sudut pendengaran dan penghayatan. Ia kelihatan lapuk di
telinga anak-anak muda. Tetapi pada masa yang sama mereka menyanyi-nyanyi Keroncong
Untuk Ana. Biarpun keroncong berasal dari Indonesia, Keroncong Untuk Ana bagaikan
menyambung akar tradisi muzik Melayu dengan elemen muzik semasa yang masuk ke negara
ini. Evolusi muzik sebenarnya adalah proses biasa yang berlaku kepada karya kreatif yang lain.
Ia sedikit sebanyak akan mengubah struktur asal kepada yang lebih kontemporari. Tetapi pasti
tetap berpegang pada akar tradisi kalau pencipta tahu apa yang dilakukannya. Antara pencipta
lagu semasa, M. Nasir kelihatan realistik dengan proses evolusi yang berlaku dalam seni muzik.
Dia mengekalkan muzik Melayu dengan membenarkan elemen-elemen baru dalam
penciptaannya. Kerana itu tidak hairanlah kalau Inang Pulau Kencana atau Ada (lagu joget)
menjadi berbeza sekali penghayatannya dengan lagu-lagu joget atau inang asli. Kemelayuan
pada muzik-muzik seperti ini tetap terasa sekalipun bentuk gubahan yang berbeza.

Mengekalkan irama Melayu dalam bentuk yang asli dan memberi gubahan baru terhadap irama
asli memang diperlukan dalam memperkayakan khazanah muzik tempatan. Kedua-duanya perlu
sebagai kelangsungan satu budaya muzik yang berakar umbi dari budaya Melayu. Disebabkan
muzik sentiasa terdedah dengan pengaruh luar, kelahiran lagu-lagu seperti Keroncong Untuk
Ana sama pentingnya dengan memelihara skor asal lagu sesebuah lagu keroncong. Malah yang
dikatakan muzik Melayu sekarang ini adalah suatu yang lahir daripada evolusi muzik yang
bertunas dan bercambah sejak lama dulu. Faktor penjajahan ketenteraan, kedatangan pedagang
asing dan kini penjajahan media menjadikan muzik menerima pengaruh dari luar. Penjajahan
ketenteraan oleh Portugis pada abad ke-16 membawa irama joget, kedatangan pedagang Arab di
zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa
dondang sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. Tetapi
sebagai karya yang sentiasa mempengaruh dan dipengaruh, proses evolusi tidak pernah berhenti
sampai bila-bila. Selalunya evolusi dalam muzik berlaku secara semula jadi. Sama seperti yang
berlaku terhadap budaya sesebuah masyarakat yang hanya disedari berubah apabila ia dilihat
secara retropektif. Apabila lagu tradisional Melayu diberi pendekatan yang lebih kontemporari,
ini bukanlah suatu yang perlu digeruni. Selagi ada kesedaran dan melakukan dengan penuh
tanggungjawab, ia pasti tidak putus dari akar budaya asalnya. Kerana itu aktivis dikir barat
misalnya perlu realistik dengan kehadiran lagu-lagu seperti Dikir Puteri oleh Suhaimi Mohd.
Zain atau Dikir Rambung oleh kumpulan Kapilla. Selain mempertahankan lagu tradisional
Melayu dalam bentuk asal, lagu-lagu baru yang bertolak daripada irama tradisional juga wajar
diberi tempat. Cuma yang kelihatan sedikit bermasalah ialah kita ketandusan pencipta lagu yang
mampu 'menghidu' muzik tradisional dan dikemukakan dalam bentuk baru. Kebanyakkan
pencipta hanya memilih muzik yang langsung tidak berteraskan muzik Melayu. Apakah ini
kerana muzik yang berteraskan Melayu tidak ada nilai atau sememangnya kalangan kita yang
tidak mahu memberi nilai kepada muzik itu? Perkembangan muzik wajar bermula dari
sejarahnya. Kalau tidak putus pegangan sejarah, muzik kontemporari pasti berpaut kepada nilai-
nilai yang memperlihatkan jati diri bangsa dan budaya. Malah yang paling mendukacitakan
semangat kemalaysiaan jarang sekali dimanifestasikan dalam penciptaan muzik. Barangkali
muzik Malaysia harus berbeza kerana terdapat elemen-elemen kaum seperti Melayu, Cina dan
India. Untuk menjadikan muzik sebuah karya yang berpaut pada akar budaya dan sejarah, ia
wajar dikeluarkan dari pengertian dan pengisian hiburan yang murahan. Senario yang berlaku
sekarang amat mengecewakan. Apabila lagu tradisional Melayu mula menembusi pasaran,
banyak yang cenderung untuk menghasilkan lagu tradisional. Tetapi tanpa hala tuju dan
kejujuran berkarya, ia pasti menjadi semakin tempang, dengungannya sumbang. Malah tidak
ubah seperti tiung mengajuk manusia berkata-kata.
Posted by norizan.hj.johan at 7:29 PM 0 comments

Muzik Semelai

Muzik Kaum Semelai


Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan
lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan
gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis
perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi
lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan
bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan
perubatan.
Posted by norizan.hj.johan at 7:16 PM 0 comments

Gamelan

Gamelan
Ia diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku
Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikui oleh isteri kedua
Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Meriam telah berkahwin dengan Sultan
Sulaiman dan telah membawa gamelan ke Terengganu. Muzik ini dimainkan dalam majlis
formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri
daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan
muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron
Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.
Posted by norizan.hj.johan at 7:14 PM 0 comments
Dikir Rebana
Ia memang ada sejak dahulu dan tiada rekaan baru setakat ini. Rebana diperbuat daripada kulit
kambing serta kayu tualang dan biasanya bersaiz 24 inci atau 2 kaki. Pemain akan duduk bersila
dan rebana diletakkan di atas telapak kaki. Pada masa dahulu, Dikir Rebana dimainkan ketika
sultan hendak tidur atau ketika hendak mengerjakan solat. Kini muzik ini dimainkan dalam
majlis perkahwinan. Dikir Rebana terbahagi kepada dua iaitu Dikir Maulud dan Dikir Berdah.
Kitab Saraful Anam digunakan untuk berzanji dan berdikir. Terdapat banyak lagu dalam Dikir
Rebana dan dimainkan oleh sebuah kumpulan yang mengandungi lima hingga tujuh orang.
Posted by norizan.hj.johan at 7:13 PM 0 comments
Gendang Pahang

Gendang Pahang
Ia merupakan seni tradisi yang mendapat pengaruh Islam yang mendalam. Muzik ini dipercayai
dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi. Gendang Pahang
mempunyai lagunya yang tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan
rentak pembukaan dan di akhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-
rentak yang lain. Gendang Pahang dimainkan ketika majlis perkahwinan dan adat istiadat istana
serta untuk mengiringi persembahan silat dan Tarian Inai. Alat muzik yang digunakan ialah
gendang anak, gendang ibu dan gong. Gendang Pahang tidak terhad kepada golongan lelaki
sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.
Posted by norizan.hj.johan at 7:09 PM 2 comments

Dikir Barat

Dikir Barat
Ia adalah satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan biasanya diketuai dengan seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Meraka akan sama-
sama berbalas pantun dan mendahului nyanyian dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar.
Awak-awak akan menyanyi dengan suara yang lantang dan kuat. Alat muzik yang biasa
dimainkan ialah rebana ibu,rebanak anak dan tetawak.
Posted by norizan.hj.johan at 7:00 PM 0 comments

Bongai

Utama / Kesenian / Muzik / Bongai

Bongai
Ia adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang dinyanyikan secara solo atau
berduet atau beramai-ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu
ketika dahulu, khususnya di dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga
dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah
penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam sesuatu persembahan
adalah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk Kallang. Alat-alat muzik lain boleh
juga digunakan sebagai tambahan kepada alat muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi,
Accordian dan lain-lain lagi. Antara irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak
Bocek, irama Petasih, irama Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.
Alat Muzik Bongai
Berbongai
Posted by norizan.hj.johan at 6:56 PM 0 comments

Boria
Boria
Ia adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang.
Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa
pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian.Persembahan boria mempunyai
dua segmen iaitu lakonan (lawak jenaka) dan nyanyian. Peralatan muzik yang digunakan dalam
persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik
untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-
kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun,
seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin baiklah persembahan
tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal,
gendang, akordion, harmonika dan lain-lain. Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan
cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab.
Muzik dan tarian yang dimainkan pun mirip bentuk Arab. Malah bahasa yang digunakan pun
tèlor Arab.
Tukang Karang
Kumpulan Boria
Persembahan Boria
Posted by norizan.hj.johan at 6:54 PM 0 comments

Dondang Sayang

Dondang sayang
Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi
saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-
nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:
seorang pemain biola;
dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
seorang pemain tawak (gong kecil).
Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama
dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain
muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola
jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan,
jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan
gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.
Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar,
bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh
nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.
Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada
abad ke-15.
Posted by norizan.hj.johan at 6:44 PM 0 comments

Makyong
Muzik dan Peralatan
Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-
fungsi seperti berikut:
Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan,
iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan
tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh
watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika
masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian
gendang diselitkan dengan dialog-dialog.
Peralatan Muzik

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti
sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang
serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi.
Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya
digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak,
sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang.
Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali
sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan
semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang,
gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu,
menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-
ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk
mengarah kepada matahari jatuh.

Alat-alat Pembukaan Panggung

Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi
kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis,
secawan air dan sebidang tikar.
Posted by norizan.hj.johan at 6:41 PM 0 comments

Ghazal

Pengembangan seni muzik ghazal Muzik Ghazal merupakan warisan seni budaya Johor yang
terkenal. Perkembangan seni muzik tradisional ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya
terus hidup dan berkembang di kalangan generasi muda masa kini. Justeru YWJ telah mengambil
inisiatif mengatur program-program pengembangan muzik ghazal sepanjang tahun. YWJ juga
telah mengatur jadual pertandingan ghazal bagi kategori remaja dan dewasa pada setiap tahun.
Pertandingan peringkat awal bermula dari peringkat zon dan daerah-daerah seluruh Johor
hinggalah ke peringkat akhir Remaja Johor dan Dewasa Kebangsaan. Pertandingan ini diadakan
bagi merebut Piala Pusingan Ahmad Jusoh untuk kategori Remaja dan juga Piala Pusingan Pak
Lomak bagi kategori Dewasa Kebangsaan disamping wang tunai.

Pengembangan seni muzik keroncongProgram pengembangan keroncong diteruskan dengan


bertujuan untuk memelihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman serta meneruskan usaha-
usaha memelihara dan memperkembangkan warisan seni muzik ini sebagai warisan muzik
Melayu tradisional Johor selain daripada seni muzik ghazal. Berbagai kemudahan pembelajaran
telah disediakan oleh YWJ bagi tujuan tersebut. Dua orang jurulatih telah didatangkan dari Solo,
Indonesia. Selain daripada itu alat-alat muzik keroncong juga turut disediakan.

Pengembangan VokalKelas vokal YWJ telah dimulakan pada pertengahan tahun 1998. Kelas ini
diwujudkan untuk meningkatkan mutu seni suara di kalangan para remaja dan juga orang dewasa
yang berbakat dan mempunyai minat menyanyi lagu-lagu ghazal, lagu Melayu asli, keroncong
dan padusuara. Ada diantara mereka telah berjaya membuat rakaman album dan menjadi artis
seperti Natasha Yazir atau 'Tasha' dan Haslinda Halit atau 'Linda'. Para peserta vokal diberi
latihan pengkhususan dari segi kemantapan suara, pernafasan, senaman dan membina keyakinan
diri serta teknik penyampaian.
Posted by norizan.hj.johan at 6:39 PM 1 comments

Alat Muzik Tradisional

Pengenalan

Laman Web Alat Muzik Tradisional Malaysia ini dibangunkan dengan tujuan untuk
mewarwarkan kepada masyarakat sejagat terutama generasi muda. Disamping itu dapat memberi
pemahaman lebih jelas tentang rupabentuk dan fungsi serta bunyi alat muzik itu.

Skop maklumat alat muzik tradisional ini amatlah terbatas, ianya masih terdapat masa kini dan
terus diterima pakai oleh bangsa di Malaysia.Kami berusaha membangunkan web ini semungkin
yang boleh dan pertambahan maklumat serta paparan artifak yang menarik akan dikemaskini dari
semasa ke semasa.

Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat
muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat
penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia
dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.

Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional:

Kordofon
Membranofon
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada
tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini.
Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau
membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong
dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Erofon
Idiofon
Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam
masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling,
nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan
yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-
jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat
daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

Erofon Bebas

Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car
meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk
yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun
kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan
untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.
Posted by norizan.hj.johan at 6:03 PM 1 comments

Budaya Muzik

Kategori:Budaya
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan manusia. Perkataan


bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar bahasa Latin "colere" (mendiami,
mengerjakan, menghormati). Berbagai-bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan
teori yang berlainan terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia.
Ahli antropologi menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada keupayaan manusia sejagat
apabila mereka mengelaskan pengalaman serta mengekod dan menyampaikan buah fikiran
secara simbolik. Mereka menganggap keupayaan ini sebagai ciri yang menentukan genus Homo.
Oleh sebab budaya adalah sesuatu yang dibelajari, orang yang tinggal di tempat yang berlainan
akan mempunyai budaya yang berlainan.
Subkategori
Terdapat 12 subkategori pada kategori ini.
B
[+] Budaya pop
F
[+] Falsafah
[+] Filem
H
[+] Hiburan
K
[+] Kesusasteraan
M
[+] Muzik
[+] Muzium
P
[+] Pendidikan
[+] Permainan
P cont.
[+] Politik
S
[+] Silat
[+] Sukan
Posted by norizan.hj.johan at 6:00 PM 0 comments

Kategori Muzik

Kategori:Muzik
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Muzik merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah,
lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Takrif sebenar muzik juga berbeza:
Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya;
Apa-apa bunyi sahaja yang dihasilkan secara sengaja.
Sesetengah orang menganggap muzik tidak wujud sama sekali. Walaupun muzik adalah sejenis
fenomena intuisi, penciptaan, perbaikan dan persembahannya adalah suatu seni. Sedangkan
mendengar muzik adalah sejenis hiburan, mempelajari dan memahaminya adalah sejenis disiplin.
Subkategori
Terdapat 5 subkategori pada kategori ini.
A
[+] Ahli muzik
[+] Alat muzik
G
[+] Genre muzik
[+] Gubahan muzik
M
[+] Muzik pop
Rencana dalam kategori "Muzik"
Posted by norizan.hj.johan at 5:54 PM 0 comments

Muzik Tradisional Di Malaysia

Muzik Tradisional
Dari Wikipedia bahasa Melayu

Jump to: navigation, search


Muzik tradisional adalah muzik oleh sesuatu kaum. Ia bergantung kepada budaya, adat dan
penerimaan sesebuah bangsa. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri.
Di Malaysia, kebanyakan peralatan muzik tradisional zaman dulu banyak dimainkan untuk
golongan-golongan bangsawan sahaja. Namun dengan peredaran masa, rakyat biasa juga tidak
ketinggalan menikmati alunan muzik tradisional ini.
Posted by norizan.hj.johan at 5:45 PM 2 comments
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Search engine
 yahoo
 altavista

Blog Archive
 ▼  2007 (19)
o ▼  March (19)
 Muzik Tradisional Di Malaysia
 Kategori Muzik
 Budaya Muzik
 Alat Muzik Tradisional
 Ghazal
 Makyong
 Dondang Sayang
 Boria
 Bongai
 Dikir Barat
 Gendang Pahang
 Dikir Rebana Ia memang ada sejak dahulu dan tiad...
 Gamelan
 Muzik Semelai
 Lagu Irama Asli
 Keroncong
 Alat Muzik Tradisional
 Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri
 Jenis dan lagu Tradisional Mengikut Negeri

About Me
norizan.hj.johan
View my complete profile

You might also like